Tuesday, 29 September 2015

Tip kejayaan hidup anak-anak

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Ibu dan bapa adalah insan yang paling bahagia jika anak yang mereka asuh dari kecil membesar menjadi insan yang berjaya dalam kehidupannya.  Konteks berjaya bukan sekadar berjaya dalam akdemik dan kerjaya bahkan berjaya dari segala aspek kehidupan dunia jua akhirat. Apakah Tip kejayaan hidup anak-anak yang boleh ibu bapa amalkan? Ya, tip utama dan penting ialah sebagai ibu bapa sentiasalah bersangka baik dengan Allah yang mengizinkan sesuatu berlaku.

Anak-anak  merupakan anugerah dari Allah yang  mewarnai  dan menceriakan suasana dalam kehidupan anda sebagai ibu dan bapa.  Anak-anak anda  bukan sekadar anugerah malah paling penting mereka merupakan satu amanah dari Allah untuk dijaga, diasuh dan dididik agar menjadi khalifah Allah yang hebat di atas muka bumi ini.

Dikurniakan anak-anak juga selain dari satu anugerah mereka juga menjadi ujian dalam kehidupan ibu bapa. Pelbagai cabaran dan dugaan membesarkan dan  mendidik anak-anak terletak di bahu kedua ibu bapa. Tersalah didikan, tersalah asuhan boleh menjerumuskan anak-anak dalam  dunia kehidupan yang tidak sihat.
Sukar sebenarnaya menerapkan  pendidikan terbaik kepada anak-anak di zaman serba berteknologi ini. Hatta anda telah memberi pendidikan terbaik pun belum tentu anak-anak kekal mengaplikasikan pendidikan yang anda beri dalam kehidupannya.  Pelbagai pengaruh persekitaran, kawan-kawan  dan pengaruh media semasa sedikit sebanyak memberi impak dalam pembinaan  dan pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak masa kini.
Ada ibu bapa berkata bahawa mereka teleh memastikan anak-anak dididik dengan baik semasa kecil, tetapi mengapa bila anak tersebut meningkat remaja,  mereka menjadi anak  yang tidak menghormati kedua ibu  bapanya. Jom  Koreksi diri, tilik semula cara anda mendidik anak-anak-anak, terokai apa yang pernah terlintas di anda , apa harapan anda kepada anak-anak, apa doa yang anda tadahkan untuk kebaikan anak-anak? Apakah sangkaan anda terhadap takdir Allah untuk anak anda?

Betapa pentingnya doa dan harapan dari kedua ibu bapa bagi anak-anak mengharungi kegetiran dan kehebatan pergolakan dunia hari ini dalam menjadikan mereka insan yang tinggi nilainya di sisi Allah.
Apa yaya boleh dilakukan oleh ibu bapa selain dari memberi pendidikan dan pengasuhan yang terbaik.? Nak tahu tip kejayaan hidup anak-anak? Seperti yang telah dinyatakan tadi, jawapannya ialah bersangka baik lah dengan Allah dalam membesarkan anak-anak. Sesunggunhnya Allah menjadikan dan mengizinkan  sesuatu pada apa yang hambaNYA sangkakan. Allah mengurniakan sesuatu setimpal dengan apa yang hambaNYA ikhtiarkan. Justeru itu dalam membesarkan anak-anak sentiasa sematkan dalam hati bahawa ALLAH sentiasa bersama  dan selalu melindungi mereka. Bersangka baik bahawa  InsyALlah mereka kelak menjadi anak-anak yang berjaya di dunia bahkan di akhirat kelak. Bersangka baik ,  Insyallah juga mereka anak-anak yang bakal mendoakan kesejahteraan hidup anda sebagai  ibu bapa nya kelak. Bersangka baiklah bahawa Allah akan mengurniakan kebahagiaan hidup kepada anak-anak anda. Inilah tip paling mudah, tip yang memastikan kejayaan hidup anak-anak kelak.

Hakikatnya , apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita ditentukan oleh Allah. Haklikatnya juga,  kita  yang perlu berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan  yang terbaik dalam segala aspek kehidupan. Begitu juga dalam mendidik anak-anak, jika anda ingin anak-anak berjaya dalam kehidupan, maka berikan pengasuhan dan pendidikan yang terbaik buat mereka. Ibu bapa  harus tahu dan faham bahawa   pendidikan yang terbaik bukan hanya pendidikan akademik yang bakal menjadikan mereka seorang yang hebat dalam kerjayanya. Akan tetapi pendidikan terbaik juga perlu menekankan pendidikan akhlak dan iman yang bakal menjadikan anak-anak sebagai anak yang soleh dan hebat serta hambaNYA yang beriman  bertakwa. Jom, amalkan tip kejayaan kehidupan anak-anak ini. Bersangka baiklah dengan Allah. InsyAllah.

Semoga Allah memudahkan segala urusan anda dalam membesarkan dan mendidik anak-anak dalam dunia penuh cabaran ini. InsYAllah. Jadilah juga ibubapa yang hebat. Penuhkan segala ilmu keibubapaan dalam diri anda.

Sekian.


 Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA

Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com


No comments:

Post a Comment