Thursday, 24 December 2020
RPA aktiviti pemakanan
Anak anda buta huruf?
Esok besar nak jadi apa?
Asyik bermain sahaja?
Thursday, 17 December 2020
KENALI
TAHAP PERKEMBANGAN & KEBOLEHAN ANAK-ANAK
PENDAHULUAN
SIAPAKAH
KANAK-KANAK?
Kanak-kanak
ialah insan yang fitrahnya sentiasa ingin belajar .Kanak-kanak telah mula
belajar sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Mereka belajar melalui setiap tindakan
ibunya termasuklah dari perasaan ibunya. Kanak-kanak atau anak-anak kita akan mula belajar lebih cepat dari satu tahap ke satu tahap sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia ini. Segala
apa yang di pelajari dan dilalui melalui pengalaman anak-anak akan mula
membentuk sahsiah dan karakter serta tingkahlaku seseorang kanak-kanak itu.
Dengan
kata lain apa sahaja yang dipelajari oleh kanak-kanak akan mempengaruhi
perkembangan anak dan akan menjadikan siapa
dan bagaimana karektor kanak-kanak itu apabila dia dewasa kelak. Justeru itu, sangatlah penting
mereka yang berada di persekitaran kanak-kanak iaitu ibu bapa., pengasuh,
pendidik dan komuniti di persekitaran kanak-kanak memahami dan mengenali hati
nurani seseorang anak dan seterusnya mengetahui tahap demi tahap perkembangan
pembelajaran seseorang kanak-kanak itu. Mereka yang berada di persekitaran kanak-kanak juga perlu memahami
setiap tingakahlaku dan kerenah kanak-kanak, antaranya
Fahami
mengapa kanak-kanak suka banyak bertanya
Fahami
mengapa kanak-kanak suka mengamuk dan memberontak
Fahami
mengapa kanak-kanak terlalu aktif
Fahami
mengapa kanak-kanak suka usik itu dan ini
Fahami
setiap aspek perkembangan kanak-kanak.
Kenali
setiap sikap dan potensi kanak-kanak
Pastikan apa yang perlu dan tidak perlu pada setiap tahap umur kanak-kanak. Apakah kebolehan yang patut sudah boleh dicapainya.
Bila
kita tahu dan faham, barulah kita boleh menerima setiap tingkahlaku dan
keperluan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Seterusnya kita akan tahu tahap-tahap
perkembanagan normal seseorang kanak-kanak. Pastinya kita tidak akan menekan
kanak-kanak di luar dari batas kemampuannya pada setiap tahap umur tertentu.
Setelah faham, bolehlah kita boleh
membantu anak-anak, antaranya dengan menyediakan
persekitaran dan pengalaman pembelajaran yang kondusif serta penuh kasih sayang.
Perlu
sangat untuk diingat bahawa kanak-kanak adalah seorang individu yang mempunyai
keunikannya yang tersendiri dan sejak dia mula membuka mata , pelbagai aspek
perkembangan kanak-kanak boleh dikembangkan dan digalakkan antaranya dari segi fizikal, emosi, rohani, sosial dan
intelek. Mari kita fikirkan, bagaimanakah kita sebagai orang dewasa dapat membantu
mengembangkan potensi diri anak-anak, jawapannya kita perlu belajar dan tahu tahap-tahap
perkembangan yang akan dilalui oleh kanak-kanak. Dengan kata lain, kita perlu
tahu kebolehan yang harus dicapai oleh anak-anak pada usia tertentu. Dengan itu
kita bantu mereka untuk mencapai potensi
yang ada dalam diri anak-anak ini mengikut tahap perkembangan dan kebolehan
mereka..
6 BIDANG PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN KOGNITIF - Awal
Sains
Kandungan
modul pembelajaran mengikut perkembangan ( sesuaikan untuk umur 2 – 5 tahun)
1.
Penggunaan 5 deria asas dalam memahami dunia persekitaran
kanak-kanak.
DERIA |
KEGUNAAN |
AKTIVITI
CADANGAN |
MATA |
MELIHAT |
Nature walk – jalan-jalan melihat
persekitaran |
MULUT/LIDAH |
MERASA |
Merasa masam , manis, pahit, masam |
TELINGA |
MENDENGAR/FUNGSI |
Mendengar bunyi di persekitaran Mengecam bunyi haiwan Mengecam bunyi objek berdekatan |
HIDUNG |
MENGHIDU |
Bau wangi dan busuk |
KULIT |
MERASA/SENTUHAN |
Merasa permukaan kesat atau licin |
2.
Kanak-kanak mengunakan konsep meneroka, menguji
dan membina pengalaman dalam memahami dunia persekitaran
3.
Aktiviti yang berasaskan sains dan kemahiran
saintifik – eksperimen sains, contoh aktiviti;
Main air & buat buih sabun |
Eksperimen tenggelam timbul |
Sudut sains di TASKA -
Sediakan
sudut sains@ meja sains dan teknologi -
Menyiasat
, meneroka dna membuat ujikaji -
Memaparkan
carta dan hasil projek sains -
Menyediakan
bahan rujukan, pamerkan bahan sains |
Eksperimen dengan warna |
Mencambah bji benih/kacang hijau |
|
Memasak |
Membuat pelangi |
|
Lukisan minyak |
Bahan larut dan tidak larut |
|
Eksperimen telur |
Tindakbalas cuka dan soda bikarbonat |
|
Memelihara binatang |
Tanaman sayur |
4.
Teknologi dan ICT
i.
Memperkenalkan komputer kepada kanak-kanak
ii.
Alam digital
iii.
Kegunaan telefon bimbit
iv.
Teknologi di persekitaran kanak-kanak
5.
Alam sekitar kanak-kanak
Alam
Fizikal |
Saiz,
corak, pergerakan, alat dan mesin, kereta, kapalterbang, traktor, keretapi, komputer, blok, magnet,
bangunan, pengangkutan, Kejadian
semulajadi – angin, hujan, guruh dan kilat, timbul dan tenggelam, Basah
dan kering, panas dan dan sejuk, cahaya dan bayang, bunyi dan irama, jarak
dan ukuran |
Alam
Bahan |
Makanan,
Minuman, Rempah ratus dalam masakan Bahan
cucian badan, Cecair pencuci Batu,
air, Udara, Tanah, Pasir Susu,
Tepung, Gula, Garam Kertas,
Kain, warna |
Alam
Hidupan |
Haiwan,
tumbuhan, manusia, Kenali anggota badan Nature
walk, Eksperimen sains, Lawatan luar Bercucuk
tanam, Buah-buahan , Sayur sayuran Serangga Meneroka
alam |
Alam
Semesta |
Bukit,
Gunung-ganang, Lautan, sungai dan tasik Angin
dan hujan, Matahari, Bulan dan bintang, Planet Musim
sejuk dan musim panas, Awan |
PERKEMBANGAN KOGNITIF –
Awal Matematik & Pemikiran Logik
Awal
Matematik – pemahaman awal tentang bentuk, kuantiti, ruang, dimensi/kedudukan,
corak, masa, awal nombor, dan operasi nombor awal
Pemikiran
Logik- proses berfikir iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu
perkara @ kesan terhadap sesuatu perkara.
BENTUK |
BENTUK |
Mengaitkan
bentuk objek dan benda yang terdapat dalam persekitaran seperti empat segi,
segitiga, bulat, kiub, selinder, kon, dll. Juga dalam bentuk seperti roda,
donut, botol payng dan sebagainya |
KONSEP |
SAIZ
( besar – kecil) |
Pelbagai
saiz seperti besar, kecil, tinggi, rendah, sangat besr, sangat kecil |
Ruang
(luar –dalam, atas bawah) |
Permainan
lompat keluar dan masuk gelung Merangkak
melalui terowong |
|
PARTS
AND WHOLE |
Sebuah,
separuh, sebiji, setengah, secebis, semua |
Cantuman Bahagikan |
PERBANDINGAN
DAN PENGELASAN |
Mengumpulkan
benda mengikut sesuatu ciri atau kriteria |
Membandingkan
benda yang sama seperti selipar, sarung tangan Mengelaskan
blok mengikut warna |
PADANAN
SATU DENGAN SATU |
Menyusun
ikut persamaan |
Padanan
kasut stoking Membilang
objek dengan bilangan |
SERIASI
DAN POLA |
Menyusun
mengikut urutan |
Urutan
dari besar ke kecil |
PENGUKURAN
DAN SUKATAN |
Mengukur
menggunakan sesuatu cara kasar atau guna alat ukur tertentu |
Main
air, Main pasir Memasak,
Buat doh Membandingkan
ketinggian kanak-kanak |
KONSEP
MASA |
Mengenal
rutin di TASKA Mengaitkan
peristia dengan hari dan bulan |
Memperkenalkan
masa dengan aktiviti contoh pagi –sarapan, petang –pulang Memperkenalkan
nama hari dan calendar Bercerita
tentang peristiwa atau hari kejadian |
MEMBILANG
& MENOMBOR |
Mengira
nombor |
Bermain
teng –teng Nyanyi
lagu bilangan nombor |
TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF - Awal Matematik & Awal Sains
Umur |
Tahap Perkembangan Awal Matematik |
Tahap Perkembangan Awal Sains |
0 – 6
bulan |
·
Melihat
objek mengikut arah objek yang bergerak ·
Menumpu
perhatian terhadap objek bergerak ·
Suka
warna warna terang ·
Memegang
dan menggigit objek. |
·
Memusingkan
kepala kearah sumber cahaya ·
Merenung
arah objek yang terletak lebih kurang 20 – 25 sm daripadanya. ·
Fokus
pada objek dekat. ·
Ikutpergerakan
objek ·
Merenung
gambar pada buku dan cuba sentuh ·
Memindahkan
pandangan ·
Tertarik
pada bunyi terutama suara orang. |
6 – 12 bulan |
·
Memahami
konsep ·
Mengenali
saiz, warna dan bentuk objek ·
Membelek
objek dan menjatuhkan objek ke lantai ·
Faham
konsep kedalaman ·
Faham
konsep pengekalan objek ·
Memadan
bentuk dengan acuan. |
·
Boleh
beza wajah orang yang dikenali atau tidak. ·
Mengikut
dengan mata objek yang bergerak secara
melintang atau menegak. ·
Mengesan
dan mengutip objek halus ·
Boleh
beza warna asas, warna terang ·
Boleh
beza objek besar kecil ·
Meneroka
objek sekitar ·
Masuk
objek dalam mulut |
1 – 2 Tahun |
·
Memahami
rutin harian ·
Memahami
hubungan antara dua objek. ·
Mengingat
perkara yang telah berlaku. ·
Membezakan
kuantiti. ·
Menyebut
konsep ·
Berfikir
pada peringkat pra logik ·
Boleh
menyusun ikut urutan ·
Membuat
padanan satu ke satu. |
·
Mengikut
dengan mata pergerakan objek dalam
bentuk bulatan besar. ·
Membezakan
jarak ·
Kenal
perubahan pada objek. ·
Beza
warna sekunder ·
Meneliti
objek ·
Meneliti,
meneroka dan peka pada persekitaran ·
Membezakan
tekstur. |
Umur |
Tahap Perkembangan Awal Matematik |
Tahap Perkembangan Awal Sains |
2- 3 tahun |
·
Selalu
bertanya apa, mengapa ·
Selalu
minta dicerita perkara yang dia ingin tahu ·
Bertanya
berulang kali ·
Cepat
membuat aktiviti padanan ·
Sebut
1 hingga 5 ·
Faham
kuantiti ·
Mengenali
bentuk ·
Memahami
saiz dan perbezaan bentuk |
·
Memberi
sebab kepada kejadian ·
Suka
bermain dan bina blok ·
Meneliti,
meneroka, peka dan membuat pilihan dari persekitaran. ·
Membezakan
jarak dan ruang. ·
Mengenali
perubahan yang berlaku pada satu objek. ·
Membezakan
pelbagai rasa ·
Bertindakbalas
pada ransangan deria ·
Mengesan
perbezaan antara bentuk ·
Membina
bangunan guna blok |
3 – 4 tahun |
·
Memahami
dan menggunakan idea abstrak atau simbolik ·
Rasa
ingin tahu yang mendalam ·
Mengenali
persamaan, perbezaan dan corak. ·
Boleh
memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz dan isipadu ·
Boleh
buat seriasi ·
Boleh
buat representasi nombor yang lebih besar. ·
Boleh
membilang 1 – 10 dalam bahasa Melayu dan Inggeris ·
Mengira
jari dan objek sekurang-kurangnya 1 hingga 5 atau 10. ·
Kenal
angka dan menulis angka. ·
Memahami
lebih banyak bentuk dan saiz ·
Faham
konsep kuantiti – banyak sedikit, tinggi –rendah, jauh-dekat, lambat –cepat
dan lain-lain. ·
Boleh
berfikir secara logik misalnya air jika dituang akan mengair ke dalam bekas
dan memenuhi bekas. ·
Membuat
operasi mudah mencampur nombor-nombor kecil. ·
Memberi
sebab dan akibat misalnya kuman boleh menyebabkan penyakit. |
·
Menguasai
kemahiran- memperhatikan dengan penggunaan semua deria. ·
Boleh
mengenal dan menggunakan gabungan pelbagai pengalaman warna, bentuk, tekstur
dan rasa dalam penyelesaian masalah. ·
Suka
bertanya mengapa dan bagaimana. ·
Mengambarkan
cirri persamaan dan perbezaan objek ·
Membuat
pengecaman dan menyenaraikan ciri ciri. |
4 - 5 tahun |
·
Dapat
menggabungkan pelbagai strategi, cara dan teknik untuk menyelesaikan masalah. ·
Boleh
berfikir dan menggambarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan objek yang
berlainan. ·
Boleh
mengenal unsur persamaan, perbezaan, corak dan pola. ·
Boleh
memadan dan mengelas objek. ·
Memahami
dan menggunakan idea abstrak atau simbolik. ·
Boleh
membuat pilhan dan keputusan. ·
Awal
nombor – boleh membilang nombor 1 hingga 20. ·
Boleh
membuat rumusan dan pemerhatian. ·
Boleh
membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri-ciri. ·
Boleh
memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz, berat ringan dan isipadu. ·
Boleh
membilang ·
Boleh
mengira objek dan fahan banyak sedikit. ·
Boleh
berfikir secara logik. ·
Boleh
beri sebab dan akibat dengan jelas. ·
Boleh
menaakul sesuatu kejadian dengan lebih baik. ·
Telah
mencapai [eringkat awal logic dengan baik. ·
Boleh
membuat keputusan yang mudah dengan alasan. |
·
Boleh
guna deria untuk memproses maklumat. ·
Boleh
membuat pemerhatian, klasifikasi, penerokaan, eksperimen,penaakulan, ramalan
dan anggaran. ·
Boleh
meneroka sebab dan akibat sesuatu kejadian. ·
Boleh
mengunakan alat teknologi mudah. ·
Boleh
jelaskan ramalan dan penyiasatan yang dibuat. ·
Boleh
guna alat dalam membuat pemerhatian dan eksperiemen. ·
Boleh
mengaitkan maklumat yang diperoleh untuk membuat rumusan. |
PERKEMBANGAN BAHASA
i.
Penggunaan bahasa - Bunyi
bahasa dari awal usia
ii.
Keupayaan berkomunikasi –
dengan rakan atau sesiapa sahaja di persekitaran kanak-kanak
iii.
Literasi Awal – kemahiran
membaca
Konsep literasi – keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan
menggunakan bahasa untuk membaca, menulis , mendengar dan bertutur
AKTIVITI BAHASA & KOMUNIKASI
-
Bercerita
-
Berbual bersama rakan sebaya/
Bersoal jawab
-
Story Telling ( BM/
English)
-
Cerita dan Nyanyian
-
Memberi dan mendengar
serta ikut arahan
-
Sebut bunyi / sukukata
AKTIVITI LITERASI AWAL
KEMAHIRAN MENDENGAR &
BERTUTUR |
Mendengar dan mengajuk bunyi sekeliling Mengecam bunyi di persekitarannya, Mendengar nama objek Memahami nama objek di persekitarannya Menyebut perkataan dengan jelas Berbual menggunakan objek Menyanyi, Story telling@ bercerita |
KEMAHIRAN AWAL BACAAN |
Shared reading – membaca satu cerita mudah berulang kali dalam
kumpulan kecil sambal melihat teks bacaan Membelek buku, Memperkenalkan buku yang pelbagai, Membaca bersama |
KEMAHIRAN AWAL TULISAN |
Menguli atau membuat rekaan guna doh Mengoyak kertas, Menggunting kertas, Menguntai manik Menyepit objek, Memindahkan objek guna penyepit Melakar objek, Contengan awal, Contengan terkawal, Lakaran bernama |
LITERASI AWAL |
Menyebut huruf , Membunyikan huruf dengan objek Melabel nama objek dalam kertas, Mengecam huruf’ bermain dengan huruf, fonik huruf menyanyi berkaitan fonik huruf |
TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA
Umur |
Tahap Perkembangan |
0 - 6 bulan |
·
Boleh menghasilkan bunyi seperti ’oooh’ dan ’ aaah’
untuk berkomunikasi ·
Mengeluarkan bunyi huruf seperti ’m’ , ’b’ ·
Menggabung bunyi dan mencantum vowel , konsonan
”ba-ba-ba”, ”da-da-da” |
6 -12 bulan |
·
Mengeluarkan bunyi suku kata bila rasa gembira ·
Faham bila dikata “ tak boleh” ·
Menjerit untuk menarik perhatian ·
Menggeleng tanda “ tidak”, dan mengangguk tanda “
ya”. ·
Meniru bunyi yang didengar ·
Suka mengulang bunyi yang didengar berkali-kali
seperti “ma-ma-mam” |
1-2 tahun |
· Menyebut perkataan pertama
walaupun tidak jelas sepert “mama”. · Boleh sebut perkataan yang
biasa didengar contoh “meow” , “cucu” (susu),
“acik” (nasi), “bas” , “bye bye”. · Kenal orangnya apabila panggilan/nama orang itu disebut. · Meniru bunyi yang dibuat oleh sesiapa sahaja di sekelilingnya. |
2-3 tahun |
·
Boleh
sebut 5-6 patah perkataan seperti “letak barang mainan tu” ·
Boleh memahami sehingga 50 patah
perkataan. ·
Faham dan mampu mematuhi arahan
atau peraturan yang mudah ·
Berminat untuk berbual dan tahu mengikuti giliran
bercakap dalam perbualan ·
Mula meluahkan keinginan dengan menggunakan
perkataan tertentu bersama gerakan badan ·
Bila ditanya, dia boleh menunjuk kepada sesuatu yang
ia biasa dengannya. ·
Menggunakan bahasa isyarat seperti menunjuk dengan
jari, atau menarik sesuatu dengan tujuan menarik perhatian. ·
Mencuba untuk turut serta menyanyi bila mendengar
lagu. ·
Suka mendengar cerita dan membelek buku seolah
membaca. |
3-4 tahun |
·
Percakapannya
lebih jelas ·
Boleh
mengambil bahagian dalam perbualan dengan aktif ·
Boleh
menjawab soalan mudah ·
Suka
membelek buku dan membuat cerita tentang gambar dalam buku ·
Faham
konsep bahan bercetak dan simbol yang selalu dilihat ·
Kenal
dan tahu beberapa abjad ·
Faham
cerita dalam buku ·
Faham
tujuan tulisan ·
Boleh
meniru/menulis bentuk huruf dan perkataan ·
Boleh
mengaitkan tulisan dengan perkataan lisan ·
Faham
abjad mempunyai bunyi ·
Meneroka
penggunaan symbol,abjad,huruf dan bunyi ·
Meluahkan
emosi ·
Boleh
mempengaruhi tingkah laku orang ·
Mencuba
untuk menulis atau melukis untuk bercerita atau dengan kata-katanya. ·
Boleh
membezakan di antara dua atau lebih bahasa yang dipertuturkan. |
Umur |
Tahap perkembangan |
4 -5 tahun |
·
Mengendalikan buku dengan berhati-hati ·
Tahu buku mempunyai cir-ciri kulit
depan,belakang,tajuk,penulis dan pelukis. ·
Mengaitkan bentuk huruf dengan objek. ·
Bilangan perbendaraan kata semakin banyak. ·
Awal bacaan ·
Menamakan huruf abjad ·
Mengaitkan bunyi abjad ·
Membunyikan abjad dalam huruf-huruf ·
Suka meneroka perkataan baru ·
Mengaitkan bunyi huruf dengan perkataan mudah ·
Membaca suku kata, perkataan mudah,frasa, ayat
tunggal yang mudah ·
Membaca ayat dengan intonasi yang sesuai ·
Mula menyedari jalan cerita ·
Meramal akhir cerita ·
Awal tulisan ·
Boleh guna/pegang alat tulis dengan cara betul ·
Boleh tulis nama sendiri, nama benda atau label ·
Guna kemahiran fonik untuk belajar menulis huruf,
suku kata, perkataan. ·
Guna tanda bacaan dalam tulisan ·
Kemahiran berfikir ·
Merekacipta cerita, lagum irama, muzik dan puisi ·
Boleh bertanya dan berbincang mengenai cerita yang
dibaca ·
Dapat beza emosi, situasi melalui bahasa verbal dan
nono-verbal |
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Menekankan aspek asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran
motor halus dan moto kasar kanak-kanak
AKTIVITI
PERTUMBUHAN |
Tinggi kanak-kanak, Berat
kanak-kanak, Saiz badan kanak-kanak |
MOTOR HALUS |
Memegang objek |
MOTOR KASAR |
Berjalan lurus, Berjalan
ikut garisan, Berjalan zig zag Berlari kearah tertentu Melompat dua kaki, Melompat
satu kaki, Menjengket sebelah kaki Menyambut bola, Membaling
bola |
KOORDINASI MATA DAN TANGAN |
Menghisap jari |
MOTOR HALUS |
Manupulasi @menggentel doh, Menguntai
manik atau objek Mengoyak kertas menjadi
cebisan kecil, Menggumpal kertas menjadi bola, Memotong, Mengunting kertas,
Menyepit objek kecil Menyusun puzzle, Menuang air
dalam bekas |
KESEIMBANGAN MAKAN |
Berjalan dengan mata tertutup,
berjalan bawa objek, Berjalan atas papan@ titi Berlari bawa objek, Melompat
sebelah kaki |
TAHAP
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Umur |
Tahap Perkembangan |
||
0 – 2 tahun |
·
Angkat
kepala bila diletakkan di bahu ·
Angkat
kepala dan dada bila meniarap ·
Pusing
kepala ke kiri ke kanan bila meniarap ·
Ikut objek
bergerak dengan mata ·
Genggaman
tak kemas ·
Akan
mengenggam kelentong yang diberikan ·
Wiggle
& menendang ·
Duduk
dengan bantuan ·
Duduk
dengan tegak ·
Bangun dan
berpaut pada perabut ·
Berdiri
dengan sendiri ·
Berjalan
sendiri ·
Berjalan
turun tangga ·
Melompat/
menendang bola ·
Membina
bangunan dengan dua blok ·
Tegak
kepala jika duduk dengan bantuan ·
Mencapai
objek ·
Main dengan
kaki ·
Pegang
botolsendiri semasa minum susu ·
Meneroka
dengan memasukkan objek ke mulut ·
Mengetuk-ngetuk
objek ·
Mengalihkan
mainan dari satu tangan ke tangan lain ·
Megoncang
kelentong ·
Boleh
didudukkan jika ada orang yang tarik
tangannya ·
Boleh duduk
sendiri dengan bantuan yang kurang ·
Boleh duduk
atas bangku tinggi ·
Menggolekkan
badan ·
Melompat
apabila didirikan ·
Minum
menggunakan cawan dengan bantuan ·
Suap
sendiri dengan jari ketika makan makanan. |
·
Genggam
objek kecil guna ibu jari ,jari telunjuk @ kelingking ·
Guna jari
tunjuk cucuk sesuatu ·
Masukkan
objek dalam bekas dan keluarkan semula ·
Mengetuk
dua blok serentak ·
Dua sendiri
tanpa sokongan ·
Merangkak
guna lutut dan kaki ·
Berdiri
sambil memegang kerusi atau perabot ·
Berdiri
sekejap tanpa sokongan ·
Berjalan
dengan tangan dipegang dengan bantuan ·
Bekerjasama
pakai baju ·
Suka tarik
tolak dan longgokan/buang objek ·
Buka
topi,stoking, sarung tangan sendiri ·
Buka
helaian buku ·
Susun
binaan blok – 2 blok ·
Dukung
mainan – anak parting, teddy bear ·
Menconteng
gunakan krayon ·
Berjalan
tanpa sokongan ·
Berlari
tetapi masih tak kompeten ·
Minum
menggunakan straw, Makan menggunakan sudu ·
Cuci tangan
dengan bantuan ·
Masuk
tangan ke lenggan baju ·
Buat binaan
3 -4 blok, Baling atau golek bola
besar ·
Buka laci,
almari dan kotak ·
Boleh
bermain dengan permainan mekanikal ·
Membongkok
apabila nak kutip sesuatu sesuatu tanpa jatuh ·
Naik tangga
dengan bantuan ·
Melangkah
ke belakang |
|
|
Umur |
Tahap
Perkembangan |
|
|
2 - 5 tahun |
·
Makan
sendiri ·
Buka pintu ·
Pegang
gelas dengan satu tangan ·
Pegang
krayon dengan baik ·
Cuci dan
keringkan tangan sendiri ·
Lipat
kertas bila ditunjukkan ·
Buat binaan
dengan 4 -5 blok ·
Baling bola
ke atas ·
Cuba
tangkap bola besar ·
Cuba
tangkap bola besar ·
Pakai kasut ·
Pakai baju
sendiri dengan bantuan ·
Pergi
tandas dengan bantuan ·
Naik tangga
dengan kaki kiri bertentangan ·
Jalan
berjengkit jika ditunjukkan ·
Berjalan
dengan lurus ·
Tending
bola ke hadapan ·
Melompat
menggunakan kedua dua kaki ·
Mengayuh
basikal tiga roda , Boleh kayuh basikal ·
Makan
sendiri kurang tumpah ·
Cuba guna
sudu dan garpu ·
Pegang
pensil, Ikat tali kasut ·
Keseimbangan
lebih baik dan tersusun ·
Boleh skate
dan boleh seimbangkan badan ·
Menulis
huruf huruf yang mudah |
·
Cuba tulis
nama sendiri ·
Melukis
menggunakan keseluruhan lengan ·
Lukis bulat
dan wajah orang ·
Potong
kertas guna gunting tumpul ·
Cuba buka
butang sendiri walau masih perlu bantuan ·
Boleh buka
baju sendiri jika mudah untuk dibuka ·
Berus gigi
dengan bantuan dan petunjuk ·
Buat binaan
7 – 9 blok ·
Cantum
puzzle mudah 4 – 12 keping ·
Tuang air ·
Guna bilik
air sendiri ·
Skipping ·
Tangkap
bola sedang melantun ·
Turun
tangga guna kaki sambil memegang ·
Naik bauian
dan menghayun sendiri ·
Hops dan
skips ·
Pakai baju
tanpa bantuan |
PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI Bidang perkembangan sosioemosi berkait dengan sahsiah,
emosi serta perasaan kanak-kanak serta cara kanak-kanak menzahirkan perasaan
dan kehendak ketika bersama dengan orang@rakan di persekitaran mereka. Aspek perkembangan sosioemosi sangat penting dan ia
dapat digabungjalinkan dalam semua aktiviti perkembangan kanak-kanak secara
tidak langsung. Aktiviti perkembangan sosioemosi berkait dengan ; Sahsiah – pembentukan akhlak@peribadi kanak-kanak – suatu
proses pembinaan peribadi kanak-kanak melalui penyediaan aktivti pembelajaran
yang dapat membantu membina konsep diri dan self esteem yang tinggi dalam
diri kanak-kanak. Emosi – bagaimana mengalakkan kanak-kanak mengawal dan
menunjukkan emosi yang ositif Sosial – bagaimana kanak-kanak bergaul dan membentuk rasa
ingin berkawan di kalangan rakan sebaya Sosioemosi dapat menzahirkan preassan kanak-kanak
ketika bersama dengan kawan-kanak di mana sahsiah yang baik turut diterapkan. |
||
TAHAP PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI 0-3
BULAN · Boleh senyum · Boleh mengamati wajah apabila berada dalam jarak dekat · Boleh buat eye-contact jika didekatkan muka |
3-6
BULAN · Boleh berhenti menangis apabila melihat mendengar suara
atau merasai kehadiran orang yang rapat dengannya · Suka dipegang/sentuh oleh orang yangrapat · Boleh mengenali ibubapanya · Ketawa apabila diagah · Boleh mengzahirkan mood melalui ekspresi muka · Boleh membuat bunyi apabila ketawa · Boleh menunjukkan gembira melalui pergerakan
kaki/tangan ekspresi muka |
6-12
BULAN · Beri tindak balas positif terhadap kata lembut · Boleh bezakan antara pendidik/ibu/pengasuh/dengan orang
lain · Boleh beri reaksi kepada bunyi · Ketawa apabila ada sesuatu yang mencuit hati · Boleh melihat diri dalam cermin,tahu nama sendiri dan
respon apabila dipanggil · Boleh meniru perlakuan orang lain · Boleh mengikut arahan mudah |
TAHAP
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI 1-2
TAHUN · Boleh memeluk dan memberi ciuman · Boleh menunjukkan tantrum apabila ada sesuatu yang
tidak menyenangkan · Boleh menunjukkan rasa cemburu apabila lebih perhatian
diberi kepada orang lain · Boleh membantu mengutip mainan dan meletak mainan
mengikut arahan · Boleh membezakan keadaan yang berbahaya · Suka melihat diri dalam cermin · Suka menunjukkan sikap membantah seperti tidak mahu
pakai baju · Mula menunjukkan sikap berdikari.Contoh: hendak
berjalan sendiri,tidak mahu didukung atau mahu makan sendiri · Mula menyedari perasaan orang lain · Boleh meneruskan semula aktiviti yang tertinggal
sementara |
2-3
TAHUN · Boleh menyedari ketakutan dan kebimbangan orang lain
terhadap dirinya · Boleh menunjukkan kelangsangan fizikal bila kemahuannya
tidak dipenuhi/kecewa atau marah · Bersifat mengarah dan meminta sesuatu dengan segera · Boleh mengenali diri dalam gambar/video · Memperhatikan dan meniru cara kanak-kanak lain
bermain,turut serta tetapi lebih selesa bermain sendirian · Boleh membina persahabatan dengan rakan sebaya · Boleh mengikut kata,mendengar arahan dan mematuhi
peratura yang ditetapkan oleh orang dewasa · Suka bertanya dan sangat berminat untuk mendapat
pengalaman baru.Misalnya sangat teruja jika melawat ke zoo · Boleh menjangka kesan perbuatan sendiri |
3-5
TAHUN · Tunjukkan rasa kasih sayang dengan kata-kata · Mula tunjukkan perasaan malu · Mula mempelajari cara mengawal diri(displin) dengan
bimbingan · Mula memahami kuasa yang lebih Besar dan Agung · Mula menunjukkan sikap tanggungjawab terhadap diri
sendiri dan tugas yang diberikan · Boleh mempamerkan sikap bersunguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu · Boleh menyesuaikan diri dalam situasi baru · Mula mempercayai orang dewasa · Boleh mengenali perasaan sendiri dan dapat kawal emosi · Sudah mempunyai sifat berani dan yakin diri · Boleh menghormati harta benda/barang permainan · Boleh berfikir cara menyelesaikan konflik dengan rakan
sebaya · Mula menunjukkan nilai diri dan keperibadian yang
ditiru dari orang dewasa |
AKTIVITI PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI
EMOSI |
Cara
kanak-kanak memahami dan mengurus perasaan sendiri Perasaan –
gembira, suka, sedih, marah, takut, benci, bimbang, cemburu, terkejut Mempamerkan
keyakinan diri Menghargai
diri sendiri |
Diri saya Cuci tangan
wangi abunya Saya sayang
diri saya Perasaan
saya Rumah saya Wajah saya Mengenali
diri saya Saya boleh
buat Mari
menabung |
SOSIOEMOSI |
Perasaan
kanak-kanak ketika berhubung dengan orang lain di persekitarannya Rasa malu,
Rasa bersalah,Rasa bangga, Rasa mesra dan sayang Rasa
simpati, Rasa empati Sikap
ketika bersama kawan – berkongsi, ikut giliran, main sama-sama, bentu
membantu, bertolak ansur |
Ikut
giliran Jom main
bersama Buat
bersama |
PERKEMBANGAN KREATIVITI
& ESTETIKA
Kreativiti
adalah terdiri daripada seni kraf dan
juga muzik, drama dan pergerakan. Ia
juga merupakan suat bakat yang tinggi dalam meghasilkan sesuatu rekacipta
maupun idea atau pandangan.
Kanak-kanak
dapat menunjukkan kebolehan kreativiti mereka dari seawall usia lagi melalui
penyediaan pelbagai bahan dan alat permainan yang dapat merangsang kreativiti
mereka.
Seni kreatif adalah termasuk :
Seni
lukis dan seni visual
Sni
kraf seperti anyaman , lipatan , kolaj
Seni
muzik seperti nyanyian, irama, bermain alat muzik, penghasilan pelbagai bunyi
Pergerakan
kreatif termasuk tarian, lakonan, pergerakan ikut muzik
Estetika
adalah penghayatan terhadap keindahan, kecantikan, keunikan sesuatu benda atau
ciptaan.
Contoh aktiviti
kreativiti
Menconteng
dengan pensil |
Lukisan
berus gigi |
Lukisan
percikan api |
Cap
jari |
Aktiviti
corak minyak |
Campuran
warna |
Menconteng
dengan krayon |
Tiupan
straw |
Objek
dari suratkhabar |
Capan
tumbuhan |
Kolaj
tumbuhan |
Seni
garam |
Membuat
tanda dan kesan pada pelbagai permukaan |
Lukisan
lelehan |
Bina
objek dari pasir |
Kolaj
tisu |
Tampalan |
Mengecop |
Melukis
objek |
Lukisan
span |
Membentuk
doh |
Kolaj
kertas |
Main
pelbagai tepung |
Campuran
tepung jagung |
Mewarna |
Contengan
warna bebas |
Menghasilkan
buku kraf |
Kolaj
bijian |
Kolaj
pasir |
Lukisan
magik |
Menguli
doh membentuk objek |
Membuat
lipatan |
Menghasilkan
kolaj bahan |
Menggambar
objek |
Main
tepung jagung |
Hiasan
kotak |
PERKEMBANGAN ESTETIKA
Satu
cara kanak-kana melahirkan atau meluahkan perasaan secara tidak langsung
melalui muzik dan nyanyian serta pergerakan ikut irama
Menyanyi
berirama |
Bergerak
mengikut irama lagu |
Membuat
alat muzik |
Bergerak
mengikut iringan muzik |
Rhymes |
Cipta
lagu sendiri |
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA
0-
6
BULAN |
6
– 12 BULAN |
1
– 2 TAHUN |
· Boleh mengeluarkan dan
menghasilkan bunyi yang pelbagai. · Suka mendengar muzik,
rhymes dan zikir · Minat buku bergambar · Suka pada mainan berwarna
warni |
· Suka melihat wajah dan
gambar yang berwarna warni · Suka kepelbagaian bunyian
muzik dan nada suara · Boleh kenal lagu ringkas
dan liriknya jika didengar berulang kali · Boleh hasilkan bunyi yang
pelbagai · Boleh mengecam pelbagai
rentak bunyi · Boleh mengerakkan badan
ikut rentak bunyi · Boleh mengecam nada rentak muzik · Boleh buat pergerakan
kreatif |
· Suka permainan atau
aktiviti kreatif · Boleh menconteng atau
melakar di atas kertas atau tanah · Boleh menghasilkan pelbagai
lagu walaupun sekadar meniru gerak mulut atau membisikkan perkataan · Suka bersolek dan main
olok-olok · Suka jika dibawa
bersiar-siar · Beri respond pada bentuk
dan warna · Suka buku bergambar |
2
-3 TAHUN |
3-
4 TAHUN |
4 TAHUN+ |
· Suka main olok-olok · Boleh berimiginasi · Boleh hasilkan rekaan
sendiri · Suka cerita fantasi · Mendengar dengan teliti
bunyi atau perkataan yang menarik minat · Boleh hasilkan muzik dari
objek · Boleh hasilkan kad rekaan sendiri
dengan bimbingan · Boleh membentuk boneka jari
dengan bimbingan · Suka mengecop tangan dan
jari · Boleh lukis sesuatu tanpa
berfikir · Suka meneroka alat-alat
muzik · Suka bunyi ciptaan sendiri · Tahu menghayati kecantikan
alam |
· Menunjukkan kreativiti
melalui lukisan, capan, kraf, muzik, lakonan dan pergerakan kreatif. · mencipta@menghasil sesautu
rekaan baru · menunjukkan daya imiginasi
dan estetika yang tinggi · mengumpul, memilih dan
menyusum bahan yang berlainan bentuk, warna dan tekstur mengikut kreativiti
sendiri · boleh turut serta mendengar
cerita · boleh bercerita semula
secara kreatif · boleh melahirkan idea dalam
bentuk gambar · boleh memilih prop yang
sesuai untuk main peranan · boleh melakonkan peranan · boleh main alat muzik · boleh mencampurkan warna
untuk menghasilkan warna baru · menghayati dan menghargai
lukisan · menghayati keindahan
ciptaan Tuhan |
· menunjukkan kreativiti
melalui lukisan yang bermakna · meneroka warna, tekstur,
bentuk dan ruang dalam dua atau tiga dimensi · bertindakbalas dalam
pelbagai cara kepada apa yang dilihat, didengar, hidu, bau, sentuh dan rasa · menggunakan imaginasi dalam
lukisan, reka bentuk, muzik, tarian, main peranan dan bercerita · berkongsi idea dan perasaan
melalui imiginatif · boleh kenalpasti nada bunyi · menyanyi algu mudah · mengenalpasti bunyi yang
berulang dan bunyi pola · membentuk simbol untuk
menunukkan konsep · mempunyai kebolehan untuk
mengaitkan anatara objek, symbol dan garis yang dilukis · menghargai hasil kerja
sendiri dan rakan · membina model tiga dimensi |
KESIHATAN, MORAL &
KEROHANIAAN
MORAL &
KEROHANIAAN |
Pembentukan
keperibadian dan sikap |
Berbuat
baik, Akhlak mulia, Mari belajar syahadah, Mengingati Allah, Sayangi ibu bapa Apa yang
Allah jadikan Nasyid Mari
menabung, Sikap rajin Ucapkan
terima kasih, Bersalam Membaca
bismillah Membaca
doa, Membaca ayat lazim Hormat pada
guru Bercakap
baik, Menerapkan nilai murni Belajar
berselawat, Amalan dan doa Cerita nabi |
|
Hafalan
ayat lazim yang mudah |
Al
fatihah, Al Ikhlas, An-Naas, Al Falaq |
|
Simulasi
Solat |
Pergerakan
Soalt Bacaan mudah
dalam solat |
|
Simulasi
haji |
Buat model
kaabah Sesi
bercerita Tayangan
video haji |
Kata
seorang pakar kanak-kanak;
‘In the first
3 years of life, children learn, or fail to learn, how to get along with
others, how to resolve dispuste peacefully, how to use language as a tools of
learning and persuasion, and how to explore the world without tear. Brain
research reveals that most of the connections that will obtained throught life
are formed during childhood’