Teks : Nor
Azura Ismail
Foto : carian google
Tahukah anda
bahawa bayi mempunyai kepala yang besar dan berat, otot leher yang lemah dan
otak yang sedang berkembang.
Apakah kesan menggoncang atau menghayun bayi?
Mengoncang, melambung, menghayun dan memusing bayi dengan laju boleh mengakibatkan kerosakan otak dan seterusnya boleh juga menyebabkan kematian pada bayi.
Apakah kesan menggoncang atau menghayun bayi?
Mengoncang, melambung, menghayun dan memusing bayi dengan laju boleh mengakibatkan kerosakan otak dan seterusnya boleh juga menyebabkan kematian pada bayi.
Pernahkah anda
mendengar mengenai Shaken Baby Syndrome (SBS)
Menurut maklumat
yang saya perolehi melalui carian di google, SBS merupakankecederaan otak bayi disebabkan
goncangan atau pergerakan yang serius yang boleh menyebabkan kecacatan otak
yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.
Cuba lihat keratan
akhbar Kosmo di bawah berkaitan kemalangan
yang boleh menyebabkan kecederaan otak pada bayi.
13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.
14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.
Kesemua kemalangan dalam keratan akhbar di atas telah mengakibatkan kecederaan pada otak bayi yang disebabkan
telah berlaku sesuatu gegaran, hentakan atau goncangan yang kuat pada bayi.
Apakah kesan menggoncang atau menghayun bayi menurut kata pakar?
Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, beliau menjelaskan mengapa seorang bayi mudah mendapat kecederaan di kepala.
Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, beliau menjelaskan mengapa seorang bayi mudah mendapat kecederaan di kepala.
Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku pada orang dewasa
kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair
otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.
Berbeza dengan bayi, kecederaan otak akibat hentakan atau goncangan
mudah berlaku dan boleh menjadi parah
jika bayi berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut
dimana risiko untuk tempurung kepala tercedera
agak besar.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli lagi, keadaan
fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka
mudah terjatuh kepala dahulu kerana kebiasaannya tidak dapat mengimbangi badan.
Sejauh mana tahap kecederaan pada otak bayi juga banyak bergantung
kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian tempat bayi tersebut jatuh.
Pengalaman saya sendiri menjaga anak saya ketika bayi, mereka memang kerap jatuh dan terhentak antaranya disebabkan perkara berikut :
FAKTOR PERKEMBANGAN BAYI :
Bayi sudah boleh berguling – Bayi akan
berguling bila-bila masa tanpa menyedari tempat mereka berguling itu sesuai dan
selamat atau tidak. Selalunya bila bayi
berguling di atas tilam bayi, tanpa disedari bayi telah terkeluar dari tilam,
akibatnya bila bayi berguling, kepalanya akan terhempas pada lantai.
Cara elak , letakkan alas alas
tikar@ soft mat yang besar di pada
permukaan lantai tempat membentang tilam bayi.
Bayi baru belajar untuk duduk – Bila bayi sudah mula belajar untuk duduk sekitar umur 6 bulan ke atas,
mereka akan cuba untuk duduk dengan sendiri. Kadang kala bayi belum boleh duduk
dengan betul dan belum mampu mengimbangi badannya. Dalam situasi ini, bayi boleh terjatuh ke belakang dan
mengakibatkan kepalanya terhentak pada lantai.
Cara elak, sentiasa peka dan
berada bersama bayi. Untuk langkah berjaga, letakkan bantal atau tilam atau soft mat di belakang badan bayi atau sekeliling tempat bayi
bermain.
Bayi semakin aktif dan ingin mencuba sesuatu – Antara usia
bayi 6 – 18 bulan bayi memang sangat aktif tanpa memahami sebarang
risiko yang ada. Apa yang anda perlu
buat ialah sentiasa peka pada setiapa apa yang bayi anda lakukan.
Bayi jatuh ketika mula bertatih – Sama seperti
mula belajar duduk tadi, bayi akan mudah jatuh kerana mereka terlalu teruja
untuk mencuba untuk berdiri sendiri disamping belum mampu mengimbangi badan
mereka. Berikan perhatian lebih pada bayi anda ketika ini.
FAKTOR KECUAIAN IBUBAPA @PENJAGA BAYI :
Menimang bayi tinggi-tinggi – Yang ini biasa dilakukan oleh kita sebab
kelihatan bayi seperti seronok atau suka hati bila di timang tinggi-tinggi.
Amalan menimang anak tinggi-tinggi seperti menhadi suatu perkara biasa sehingga
ada lagu yang liriknya kalau tak salah saya lebih kurang seperti berikut.
Timang tinggi tinggi/buai laju-laju
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab
Jadi, selepas ini perlu lah elakkan menimang anak tingi-tinggi sebab
boeh menyebabkan otak bayi yang masih lembut itu bergegar. Kesannya tentu tak
nampak pada waktu itu tapi mungkin pada waktu akan datang.
Bayi jatuh dari katil – seringkali ibubapa
suka meninggalkan bayi tidur bersendirian di atas katil . Bayi yang sudah boleh
berguling sering jatuh dari katil. Risiko kecederaan otak akibat jatuh dari katil memang tinggi. Bukan
sekadar kecederaan otak malah tangan atau kaki bayi boleh patah kerana jatuh
dari katil.
Eakkan daripada meninggalkan bayi tidur bersendirian di atas katil
lebih-lebih lagi bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas.
Menidurkan dan menghayun bayi dalam buaian – sindrom gegaran
akibat ayunan kuat
Terjatuh dari buaian –
Pakar kanak-kanak sangat menyarankan supaya ibubapa tidak menidurkan
anak di dalam buaian. Menurut satu
sumber, benyak kecederaan otak yang mendapatkan rawatan di hospital berlaku
akibat dari penggunaan buaian. Kesimpulannya memang banyak risiko kecederaan
boleh berlaku pada bayi akibat penggunaan buaian yang tidak betul. Antaranya;
Cara henjutan atau ayunan laju yang menyebabakan bayi pening dan
seterusnya menganggu atau boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi yang masih
lembut.
Buaian elektrik yang terdapat di pasaran sangat berisiko menyebabkan
gegaran pada otak bayi akibat henjutan yang laju dan berterusan.
Kadang-kadang ayunan pada buaian tanpa anda sedari sampai ke dinding
yang menyebabkan kepala bayi akan terhantuk pada dinding atau henjutan yang
laju sehingga mencecah ke lantai.
Begitu juga jika bayi terjatuh dari buiaan akibat bayi cuba untuk berpusing
atau bangun sendiri dari buaian atau mungkin kain buaian tertanggal atau spring
pada buaian putus. Semua ini boleh menyebabkan risiko kepala bayi terhempas ke
lantai.
Bayi jatuh tersembam dari walker – Sama seperti
buaian tadi penggunaan walker banyak memberi kesan buruk pada bayi. Antaranya keadan
walker yang ringan dan tidak diletakkan pada permukaan yang stabil menyebabkan
bayi boleh jatuh dari walker dan kepalanya tersemban ke lantai.
Cara pencegahan di atas, senang sahaja, elakkan penggunaann buaian dan
juga walker pada bayi anda. Anda boleh tidurkan bayi kecil dalam kot bayi atau
ajar bayi tidur di tilam bayi saja.
Haramkan terus penggunaan walker . Ibubapa biasanya suka menggunakan
walker dengan tujuan untuk bayi cepat
pandai berjalan dan mudah untuk bayi
bergerak. Percayalah bayi boleh berjalan secara semulajadi tanpa bantuan dari
walker.
Menggoncang bayi ketika marah – Ada masanya
ibubapa @ penjaga kelihatan stress ketika menjaga bayi. Misalnya apabila bayi
menangis tanpa henti atau apabila mereka cuba menidurkan bayi dalam masa yang
lama. Kerana marah dengan kerenah dan ragam bayi, tanpa disedari mereka mengoncang bayi dengan
agak kuat. Risikonya menyebabkan berlaku gegaran pada otak bayi.
Elakkan menggendali bayi ketika sedang marah. Cuba tenangkan diri anda.
Aktiviti bermain yang melibatkan ayunan atau melambung bayi – Elakkan sebarang aktiviti yang perlu menghayun atau melambung bayi
anda.
Ibubapa@penjaga tak peka pada keselamatan bayi – dalam apa
jua keadaan sepanjang tempoh pembesaran dan perkembangan bayi , ibubapa atau
penjaga perlu sentiasa peka mengenai aspek keselamatan dalam pengasuhan bayi.
Amalan asuhan yang betul perlu dipelajari dalam dipraktikkan ketika
menggendalikan bayi .
Persekitaran yang tidak kondusif untuk bayibermain – Sediakan persekitaran yang sesuai, selamat dan selesa untuk bayi
melakukan pelbagai aktiivit nya. Sebagai
ibubapa atau penjaga bayi, perkembangan bayi perlu digalakkan dengan
mendedahkan bayi kepada pelbagai aktiviti yang sesuai.
Apa yang berlaku apabila bayi digoncang, dihenjut, diayun laju atau
terjatuh?
Selalunya bila berlaku perkara di atas jika tiada kecederaan fizikal atau mental yang berlaku
pada masa itu, mungkin boleh berlaku
pendarahan dalam otak yang tidak disedari.
Sekiranya terdapat benjolan, bengkak atau lebam yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat
oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.
Bawa bayi mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat simpton-simpton
tersebut kerana dikhuatiri kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak.
Kesimpulannya , dapatkan rawatan
segera jika terdapat tanda-tanda berikut
:
Muntah-muntah
Tidur yang lama
dari kebiasaan
Berlaku sawan
Kelaianan pada
ubun-ubun bayi
Terdapat benjolan
luar biasa
Pucat selepas beberapa
jam
Jika dilihat di atas, banyak punca kecederaan otak bayi berpunca dari
kita sebagai ibubapa, penjaga atau pengasuh kepada bayi. kesan menggoncang atau menghayun bayi boleh memberi impak yang berpanjangan pada bayi di masa hadapan.
Jom, tingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan atau amalan
asuhan yang betul untuk bayi kita. Kita boleh mengubahnya.
Saranan saya kepada ibubapa yang muda atau kepada para pengasuh di TASKA
dapatkan
EBOOK PANDUAN
MENDIDIK ANAK ini sebagai panduan anda.
HARGA RM30
HARGA RM30
KLIK BORANG TEMPAHAN