Teks oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Assalamualaikum dan salam hormat, nak tahu tip lelaki
sayangkan anak isteri?
Seseorang lelaki yang telah bergelar suami dan bapa tentu
sekali sangat sayangkan isteri dan
anak-anaknya. Tanda sayang lalu diberikannya segala kebahagiaan dan kesenangan hidup bagi
memastikan kesejahteraan keluarganya.
Hakikatnya, tanggungjawab suami dan bapa sebagai ketua
keluarga sangatlah besar dan bukan perkara yang boleh dipandang remeh@mudah
oleh kaum lelaki.
Teringat saya antara firman ALLAH dalam Surah al-Tahrim ayat 6,
yang bermaksud;
“Wahai orang-orang
yang beriman peliharalah diri kamu
dan keluargamu
daripada azab api neraka...”
Apakah tip lelaki sayangkan anak isteri? Memadaikah dengan hanya memberikan keluarga mereka nafkah yang secukupnya? Ya memang perlu, memberi nafkah
tanggungjawab si suami dan si bapa. Semua lelaki tahu perkara ini. Lelaki yang
bertanggungjawab terhadap keluarganya pasti akan menjalankan tanggungjawab memberi
nafkah ini sebaiknya.
Tapi, cukupkah dengan itu sahaja?
Bolehkah jika saya katakan bahawa lelaki yang memastikan
isteri dan anak-anaknya dididik
mengikut acuan islam dan melalui jalan jalan yang benar, maka inilah tanda
utama atau tip lelaki benar-benar sayangkan
keluarganya.Sayangkan isteri dan
anak-anak kerana ALLAH. Kasih dan sayang
sepenuh jiwa pada keluarganya hingga tak
ingin mereka terjerumus dalam jurang api neraka. Inilah kasih dan sayang yang
hakiki , tulus serta ikhlas dalam memikul amanah dari ALLAH ini.
Jadi, untuk para lelaki yang bergelar suami dan juga bapa,
benarkah anda sayangkan keluarga anda?
Bagaimanakah anda sebagai seorang suami, adakah anda
sayangkan isteri anda? Ya, memang anda sayangkan isteri anda. Anda beri nafkah
zahir batin secukupnya, kasih, sayang dan cinta serta kesetiaan. Anda sentiasa
ringan tulang membantu kerja-kerja isteri di rumah. Prihatin dan berlemah
lembut dengan isteri. Setiap keperluan dan keinginan isteri anda penuhi hingga
meleret senyuman sang isteri.
Tapi, sayangnya anda
tak pastikan isteri menunaikan solat @ sempurna solatnya. Anda berkongsi aurat
isteri anda sendiri dengan lelaki-lelaki yang lain. Kalau isteri tutup aurat pun jauh dari aurat yang sempurna,
anda abaikan sahaja. Sangat sedikit anda mengajak isteri benar-benar mengenali
ALLAH. Tanyalah pada diri, adakah ini tanda anda sayangkan isteri anda?
Bagaimakah pula anda sebagai seorang bapa@ayah kepada anak-anak
yang masih kecil mahupun anak-anak yang kian remaja? Ya, anda
seorang ayah yang prihatin dan bertanggungjawab. Anda berikan nafkah dan
keperluan secukupnya. Anda memastikan pendidikan yang terbaik buat mereka. Anda
bawa mereka pergi melancong. Anda berikan kasih dan belaian.
Sayangnya anda tak didik anak mengenal ALLAH. Anak-anak alpa
dengan kewajipan solat . Anda biarkan mereka leka dengan hiburan dan teknologi
tak menentu. Anda tak kisah akan aurat yang
mereka pamerkan. Anda biarkan mereka hidup dengan cara mereka. Maka bertebaran
anak-anak tanpa mengira taraf pendidikannya bersosial tanpa mengenal batas
kehidupan.
Lalu, adakah ini yang dinamakan sayang. Aduh lelaki, lelaki
yang bergelar suami dan bapa. Ingatlah akan kami isteri dan anak-kanakmu. Kamilah
amanah yang perlu kamu tunaikan dengan sebaiknya. Sayangilah kami dengan
memimpin kami ke jalan ALLAH. Jadilah pemimpin keluarga yang hebat yang
dikasihi ALLAH. Jadilah pemimpin keluarga yang penuh iman dan taqwa dalam
dirinya. Bawalah kami menuju ke jalan yang ALLAH redhai . Kaulah pemimpin hati-hati kami dengan izin
dari ALLAH.
Untuk lelaki, jangan lupa tip lelaki sayangkan keluarga ini.
Untuk sang ibu dan bapa, didiklah anak-anak mengikut acuan
islam. Kalau kelak mereka berjaya menjadi orang cerdik pandai, biarlah cerdik
pandai yang bertakwa. Andai kelak mereka kurang cemerlang kerjayanya dunia tapi mereka menjadi hamba tip top di
akhirat kelak. Mudahan saya dan anda
dalam RahmatNYA jua.
Ampun maaf jika salah bicara. Wassalam dan terima kasih
kerana membaca.
#Pakar Pengajar Sijil Kemahiran Malaysia
#Jurulatih/Fasilitator ECCE
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
Nak jemput saya memberi ceramah/bengkel keibubapaan @sebarang Training/bengkel untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;
TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com
No comments:
Post a Comment