Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Sumber : Buku Modul Asuhan PERMATA
TAHAP/ MILESTONE PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
(KANAK-KANAK 0-4 TAHUN)
Setiap pendidik dan pengasuh mestilah memahami
perkembangan sosioemosi kanak-kanak mengikut umur mereka supaya dapat menjangka
dan membantu perkembangan mereka.Berikut adalah milestone (pencapaian)
perkembangan bayi dan kanak-kanak dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak 0-4
tahun.
Milestone perkembangan sosioemosi bayi
0-3 BULAN
|
3-6 BULAN
|
6-12 BULAN
|
· Boleh
senyum
· Boleh
mengamati wajah apabila berada dalam jarak dekat
· Boleh
buat eye-contact jika didekatkan muka
|
· Boleh
berhenti menangis apabila melihat mendengar suara atau merasai kehadiran
orang yang rapat dengannya
· Suka
dipegang/sentuh oleh orang yangrapat
· Boleh
mengenali ibubapanya
· Ketawa
apabila diagah
· Boleh
mengzahirkan mood melalui ekspresi muka
· Boleh
membuat bunyi apabila ketawa
· Boleh
menunjukkan gembira melalui pergerakan kaki/tangan ekspresi muka
|
· Beri
tindak balas positif terhadap kata lembut
· Boleh
bezakan antara pendidik/ibu/pengasuh/dengan orang lain
· Boleh
beri reaksi kepada bunyi
· Ketawa
apabila ada sesuatu yang mencuit hati
· Boleh
melihat diri dalam cermin,tahu nama sendiri dan respon apabila dipanggil
· Boleh
meniru perlakuan orang lain
· Boleh
mengikut arahan mudah
|
Milestone perkembangan sosioemosi KANAK-KANAK :
1-2 TAHUN
|
2-3 TAHUN
|
3-4 TAHUN
|
· Boleh
memeluk dan memberi ciuman
· Boleh
menunjukkan tantrum apabila ada sesuatu yang tidak menyenangkan
· Boleh
menunjukkan rasa cemburu apabila lebih perhatian diberi kepada orang lain
· Boleh
membantu mengutip mainan dan meletak mainan mengikut arahan
· Boleh
membezakan keadaan yang berbahaya
· Suka
melihat diri dalam cermin
· Suka
menunjukkan sikap membantah seperti tidak mahu pakai baju
· Mula
menunjukkan sikap berdikari.Contoh: hendak berjalan sendiri,tidak mahu
didukung atau mahu makan sendiri
· Mula
menyedari perasaan orang lain
· Boleh
meneruskan semula aktiviti yang tertinggal sementara
|
· Boleh
menyedari ketakutan dan kebimbangan orang lain terhadap dirinya
· Boleh
menunjukkan kelangsangan fizikal bila kemahuannya tidak dipenuhi/kecewa atau
marah
· Bersifat
mengarah dan meminta sesuatu dengan segera
· Boleh
mengenali diri dalam gambar/video
· Memperhatikan
dan meniru cara kanak-kanak lain bermain,turut serta tetapi lebih selesa
bermain sendirian
· Boleh
membina persahabatan dengan rakan sebaya
· Boleh
mengikut kata,mendengar arahan dan mematuhi peratura yang ditetapkan oleh
orang dewasa
· Suka
bertanya dan sangat berminat untuk mendapat pengalaman baru.Misalnya sangat
teruja jika melawat ke zoo
· Boleh
menjangka kesan perbuatan sendiri
|
· Tunjukkan
rasa kasih sayang dengan kata-kata
· Mula
menunjukkan perasaan malu
· Mula
mempelajari cara mengawal diri(displin) dengan bimbingan orang dewasa
· Mula
memahami kuasa yang lebih Besar dan Agung (tuhan)
· Mula
menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan tugas yang
diberikan
· Boleh
mempamerkan sikap bersunguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara
· Boleh
menyesuaikan diri dalam situasi baru
· Mula
mempercayai orang dewasa
· Boleh
mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal emosi
· Sudah
mempunyai sifat berani dan yakin diri
· Boleh
menghormati harta benda/barang permainan
· Boleh
berfikir cara menyelesaikan konflik dengan rakan sebaya
· Mula
menunjukkan nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang dewasa
|
DAPATKAN EBOOK DI BAWAH JIKA ANDA BERMINAT UNTUK TERJUN DALAM KERJAYA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.
whatapp 0167235080 untuk tempahan.
RM 25
RM 30