Wednesday, 20 December 2017

RPA Bertema

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Alhamdullillah, sedikit RPA tema Negaraku saya kongsikan bersama dengan RPA bertema Siri 1 yang telah di hasilkan sebelum ini.


Berikut adalah semua perkongsian RPA bertema yang ada dalam EBOOK RPA  kali ini.


1. Cuaca
2. Pakaian
3. Pekerjaan.
4. Anggota Badan
5. Negaraku
6. Hari Guru
7. Hari Ibu
8. Bulan Ramadhan


Jika anda ingin dapatkan koleksi RPA ini, sila dapatkan EBOOK RPA BERTEMA ini dari saya



Harga EBOOK RM 25.00

Sila whatapp ke 0192115642@ 0167235080 untuk tempahan segera.


Dapatkan juga :


                                    



RM40 / RM 30

HUBUNGI SAYA DI 0167235080



Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak





Buku Log Harian Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian Google


Buku Log Harian kanak-Kanak adalah antara dokumen wajib yang perlu ada di TASKA.  Kebiasaannya Buku  Log Harian kanak-kanak ini disediakan oleh pihak TASKA dalam bentuk jilid buku untuk kegunaan catatan pihak TASKA dan juga ibu bapa.


Log Harian Kanak-kanak akan mencatatkan rutin harian kanak-kanak dari waktu dia sampai ke TASKA sehinggalah waktu balik. Antara catatan dalam buku log harian kanak-kanak ini ialah;


Di catatkan oleh ibu bapa
1. Kedatangan kanak-kanak
2. Keadaan kesihatan dan fizikal  kanak-kanak ketika tiba di TASKA
3. Barangan peribadi kanak-kanak yang di bawa ke TASKA
4. Sebarang komen@cadangan


Dicatatkan oleh pendidik di TASKA
1. Refleksi atau maklumbalas kanak-kanak terhadap aktiviti yang dijalankan di TASKA
2. Maklumbalas kepada rutin harian kanak-kanak di TASKA seperti persiapan diri, waktu makan dan juga waktu tidur
3. Tingkahlaku kanak-kanak
4. Catatan pemberian ubatan
4. Catatan sebarang kemalangan@kecederaan kecil
5. Catatan pendidik untuk maluman ibu bapa


Buku Log harian ini sepatutnya akan di simpan oleh ibu bapa dan di bawa ke TASKA setiap kali anak datang ke TASKA pada awal pagi.


Antara kesalahan@ ketidakpekaan dalam catatan buku log harian ini;

Ibu bapa
1. Tidak nampak kepentingan buku log dan jarang mengisi buku log
2. Mungkin juga tidak membaca catatan di dalam buku log tersebut.
3. Mengisi secara tidak lengkap
4. Tidak bawa buku lohg harian kanak-kanak ke TASKA


Pendidik TASKA
1. Tidak meluangkan masa untuk mengisi buku log harian kanak-kanak secara tepat lagi telus.
2. Tidak tahu cara yang betul mengisi buku log.
3. Tidak telus dalam catatan.

Misalnya di bahagian aktiviti kanak-kanak, bukan dicatat apa aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak tetapi pendidik perlu catatkan maklumbalas atau refleksi kanak-kanak terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

3. Ada TASKA yang tidak menyediakan buku log sama sekali.



Log Harian Kanak-kanak memang sangat penting dan sangat diperlukan oleh sesebuah TASKA yang dianggap professional.  Buku log harian kanak-kanak ini akhirnya akan dimiliki oleh kanak-kanak dan menjadi kenangan anak selama berada di sesebuah TASKA.
Oleh kerana buku log harian adalah kepunyaan kanak-kanak/ibu bapa, maka pihak TASKA sendiri perlu memastikan setiap catatan di dalam buku log harian kanak-kanak itu perlu ada salinan catatan yang dimasukkan ke dalam rekod TASKA.

Sehubungan itu, pihak TASKA perlu emwujudkan rekod-rekod berkaitan.


Saya teringat  buku log harian anak saya sendiri ketika dia mendapat khidmat didikan di salah sebuah Pusat Anak PERMATA NEGARA(PAPN).  berbeza dengan TASKA swasta, buku log harian kanak-kanak di PAPN perlu disediakan sendiri oleh ibu bapa mengikuti kreativiti masing-masing. Jadinya , wujudlah berbagai-bagaui fesyen atau jenais buku log harian. Paling best, ibu bapa pasti emnjadi tsangat teruja setiap kali membawa balik buka log harian anak ke rumah.

Satu idea yang sangat kreatif sebab ibu bapa juga boleh menghias buku log tersebut mengikut kretivitinya misalnya ibu bapa boleh sahaja melekatkan banyak gamabar anaknya di dalam buku log harian tersebut.
Secara tidak langsung boleh mengaitkan dengan penglibatan ibu bapa.

Mungkin, TASKA Swasta boleh fikir-fikirkan idea ini.


CONTOH



Sunday, 17 December 2017

Usah asyik dengar cakap anak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.


Usah asyik dengar cakap anak.
Kenapa ya?
Salah ke?


Anak-anak kita ni kan...sebelum mencapai umur baligh, kita kena ajar dia  dengar dan ikut cakap kita dan bentuk dia dengan akhlak yang mulia. Yang salahnya ialah bila kita yang selalu ikut cakap dia, manjakan sangat dan beri apa sahaja yang dia mahu.

Ingat, ingat ya...Usah asyik  ikut cakap anak semata.

Pertimbangkan setiap bicara anak-anak ini apatah lagi anak di usia remaja.
Lentur anak-anak ini semasa masih diperingkat rebung, bila dah jadi buluh, tiadalah berguna untuk disesalkan lagi.

Anak-anak zaman ini banyak benda baru dan advance ingin sangat dicubanya walaupun ia mengundang sesuatu yang buruk kelak.

Ibu bapa pula, cakap anak remaja terutamanya, janganlah terima bulat-bulat. Semak dan selidik dulu kebenarannya. Rosaklah anak jika dia selalu dimenangkan walaupun dia salah. Kendalikan anak-anak kita ini secara berhemah lagi bijaksana. 

Doakan anak-anak selalu.
Selalulah doa semoga anak-anak remaja kita terhindar dari segala keseronokan remaja yang melalaikan.
Mereka tidak tahu, mereka mahu mencuba, kitalah yang sepatutnya menjadi pembimbing anak agar dia jadi anak yang soleh solehah bila telah dewasa kelak.

Semoga anak-anak kita jadi anak soleh solehah di dunia wa di akhirat kelak.


Norazura

Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger




Anak Pintar Cerdas dan berbakat

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google


Tahukah anda bahawa salah satu kategori kanak-kanak bekeperluan khas ialah Anak Pintar Cerdas dan berbakat. Umumnya ibu bapa dan masyarakat hanya mengetahui bahawa kanak-kanak bekeperluan khas hanya terdiri dari anak yang mempunyai kekurangan anggota fizikal atau mental serta bermasalah dari segi emosi sahaja. Namun, ketahuilah bahawa anak-anak yang terlalu pintar cerdas dan berbakat yang tidak sepadan dengan usianya juga memerlukan  keperluan khas lain yang berbeza untuk mereka belajar dan mengharungi kehidupan. 


Definisi anak Pintar Cerdas dan berbakat jika mengikut panduan kurikulum PERMATA NEGARA  ialah anak yang menunjukkan tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding tahap pencapaian rakan sebaya.  Mereka juga menunjukkan bakat semulajadi hebat dalam bidang tertentu yang agak tinggi serta advance berbanding rakan-rakan seusia.


Ramai ibu bapa   tidak perasan yang mungkin ada anak mereka tergolong dalam kategori anak pintar cerdas dan berbakat. Jangan terperanjat jika saya katakan bahawa  anak yang boleh membaca di bawah umur 5 tahun dengan mudah , mungkin boleh juga dikategorikan sebagai kanak-kanak bekeperluan khas.


Mengapa anak pintar cerdas dàn berbakat ini dikategorikan sebagai anak bekeperluan khas kerana mereka adalah individu yang tahap pencapaiannya dan bakatnya tidak normal mengikut tahap perkembangan kanak-kanak yang sebenarnya. Sukar untuk mentafsirkan anak seperti ini namun saya ingin kongsikan sesuatu mengenai anak saya.


Saya tidak akan nyatakan  secara panjang lebar di sini mengenai ciri-ciri anak pintar cerdas dan berbakat ini ( boleh rujuk pada banyak laman web atau blog yang berkaitan tajuk)  memadai ingin berkongsi kisah anak saya.
Dia tidaklah di diagnos sebagai anak keperluan khas tetapi bagi saya yang membesarkan nya telah mengenalpasti beberapa ciri anak pintar cerdas dan berbakat yang ada di dalam dirinya.


Anak saya kini berumur 19 tahun dan sedang mengikuti pembelajaran dalam bidang  'Advance Computer Programming'  di sebuah Kolej tajaan MARA.
Sedari kecil lagi anak saya telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam akademiknya yakni sedari umurnya 4 tahun lagi. Kali pertama saya perasaaan kecerdikannya ialah ketika di umur 4 tahun secara bersahaja dia telah mengeja perkataan 'karbohidrat' dan menyebutnya dengan jelas. Dia terus menunjukkan pencapaian akademik yang baik sehinggalah ke tahap sekolah menengah. Namun yang sangat pelek dia jarang membaca dan menelaah buku.
Cikgu di sekolah memaklumkan bahawa dia umpama pelajar jarak jauh kerana dia akan tidur ketika guru mengajar. Kerja rumah juga jarang disiapkan tetapi bila peperiksaan,  dia mampu menjawab dan beroleh keputusan yang dengan baik.


Di awal sekolah menengah rendah, dia mengikuti aliran agama (disuruh oleh saya) namun disebabkan dia kurang minat  dengan matapelajaran bahasa arab,  lalu semasa PMR dia menunjukkan keputusan peperiksaan yang sangat pelek bagi seorang yang cerdik belajar. Dia memperoleh A dan ada B untuk subjek lain  tetapi memperoleh  D untuk Bahasa Arab. Bila ditanya mengapa?  Dia memaklumkan bahawa dia memang sengaja  tidak  jawab dengan betul.sebab dia tidak minat belajar matapelajaran Bahasa Arab.


Begitu juga ketika keputusan SPM (sains tulen) dia memperoleh keputusan yang memang melayakkan dia untuk mengikuti jurusan yang lebih baik di universiti tempatan namun secara selamba dia beritahu dia tidak mahu belajar program yang boleh menyusahkan kepala untuk belajar. Justeru itu,  dia memilih bidang komputer kerana katanya dia hendak.mencipta program permainan game online
Maka saya ikutkan sahaja kehendaknya itu. 


Pembaca semua, anak saya memang cerdik dan bijak namun hakikatnya dia jarang belajar.
Seperkara lagi, rupanya cerdik dan bijak nya itu hanya tertumpu pada bidang akdemik sahaja dan bukan dalam pengurusan kehidupannya sendiri.

Pernah,  saya krim wang pada dia untuk membayar yuran sekolah asramanya, namun dia simpan wang tersebut sehinggalah pada waktu ingin mengambil keputusan peperiksaan, pihak sekolah menyekat kepetusannya kerana tidak menjelaskan yuran.

Pernah juga beberapa kali dia di buli disekolah oleh kawan-kawan dan pernah juga dibuli oleh cikgu sendiri lantaran dia tidak pandai membela dirinya sendiri.

Pernah dan selalu dia diberi tanggungjawab yang mudah untuk menguruskjan sesuatu berkaitan dirinya sendiri namun acapkali tidak memuaskan.

Dia kurang pandai bergaul dan banyak menumpukan masanya hanya kepada permainan game sahaja.

Persoalannya, adakah dia juga boleh dikategorikan sebagai anak keperluan khas kerana walaupun terserlah  cerdik pandainya rupanya banyak perkara gagal diuruskannya dengan baik.


Apa pun kitalah yang memerhati dan menilai perkembangan anak kita. Justeru itu, kenalpasti setiap kebolehan dan potensi mereka. Namun,  jika kelihatan potensinya luar biasa melebihi anak lain yang normal, cuba-cubalah meneliti dan memberi lebih perhatian terhadap perkara tersebut .


Semoga perkongsian ini membuka mata kita dalam menilai apa jua pencapaian  anak-anak kita.


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

Thursday, 14 December 2017

Beri peluang anak bermain secara semulajadi


Oleh : NorAzura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Andakah anda perasan bahawa ibu bapa masa kini  mempunyai sikap begini terhadap anak-anak;

-  tidak suka jika anak-anak main pasir atau main air apatah lagi jika anak pijak lopak atau lumpur.
- marah jika anak  pijak rumput tanpa memakai kasut atau berjalan di depan lama rumah tanpa memakai alas kaki
- pastinya sangat marah jika anak main dengan hujan.
- tidak izinkan anak petik daun-daun atau rumput kemudian main masak-masak
- pasti juga tidak benarkan anak kutip batu atau ranting
- tentu juga anak dilarang duduk tepi longkang kecil di halaman rumah apatah lagi keluar masuk longkang
- tidak boleh sama sekali bermain di halaman bila hari mula panas
- memang tidak boleh panjat pokok kerana pokok pun tiada
- marah anak berlari-lari di halaman apatah lagi jika tiada alas kaki.
dan lain-lain lagi lah yang dirasakan mengotorkan tangan dan kaki atau kotorkan baju atau mungkin akan dapat sakit.


Hah, itu adalah larangan ibu bapa di luar rumah. Jika di dalam rumah pula, mungkin berikut adalah sikap ibu bapa.

- jangan conteng dinding
- jangan sepahkan rumah
- jangan berlari dalam rumah
- jangan usik hiasan dalam rumah.
dan seterusnya lah.


Jadi, apa yang anak boleh buat? Mungkin ini yang ibu bapa mahukan;

- Jangan main bahan-bahan kotor (pada persepsi mereka) di luar rumah
- Pakai alas kaki walau sekadar berdiri di depan pintu rumah
- Dilarang berdiri dalam cuaca panas , jika perlu pakai topi atau pakai payung. Begitu jika ketika hujan mula turun.
- Ikut peraturan di dalam rumah
- Duduk diam main 'Hphone atau menonton televisyen.
- Buat homework, belajar dan baca buku kerap.
- Jangan makan bersepah
-Jangan bising-bising


Seorang pakar kanak-kanak ada mengatakan bahawa anak yang berpeluang terdedah kepada apa yang tidak disukai oleh ibu bapa adalah anak yang cergas,  aktif serta ceria dan anak ini mempunyai jiwa yang kental dan mampu berdikari dan mampu pula menghadapi cabaran hidup bila telah dewasa  kelak.

Seperkara lagi anak yang expose dengan pelbagai bahan alam yang semulajadi seperti main tanah, pasir, air daun serta berpeluang duduk atas pokok, boleh terkena panas dan hujan adalah anak yang secara langsung dapat membentuk imunisasi semulaji di dalam badan mereka.
Didapati walaupun main kotor, dia tidak mudah dihidapi penyakit. waluapun terkena hujan, dia juga tidak mudah diserang demam. Sebabya kerana anak telah terbiasa dengan aktiviti bermain bersama alam. Dengan kata lain, anak yang expose pada alam akan jadi anak yang lebih kuat dan mempunyai daya ketahanan badan yang lebih kuat.


Justeru itu, tanya pada diri,
Adakah kita ingin anak yang pasif yang seharian belajar asyik dengan buku, yang duduk diam sahaja dan yang asyik leka dengan gadget.

Beri peluang anak-anak bermain secara semulajadi.
Jangan risau, sediakan persekitaran yang selamat dan beri anak peluang bermain.





Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          






RM40 / RM 30

HUBUNGI SAYA DI 0167235080





Sunday, 10 December 2017

Tip mula bisnes TASKA TADIKA

Assalamualaikum,
Adakah anda bercadang memulakan sebuah perniagaan TASKA TADIKA atau anda memang sedang mengendalikan bisnes tersebut.
Saya kongsikan  tip berjaya dalam bisnes anda. Bolehlah diamalkan.
1. Samada anda baru hendak mula bisnes TASKA  TADIKA atau anda ingin terus maju, elakkan suka memberi alasan.  Apa pun alasan akan menggagalkan usaha anda untuk mencapai matlamat. Buangkan alasan remeh, cari penyelesaian kepada masalah yang timbul, bukan cari alasan.
2. Berbisneslah sesuatu yang dapat  menyelesaikan masalah orang lain. Fikir-fikirkan, apa lagi yang mampu anda tawarkan kepada pelanggan.
Misalnya bisnes TASKA, anda bantu masalah ibu bapa untuk menjaga anak sementara mereka pergi bekerja.
Bisnes TaDIKA , anda bantu ibu bapa yang tidak punya masa untuk memberi sedikit didikan ilmu kepada anak- anak.
Fikirkan, dalam bisnes TASKA TADIKA, apa lagi yang mampu anda tawarkan untuk selesaikan masalah ibu bapa.
3. Mulakan bisnes secara  kecil-kecilan
Jangan terfikir nak terus buat bisnes se gah mungkin. Hati-hati kerana  menurut kajian, hanya 10℅ bisnes sahaja akan berjaya, manakala lagi 90℅ akan gagal.
Misalnya,  jika belum benar-benar bersedia, mulakan TASKA anda secara kecil-kecilan dulu, buat TASKA di rumah dulu.
Tak perlulah nak sewa premis yang besar dan mahal untuk bisnes Tadika anda yang baru hendak bermula.
4. Jangan putus asa
Gagal adalah perkara biasa dalam bisnes. Hadapi ia dan jadikan ia guru terbaik buat anda. Teruskanlah berusaha tanpa jemu. Selalulah bersikap positif bukan mengalah dan mengundur diri.
5. Tambah ilmu.
Jangan malu, jangan berfikir-fikir , usah kedekut untuk labur sedikit duit untuk mendapatkan ilmu.  Anda perlu ada mentor untuk terus membimbing matlamat perniagaan anda. Carilah ilmu sebanyak mungkin untuk lebih memahirkan bisnes anda.
Semoga anda semua berjaya mencapai matlamat bisnes anda.
Jom, jom hubungi saya jika anda  berhasrat untuk memulakan bisnes TASKA TADIKA anda.
#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner

Thursday, 7 December 2017

Mulakan bisnes TASKA di Rumah

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bisnes TASKA di Rumah.
Selalu sahaja saya menerima pertanyaan bagaimana cara untuk memulakan bisnes TASKA di Rumah.
Ya, sememangnya jika ada di antara anda yang cenderung untuk memulakan perniagaan TASKA, mulakan dengan bisnes TASKA di Rumah terlebih dahulu. Ia lebih mudah, tidak banyak  kos awal dan kurang risiko apatah lagi  jika anda memang seorang yang baru dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini.


Ramai individu di luar sana yang asalanya adalah mungkin pekerja sepenuh masa di mana-mana sektor yang kemudiannya bercadang dan berhasrat berhenti kerja serta  memulakan perniagaan TASKA di Rumah.  Mungkinkah anda salah seorang daripada individu tersebut?


Jika ya, nampak seperti bisnes TASKA ini adalah mudah tetapi  adakah anda benar-benar telah memahami dunia pendidikan awal kanak-kanak? Atau anda  sekadar ikut-ikut sahaja.
Sejauhmana anda mempunyai idea dan kefahaman tentang bagaimanakah anda boleh mulakan bisnes TASKA di Rumah ini.

Jom saya beri definisi TASKA Rumah terlebih dahulu.


TASKA di Rumah didefinisikan sebagai mana-mana  individu yang memberi perkhidmatan asuhan dan didikan di rumah sendiri di mana bilangan kanak-kanak tidak melebihi 9 orang dalam satu-satu masa ( tidak termasuk anak sendiri) serta menerima upah dari jagaan tersebut.


Manakala berikut adalah antara definisi kategori TASKA yang lain.

TASKA Institusi - Mana-mana premis yang manjaga kanak-kanak di bawah umur  4 tahun melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut.

TASKA Komuniti - Mengikut definisi perkhidmatan TASKA yang asal tetapi dikendalikan oleh komuniti tertentu. Biasanya kategori TASKA ini mendapat bantuan daripada pihak kerajaan.

TASKA di Tempat Kerja - Juga mengikut defisi utama TASKA tetapi beroperasi di tempat kerja di mana fokus utamanya ialah bagi memberi khidamat asuhan dan didikan kepada pekerja di sesebuah agensi berkaitan.


Perbezaan TASKA di Rumah berbanding dengan kategori TASKA yang lain.

1. TASKA di Rumah hanya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga perlu mendaftarkan nama perniagaannya di Syarikat Suruhanjaya Malaysia(SSM). TASKA di Rumah tidak memerlukan lesen perniagaan.

2. Bisnes TASKA di Rumah tidak memerlukan premis khas yang lain memadai dengan menggunakan rumah sendiri yang disesuaikan mengikut keperluan penjagaan kanak-kanak.

3. TASKA di Rumah hanya dibenarkan menjaga kanak-kanak tidak lebih dari 9 orang dengan bilangan pengasuh@pendidik sekurang-kurangnya seorang sahaja.


4. TASKA di rumah kurang modal permulaan berbanding  kategori TASKA yang lain. Bahan dan peralatan disediakan mengikut keperluan sahaja.

5. Pangasuh@pendidik di rumah lebih fokus kepada bilangan kanak-kanak yang tidak ramai.



Bagi membolehkan seseorang mendaftarkan TASKA di Rumah, dia perlu mengikuti Kursus TASKA di Rumah atau boleh juga terus mengambil kursus penuh iaitu Kursus Asuhan PERMATA. Kursus tersebut dikendalikan oleh agensi yang telah mendapat pengiktirafan daripada pihak JKM.
Melalui kursus tersebut, selain menjadi pra sayarat pendaftaran TASKA, ia juga banyak mendedahkan individu tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak yang lebih menyeluruh.

Namun, untuk tambah nilai, anda digalakkan untuk mengikuti pelbagai kursus berkaitan pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan anda benar-benar terampil sabagai pendidik awal kanak-kanak.


Susahkah mengendalikan TASKA di Rumah?

Setakat hari ini, saya telah berjumpa beberapa individu yang sukses dalam mengendalikan bisnes TASKA di Rumah.  Mereka bukan sekadar menjaga anak di rumah ala-ala pengasuh rumah tetapi merkea berjaya menunjukkan keprofesionalan dalam menjalankan operasi TASKA tersebut.

Pastikan jika anda benar-benar berhasrat untuk memulakan bisnes TASKA di Rumah ini, bertindaklah segera. Penuhi ilmu yang perlu dan jadilah pendidik awal yang berketerampilan.


Jom mulakan bisnes TASKA di Rumah hari ini dan bersama memeriahkan industri pendidikan awal kanak-kanak.

Anda juga boleh dapatkan ebook -ebok saya seperti di bawah ini.

Opps!!! Ebook adalah buku dalam bentuk PDF Softcopy dan ia dihantar melalui emel sahaja. Mudah sahaja, terima emel dan anda boleh terus print out.




SIAPA SAYA?

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)


Harga kini, RM 30









PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA







Wednesday, 6 December 2017

Kualiti graduan masa kini

Oleh : Nor azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sesi temuduga seorang graduan Master di sebuah institusi swasta.
Al kisah yang diceritakan, si penemuduga menemuduga graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian nya itu untuk satu jawatan eksekutif di syarikatnya.

Semasa sesi temuduga di jalankan, kelihatan calon tersebut membawa sekeping kertas yang tatkala sempat ditinjau kelihatan butiran catatan beberapa fakta semasa berkaitan jawatan yang dipohon. Terdapat juga catatan butiran mengenai diri calon. Tentu sahaja kelihatannya calon tersebut telah membuat persediaan awal dengan mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan mengenai syarikat dan jawatan yang dipohon.  Sebagai seorang memegang Ijazah sarjana,  sangat menunjukkan si calon merupakan imdividu yang tekun dan sentiasa membuat persediaan awal dalam sesuatu perkara.

Secara tidak langsung juga mencerminkan kecmerlangannya dalam mendapatkan maklumat penting dan persediaan nya dalam sesuatu hal. Hah, lupa nak maklumkan sepanjang sesi temuduga, calon jarang memandang tepat ke arah  si penemuduga sebaliknya setiap kali soalan diajukan dengan segera dia akan memandang ke arah kertas yang dibawanya bersama. Si penemuduga tersenyum kehairanan  juga dengan penampilan si calon.

Tiba-tiba si penemuduga  tergerak hati ingin bertanya mengenai satu soalan yang tidak berkaitan langsung dengan syarikat dan jawatan yang dipohon.Mendengar soalan yang diajukan secara spontan tersebut,  secara spontan juga calon terus memandang tepat ke arah si penemuduga dengan pandangan yang kosong.
Apa sudah jadi? Dia terus blur termanggu seketika,  tidak boleh menjawab soalan yang tidak di jangka tersebut.


Apakah kesimpulannya?

Teringat satu ketika, saya terdengar seorang ilmuan bercakap di corong radio memaklumkan tentang kualiti para graduan pada hari ini. Katanya didapati,  sepanjang graduan belajar di institusi pengajian tinggi,  kebanyakan mereka walau bukan semua adalah ibarat robot. Tugas  utama pelajar ialah untuk menghafal dan memahami setiap fakta yang diberi oleh pensyarah. Tugasan mereka adalah sekitar apa yang di arahkan oleh pensyarah di mana sesetengan mereka gagal untuk berkomunikasi dengan baik yang secara tidak langsung menunjukkan mereka kurang membentuk keyakinan diri dalam diri mereka sendiri.

Mereka mampu menghafal data dan mampu menterjemahkannya semula ke dalam helaian kertas peperiksaan dengan baik, akan tetapi, persoalannya mampukah mereka merealisasikan fakta yang dipelajari dan yang telah dihafal dalam kehidupan yang sebenar.

Sebaik tamat pengajian, bersediakah para graduan ini bersaing hebat di pasaran kerja.  Adakah mereka telah layak memegang tanggungjawab dalam sesebuah organisasi.

Bagaimanakah realitilnya kini?
Berbalik semula kepada sistem pendidikan yang di terima dan diaplikasi oleh para pelajar ini.
Tepuk dada tanya diri.
Kita yang bergelar pendidik, bagaimana?
Telah berjayakan kita membentuk individu berkeyakinan tinggi yang mampu bersaing dalam pasaran pelbagai industri?

Jom fikirkan bersama.


SIAPA SAYA?

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)


Harga kini, RM 30









PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642







Tuesday, 5 December 2017

Anak yang cemerlang

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Anak yang Cemerlang.

Cemerlang akademik di peringkat persekolahan  tidak semestinya boleh membina kerjaya hebat apabila anak dewasa kelak.
Sederhana maupun lemah atau gagal menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat sekolah juga tidak semestinya tidak boleh menjadi insan berjaya. 
Kerana potensi  kehebatan itu ada dalam keunikan diri setiap anak.
Juateru jangan tetlalu mengagungkan anak yang tinggi akademiknya.
Justeru itu juga, usah memperlekahkan anak yang lemah di peringkat akademiknya.

Sistem pendidikan hari ini memang memandang tinggi pencapaian kecemerlangan di sekolah maupun di universiti.
Tapi, terbukti sudah , insan yang berjaya bila dewasa kelak ialah mereka yang memiliki potensi kemahiran yang tetentu yang perlu digilap sedari awal lagi.  Tentu juga mereka orang yang tekun, rajin berusaha dan sentiasa mempunyai matlamat serta sikap yang positif dalam hidup.

Kesimpulan pengajarannya , anak-anak  jangan dibezakan , jangan  dilabel pandai atau tidak pandai. 
Anak-anak di awal usia misalnya juga, jangan dibebani dengan pelbagai bahan pembelajran berunsur akademik semata. Kesian anak-anak.
Usah dinafi hak mereka untuk bermain.
Usah juga dinafi anak-anak yang mungkin lemah akademik akan sesuatu kelebihan lain dalam diri mereka.

Wahai ibu bapa..
Wahai pendidik..
bukakan minda.
berfikirlah lebih luas lagi.

Semua anak, Anak yang cemerlang, berikan pendidikan dunia  yang sesuai dengan mereka. Usah lupa pendidikan akhirat yang sebaiknya jua.
SIAPA SAYA?

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)


Harga kini, RM 30









PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642