Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Ibu dan bapa adalah insan yang paling bahagia jika anak yang
mereka asuh dari kecil membesar menjadi insan yang berjaya dalam kehidupannya. Konteks berjaya bukan sekadar berjaya dalam
akdemik dan kerjaya bahkan berjaya dari segala aspek kehidupan dunia jua
akhirat. Apakah Tip kejayaan hidup anak-anak yang boleh ibu bapa amalkan? Ya,
tip utama dan penting ialah sebagai ibu bapa sentiasalah bersangka baik dengan
Allah yang mengizinkan sesuatu berlaku.
Anak-anak merupakan anugerah
dari Allah yang mewarnai dan menceriakan suasana dalam kehidupan anda
sebagai ibu dan bapa. Anak-anak anda bukan sekadar anugerah malah paling penting
mereka merupakan satu amanah dari Allah untuk dijaga, diasuh dan dididik agar
menjadi khalifah Allah yang hebat di atas muka bumi ini.
Dikurniakan anak-anak juga selain dari satu anugerah mereka
juga menjadi ujian dalam kehidupan ibu bapa. Pelbagai cabaran dan dugaan
membesarkan dan mendidik anak-anak
terletak di bahu kedua ibu bapa. Tersalah didikan, tersalah asuhan boleh
menjerumuskan anak-anak dalam dunia kehidupan
yang tidak sihat.
Sukar sebenarnaya menerapkan pendidikan terbaik kepada anak-anak di zaman
serba berteknologi ini. Hatta anda telah memberi pendidikan terbaik pun belum tentu
anak-anak kekal mengaplikasikan pendidikan yang anda beri dalam
kehidupannya. Pelbagai pengaruh
persekitaran, kawan-kawan dan pengaruh
media semasa sedikit sebanyak memberi impak dalam pembinaan dan pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak
masa kini.
Ada ibu bapa berkata bahawa mereka teleh memastikan
anak-anak dididik dengan baik semasa kecil, tetapi mengapa bila anak tersebut
meningkat remaja, mereka menjadi anak yang tidak menghormati kedua ibu bapanya. Jom Koreksi diri, tilik semula cara anda mendidik
anak-anak-anak, terokai apa yang pernah terlintas di anda , apa harapan anda
kepada anak-anak, apa doa yang anda tadahkan untuk kebaikan anak-anak? Apakah
sangkaan anda terhadap takdir Allah untuk anak anda?
Betapa pentingnya doa
dan harapan dari kedua ibu bapa bagi anak-anak mengharungi kegetiran dan
kehebatan pergolakan dunia hari ini dalam menjadikan mereka insan yang tinggi
nilainya di sisi Allah.
Apa yaya boleh dilakukan oleh ibu bapa selain dari memberi pendidikan
dan pengasuhan yang terbaik.? Nak tahu tip kejayaan hidup anak-anak? Seperti
yang telah dinyatakan tadi, jawapannya ialah bersangka baik lah dengan Allah
dalam membesarkan anak-anak. Sesunggunhnya Allah menjadikan dan mengizinkan sesuatu pada apa yang
hambaNYA sangkakan. Allah mengurniakan sesuatu setimpal dengan apa yang
hambaNYA ikhtiarkan. Justeru itu dalam membesarkan anak-anak sentiasa sematkan
dalam hati bahawa ALLAH sentiasa bersama dan selalu melindungi mereka. Bersangka baik
bahawa InsyALlah mereka kelak menjadi
anak-anak yang berjaya di dunia bahkan di akhirat kelak. Bersangka baik , Insyallah juga mereka anak-anak yang bakal
mendoakan kesejahteraan hidup anda sebagai ibu bapa nya kelak. Bersangka baiklah bahawa
Allah akan mengurniakan kebahagiaan hidup kepada anak-anak anda. Inilah tip paling mudah, tip yang memastikan kejayaan hidup anak-anak kelak.
Hakikatnya , apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita
ditentukan oleh Allah. Haklikatnya juga, kita yang perlu berusaha untuk mencapai sesuatu
kejayaan yang terbaik dalam segala aspek
kehidupan. Begitu juga dalam mendidik anak-anak, jika anda ingin anak-anak berjaya
dalam kehidupan, maka berikan pengasuhan dan pendidikan yang terbaik buat
mereka. Ibu bapa harus tahu dan faham
bahawa pendidikan yang terbaik bukan
hanya pendidikan akademik yang bakal menjadikan mereka seorang yang hebat dalam
kerjayanya. Akan tetapi pendidikan terbaik juga perlu menekankan pendidikan
akhlak dan iman yang bakal menjadikan anak-anak sebagai anak yang soleh dan
hebat serta hambaNYA yang beriman bertakwa. Jom, amalkan tip kejayaan kehidupan
anak-anak ini. Bersangka baiklah dengan Allah. InsyAllah.
Semoga Allah memudahkan segala urusan anda dalam membesarkan
dan mendidik anak-anak dalam dunia penuh cabaran ini. InsYAllah. Jadilah juga
ibubapa yang hebat. Penuhkan segala ilmu keibubapaan dalam diri anda.
Sekian.
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
Nak jemput saya memberi ceramah/bengkel keibubapaan @sebarang Training/bengkel untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;
TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com
No comments:
Post a Comment