Foto : Koleksi peribadi
Sifat semulajadi kanak-kanak ialah mereka suka melahirkan imiginasi mereka dan antara satu caranya ialah melalui aktiviti kreatif.
Supaya anak-anak dapat melahirkan pelbagai idea dan imiginasi, berikan mereka peluang untuk mencuba sendiri sesuatu aktiviti itu.
Peranan anda samada anda merupakan seorang pendidik@pengasuh awal kanak-kanak maupun jika anda adalah ibubapa, anda semua perlu menjadi pembimbing dan senatiasa memberi galakan kepada anak-anak dapat melakukan aktiviti berkaitan perkembangan mereka. anak-anak pasti berasa dihargai dan teruja dengan setiap peluang dan ruang untuk melakukana pelbagai aktiviti yang anda sediakan untuk anak-anak.
Jom, saya kongsikan beberapa idea aktiviti kreatif kanak-kanak yang sesuai untuk perkembangan awal kanak-kanak di setiap perigkat umur. Apa yang perlu anda perhatikan ialah cara pelaksanaan aktiviti tersebut perlulah sesuai dijalankan mengikut tahap umur dan tahap kebolehan kanak-kanak tersebut.
LUKISAN BERLILIN
Tulis@lukis apa sahaja di atas kertas putih dengan menggunakan
lilin. Kemudian warnakan keseluruhan tulisan@lukisan dengan warna air.
Tulisan@lukisan dari lilin akan kelihatan timbul pada kertas yang telah
diwarnakan tadi.
JOM BUAT TIKAR DARI KERTAS
Potong pelbagaikertasa warna ataukertas dari majalah terpakai. potong memanjang dan masukkan berselang seli dalam satu kertas lain seperti ditunjukkan dalam gambar. Tentu anda pernah melakukan kreativiti ini ketika di sekolah dulu.
Potong pelbagaikertasa warna ataukertas dari majalah terpakai. potong memanjang dan masukkan berselang seli dalam satu kertas lain seperti ditunjukkan dalam gambar. Tentu anda pernah melakukan kreativiti ini ketika di sekolah dulu.
Gunakan pasir laut yang asli dan yang masih agak basah lagi. Campurkan dengan pelbagai warna poster yang berlainan.Anak-anak pasti teruja dengan pasir berwarna yang telah dihasilkan.
BUAT CORAK DAN MEWARNAKAN GARAM
Gunakan
kertas berwarna hitam. Dengan menggunakan gam putih, buat apa sahaja lukisan
atas kertas hitam tersebut. Taburkan garam di atas gam tadi. Buangkan garam
yang tidak terlekat. Titikkan warna di atas garam tersebut. Warna akan merebak
dengan cepat di atas garam.
Warnakan tapak
kaki dengan warna air. Ikut kreativiti anda, hias hingga menjadi bentuk
tertentu.
Masukkan
3 sudu makan cuka dalam botol plastik.
Masukkan 3 sudu teh soda bikarbonat dalam belon.
Letakkan belon atas munjung botol.
Tegakkan belon dan biar bahan tadi bercampur.
Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak 2 – 4 tahun.
MEWARNAKAN TEPUNG JAGUNG, TEPUNG BERAS DAN TEPUNG GANDUM
Masukkan 3 jenis tepung ini dalam bekas polistrin yang berlainan. Bancuh cair sedikit dengan air. Kemudian masukkan pewarna makanan yang disukai. Ajar anak membezakan ketiga-tiga bancuhan tersebut. Jangan lupa, biar anak yang membancuh tepung tersebut.
PERMAINAN KOGNITIF
Bahan permainan di atas boleh dibuat sendiri. Anak-anak boleh main memadankan petak mengikut warna yang sama. Selain itu anak-anak boleh diajar mengenal warna.
MENGENALI MIMIK MUKA
Gunakan cawan kertas di atas dan bimbing anak untuk melukis pelbagai mimik muka.
KOLAJ GARAM
Lukiskan satu gambar pada kertas kosong. Minta anak sapukan gam.
Warna garam dengan pelbagai warna berlainan dan letakkan pada gambar yang dibubuh gam tadi.
BERMAIN DENGAN STOKIN KAKI DAN SARUNG TANGAN
Boleh main memadankan stokin@sarung tangan
boleh main aktiviti memakai stokin
mengasingkan stokin dan sarung tangan
OK, Nak dapat banyak lagi idea aktiviti kreatif kanak-kanak, jom dapatkan dari EBOOK saya ini;
50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK
HARGA CUMA RM 25.
Whatapp saya 0167235080 untuk tempahan EBOOK ini.
Wahhh menarik. Macam2 aktiviti, tambah2 yg corak tapak kaki tu comelll hehe
ReplyDeleteMasih ada ebook ini?
ReplyDeletemasih ada ke ebook ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSy nak beli e book
ReplyDelete