Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi Peribadi/carian google
JOM BUAT EKSPERIMEN SAINS UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Kanak-kanak di peringkat awal usia perlu didedahkan dengan dunia persekitaran dan awal sains dimana melalui
aktiviti pembelajaran awal sains, kanak-kanak akan dapa, antaranyat ;
Memperhatikan dan menggunakan semua derianya yang ada - deria melihat, mendengar, hidu, rasa
Bertanya pelbagai soalan
Berfikir secara sistematik dan logik
Cuba menyelesaikan masalah yang timbul dari eksperimen
Meneroka dan menyoal
Meramal apa yang akan berlaku
Mencuba dan mengeksperimen sesuatu yang ingin diketahuinya
Mengumpul maklumat dan merekod hasil eksperimen
Membuat kesimpulan
Memberi peluang
kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat dari sesuatu perkara.
Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir.
Menghayati sikap dan nilai murni.
mempelajari mengenai alam dan persekitaran
Baiklah , kali ini saya ingin kongsikan idea eksperimen sains bersama anak-anak 3 – 6 tahun. Eksperimen ini boleh juga dilakukan juga bersama
anak-anak 1 -2 tahun tetapi memerlukan bimbingan dan bantuan pengasuh@pendidik
secara berterusan.
1
AKTIVITI 1 : Menghasilkan gas Karbon dioksida
Mula-mula saya dapat idea ini daripada seorang jurulatih
Kursus PERMATA. Kemudian saya membuat survey sedikit melalui bahan google. Akhirnya saya telah cuba idea
ini bersama dengan peserta Kursus Asas Pendidikan Prasekolah yang saya
kendaikan baru-baru ini. Hasilnya sangat mengujakan dan menyeronokkan. Itu baru
buat eksperimen dengan pelajar saya yang kebanyakannnya terdiri dari para
remaja, bagaimana pula jika aktiviti ini dibuat bersama dengan kanak-kanak
. Tentu lebih mengujakan.
Saya kongsikan di bawah ini cara membuat eksperimen tersebut
dan anda boleh mula buat bersama anak-anak samada di TASKA TADIKA atau di rumah
anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 botol mineral kosong
3 sudu makan cuka
2 sudu teh soda bikarbonat
Sehelai belon
Corong untuk masukkan soda ke dalam belon
CARA BUAT EKSPERIMEN:
Masukkan cuka ke dalam botol mineral. Kemudian, masukkan
pula soda bikarbonat ke dalam belon dengan menggunakan corong. Selepas iru, lekatkan hujung belon ke mulut
botol mineral. Perlahan-lahan tegakkan belon agar semua soda bikarbonat jatuh
ke dalam botol mineral tersebut.
Sebaik sahaja soda bercampur dengan cuka, sedikit bunyi
mersik akan terhasil dan gas karbon dioksida akan mula terhasil dan menyebabkan
belon yang berada pada muncung mulut botol mula menegak perlahan-lahan.
Ketika buat eksperimen ini, pelajar saya akan mula menjerit
sedikit melihat belon tersebut menegak perlahan-lahan. Hmmm apatah lagi bila
buat dengan kanak-kanak, ye tak?
Apa yang anda boleh ceritakan pada kanak-kanak mengenai eksperimen
ini.
Untuk anak-anak 1- 3 tahun, mungkin
anda boleh tunjukkan sahaja ekperimen ini dan jadikan ia satu aktiviti yang
menyeronokkan untuk anak-anak mencuba sendiri.
INGAT YE, untuk anak-anak kecil, anda perlu bantu buat dan minta kanak-kanak
lakukan perkara yang mudah. Contohnya, minta tuangkan cuka ke dalam botol
melalui corong yang disediakan. Atau boleh minta anak pegangkan botol mineral.
Untuk anak-anak yang lebih besar, BIAR ANAK CUBA eksperimen ini, jangan pula anda yang buatkan manakala anak-anak
cuma melihat. Berikan anak-anak merasai pengalaman sendiri.
Untuk anak-anak 4 –
6, akan boleh ceritakan juga dengan
mudah tentang pembebasan gas karbon dioksida tersebut hasil tindakbalas
campuran soda bikarbonat dan juga cuka.
CUBALAH SEGERA EKSPERIMEN INI YE.
AKTIVITI 2 : Menghasilkan lava gunung berapi
BAHAN-BAHAN:
Untuk doh bagi membuat acuan gunung berapi :
1 peket Tepung gandum
Setengah pekat garam
Air secukupnya
Beberapa titik Pewarna makanan
minyak masak secukupnya
Bekas@besen
Bahan-bahan untuk lava gunung berapi:
5 sudu makan cuka
2 sudu besar cecair pencuci pinggan
3 sudu teh soda bikarbonat
Botol mineral kosong
CARA BUAT :
Sediakan doh untuk dijadikan gunung berapi. Campurkan tepung
gandum, garam dan air untuk diuli
menjadi doh yang lembut. Campurkan dengan pewarna makan yang sesuai. Ikut
seperti seakan-akan warna gunung berapi.
Potong botol mineral kosong menjadi tiga suku ketinggiannya.
Masukkan cuka dan sedikit pencuci pingan ke dalam botol mineral. Fungsi pencuci
pinggal ialah untuk menghasilkan sedikit buih. jangan lupa juga masukkan sedikit pewarna seakan warna lava gunung berapi.
Sekarang letakkan botol mineral ke dalam bekas@besen
yang sesuai. Bentukkan gunung berapi di sekeliling botol mineral. Kalau boleh
bentukkan juga bahagian dasar gunung berapi.
Sekarang , tibalah waktu untuk melihat lava gunung berapi
terhasil keluar dari mulut gunung. Bagaimana? Caranya ialah dengan menuangkan
soda bikarbonat yang telah dibancuh sedikit dengan air secara perlahan-lahan ke dalam botol mineral tadi. Tanya pada
anak-anak, Apa yang terjadi?
Campuran buih-buih seakan lava gunung berapi akan akan keluar
dari botol tersebut. Ini terjadi hasil daripada campuran cuka, soda dan cecair
pencuci pinggan tersebut.
Akhir sekali anda boleh terusnya aktiviti dengan bercerita
mengenai gunung berapi. Tunjukkan gambar gunung berapi sebenar dan mungkin anda
boleh tunjukkan juga video bagaimana cecair lava keluar dari gunung berapi. Tentu
, sangat menyeronokkan aktiviti ini.
Sama seperti tadi,
kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mencuba aktiviti sains yang menyeronokkan
dan mengujakan kanak-kanak ini.
AKTIVITI 3 : MENCAMPURKAN PELBAGAI WARNA
Untuk aktiviti ini, cuma
perlukan poster colour. Boleh juga gunakan pewarna makanan. Terangkan dulu pada anak-anak tentang warna-warna asas.
Berikan mereka mangkuk polistrin setiap seorang. Sekarang, minta kanak-kanak
cuba campurkan 2 pelbagai warna dan
lihat warna apa yang akan terhasil. Contohnya bila warna biru bercampur dengan
warna kuning, maka akan terhasillah warna hijau. Warna makanan juga boleh dibancuh dahulu di dalam botol, campurkan sedikit air. kemudian campurkan beberapa warna dalam botol lain pula.
Untuk lebih seronok, minta kanak-kanak sapukan warna yang telah bercampur tadi pada kertas lukisan kosong atau pada sebarang gambar yang tak berwarna.
SELAMAT MENCUBA.
UNTUK TEMPAHAN, KLIK BORANG TEMPAHAN.