Tuesday 29 October 2019

Lihat dalam dirimu

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Seorang ilmuan pernah berkata,
Jika anakmu berbuat salah, jangan hanya nampak besar kesalahannya tapi koreksilah juga apa pula salahmu sebagai ibu... sebagai bapa.
Mungkin tanpa disedari, kitalah punca anak menjadi nakal.
Justeru, jika sang isteri pula berbuat khilaf, rujuklah dalam hatimu serta perhalusilah pula apa kurang dan lemahnya kamu sehingga isterimu terjerumus begitu.
Lalu.. andai yang tergelincir itu adalah suamimu. mungkin sang isteri.. renungkan pula apa silap dan lemah kamu sebagai isteri.
Mungkin....kita sendiri punya dosa, salah dan khilaf yang tersembunyi.
Mungkin..
Mungkinlah jua..
Setiap dari kita mempunyai amanah, suatu tugas dan tanggungjawab besar terhadap siapa yang di bawah tanggungjawab kita.
Lalu, pasti kelak kita akan ditanya,
sudahkah kita melunaskan segala amanah dan tanggungjawab itu?
Sekali tersilap langkah, bukan bermakna kita perlu terus menuruti derap langkah yang salah dan kelam itu.
Ayuh...
Deras.... bangkit!
Pilihan di tangan kita..
Kita kan mampu mengubahnya, insyAllah..
Seorang ilmuan lain juga telah berkata...
Bila anakmu salah..
Bila isterimu khilaf..
Bila suamimu silap..
Ahh.. kita semua manusia yang lemah lagi dhaif.
Jangan pernah rasa kita sahaja yang betul.
Lenturlah segalanya penuh keikhlasan.
Hanya kerana Allah..
Bukan sekadar berperang dengan amarah..
Gunakan kuasa pelukan sepenuhnya..
Tenangkan mereka.... Penawar hati dan sanubari..
Justeru berdoalah selalu kepada Allah..
Mereka akan berubah..
Kita juga perlu berubah..
Keluarga kita..
Suami...
Isteri..
Anak-anak..
Kita semua pinjam meminjam dari Allah..
Lalu.. Hargailah mereka yang disisi kita seadanya.
Balutlah jiwa-jiwa kami dengan iman dan islam yang hakiki.
Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Coretan motivasi
Selalu kan kita dengar, kata - kata positif seperti ini;
Manusia perlu belajar dari kegagalan demi untuk menggenggam sebuah kejayaan.
Kegagalan juga merupakan guru terbaik buat kita.
Kalau anda belum pernah tempuhi kegagalan, itu tanda anda belum benar-benar menikmati erti kejayaan.
Setuju?


Kenapa puan tutup bisnes TADIKA puan dulu?
Allahu.. panjanglah kisahnya.
Tapi kan....
Ketika itu, benar bahawa saya telah gagal....
Gagal dalam memahami kerenah manusia..
Gagal dalam mengawal emosi diri..
Gagal dalam memahami prinsip diri sendiri..
Gagal membina jati diri utuh sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak.


Saya kalut...
Masya-Allah, saya akhirnya tumbang gagal di persada industri pendidikan awal kanak-kanak ini walaupun saya bermula dengan gilang gemilang.
Maaf saya pinta kepada semua yang pernah merasa tempias dek kerana kegagalan saya.
Maafkan saya seadanya..

Saya tekad ketika itu..
Bersama linangan airmata sebuah kekecewaan bertimpa, saya undurkan diri seketika dari persada industri ini.

Sesudah itu...
Lama saya bermenung...
Lama saya stress seorang diri..
Lama saya fikir..
Berfikir dan terus berfikir..

Lantas bagaimana?
Apa yang harus saya lakukan...?
Yang pernah gagal sahaja bisa merasakan pedihnya..
Adakah saya harus menjadi insan yang berputus asa dari rahmat Allah?
Adakah saya harus biarkan kegagalan ini terus tenggelam dalam deraian airmata saya?
Tidak sama sekali, walau ketika itu jalan saya nampak samar sungguh.
Kelam...
Saya tidak tahu bagaimana untuk bermula sekali lagi.


Nahhh!!
Bangunlah wahai diri....
Bangkitlah walau kau harus menginjak sedikit demi sedikit.
Derap demi derap langkahmu..
Pedulikan mereka yang memandang sinis.
Abaikan segala perasaan negatif dan rendah diri yang bersarang hebat di dadamu.

Kau kan ada Allah..
Yakin lah..
Suara bisikan semangat itu seakan halus menerjah ke sanubari saya
Masya-Allah, kuatnya tekad saya ketika itu.

Benar....
Tanpa semangat yang kuat, tanpa hati dan jiwa yang tabah serta kental.
Tanpa kenal getir dan lelah walau kekadang bermandi jua dengan airmata.
Mana kan bisa saya harungi semula perjalanan menyusuri onak dan ranjau dunia pendidikan awal kanak-kanak ini.

Satu persatu langkah saya aturkan jua beserta iringan doa dari mereka yang selalu menjadi penguat kehidupan saya.
Kepada Allah saya sandarkan harapan. Yakin bahawa rezeki itu dari Allah.
Saya belajar semula kerana kegagalan yang lepas.

Sukar?
Tiada yang sukar jika kau ada kemahuan dan kesungguhan!!
Alhamdullillah, syukur selalu padamu ya Allah.

Kerana..
Langkah saya tetap di sini. Jiwa saya mekar menghijau di sini jua.
InsyAllah...
Dunia pendidikan awal kanak-kanak, tetap dihati.


Aku ingin kaya!

OLEH : NOR AZURA iSMAIL
pnnorazuraismail@gmail.com


Adakah salah kalau kita ada matlamat untuk cari harta kekayaan sebanyak mungkin?
Aku ingin kaya!

Salahkah juga jika kita punya hasrat untuk meraih kejayaan menjadi insan hebat berpengaruh.
Apa... jelekkah matlamat dan hasrat itu??

Adakah cukup kita berkata dengan nada yang lemah...
"Aku berserah kepada tuhan
Ahh.. Cukuplah apa yang ada dalam hidup ku ni, syukurlah selalu walau hidup aku susah"...
sedang kita tiada usaha pun jadi insan yang berjuang, bertindak untuk mengecapi anugerah nikmat bahagia yang bertebaran di atas muka bumi Allah ini.


Benar.., hidup hanya sementara. Tiada yang kekal abadi. Tiada pula apa yang boleh dibawa bersama tatkala mati mendatangi.
Buat apa membina nama dan status??

Jadi....
Perlukah kita terus jadi insan yang lemah, miskin dan sentiasa dipandang rendah.
Allahu....
Allahu...
Yang lemah yang putus asa yang serba kurang itu.. Rugilah ia dalam kenikmatan hidup sementara ini.
Sedang dia tiada sebarang keuzuran.

Lalu..
Kalau kita tidak kaya, bagaimana kita dapat mengeluarkan zakat bagi pembangunan ummah ini?
Kalau kita tiada harta yang banyak, bagaimana mungkin kita boleh berwakaf dan saban waktu bersedekah semudahnya.
Kalau kita tidak kaya, bagaimana agama lain dapat melihat kehebatan kita yang berdiri di atas tiang Islam ini.
Kalau kita tidak kaya, kita terus jua ditindas dari pelbagai aspek.
Lemahnya kita dalam pandangan mereka yang sekian lama telah menjadi bangsa yang kaya lagi hebat.


Ayuh..
Fikir positif!
Perlukah kita pula jadi insan yang hebat?
Masya-Allah, kalau kita tidak hebat, siapakah yang akan bersuara lantang menegakkan yang benar, menghapuskan yang bathil.

Siapakah insan hebat yang mampu mempengaruhi orang lain menuju kemenangan, memberi ilmu dan menyebarkan kecemerlangan.
Siapakah insan hebat yang dapat membangunkan peradapan dunia.
Tidak banggakah kita umat islam digelar umat hebat berpengaruh?

Kalau bukan kita punya kehebatan, apalah lagi yang ada pada kita.
Lemah.. dan terus lemah..
Sentiasa akur atas segala titipan kelemahan.
Sangka kita.. cukuplah ini..
Begitukah??


Justeru, bukakan mata hati dan minda. Bangkitlah menuju kejayaan. Jadikan ia jambatan pula menuju ke negeri akhirat kelak.
Makmurkan kekayaan dan kehebatan ini dalam rahmat tuhan.

Kaya tidak salah.
Menjadi hebat juga tidak pernah pelek.
Berlumba-lumba usaha meraih kejayaan juga bukan suatu dosa.

Asalkan....
Bila kaya.. bila hebat, jangan sesekali kau sombong dan ujud.
Wajib jangan lupa alpa tugasmu sebagai hamba tuhan.

Kerana segalaNYA milik Allah jua.
Biarlah.. bertambah kau kaya lagi hebat, bertambah tunduk dan tawadhuk kepada penciptaMu.
Jadilah seperti padi, makin berisi makin tunduk.
Kita tetap insan makhluk Allah yang hebat selalu!

AKU INGIN KAYA!

oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Assalamualaikum, Salam Sejahtera
Adakah anda bercadang memulakan sebuah perniagaan TASKA TADIKA atau anda memang sedang mengendalikan bisnes tersebut.?

Seorang sahabat on line telah memberikan idea tip ini kepada saya. Tip berjaya dalam bisnes anda.

1. Samada anda baru hendak mula bisnes TASKA TADIKA atau anda ingin terus maju, elakkan suka memberi alasan. Apa pun alasan akan menggagalkan usaha anda untuk mencapai matlamat. Buangkan alasan remeh, cari penyelesaian kepada masalah yang timbul, bukan cari alasan.

2. Berbisneslah sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Fikir-fikirkan, apa lagi yang mampu anda tawarkan kepada pelanggan.

Misalnya bisnes TASKA, anda bantu masalah ibu bapa untuk menjaga anak sementara mereka pergi bekerja.
Bisnes TADIKA , anda bantu ibu bapa yang tidak punya masa untuk memberi sedikit didikan ilmu kepada anak- anak.
Fikirkan, dalam bisnes TASKA TADIKA, apa lagi yang mampu anda tawarkan untuk selesaikan masalah ibu bapa.

3. Mulakan bisnes secara kecil-kecilan
Jangan terfikir nak terus buat bisnes se gah mungkin. Hati-hati kerana menurut kajian, hanya 10℅ bisnes sahaja akan berjaya, manakala lagi 90℅ akan gagal.
Misalnya, jika belum benar-benar bersedia, mulakan TASKA anda secara kecil-kecilan dulu, buat TASKA di rumah dulu.
Tak perlulah nak sewa premis yang besar dan mahal untuk bisnes Tadika anda yang baru hendak bermula.

4. Jangan putus asa
Gagal adalah perkara biasa dalam bisnes. Hadapi ia dan jadikan ia guru terbaik buat anda. Teruskanlah berusaha tanpa jemu. Selalulah bersikap positif bukan mengalah dan mengundur diri.


5. Tambah ilmu.
Jangan malu, jangan berfikir-fikir , usah kedekut untuk labur sedikit duit untuk mendapatkan ilmu. Anda perlu ada mentor untuk terus membimbing matlamat perniagaan anda. Carilah ilmu sebanyak mungkin untuk lebih memahirkan bisnes anda.


Semoga anda semua berjaya mencapai matlamat bisnes anda.
Jom, jom hubungi saya jika berhasrat untuk join bengkel mula TASKA, Disember nanti. InsyAllah
Atau.. Nak tambah ilmu dan kemahiran tentang kemahiran pendidikan awal kanak-kanak.
Jangan segan yorr.. jemput jer saya ke premis anda


BENGKEL MULA BISNES TASKA
DISEMBER 2019
DI BANGI
HUBUNGI 0167235080