Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Anak-anak dan Peperiksaan PT3
Hari ini ramai anak-anak sahabat akan menduduki peperiksaan PT3. Dalam
ramai anak-anak tersebut, termasuklah anak saya. Sebagai ibu bapa dan penjaga anak-anak, kita
doakan yang terbaik buat mereka.
Walau apapun, saya yakin, harapan ibu dan ayah tetap
setinggi gunung. Cuma, nak diingatkan, kalau boleh, turunkan sedikit harapan
setinggi gunung tu, memadailah sekadar kita iringi doa dan harapan ikhlas
agar mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan lancar serta diberikan
kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan. Apa pun keputusan peperiksaan nanti, perlu
diterima dengan hati terbuka.
Anak-anak ini sebenarnya tidak sama antara satu sama lain.
Kita juga pernah melalui zaman seperti mereka. Zaman belajar memang memenatkan dan meletihkan
badan dan otak. Paling seronok ialah tatkala dapat bergaul, berkawan dan
bermain apa yang disukai.
Belajar adalah satu tanggungjawab untuk anak-anak yang
bergelar pelajar sekolah. Setiap hari ke
sekolah, tentulah ke sekolas mengalas tanggungjawab yang diberi. Perlu ikut peraturan sekolah, berdisplin, fokus dalam
kelas dan perlu siapkan semua kerja rumah
yang diberi guru. Aduhai, banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Proses pembelajaran perlu dilalui dan diteruskan seiring dengan peningkatan
usia anak-anak.
Belajar tetap belajar. Akan tetapi, hasilnya tentulah tidak
sama bagi setiap anak hatta bagi setiap insan. Kerana apa? Setiap individu
adalah berbeza dari segi IQ, minat serta kemahiran dan juga potensi dalam diri. Mengharapkan
suatu keputusan cemerlang untuk semua anak adalah tidak adil. Justeru letakkan harapan setimpal dengan IQ
dan potensi diri anak-anak. Kita sebagai ibu bapa, patut lebih mengenali potensi
anak-anak sendiri.
Manusia dilahirkan dengan kecerdikan dan potensi yang
berbeza. Itulah hakikatnya.
Jusetru itu, wahai ibu, wahai
bapa, wahai guru, usah kerap sangat menekan emosi anak dengan dibebani pelbagai tugasan pembelajaran yang
keterlaluan berbanding umurdan pencapaian mereka. Berilah mereka dorongan dan semangat. Andai
mereka kurang berjaya dalam pelajaran,
usah dimarah, usah dipandang sepi. Tentunya
ada sesuatu potensi lain yang istimewa dalam diri mereka.
Teruskan doakan anak-anak yang menduduki peperiksaan PT3 ini.
Teruskan doakan anak-anak yang menduduki peperiksaan PT3 ini.
Masih ingat kepada pemenang pingat emas paralimpik Abdul
Latif Romly yang menjuarai acara lompat
jauh T20 lelaki. Anak yang mempunyai
masalah pembelajaran sejak dari kecil dimana beliau hanya boleh membaca
pada usia 15 tahun. Itupun kalau perkataan-perkataan susah, dia akan cepat lupa
katanya.
Dia sesungguhnya tela membuktikan walaupun dia tidak boleh
cemerlang dalam pembelajaran tetapi dia tetap seorang juara dalam bidang yang
diminatinya. Dia mempunyai potensi lain yangalhamdullillah telah dikenalpasti oleh mereka di sekelilinginya sedari dia
kecil lagi.
Begitulah umpama anak-anak kita, cemerlang mereka adalah pada minat dan potensi diri
masing-masing.
Bagaimana pula dengan anak-anak kita. Sekiranya memang jelas anda nampak
mereka seorang yang genius dalam pembelajaran akademik, maka teruskan beri galakan
dan dorongan untuk mereka berusaha belajar ke peringkat lebih tinggi setinggi yang mereka mampu.
Namun, jika anda ayah dan ibu nampak sebaliknya pada anak usah tunjukkan
putus asa di depan anak-anak. Usah sesekali diperkecilkan kebolehan diri si anak. Percayalah
ada satu potensi lain yang perlu dikenalpasti dan dikeluarkan serta digilap
dalam diri si anak.
InsyAlaah, doakan yang baik-baik untuk anak.
Biar anak-anak berjaya
di dunia dan di akhirat lebih lebih
lagi. Semoga anak-anak inilah yang bakal mendoakan kita pula satu hari nanti,
merekalah anak-anak yang soleh solehah.
Sekali lagi, untuk anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan PT3. Selamat menduduki peperiksaan.
Untuk ayah ibu, jadilah pendorong kepada potensi bukan jadi
pencantas.
#Pakar Pengajar Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
RM 20 RM25
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
No comments:
Post a Comment