Showing posts with label motivasi ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label motivasi ibu bapa. Show all posts

Sunday, 21 July 2019

Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sportingnya ibu bapa, Ibu bapa tak kesah pun!

Wahai ibu bapa, jangan dekatkan anak dengan zina!
********
Cuba cari dalam Al-Ouran banyaknya ayat yang merujuk kepada larangan zina. Sangat Allah melaknati perzinaan ini.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32
Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya. Rujuk Tafsir al-Azim (5/72).
Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jelaslah maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua sarana yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil.



Justeru, andai ibu bapa sekalian mempunyai anak-anak yang kian meningkat remaja.
Jauhi mereka dari muqadimah zina. Hindari unsur-unsur zina. Jangan sesekali biarkan mereka  cuba dekati zina atau terdedah dengan mudahnya kepada awal-awal zina. 

Peliharalah anak-anak lelaki dan perempuan kita dari awal-awal bicara zina.  Zina dan muqadimahnya membawa kemudaratan dalam kehidupan insan.

Saya dan dunia persekitaran saya yang sering dikelilingi oleh anak-anak sendiri , anak-anak rakan taulan hatta para pelajar saya yang kian meningkat dewasa.  Saya melihat anak-anak muda dan remaja di persekitaran saya dengan sedikit kerisauan. Kekadang sedih. Ada kalanya, pedih juga hati melihatnya.

Terkesima tatkala ada  ibu bapa yang rupanya antara pemberi sokongan terkuat untuk anak menghampiri zina tanpa disedari. Ibu bapa sporting era ini? Tanpa disedari...

Apa sahaja anak nak, kita bagi. Nak smartphone, kita bagi. Nak kebebasan melayari dunia tanpa sempadan, ok jer. Nak kereta, nak motor.. oohh, kita mampu belikan!.
Nak berkawan tanpa had mahram, nak dating sampai ke malam, silakan.
Nak berkawan dengan sesiapa pun, ada kita pantau??
Aduhaii, sportingnya ibu bapa.

Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!
Tidak bimbangkah melihat mereka, anak-anak kita itu?

Tadi, saya mendengar perbualan sekumpulan remaja. Dalam mereka berbual, terlihat kepulan asap bertebaran di ruang tempat mereka berkumpul itu. . Aduhai, ada antara mereka terang-terang menghayati asap vape tanpa rasa bersalah. Muda sangat umur mereka itu, di awal belasan tahun. Kemudiannya terdengar juga bicara mereka tentang awek.

Aduhaii.. sekolah lagi dah hisap rokok@vape.
Aduhai..sekolah lagi, sudah berbicara tentang makwe.
Alahai....budak-budak sekolah semuanya.
Bimbang berdesing di hati..
Hah itu anak orang lain, bagaimana jika itu anak kita sendiri?

Teringat pula baru-baru ini , salah seorang pelajar yang saya kenali, hantar status dalam whatapp nya, sedang bergambar dengan seorang remaja perempuan di atas katil. Bangga sungguh tayang gambar.
Bila di tanya, kat mana ni,  rupanya dalam bilik tidurnya di rumahnya sendiri, di mana ibu bapa turut ada dalam rumah.
Allahu... Ibu bapa zaman ini ibu bapa sportinglah konon.
Tidak bimbangkah??
Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!


Cuba tengok aurat anak anak perempuan kita. Bertudung singkat. Berbaju senteng, berseluar ketat, menonjol di bahagian -bahagian tertentu, tak kisah di pegang-pegang, murahnya maruah diri...
mudah sahaja dijenjeng sana sini.
Adakah kita yang merelakan? Kita ibu bapa  biarkan sahaja?
Kenapa tak marah?
Kenapa tak tegur?
Kenapa tak bimbing?
Kenapa tak jauhkan?
MasyaAllah, justeru itu tidak hairanlah ramainya terdengar kisah bayi terbuang sana sini lantaran hasil perzinaan.

Salah siapa?

Teringat lagi satu cerita lain, saya pernah kendalikan kisah seorang pelajar yang terlanjur dengan beberapa lelaki yang akhirnya tak tahu benih siapa yang dikandungnya.Sangat menakutkan, anak perempuan yang ditatang bagai emas selama ini akhirnya membuat onar.  Sebabnya, mudah sangat di ajak keluar dan di ajak mencuba. Ibu bapa pula memberi sepenuh kepercayaan.


Aduhaiii...
Tiada guna lagi tangisan ibu yang menyesali kisah tragis itu sedang si anak rilek jer.
Aduhai ibu...
Aduhai bapa..
Anak-anak itu amanah kita, bakal di tanya Allah nanti akan peranan kita sebagai ibu bapa@penjaga.

Telahkah kita bentuk asas imannya, beri dia bimbingan. Tunjukkan dia jalan yang benar.Pantau siapa kawannya. Kawal aktivitinya. Prihatin di mana dia berada.  Tidak sesekali mendedahkan dia kepada sebarang bentuk awal-awal zina.

Atau kita yang rasa bangga.Anak dara kita bergaya moden. Anak dara kita dijenjeng sana sini oleh sang lelaki yang tak keruan.

Lupa kut!  Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik-baik sahaja. Perempuan yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik juga. Lalu, kitalah rupanya yang menjerumuskan anak kita ke arah kekhilafan dunia, tanpa kita sedari.
Sportingnya kita, tak takutkah kita kepada amarah Allah?? 😪😪
Fikir...
Tolong...
Hidup yang sekali usah dibazirkan dengan dosa.
Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!


Catatan,
Norazura
Trainer & Fasilitator

Sunday, 24 February 2019

Fahami jiwa anak remaja

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Tatkala.. saya mendengar satu perkongsian dari seorang pakar keibubapaan.
Hati saya mula berfikir-fikir. Katanya, sangat penting kita memahami jiwa anak-anak yang kian meningkat remaja ini. Kita perlu cuba kenalpasti kehendak anak dan ambil tahu kenapa anak bertindak sesuatu yang kita sebagai ibu bapa tidak gemar melihatnya. Kekadang kita sebagai ibu bapa sangat wajar pula meletakkan diri kita ke dalam jiwa anak-anak, kemudian baru kita faham apa yang tersurat dan tersirat dalam jiwa muda mereka itu.


Hah.. Kita pun pernah muda dulu kan...
Jiwa muda kan suka meronta..
Adakah kita lupa? 😊😊🤫
Makanya...
Dengar dulu kehendak dan kemahuan mereka, selepas itu baru kita inject dia perlahan-lahan.


Namun betul juga. ..
Anak-anak kita ni, sejak belum mencapai umur baligh lagi, kita kena ajar dia dengar dan ikut cakap kita dan bentuk dia dengan akhlak yang mulia. Yang salahnya ialah bila ibu bapa yang selalu ikut cakap dia, manjakan sangat dan beri apa sahaja yang dia mahu.
Nak itu, kita bagi.
Nak ini, kita belikan..
Apa cerita tu, segalanya kita bagi konon tak nak anak rasa susah seperti kita dulu.


Apa ceritanya ni?
Kalau ginilah.. memang lagi susahlah dia nak dengar kata ibu bapanya tatkala di usia remajanya nanti.
Jika di setiap tahap umur, anak-anak selalu ada di zon selesa dan mewah sahaja,
bila pula nak bagi anak rasa sedikit kesusahan dan dari itu dia boleh belajar berusaha dan berdikari sendiri.Bila dah remaja pun.. mereka nak segalanya dipermudahkan oleh ibu bapanya.
Parah ni..
Mohon fikir-fikir kan yer..


Anak dah remaja memang banyak kerenah dan peelnya. Antara sebabnya kerana persekitaran di luarnya telah mula melebar. Susah nak elak, macam-macam virus ada di persekitaran mereka. Faktor kawan dan dunia tanpa sempadan sangat mudah mempengaruhi jiwa dan mindanya.

Justeru mungkin, sedari
awal awal usia anak, bolehlah kita sediakan dulu benteng pertahanan dalam diri anak-anak ini.
Lentur anak-anak ini semasa masih diperingkat rebung, bila dah jadi buluh, tiadalah berguna untuk disesalkan lagi.

Realitinya ...
Anak-anak zaman ini banyak benda baru dan advance ingin sangat dicubanya walaupun ia mengundang sesuatu yang buruk kelak.
Sekurang-kurangnya bila anak-anak ada benteng asas yang kukuh, biar dia yang fikir sendiri baik buruknya sesuatu perkara itu.

Kekadang dia buat sesuatu sebab ikut kawan, dia nak cuba dan nak tahu.
Lalu, apa peranan kita? Mungkin kita boleh juga berperanan seperti kawannya. Andai yang kita nampak apa yang ikutinya salah, kita kena tegur dia tapi ikutlah cara dan rentak seperti kawan-kawan juga.
Hmmm....cakap macam mudah, hakikatnya mampukah kita berhadapan situasi anak remaja yang diundang pelbagai gelora dalam jiwa remajanya.


Masya-Allah, nampaknya. .. kita kena belajar mendengar, belajar memahami, kenapa dia bertindak sesuatu sebelum kita terus menghukumnya tanpa cuba meneroka apa yang ada di dalam hatinya terlebih dahulu.


Namun..
Ibu bapa pula, cakap anak remaja terutamanya, janganlah terima bulat-bulat. Semak dan selidik dulu kebenarannya. Rosaklah anak jika dia selalu dimenangkan walaupun dia salah. Kendalikan anak-anak kita ini secara berhemah lagi bijaksana.

Hmmm.. Saya pun ada ramai anak-anak remaja. Dan saya menyedari setiap dari mereka mempunyai kerenah dan kehendak yang berbeza.
Alhamdullillah, buat masa ini,
best friend anak-anak saya adalah bapanya.
Sedang saya, masih juga seorang ibu yang garang.. Hi.. Hi..😜😜🙄
Rupanya.. Kami berdua pun berbeza juga..
Lalu kami adun kedua elemen ini agar dapat memahami setiap peel dan kerenah anak-anak remaja ini, seterusnya menerima mereka seadanya.
Yang pasti...setiap anak-anak ada keistimewaannya yang tersendiri..
Dan..
Jangan lupa.
Kuasa doa dari ibu bapa itu yang paling utama.

Tuesday, 25 September 2018

Bila ramai anak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Bila ramai anak...
Dulu- dulu, sedari semua masih kecil... mereka semua ada sahaja di depan mata,   berkejaran, bergurau, bersepahan dan bergelumang  meneroka zaman kanak- kanak mereka di teratak kami yang aman damai ini. Hahah.. maka,  jangan cakaplah keadaan dalam rumah, haru biru dan penat melanda andai tiba waktu mengemas.
Aduhh....memang penatlah tatkala menyusuri bibit- bibit masa membesarkan mereka semua. Beginilah .. kalau anak dah ramai,
Kan....

Bila ramai anak..
Teringat lagi, dulu- dulu... Seharian setiap masa memikirkan tentang hal anak- anak yang sedang membesar.
Ada masanya kasih sayang tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata- kata. Namun, naluri isi hati yang merasanya.
Menjaga anak-anak yang rapat usianya antara satu sama lain, siapa kata tak memenatkan, memeningkan dan menguji kesabaran serta penuh cabaran. Diri sendiri yang lalui, diri sendiri yang rasa, sendiri lah mau ingat.
Bermula dari anak yang pertama,  berentetan diikuti dengan yang kedua, ketiga, aduhai...tak cukup kertas kalau nak diungkaikan dalam catatan ini. Cukuplah ia menjadi kenangan kehidupan yang bermakna dalam mengapai amanah serta tanggunggungjawab kehidupan ini. Yang pastinya, ia bukan suatu kehidupan yang hanya terhenti dan berakhir di dunia sahaja malah pastinya juga saya ingin  mereka ini akan terus kekal bersama hingga ke negeri abadi kelak. InsyAllah.

Bila ramai anak..
Dulu semua kecil- kecil , semuanya memerlukan kami,  ibu bapa untuk membuat keputusan bagi pihak mereka, anak - anak ini.
Kini separuh darinya sudah dewasa dan remaja yang mana adakalanya mereka sudah berhak membuat pilihan dan keputusan sendiri di dalam pemerhatian kami sebagai ibu bapa.
Begitu cepat sekali masa berlalu pergi...
Sedar tak sedar, lebih 20 tahun keluarga ini terbina. Saya sang ibu, dia sang bapa dan mereka anak- anak kami semua.

Seketika, bila memandang ke hadapan , syukur ..semua anak-anak kian membesar. Selalunya mereka tiada lagi dapat berkumpul beramai-ramai seperti dulu. Masing- masing dengan tugas, peranan dan tanggungjawab. Hanya tinggal anak yang masih bersekolah untuk meneruskan legasi meneroka dan menceriakan suasana persekitaran  di teratak aman damai kami ini.
Bila ramai anak..
Merasakan sendiri pengorbanan dan keperitan serta cabaran membesarkan anak- anak, teringat kepada mak dan ayah yang juga bersusah payah membesarkan saya. Pengorbaban sang ibu yang melahirkan dan sang ayah yang bersusahan mencari rezeki,  pastinya ia sebuah pengorbaban yang  tiada tolok bandingnya di dunia ini.

Lain orang lain ujiannya.
Anak ramai, anak sedikit atau tiada anak..masing- masing ada ujian yang Allah datangkan buat menguji ketabahan dan keimanan kita sebagai hambaNYA.
Yang penting kita kena ingat, apapun ujian dari Allah, itu tanda DIA selalu ingat dan sayangkan kita.
Alhamdullillah.,
Nikmat mana lagi yang perlu kita dustakan.
Sesekali, bila semua dapat berkumpul bersama, itulah nikmat berkeluarga yang tidak boleh diungkapkan.
Hanya hati dan perasaan yang mampu berbisik lalu berbicara.
Justeru itu...wahai anak- anak..apa pun jua kelak ..peliharalah siraturahim dan kasih sayang antara kamu.
Ingat ibu.
Ingat bapa.
Itu tanda sayang dan cinta tulusmu kepada kedua ibu bapamu.
Semoga Allah merahmati kita semua dalam meneruskan perjalanan kehidupan ini.
InsyAllah.


Catatan,
#Norazura

Sunday, 22 July 2018

Anak kita

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian Google



Andaikanlah.....
Anak kita....
Kita dapati anak kita sangat pintar  dan dia mempunyai kecerdikan minda serta  ingatan  yang sangat baik.
Andaikan dia seorang yang yang kita rasa genius budaknya hinggakan tanpa perlu menelaah dia pasti akan perolehi keputusan yang baik jika kecerdikannya itu sekadar diuji melalui helaian kertas peperiksaan.
Setiap kali exam, setiap kali mesti score A.
Apa kita rasa ??
Wahhh.!!.anak itu memang hebat kan....
Wahhh!!!  bangganya dengan anak itu...sentiasa membuatkan  kita sebagai ibu bapa senyum sinis lagi meleret melihat pencapaian keputusan peperiksaannya
Akan tetapi.....
Dari hari ke hari...kita mula dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan anak ini.
Dia seorang pelajar yang suka tidur dalam kelas, kurang displin dan selalu tidak siap homework yang diberi, ...hakikatnya dia mengaku kurang suka dengan apa yang dipelajari secara teori itu.
Dia suka duduk seorang diri menghadap hp dan main game berjam- jam lamanya sambil jari jemarinya pantas mengetik laju di atas skrin hp.
Dia mempunyai banyak masalah sikap ...tidak suka mencari idea dan jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan tidak boleh terima tanggungjawab.
Dia suka menyakat adiknya tetapi dia bukan seorang yang sosial...lebih banyak duduk di rumah dan sangat kurang berkawan.
Sangat sukar berbincang dengannya.
Sangat sukar suka memahami apa yang diingininya.
Terdetik di dalam hati, inikah yang dikatakan 'behavioural disorder' atau keperluan tingkahlaku.
Aduhhh...kita celaru, pening jadinya,  ada sahaja masalah yang timbul dari dia..
Namun..
Dia memang sangat cerdik orangnya
Sekali lihat..seimbas di fikirkan...dia seorang yang normal sahaja tetapi jika ini yang kita dapati berlaku pada anak kita,  mungkinkah  anak ini boleh dikategorikan sebagai anak  bekeperluan khas.
Dia perlu dibimbing dan dibantu.
Masalah anak ini  sepatutnya perlu dikenalpasti, difahami dan didiagnos sedari awal usia lagi supaya kita sebagai ibu bapa boleh juga turut bantu lorongkan arah yang sesuai  ke arah potensi masa depan  si anak.
Sebenarnya...ramai di kalangan kita apatah pendidik maupun ibu bapa, kita tidak memahami tingkahlaku anak-anak.
Kita kan suka ikut kepala kita sahaja...
Kita kata...Anak nakallah..
Anak tak boleh duduk diamlah..
Anak degillah..
Anak tidak pandailah..
Dan macam- macam.
Betul tak?
Itu jelah pesepsi kita terhadap anak-anak tanpa kita tahu mungkin anak kita memang bertingkahlaku semulajadi seorang kanak-kanak atau mungkin juga  anak kita  ada masalah keperluan  yang perlu diberi perhatian.
Cuba fokus lihat anak kita , dan jangan menilai dia dari satu sudut sahaja..
Sangat penting untuk kita memahami dan mengenali tingkahlaku, sikap dan potensi serta bakat  seorang anak sedari awal usia lagi.
Samada kita adalah ibu bapa atau  pendidik, kita  perlu belajar memahaminya.
Apa kata..sebagai asasnya;
Jom Join Bengkel Kenali  Sikap dan Potensi Anak Kita.
- Fahami tingkahlaku@sikap semulajadi anak
- Ketahui tingkahlaku anak dari persepsi terapi kerja kanak-kanak.
- Kenali potensi@bakat anak.
Jika kita ibu bapa. Jika kita pendidik, pastikan kita mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan tingkahlaku kanak-kanak.




Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.





Wednesday, 13 June 2018

Bersaing kerana anak?

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Bersaing kerana anak?
Budaya bersaing menunjuk kepintaran anak, yang telah menjadi sikap orang kita sekian lamanya,   terutamanya orang melayu,  perlulah dikikis dengan kadar segera.
Tatkala di lihat, sikap ini masih berlarutan lagi .... sesuatu perlu diubah segera.


Sejajar  dengan hasrat Menteri Pendidikan, untuk memurnikan lagi sistem pendidikan di negara kita, maka sudah sampai masanya,  para ibu bapa sekelian 'set up' minda yang lebih positif lagi murni  berkaitan perkembangan anak-anak.

Bersaing kerana anak?
Merujuk  banyak emel dan whatapp yang saya pernah  terima di kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa mereka rasa malu dan rasa tercabar jika anak-anak tidak cerdik di peringat sekolah maupun di peringkat lebih awal usia  iaitu di TASKA TADIKA.  Malu bila kawan- kawan, sedara mara dan jiran- jiran menunjuk-nunjuk kepandaian akademik anak, hatta yang masih di peringat awal pendidikan. Justeru itu, tidak hariranlah premis pendidikan awal yang mendapat tempat di hati ibu bapa adalah premis yang dapat  memastikan anak jadi pandai dan genius.
Justeru itu,  tidak harian juga, jika ada di pasaran,  produk-produk minda dijual dengan mengaitkan  testimoni anak pandai belajar,  maka laku deras sahaja produk sebut.
Itulah kenyataannya.
Lupa mungkin lupa juga untuk.menyedari,  setiap anak adalah insan yang berbeza dari segi tahap pencapaian  perkembangan fizikal, emosi, kognitif dan bahasa. Kerana itu, belajar kenalpasti dan faham tahap-tahap perkembangan ini.
Jom...ubah pemikiran kita kadar 100 peratus.
Sangatlah diharapkan akan menjadi kenyataan jua nanti, sistem pendidikan kita perlu lebih menjurus kepada memahami potensi seorang anak yang pastinya mempunyai pelbagai kecerdikan yang berbeza antara satu sama lain
Tak faham?
Maksudnya, sistem pendidikan kita perlu melihat kepada potensi setiap anak, lalu potensi yang terserlah itulah yang  perlu digilap sehabisnya.


Justeru itu juga, saya sangatlah setuju acapkala Menteri pendidikan baru, Dr Mazlee, menyarankan hasratnya untuk menghentikan melahirkan pelajar-pelajar  umpama robot , hanya serap segalanya tanpa faham dan  tahu mengapa.
Jadi, para pendidik dan ibu bapa khasnya perlulah sokong dan beri kerjasama yang sepatutnya dalam merealisasikan hasrat ini.

Bersaing kerana anak?
Tolonglah...usah lagi membandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Anak kita mungkin tentu tidak pandai dalam pembelajaran tapi dia seorang yang sangat kreatif dan rajin. Mungkin sahaja, kerana  kreatif dan rajin lebih bermakna daripada sekadar pandai di sekolah.
Tolonglah para pendidik pulaa....jangan  jadikan anak-anak terutamanya di awal usia seperti komputer yang diinstall dengan segala macam maklumat namun tatkala virus datang menyerang, tetiba sahaja kebanyakan  maklumat tersebut hilang lalu ia  jadikan  kita tanpa arah yg tak keruan.
Bukakan minda, hati dan fikiran ke arah menggarap potensi anak dalam mencapai sesuatu kecemerlangan yang unik dalam diri setiap anak..
Fahami mereka
Anda boleh mengubahnya.



Catatan saya,
#Norazura

Trainer & Fasilitator Kemahiran
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak

Thursday, 22 March 2018

Didik anak remaja berdikari

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Adakah anda tergolong dalam ibu bapa yang telah berjaya didik anak remaja berdikari?
Sila baca catatan pandangan saya ini.

Apabila tiba harijadi anak?
Atau apabila anak melakarkan sesuatu kejayaan dalam akademik, misalnya.
Atau memang saja-saja suka.


Belikan anak remaja sebuah kereta baru, yang harganya berpuluh-puluh ribu itu?
Apa pandangan anda?
Hmmm.....pada saya, tiada salahnya jika memang ibu bapa mampu berbuat demikian. Namun dari segi nilai pengajaran hidup, ibu bapa telah menafikan aspek belajar berdikari dalam kehidupan si anak. Alangkah bagusnya jika anak dididik dan dibentuk dalam aspek berdikari dari muda remaja lagi.
Hatta, dari awal usia pun sudah boleh didik anak berdikari,  antaranya dengan belajar  urus diri sendiri dan membantu ibu bapa dalam kerja-kerja mudah di rumah.

Akan tetapi...
Apabila anak minta apa sahaja, semuanya senang dapat.
Minta hanphone dapat iphone.
Minta duit, sekali dapat beratus ringgit.
Minta top up, boleh berapa sahaja.
Minta sahaja anytime
Minta motor, dapat motor baru ( tak reti sebut model motor)
Minta kereta,  dapat Myvi baru, tak nak lah kereta second hand.
Minta emas, lengkap satu badan.
Minta apa sahaja selain keperluan hidup, kiranya memang senang dapatlah.
Memang ibu bapa sayangkan anak.
Memang tak sampai hati melihat anak  yang meminta dengan penuh pengharapan.
Lalu..jadilah ibu bapa umpama
menatang minyak yang penuh.......anak dipastikan tidak susah sedikit pun.
Memang tak salah pun.
Anak kita, suka hatilah kita nak bagi apa pun. Itu kata sebahagian ibu bapa.
Adalah menjadi hak anak dan tanggungjawab ibu bapa bagi memelihara kesejahteraan hidup anak. Memang benar sekali.

Akan tetapi...jika semuanya  yang diminta, mudah sekali didapati, umpama tadah tangan sahaja, bilalah anak akan belajar berdikari berusaha sendiri untuk dapatkan sesuatu.

Saya teringat waktu saya kecil dulu,  hatta hingga kini pun, ayah saya didik saya bersusah dan berjimat dalam berbelanja. Saya dan adik beradik lain  tidaklah dimewahkan tetapi ayah ajar belajar rasa kesederhanaan. Kami diajar memahami getir seorang ayah bekerja untuk menyara keluarganya.   Justeru, kami memang tidak reti meminta-minta dibelikan sesuatu.
Bila saya sudah bekerja, saya beli sendiri apa yang saya nak.
Ketika kecil , hati saya memberontak juga, kenapa anak orang lain dapat apa sahaja dengan mudah,  tetapi saya tak dapat.
Kenapa anak orang lain ada basikal satu sorang tetapi saya terpaksa kongsi basikal dengan adik beradik lain.
Bila telah dewasa saya faham sebabnya. Rupanya, Itulah pengalaman pendidikan  yang sangat bermakna dalam kehidupan saya sehingga kini.


Justeru anak-anak saya sendiri( yang remaja ada 5 orang) kami ( saya dan suami) tidak pernah belikan mereka handphone atau kenderaan. Memang nampak seperti kejam.Bukan tak boleh beli tapi kau nak beli, kena belikan untuk semua, barulah adil. Banyak belanja tu kalau kena belikan untuk semua anak.
Namun, anak-anak remaja saya bagai telah faham dan telah terdidik dari kecil lagi, tidaklah dibesarkan sangat dalam kemewahan.
Justeru itu..
Mereka ada handphone tapi dlibeli dari duit raya mereka.
Sama juga bila nak beli basikal setiap seorang.
Ada yang beli motor second hand, tetapi beli dengan duit yang dikumpulkannya sendiri hasil dari bekerja waktu cuti.
Anak saya belajar memandu pun guna duit mereka sendiri. Saya dan suami hanya tolong top-up sahaja
Anak saya ada kereta, tapi kereta lama saya yang saya pinjamkan.
Jadi, adil   semua beli barang tersebut dengan duit sendiri.

Didik anak remaja berdikari.
Paling penting, mereka belajar berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diingini tanpa perlu minta dari ibu bapa semudah itu sahaja.
Kelak nanti, bila mereka bergelanggang dalam kehidupan, mereka tidak panik bila susah. Mereka akan jadi  individu yang cekal berusaha.


Paling saya terkedu, saya perasan, anak- anak remaja saya tidak pandai meminta itu ini, dan bila saya offer untuk belikan sesuatu , mereka akan memiih betul-betul sambil pastikan harga barangan tersebut berbaloi untuk dibeli
Anak- anak mesti dididik sedikit dengan erti  kesusahan agar kelak mereka tidak mudah kecundang apabila menempuh onak duri dalam kehidupan sendiri.


Didik anak remaja berdikari.
Pandangan saya.
#Norazura



SIAPA SAYA?

Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com         
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40






PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642


Wednesday, 7 February 2018

Anak remaja

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Assalamualaikum.
Saya ada beberapa orang anak remaja. Mungkin anak anda belum remaja lagi tapi akan tiba juga masanya mereka membesar menjadi remaja.
Zaman remaja adalah masa di mana anak-anak masih juga ingin meneroka dan mencuba sama persis seperti zaman mereka kecil dulu.  Bezanya,  anak- anak kecil seawal usia suka meneroka dan mencuba atas dasar itulah sifat semulajadi anak kecil. Anak awal usia akan belajar banyak perkara melalui konsep meneroka, mencuba dan melalui pengalaman sebenar. Bagaimana pula dengan anak-anak remaja apatah lagi anak-anak yang membesar dalam persekitaran penuh dengan teknologi digital dan pelbagai cabaran ini?
Apa yang anak remaja ingin terokai dan ingin cuba, tentunya terlalu banyak pengalaman baru ingin dirasai dalam dunia remaja anak-anak ini.
Sejauh mana kita boleh memantau dan mengawal mereka?
Saya yang mempunyai beberapa anak remaja yang mana dari segi potensi diri dan laluan kerjaya mereka, kami sebagai ibu bapa sentiasa menyokong dan memberi galakan atas minat dan kecenderungan mereka sendiri. Memang kami tidak pernah memaksa mereka memilih laluan kerjaya sendiri.
Namun, saya sedikit merasa ragu, bagaimana dari aspek kehidupannya sebagai remaja yang tentunya mereka tidak selalu berada dalam jangkaun pemerhatian saya.
Anak remaja ini  tentunya tidak lepas dari pelbagai cabaran dan pengaruh persekitaran.
Bagaimanakah saya dan anda semua sebagai ibu bapa dan masyarakat persekitaran,  dapat memastikan anak-anak remaja ini bebas dari sebarang gejala dan persekitaran yang kurang sihat.
Adakah kita dapat pastikan anak remaja kita seronok dan tenang dalam melalui zaman remajanya.
Suami saya pernah bertanya kepada salah seorang anak remaja kami , di mana waktu itu, dia telah tamat bersekolah dan mempunyai banyak masa di rumah sementara menunggu peluang melanjutkan pelajarannya.
Suami saya tanya kepada si anak yang telah tinggal di asrama sejak dari umur 13 tahun lagi, dia bertanya adakah anak  seronok duduk di rumah.
Memang agak terkejut dengan jawapan jujur dari anak, katanya.,  seronok tapi lagi seronok duduk di asrama dapat jumpa ramai kawan.
Tersentap seketika dengan jawapan yang tulus itu. Jadi, saya terdiam menerima jawapan itu dan terus buat kesimpulan bahawa kita ibu bapa kena juga belajar jadi sebahagiaan dari kawan-kawan anak remaja ini supaya dia tidak rasa sedemikian.  Kena selalu bertanya perasaan anak. Kena memahami pergolakan perasaan anak remaja ini. Kena selalu usik hatinya. Aduh..memang bukan mudah rupanya.
Seperkara lagi, kita tahukah siapa kawan- kawannya,  apa yang dia bincang atau bualkan dengan kawan- kawannya, di mana dia selalu berada, apa yang dia lihat di dalam telefon pintarnya, siapakah  idolanya dan paling penting bagaimanakah solat dan ibadahnya?
Kekadang anak remaja kelihatan begitu baik di hadapan kita, akan tetapi bagaimana mereka di.luar jangkaun mata kita?
Justeru itu, senjata kita sebagai ibu bapa, ialah doa yang berterusan.
Kita perlu jadi role model terbaik buat mereka dan menyelami hasrat hati mereka.
Belajar jadi benteng yang kukuh bukannya diktator yang selalu memaksa dan bertegas. Anak bukan robot tetap manusia biasa seperti kita juga.
Lalu saya pun sedar,
Bukan sekadar doa supaya  anak-anak  remaja ini berjaya dalam kerjaya mereka bahkan kita perlu sangat-sangat memohon perlindungan dari Allah , berdoa agar anak-anak ini sentiasa terpelihara dari segala perkara yang tidak baik, menjadi anak yang soleh dan solehah.
Saya yang mempunyai anak-anak remaja selalu terdetik perasaan ini.
Jadilah kamu wahai anak, insan berjaya dunia dan akhirat.
Kalau bukan kamu yang mendoakan kami, yang akan  membacakan Al- Quran buat kami, siapalah kami kelak nanti ketika jasad ini  telah terpisah dari badan ini.
Ingatlah selalu ...duhai anak.
Hakikatnya.
Hidup hanya sementara, , akhirat jua kekal abadi.
Anak-anak adalah amanah dan juga merupakan ujian dalam kehidupan sementara ini.


#Norazurapakarpengajardpin


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger





Sunday, 17 December 2017

Anak Pintar Cerdas dan berbakat

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google


Tahukah anda bahawa salah satu kategori kanak-kanak bekeperluan khas ialah Anak Pintar Cerdas dan berbakat. Umumnya ibu bapa dan masyarakat hanya mengetahui bahawa kanak-kanak bekeperluan khas hanya terdiri dari anak yang mempunyai kekurangan anggota fizikal atau mental serta bermasalah dari segi emosi sahaja. Namun, ketahuilah bahawa anak-anak yang terlalu pintar cerdas dan berbakat yang tidak sepadan dengan usianya juga memerlukan  keperluan khas lain yang berbeza untuk mereka belajar dan mengharungi kehidupan. 


Definisi anak Pintar Cerdas dan berbakat jika mengikut panduan kurikulum PERMATA NEGARA  ialah anak yang menunjukkan tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding tahap pencapaian rakan sebaya.  Mereka juga menunjukkan bakat semulajadi hebat dalam bidang tertentu yang agak tinggi serta advance berbanding rakan-rakan seusia.


Ramai ibu bapa   tidak perasan yang mungkin ada anak mereka tergolong dalam kategori anak pintar cerdas dan berbakat. Jangan terperanjat jika saya katakan bahawa  anak yang boleh membaca di bawah umur 5 tahun dengan mudah , mungkin boleh juga dikategorikan sebagai kanak-kanak bekeperluan khas.


Mengapa anak pintar cerdas dàn berbakat ini dikategorikan sebagai anak bekeperluan khas kerana mereka adalah individu yang tahap pencapaiannya dan bakatnya tidak normal mengikut tahap perkembangan kanak-kanak yang sebenarnya. Sukar untuk mentafsirkan anak seperti ini namun saya ingin kongsikan sesuatu mengenai anak saya.


Saya tidak akan nyatakan  secara panjang lebar di sini mengenai ciri-ciri anak pintar cerdas dan berbakat ini ( boleh rujuk pada banyak laman web atau blog yang berkaitan tajuk)  memadai ingin berkongsi kisah anak saya.
Dia tidaklah di diagnos sebagai anak keperluan khas tetapi bagi saya yang membesarkan nya telah mengenalpasti beberapa ciri anak pintar cerdas dan berbakat yang ada di dalam dirinya.


Anak saya kini berumur 19 tahun dan sedang mengikuti pembelajaran dalam bidang  'Advance Computer Programming'  di sebuah Kolej tajaan MARA.
Sedari kecil lagi anak saya telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam akademiknya yakni sedari umurnya 4 tahun lagi. Kali pertama saya perasaaan kecerdikannya ialah ketika di umur 4 tahun secara bersahaja dia telah mengeja perkataan 'karbohidrat' dan menyebutnya dengan jelas. Dia terus menunjukkan pencapaian akademik yang baik sehinggalah ke tahap sekolah menengah. Namun yang sangat pelek dia jarang membaca dan menelaah buku.
Cikgu di sekolah memaklumkan bahawa dia umpama pelajar jarak jauh kerana dia akan tidur ketika guru mengajar. Kerja rumah juga jarang disiapkan tetapi bila peperiksaan,  dia mampu menjawab dan beroleh keputusan yang dengan baik.


Di awal sekolah menengah rendah, dia mengikuti aliran agama (disuruh oleh saya) namun disebabkan dia kurang minat  dengan matapelajaran bahasa arab,  lalu semasa PMR dia menunjukkan keputusan peperiksaan yang sangat pelek bagi seorang yang cerdik belajar. Dia memperoleh A dan ada B untuk subjek lain  tetapi memperoleh  D untuk Bahasa Arab. Bila ditanya mengapa?  Dia memaklumkan bahawa dia memang sengaja  tidak  jawab dengan betul.sebab dia tidak minat belajar matapelajaran Bahasa Arab.


Begitu juga ketika keputusan SPM (sains tulen) dia memperoleh keputusan yang memang melayakkan dia untuk mengikuti jurusan yang lebih baik di universiti tempatan namun secara selamba dia beritahu dia tidak mahu belajar program yang boleh menyusahkan kepala untuk belajar. Justeru itu,  dia memilih bidang komputer kerana katanya dia hendak.mencipta program permainan game online
Maka saya ikutkan sahaja kehendaknya itu. 


Pembaca semua, anak saya memang cerdik dan bijak namun hakikatnya dia jarang belajar.
Seperkara lagi, rupanya cerdik dan bijak nya itu hanya tertumpu pada bidang akdemik sahaja dan bukan dalam pengurusan kehidupannya sendiri.

Pernah,  saya krim wang pada dia untuk membayar yuran sekolah asramanya, namun dia simpan wang tersebut sehinggalah pada waktu ingin mengambil keputusan peperiksaan, pihak sekolah menyekat kepetusannya kerana tidak menjelaskan yuran.

Pernah juga beberapa kali dia di buli disekolah oleh kawan-kawan dan pernah juga dibuli oleh cikgu sendiri lantaran dia tidak pandai membela dirinya sendiri.

Pernah dan selalu dia diberi tanggungjawab yang mudah untuk menguruskjan sesuatu berkaitan dirinya sendiri namun acapkali tidak memuaskan.

Dia kurang pandai bergaul dan banyak menumpukan masanya hanya kepada permainan game sahaja.

Persoalannya, adakah dia juga boleh dikategorikan sebagai anak keperluan khas kerana walaupun terserlah  cerdik pandainya rupanya banyak perkara gagal diuruskannya dengan baik.


Apa pun kitalah yang memerhati dan menilai perkembangan anak kita. Justeru itu, kenalpasti setiap kebolehan dan potensi mereka. Namun,  jika kelihatan potensinya luar biasa melebihi anak lain yang normal, cuba-cubalah meneliti dan memberi lebih perhatian terhadap perkara tersebut .


Semoga perkongsian ini membuka mata kita dalam menilai apa jua pencapaian  anak-anak kita.


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak