Wednesday, 27 May 2015

PERKEMBANGAN SAHSIAH KANAK-KANAK

Nama & Teks : Nor Azura Ismail
Foto : carian google
emel : pnnorazuraismail@gmail.com

entri 39
Rujukan : Modul PERMATA


Apakah yang dimaksudkan dengan Perkembangan Sahsiah  Kanak-Kanak?

Perkembangan Sahsiah kanak-kanak ialah merujuk kepada proses pembinaan akhlak dan bagaimana memupuk pembinaan peribadi kanak-kanak . Pada dasarnya, apa yang terzahir dan terlihat@terbentuk  pada sikap@diri seseorang individu telah bermula sejak dari awal kehidupan individu tersebut dan dipengaruhi juga dari faktor persekitaran dia membesar dan mendapat asuhan@pendidikan.


Sahsiah  yang ada pada  diri anak-anak  adalah berbeza antara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak lain . Mengalakkan  dan membentuk  sahsiah  yang positif dan sihat perlu diterapkan@dibina di awal usia  lagi demi untuk melahirkan individu berakhlak dan  berkeperibadiaan yang mulia. Sahsiah juga boleh disebut sebagai personaliti iaitu ciri dalaman seseorang yang unik yang ada pada dirinya yang dapat dilihat dari sikap dan tingkahlakunya.

Dengan kata lain, sahsiah bermaksud akhlak atau peribadi  @ cara berfikir kanak-kanak  yang ditunjukkannya melalui tingkahlaku. Sahsiah sangat penting bagi membentuk personaliti dan kualiti hidup seseorang kanak-kanak.. Sahsiah sangat  mempengaruhi aspek perkembangan lain kanak-kanak. Sebagai contoh;

Sahsiah yang baik dapat melahirkan kanak-kanak yang boleh berfikir secara positif. 
Sahsiah yang baik juga dapat melahirkan kanak-kanak yang boleh berinteraksi dan berkomunikasi dangan baik. 
Sahsiah yang baik membantu kanak-kanak mengurus diri dan kehidupan. 
Paling penting sahsiah yang baik juga dapat mewujudkan hubungan yang baik juga dengan Tuhan.



Apakah pula  yang membentuk sahsiah@personaliti diri  kanak-kanak?  Jawapannya ialah konsep kendiri  iaitu bagaimana seseorangkanak-kanak  menilai dirinya sendiri dan konsep penghargaan diri  (self esteem) iaitu bagaimana perasaan kanak-kanak dalam menghargai diri sendiri.

Maksudnya;
Konsep kendiri ialah  bagaimana seseorang kanak-kanak merasa siapa dirinya, itulah yang akan membentuk personalitinya. Contohnya jika kanak-kanak berasa tidak yakin maka mungkin dia akan membentuk personaliti sebagai seorang kanak-kanak yang pemalu.

Contoh lain untuk kanak-kanak yang mempunyai kendiri yang positif bila kanak-kanak mengatakan  

‘Saya lah yang paling kuat’ atau ‘Saya yang paling cantik’

 Manakala konsep Penghargaan diri (self esteem) pula ialah bagaimana perasaan kanak-kanak dalam menghargai diri sendiri,  iaitu bagaimana kanak-kanak merasa @memikirkan mengenai dirnya sendiri. 
Contonya kanak-kanak selalu rasa dirinya dihargai @disayangi oleh orang sekeliling atau kanak-kanak selalu merasakan dirinya serba kurang.


Apakah peranan ibubapa, pengasuh@pendidik dalam membantuk mengalakkan sahsiah positif dan membentuk personaliti  yang baik pada kanak-kanak?

Tip yang mudah untuk membentuk konsep kendiri dan penghargaan diri  yang positif pada kanak-kanak ialah dengan memberikan mereka banyak pujian dan galakan dalam jua aspek. Sebaliknyajika kanak-kanak sering dimarahi atau sering menerima kritikan yang negatif maka tidak mustahil kanak-kanak ini akan membentuk konsep kendiri negatif juga dan seterusnya melahirkan personaliti yang negatif juga.

Jika sekiranya seseorang kanak-kanak ada   menunjukkan kendiri dan self esteem yang negatif, ibubapa, pengasuh@pendidik perlu memahami faktor yang berkaitan dan mesti cuba untuk memulihkan kanak-kanak tersebut. Jika tidak, dikuatiri kanak-kanak tersebut akan membesar dengan pelbagai personal yang rendah@negatif.

Ibubapa, pengasuh@pendidik boleh menyediakan pelbagai aktiviti perkembangan pembelajaran yang dapat membina konsep kendiri yang positif, self estem yang tinggi, jati diri yang berdisplin serta melahrkan kanak-kanak yang boleh berfikir dengan baik.

Saya kongsikan di sini , bagaimana seseorang kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang positif .

Yakin, berani dan tidak mudah kecewa
Aktif dan cuba mencuba dan mengambil risiko
Mempunyai imej diri yang baik dan suka bersosial
Mudah berkawan dan murah hati
Puas hati dengan pencapaian diri
Suka memuji orang lain
Berdisplin dan ceria
Puas hati walau tidak berjaya
Tidak risau atau cemas

Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang negatif pula  akan mempunyai personaliti berikut:

Tidak yakin dan mudah kecewa
Pasif, kurang berani mencuba dan takut mengambil risiko
Simpati kepada diri
Berasa diri kekurangan daripada orang lain
Selalu menunjukkan kasihan dan mencari simpati
Suka menyalahkan orang lain
Suka berangan-angan@risau dan bimbang
Suka minta tolong
Selalu beri komen yang menyingung
Selalu tidak puas hati

Kanak-kanak mempunyai Penghargaan diri (self esteem yang tinggi@positif)

Berasa dirinya dihargai
Bangga dengan apa yang berjaya dilakukan
Bertindak dengan bebas
Suka terima tanggungjawab
Suka pada cabaran
Dapat mengahadapi rasa kecewa dengan baik
Merasa diri ada kebolehan

Kanak-kanak mempunyai Penghargaan  diri (self esteem  yang  rendah@negatif)   

Berasa diri tidak dihargai, tiada kebolehan dan kemahiran seperti orang lain
Suka menyesali diri
Memandang rendah pada diri sendiri
Suka salahkan diri sendiri
Selalu gelisah, takut dan bimbang
Pemalu dan tidak berani
Suka menyendiri

Kesimpulannya, bagaimana sahsiah yang terbentuk kepada kanak-kanak banyak juga bergantung kepada bagaimana kita orang dewasa mengasuh dan juga mendidik kanak-kanak . Justeru itu sangalah  penting ibubpa,  para pendidik @pengasuh  juga mempunyai sahsiah diri yang baik dan menjadi  role model terbaik untuk anak-anak sendiri atau anak didik kita.


Saya pendidik professional, Ebook pilihan saya PANDUAN MENDIDIK ANAK.

DAPAT EBOOK DI SINI.


No comments:

Post a Comment