Oleh : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Salam sejahtera semua,
EBOOK 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak terhasil dari sedikit usaha saya mencari dan
mendapatkan selain mencuba sendiri pelbagai idea untuk mencipta permainan kanak-kanak dari sumber persekitaran
yang mudah didapati.
Memandangkan memang fitrah
semulajadi dan kerja hakiki kanak-kanak adalah bermain, jadi tidaklah dapat dinafikan keperluan dan kehendak kanak-kanak kepada alat@bahan permainan itu sendiri.
Alat permainan dan kanak-kanak memang tidak boleh
dipisahkan. Kebiasaannya apabila anda ke pasaraya dan ternampak alat permainan,
pasti anda akan teringat anak di rumah ataupun anak-anak asuhan anda.
Apakah alat permianan yang sesuai untuk kanak-kanak? Perlukah
alat permainan tersebut mahal dan berjenama
serta berkualiti? Jika begitu, perlukah anda sebagai ibubapa atau
pengasuh@ pendidik di TASKA TADIKA mengeluarkan wang yang banyak semata untuk membeli permainan yang diperlukan oleh
kanak-kanak? Apakah ciri penting alat permainan kanak-kanak?
Antara ciri alat permainan kanak-kanak ialah disamping
kanak-kanak suka dapat bermain, ia perlu boleh menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Mainlah
apa sahaja alat permainan asalkan ianya dapat membantu menggalakkan
perkembangan kanak-kanak. Ciri lain yang perlu di fikirkan ialah alat permainan
tersebut sesuai mengikut umur anak dan ianya selamat untuk dimain oleh anak
anda.
Tak salah membeli permainan yang mahal kalau anda mampu. Tetapi
memandangkan harga barangan yang kebanyakannya naik sekarang ini termasuklah juga
alat permainan kanak-kanak, apa kata
anda belajar membuat permainan sendiri untuk anak anda. Persoalannya, nak buat dari apa dan bagaimnana?
Inilah yang saya kongsikan untuk anda dalam Ebook 50 Koleksi
Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak. Saya
bantu anda mendapatkan idea yang kreatif dengan mudah. Anda tak perlu bersusah
payah berfikir. Anda dapat menjimatkan masa dari sibuk mencari idea di carian google atau dalam laman web
tertentu. Anda tak perlu juga mencari pakar dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak. Senangnya sebab semuanya telah saya kongsikan dalam ebook ini.
Dimana pula saya mendapatkan pelbagai idea ini?
Ini adalah antara sumber
idea yang telah saya perolehi dan saya kumpulkan untuk kemudahan anda apatah
lagi jika anda seorang guru, pengasuh atau pendidik kanak-kanak.
Sumber saya;
Carian google
Kursus yang saya kendalikan
Idea saya sendiri & dengan
Melihat kreativiti anak sendiri
Contoh alat permainan yang dikongsikan dalam ebook.
Saya rasa kita perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan
pelbagai permainan untuk anak-anak ini. Mudah-mudahan melalui ebook ini anda akan
dapat mencuba dan membuat alat permainan bersama anak-anak. Mungkin juga anda
sendiri akan dapat lebih idea yang pelbagai setelah anda membaca ebook ini.
Lepas ini, anda boleh mula kumpulkan kotak.
Telah terbukti bermain dan alat permainan sendiri banyak
membantu perkembangan anak-anak secara positif. Mereka belajar pelbagai perkara
lebih daripada jika anda sekadar menyuruh anak=anak belajar menulis ABC atau mengajarnya mula membaca. Saya sendiri
sangat teruja untuk mencuba pelbagai idea ini bersama anak bongsu saya Aqil dan
juga bersama pelajar-pelajar kemahiran pengasuhan dan pendidikan awal
kanak-kanak di kelas saya.
Saya puas hati dapat menyumbang idea kreatif ini
bersama-sama dengan anda yang memerlukannya.
Jom beri peluang anak-anak kita untuk bermain dan
berimiginasi dengan lebih kreatif lagi. Bantu dan galakkan perkembangan mereka.
Jangan tunggu lagi, cepat whatapp saya 016 7235080 atau emel terus kepada saya
untuk tempahan yang segera.
HARGA EBOOK CUMA RM 25.
WHATAPP SEGERA KE 016 7235080
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA