Thursday, 13 July 2017

Belajar sambil bermain hak kanak-kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google


Belajar sambil bermain hak kanak-kanak.

Kisah apa pula yang ingin saya kongsikan hari ini?  Tentunya berkait dengan fakta tajuk ini iaitu         'belajar sambil bermain hak kanak-kanak.

Baru-baru ini ada seorang pensyarah lelaki baru bekerja sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-kanak di kolej tempat saya mengajar.   Orang lelaki memang kumpulan minoriti dalam indusrti pendidikan awal kanak-kanak ini. Justeru itu, orang lelaki yang menceburi bidang ini, memang terdiri dari mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang pendidikaan awal kanak-kanak ini.


Sudah seminggu pensyarah itu  di kolej, baru hari ini saya  dapat berpeluang berbual-bual dengan anak muda yang baru berusia 26 tahun itu. Dia masih agak baru dalam bidang ini tetapi sebelum ini pernah mengajar di sebuah pusat perkembangan  kanak-kanak@TADIKA  swasta yang mengendalikan program franchise.


Panjanglah saya berbual, berbincang dan sempat juga berkongsi pengalaman dengan anak muda ini. Kelihatannya, dia pun sangat teruja selama berkecimpung dalam indusrti pendidikan awal kanak-kanak ini. Orangnya kecil molek dan memang berperwatakan seperti suka dikelilingi oleh kanak-kanak.

Hakikatnya, bukan semua orang suka dengan hingar bingar kanak-kanak tau.  Baru semalam saya tanya pada seseorang, apa perasaan dia jika diberi peluang berada seketika di TASKA. Spontan dia mengelengkan kepala, seraya berkata

" jaga anak seorang pun pening, lagi lah tengok anak-anak berkejaran dan tak boleh duduk diam di TASKA tu"  saya pun tersenyum mendengar kata-katanya itu.

Lalu saya teringat suatu ketika dulu,  pejabat saya betul-betul di dalam TASKA.  Ada orang tanya, macamana puan boleh buat kerja-kerja dokumen dalam keadaan hingar bingar kanak-kanak bermain dan suara bayi menangis, pun saya senyum  juga.  Jawab saya, sudah terbiasa dengan suasana itu, sebenarnya, kekadang stress juga, tapi buat tak dengar saja lah.


Hah, berbalik kisah pensyarah lelaki muda tadi,  saya cuba korek pengalaman kerjanya ketika di TADIKA swasta dulu.   Saya tanya, apa pandangan  dia tentang suasana pengajaran dan pembelajaran di TADIKA.

Saya ingat tentu dia akan cerita pada saya bagaimana cikgu-cikgu TADIKA mengendalikan pelbagai aktiviti menarik dengan kanak-kanak disamping memastikan kanak-kanak belajar mengikut modul yang ditetapkan.
Akan tetapi, sebaliknya dia berkata apa yang dia rasa .   Katanya agak stress dengan cara cikgu-cikgu di TADIKA franchise mengajar anak-anak.  Selalu marah-marah, selalu jerit-jerit suruh anak-anak buat itu buat ini.  Kesimpulnnnya, anak-anak TADIKA yang kebanyakannya berumur seawal 3 tahun itu mesti siapkan worksheet yang di beri, hantar homework dan fokus ketika dalam kelas.

Pensyarah muda itu kata, dia tidak faham mengapa cikgu-cikgu TADIKA menafikan hak seorang yang bergelar kanak-kanak untuk bermain dan merasa seronok ketika berada di TADIKA.  Saya termenung berfikir sebentar, lalu bagaimana dengan trademark ayat  'belajar sambil bermain hak kanak-kanak' ?  Adakah ia sekadar ayat yang hanya disebut tetapi tidak diaplikasikan sepenuhnya?

Kelihatanlah dalam pendidikan awal kanak-kanak ini, walaupun ada tema 'play school'   &  'learn through play'  tapi hakikatnya tidak di aplikasikan sebaiknya, sebaliknya kanak-kanak TADIKA belajar persis di sekolah.


Jadi, bagaimana ya?

Adakah anda juga cpendidik di TADIKA?
Tolong fahami maksud pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar ya, itu saja yang ingin saya ingatkan.

Mungkin ibu bapa pun tidak faham, maka peranan kitalah insan yang dikatakan  berpengalaman dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini, kitalah yang seharusnya memaklumkan atau educate ibu bapa.


Anak-anak umpama dedaun yang berguguran  di tiup angin dari sebatang pokok yang besar.  Bila ditiup angin, dedaun akan berterbangan ke sana ke mari. Ada berterbangan tinggi, ada yang berterbangan rendah, ada ke hulu, kehilir, namun matlamatnya tetap sama, iaitu semua daun akan turun mendarat ke tanah. Yang bezanya, cepat atau lambat mencecah ke tanah.

Begitu jugalah diibaratkan kanak-kanak, mereka semua sama seperti daun, mempunyai bentuk , corak dan warna yang sama.  Mereka adalah kanak-kanak normal yang mampu mencapai pelbagai tahap perkembangan cuma potensi pencapaiannya berbeza antara satu sama lain.  Hakikatnya setiap kanak-kanak mempunyai potensi unik yang berbeza antara satu sama lain. Namun, objektifnya tetap  sama, suatu hari nanti mereka akan mencapai tahap maksima pada potensi dalam diri mereka jika diberi galakan dan sokongan berterusan secara semulajadi dalam persekitaran kondusif yang menyeronokkan dan menepati fakta ' belajar sambil bermain hak kanak-kanak'.

Jadilah pendidik kanak-kanak yang berwibawa.

Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          






HUBUNGI SAYA DI 0167235080





Anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya

Oleh: Nor  Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Image : carian google



Pada cuti hari raya baru-baru ini, saya telah berkunjung ke beberapa rumah sedara mara yang mempunyai anak-anak awal usia antara bayi hingga ke peringkat sekolah rendah. Macam-macam lah kerenah anak-anak yang terlihat sepanjang semua bercuti hari raya bersama keluarga masing-masing. Saya sendiri pun tidak mempunyai anak kecil lagi kecuali anak bongsu saya yang berumur 8 tahun dan abangnya yang berumur 10 tahun.  Itulah yang paling kecil dan sangatlah aktif dengan pelbagai aktiviti menyeluruh ketika di rumah.   Melihat kerenah anak-anak sedara mara ni, lalu memang benarlah, anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya.


Al kisah saya telah melihat beberapa senario apabila ibu bapa berhadapan dengan kerenah anak-anak. Kalau anak masih di bawah umur 4 tahun atau masih di awal usia, mungkin banyak perkara kita boleh beri perhatian atau bagi muka.  Tetapi, kalau anak-anak yang sudah besar, yang sudah berumur 5, 6, 7, 8 hatta 12 tahun sekalipun,  bagaimana? Adakah  kita patut melayan setiap kerenah@permintaan anak. Adakah setiap apa yang anak ingini kita akan bagi?  Atau ibu bapa terima sahaja apa yang anak-anak ingin katakan.
Jika di usia anak sudah agak besar, akan tetapi apa yang anak ingini kita kotakan, maknanya kita sedang mendidik anak untuk tidak pandai merasa susah atau tidak tahu erti sabar atau kepayahan dalam mendapatkan sesuatu. Lalu benarlah, anak-anak, ibu bapa mencorakkannya.


Saya terlihat suatu situasi apabila seorang anak merengek-rengek sesuatu dengan ibunya. Ibunya berkata dengan lembut beberapa kali, sambil memeluk si anak: "nantilah dulu, mama tengah cakap dengan auntie, nanti mama belikan"   Anak itu seperti tidak faham, tetapi  terus merenggek persis mengada-ngada.  Si ibu sebenarnya sedang berbual-bual bersama saya. Secara tiba-tiba anak yang merenggek itu memukul-mukul paha ibunya lalu menghantuk kepalanya ke dinding sambil  berkata;

"Ibu tak faham, ibu saja tak nak dengar"  Anak itu berusia lingkungan 8 tahun. Memang terperanjat saya melihat situasi tersebut. Si ibu terus spontan  memeluk si anak sambil mengelak si anak dari terus menghantuk kepalanya ke dinding. Si ibu juga berjanji akan bagi apa yang anak minta.  Aduhai, kenapa jadi begitu, si anak seperti sedang protes atau sedang menggugut si ibu untuk segera memenuhi permintaannya.


Satu lagi situasi yang saya lihat.  Si anak juga berumur dalam 7 atau 8 tahun.   Si ibu telah tertumpahkan air dan mengenai baju gaun si anak. Si anak terus secara spontan berkata,

"Apa ni, adik nak makan pun tak senang lah. habis baju adik"   Si ibu cepat-cepat minta maaf pada si anak.  Hmmm, apa kata kalau situasi itu dibuat oleh anak dewasa kepada si ibu yang telah tua.  Di usia anak  yang masih muda, mungkin si ibu tidak rasa hati atau rasa apa- apa. Tetapi, jika berterusan bercakap begitu, bagaimanakah akhlak anak apabila dewasa kelak.  Si ibu itu tidak marah atau tidak menegur pun tingkah anak itu. Adakah si ibu sedang mendidik anak menjadi kurang ajar.  Benarlah, anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya.


Ada lagi situasi yang saya lihat bila si ibu sentiasa menangkan anaknya walaupun anak berbuat salah yang terang nyata.   Marahnya dan tegurannya sikit sangat tetapi memanjakan anak begitulah melimpah ruahnya. ( Jika ayat inilah yang boleh saya gunakan)


Baru semalam saya dengar di radio IKIM , mengatakan bahawa kajian dibuat terhadap anak-anak zaman it yang terdedah kepada gadget sejak awal usia lagi. Antaranya,  anak-anak ini tidak fokus ketika bercakap dengan ibu bapa  apatah lagi jika mereka sejak main game di telefon bimbit.  Kekadang anak bercakap dengan ibu bapa,  tetapi matanya asyik memandang skrin telefon bimbit.  Dan jangan terkejut bila ada ibu bapa yang memberikan anak-anak seawal umur 10 hingga 12 tahun  dengan telefon bimbit yang penuh dengan data internet.  Tidak terfikirkah apa yang anak-anak boleh search di alam maya?
Macam-macam yang saya fikirkan.. Menurut apa yang saya dengar dari pendapat bijak pandai, gadget sangat mendidik anak menjadi generasi yang tidak menghormati orang tua dan yang tidak pandai berkomunikasi dengan berkesan.

anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya. Corakkan ia dengan corak terindah dan terbaik.  Corakkan ia dengan ungkapan dan warna-warna akhlak yang mulia.
Anak-anak ibarat kain putih di mana yang mencorakkannya tentulah ibu dan bapanya. Justeru itu, bagaimanana acuan yang digunakan, begitulah corak yang bakal terhasil.


Wahai ibu, wahai bapa, penting sangat untuk didik anak-anak dengan akhlak,  adap dan perilaku yang baik apatah lagi bila berurusan dengan ibu bapa atau orang tua.  Siapa dan apa sikap anak bila dewasa kelak, kitalah jua para ibu bapa yang memulakannya.  Jom, bersama kita fikirkan.


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          






HUBUNGI SAYA DI 0167235080





Tuesday, 11 July 2017

Keperluan bengkel latihan untuk pendidik awal kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Dulu, ketika saya bekerja di sebuah Pusat Bertauliah Kemahiran;
Apabila bekas majikan saya memberi peluang kepada saya untuk mengikuti pelbagai kursus dan latihan,  tidaklah saya merunggut untuk menghadirinya. Malah saya rasa teruja kerana dipilih oleh majikan. Saya fikirkan yang positif sahaja. Tanpa menoleh ke belakang, saya terus pandang luas pelbagai peluang masa depan.  Pada saya ketika itu, saya perlu rebut segala ilmu yang berada di depan mata.  Positif dan terus positif selalu walau pelbagai cabaran yang dihadapi.
Alhamdullillah, hasil dari semua kursus dan latihan serta peluang pengalaman  dulu, kesan positifnya sangat-sangatlah terserlah pada hari ini.  Terima kasih kepada bekas majikan saya dulu.
Syukur-syukur, dengan izinNYA, saya terus mengorak langkah dalam industri ini.
Jadi, sekadar pesanan saya kepada pendidik yang bekerja di TASKA TADIKA khasnya, tolong fikir dan renungkan;
tolong rebut apa sahaja  peluang yang pengusaha berikan, misalnya ada pengusaha beri peluang kepada pekerja untuk dapatkan SKM atau ikut Kursus Asuhan PERMATA.  Tolong jangan merunggut dan mengalah jika anda juga ingin jadi individu yang berjaya dalam industri ini.  Usaha, doa dan positif selalu. InsyAllah.





Saya;
Pakar Pengajar Kemahiran
Jurulatih Bengkel Latihan Kemahiran
Penulis Ebook TASKA
Panel Persijilan Kemahiran Malaysia
Perunding TASKA TADIKA
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak




Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)


Harga kini, RM 30










PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642








Monday, 10 July 2017

Pemakanan kanak-kanak di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Penyediaan dan pemberian makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah antara aspek penting dalam bab pengendalian makanan kanak-kanak di setiap TASKA yang beroperasi.  Mengikut Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) di bawah peraturan TASKA 2012 ada menyatakan bahawa:

Jadual makan;
43 1)    Pengusaha, pengurus atau penyelia,mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan jadual makan bagi kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak.

2)         Jadual makan hendaklah disediakan mengikut:
a.         Skala diet yang dinyatakan dalam Jadual Keempat dan
b.         Kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam Jadual kelima

Secara umumnya jadual menu makan kanak-kanak di TASKA dan cara pemberian makanan perlulah merujuk juga kepada Piramid Pemakanan Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, 2012) di mana ia memberi panduan untuk mengimbangi pengambilan makanan setiap hari. Piramid pemakanan  ini juga turut menyatakan apakah jenis makanan yang sesuai dan perlu diambil oleh kanak-kanak bagi memastikan tahap perkembangan kanak-kanak senatiasa dalam baik dan positif. KKM menyediakan pelbagai panduan pemakanan bagi membolehkan pihak TASKA  mematuhi prosedur penyedian dan pemberian makanan kepada kanak-kanak. Ini untuk memastikan hanya makanan yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak serta makanan yang berkhasiat sahaja dibenarkan disediakan di TASKA.  Sebarang makanan yang tidak berkhasiat perlu dielakkan sama sekali di TASKA.
Antara yang dimaksudkan dengan makanan yang tidak berkhasiat ialah semua jenis makanan ringan, makanan segera dan makanan sejuk beku serta bahan-bahan masakan yang mengandungi perasa, pewarna atau pengawet makanan.

Kumpulan makanan yang tidak berkhasiat seperti yang dinyatakan adalah makanan yang tidak dibenarkan sama sekali di sediakan di TASKA.  Pemberian makanan tidak berkhasiat ini dapat mengganggu perkembangan kanak-kanak di samping ia turut menggalakkan minat dan kecenderungan kanak-kanak terhadap makanan yang tidak berkhasiat dalam jangka masa yang panjang.  Justeru iu pihak TASA perluah ada pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan dan pemberian makanan kepada kanak-kanak di TASKA.  Dengan kata lain, individu yang berkhidmat di TASKA perlulah peka terhadap apa yang boleh disediakan dan apa yang tidak boleh disediakan di TASKA.  Pihak TASKA juga mesti boleh menerangkan sebab-sebab mengapa sesuatu makanan itu tidak dibenarkan disediakan dan diberi kepada kanak-kanak di TASKA.


Makanan ringan  atau yang dipanggil junk food misalnya boleh memudaratkan kerana ianya mengandungi karbohdrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar tinggi di samping rendah atau tiada langsung bahan serat , protin dan zat-zat yang diperlukan dalam tumbesaran kanak-kanak. Kandungan bahan perasa dan pewarna yang boleh merbahaya kepada kesihatan kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang turut ada di dalam makanan ringan.  Kesan yang nyata dari keburukan makanan segera seperti junk food itu juga tentunya turut beri kesan terhadap tahap perkembangan pembelajaran kanak-kanak samada di TASKA atau ketika berada di rumah sendiri.

JOM, PASTIKAN ANAK-ANAK KITA HANYA DIPERKENALKAN DENGAN MAKANAN YANG BERKHASIAT SAHAJA YA..

Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          






HUBUNGI SAYA DI 0167235080