Wednesday, 11 September 2019

Untung beranak ramai!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Untung beranak ramai!

Berderet-deret anaknya... macam susun paku. Mesti tak jauh beza umur setiap anak, ehh.., tak merancangkah?


Hissshh, yang melihat pun rasa rimas. Sana nangis, sini mengada-ngada, yang sorang lain tak boleh duduk diam, sorang lagi menyakat adiknya jer..., mananya ada ketenteraman.
Hah.... tulah!, beranak ramai-ramai lagi.


Amboii, sedap jer mulut mengata depan - depan orang yang beranak ramai
ni yer. He...he.., saya dah rasa begitu, dah lali dengar kata-kata begitu dulu.


Ketika itu, anak saya berderet-deret kecil, masa tu lah saya baru nak menapak dalam industri TADIKA.
Tapi, ada orang tengok saya tak profesional, sebab pergi mana-mana untuk urusan TADIKA, mesti terkondang kanding bawak anak. Masa tu pulak, ilmu tak banyak lagi, nak komen atau nak bela diri sendiri pun tak reti.

Orang@parents dok fikir, TADIKA mesti profesional sebab ia tempat nak lahirkan anak-anak yang genius membaca.  Kalau pengusaha nya dok berulit dengan anak-anaknya sendiri, camner nak fokus tumpu perhatian nak pandaikan anak orang lain pulak. 


Aduhh... bila dikenang dulu,  ramailah yang mengata saya kerana kerenah anak yang ramai itu😁
Maka...pernahlah saya tenggelam dalam persepsi yang salah itu.
Itu dulu, sekarang, insyAllah saya mampu membidas segala pandangan yang terpesong tentang pendidikan awal kanak-kanak.


Tentang anak ramai?

This is our choice...!

Jangan pertikaikan pilihan masing-masing.  Tentang anak ramai ni juga.., hakikatnya hanya yang beranak ramai jer yang tahu. Memang penat jaga anak ramai, tapi dalam hati sukar nak diungkapkan perasaan ini tatkala dikelilingi oleh anak-anak comel yang berderet itu. Wajah-wajah syurga darah daging sendiri ketika itu, merekalah sumber pengerak kejayaan saya seterusnya.


Kini,  semuanya sudah dewasa.  Kelibat mereka sering mendamaikan tatkala bersama kami yang tentunya juga semakin digamit usia ini.

Rumah pun kian sunyi,  Tulah yang tinggal si berdua ini bersama kakaknya. Pun....Kekadang masih mampu menggegarkan seisi rumah.


Anak ramai ker, sorang dua ker hatta tiada anak pun,  bersyukurlah atas apa yang Allah tentukan.
Pasti ada hikmahnya.

Untung beranak ramai!
8 orang pinjaman dari Allah jua.


Catatan,
Norazura
Trainer dan fasilitator

Persijilan untuk TASKA TADIKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Dah lama bekerja di TASKA atau TADIKA, tapi tiada siapa yang nak iktiraf pengalaman kemahiran anda.


Nak war-war kan jugak....
Ada yang berminat nak dapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia -SKM full time atau secara pengiktirafan bagi bidang TASKA dan TADIKA.


Meh... saya bagi laluan caranya.

Pengiktirafan persijilan untuk TASKA TADIKA hasil dari segala pencapaian anda yang terdahulu.


Norazura
0167235080

Sikap pekerja TASKA masakini

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Dah lama tak berbicara tentang 'attitute staff' masakini di tempat kerja.

Entahlah......


Di mana-mana pun sama terutama yang muda-muda ni. Yakni yang fresh dan masih muda dalam melangkah ke alam pekerjaan. Mungkin mereka tidak pernah melalui cabaran merasa susah.


Baru-baru ini, ada dikisahkan tentang seorang adik yang baru tamat pengajian ijazahnya, kerja di TASKA, sehari dua jer datang kerja. Selepas itu terus senyap tak datang kerja lagi dah. Alasannya stress sebab asyik nak basuh punggung budak jer.
😜.


Aduhaii.....yang ada atitute gini, tolong jangan duduk dalam industri pendidikan awal kanak-kanak yer.
Hmmm, dia tak cakna kut, ramai jer pengusaha -pengusaha TASKA otai yang berjaya tu, semuanya bermula dari bawah, hingga kini kekadang kelam kabut kena juga turun tangan jaga baby apabila tetiba staff buat hal tak datang kerja.


Ada juga kenalan maklumkan ramai majikan pening dengan staff-staff muda yang fresh bekerja ni lebih-lebih lagi yang fresh graduate. Mereka selalu rasa mereka cukup bijak dan ada kemahiran yang perlu justeru kekadang kena tegur sikit pun dah naik angin. Walhal hasil kerjanya pun tak seberapa.
Tanpa pengalaman sekadar berbekal ilmu pengetahuan sahaja sepatutnya mereka sedia bersungguh untuk belajar membina kemahiran dalam dunia pekerjaan yang sebenar.


Ni tak....! kerjanya lemau, pantang kena tegur dah melenting.
Siap menggugut majikan..
Camner...??


Ada juga kisah lain, staff yang dah bekerja beberapa tahun, tapi masih takat itu juga tahapnya. Kurang kesungguhan, yang dia tahu hujung bulan mesti dapat gaji. Bila diberi tugasan siapkan dokumen, asal boleh jer dia siapkan. Banyak sangat elemen tidak peka, kurang prihatin, kurang fokus dan cincai-cincai.
Banyak alasan, yang penting siap.!


Asal tanya jer..,
"Dah siap puan."
"Beres puan.."
"Faham puan."


Namun, bila mak tiri dah start menyemak, beberapa kali jugalah terkeluar dari mulut ni, 
Ya Allah...!
Apa ni...?
Poning....!
What is this??!!
Ehh.. dorang ni faham ker tak faham....??
Gini ker dokumen hasil kerja yang terbaik?!!!


Maka, berpinar lah jap otak bersama sedikit rasa sesalan di hati. Teringat perkongsian dari big boss sebelum ini, katanya.


"Sebelum kita mudahkan kerja orang lain, mudahkan dulu kerja-kerja kita sendiri."
Terkesima jap, sebab memang itulah antata rutin saya di peringkat pengurusan ni.
Asyik nak siapkan kerja staff lain yang melalut sana sini tu.


Allah......
Sedih sebenarnya....
Bilalah anak bangsa kita nak berubah?


****Pekerja yang terbaik sentiasa berusaha untuk berikan hasil yang terhebat dan boleh bekerja dalam pengawalan yang minima kerana dia tahu kerjanya itu suatu ibadat.


Catatan,

Nor Azura
Trainer dan Fasilitator Kemahiran

Cara tulis log harian kanak-kanak di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Ada seorang pengusaha TASKA jemput saya untuk kendalikan 'talk' dengan staff TASKA nya tentang Buku Log harian kanak-kanak.

Perlu dan pentingkah log harian kanak-kanak ini?

Apakah kepentingannya?

Bagaimana cara penulisan@catatan  buku log harian kanak-kanak yang betul?

Apakah impak dari catatan di dalamnya?


Itu lah masalah besarnya, selalunya cikgu tulis catatan yang sama sahaja hari-hari.
Tak teruja langsung parents nak baca atau komen.


Asyik-asyik tulis;

Aktiviti kolaj...
Baik....
Dah mandi...
Nature walk...
Menu makan...
Tidur lena..
Aduhhh....
Hari-hari tulis tu jer...


SAMA!
BOSAN!


Hmmm....
Sebenarnya cikgu-cikgu ni masih kurang arif untuk membuat catatan penulisan yang berkesan dalam buku log harian kanak-kanak  tersebut. Cikgu tak berapa mahir atau masih tak faham-faham atau cikgu tak kreatif menulis?


Tip nak menulis@ mencatat di buku log harian kanak-kanak di TASKA ini ialah pengasuh@pendidik mesti tulis@ catat maklumbalas kanak-kanak bagi setiap aktiviti rutin dan aktiviti  perkembangan di TASKA. Ia laksana menulis diary mengenai kehidupan kanak-kanak sepanjang berada di TASKA. Penulisannya mesti memberi impak yang positif kepada ibu bapa.


Kalau catatan maklumbalas best dan kreatif, parents pun tentu seronok nak baca setiap maklumbalas dari aktiviti seharian anak di TASKA.


Tiap-tiap hari sepatutnya berbeza catatannya, kan..
Macam kita tulis diari kisah kita sendiri ( seperti dulu-dulu) ,  PASTI tak sama setiap hari..!


Sayangnya., realitinya cara menulis buku log harian kanak-kanak masakini..
Catatannya membosankan, tak kreatif, tulis senada yang sama jer hari-hari. Parents pun tak akan baca.


Tu pasal kena gali, cari dan aplikasikan ilmu yang perlu.
Kena sungguh-sungguhlah belajar dan tingkatkan kemahiran dalam diri.


Makanya, saya dijemput untuk berkongsi ilmu dan kemahiran berkaitan dengan cikgu-cikgu semua.
Ada TASKA yang nak jemput saya lagi? 😉💖💖



Nor Azura
Trainer dan Fasilitator
Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Wednesday, 4 September 2019

JANGAN RISAU, ANAK BELUM BOLEH BACA MASUK TAHUN 1.

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraizmail@gmail.com



MAAF...!
Saya kurang suka kalau ada orang cakap, anak nak masuk tahun 1 WAJIB mesti boleh membaca.
Pernyataan  ini boleh disalah erti oleh mereka yang tidak memahami akar umbi pendidikan awal kanak-kanak.
Saya lebih suka orang cakap begini;  kalau boleh baca di Tahun satu sangatlah bagus, tapi kalau belum dapat baca,
its ok...
Bagi anak peluang...
Dia belum cepat nak tunjukkan lagi skill membacanya.
Pelan-pelan..., sabar.., boleh tak? wahai orang dewasa....
Kenapa awal sangat nak menilai prestasi anak, pastu stress sorang-sorang.
Anak tu ok jerr... 
Kenapa nak takut-takutkan parents...!
Silibus makin susah...!
Persaingan makin hebat...!
Kalau anak tuan puan tidak pandai membaca seawal Tahun 1 tu, pasti dia akan ketinggalan....
Siapa yang ketinggalan?
Kita dan sistem pendidikan. kita yang sebenarnya ketinggalan jauh.
Sistem exam..
Sistem homework..
Sistem memaksa...
Sedangkan...
Negara-negara maju di luar sana, tak menekan pun pendidikan akademik di awal usia hatta di sekolah rendah.  Sistem pembelajaran dan minda 'parents' nya santai dan bersahaja,
More to focus on self serve skillz and what good to do, what no need to do.
Sebab tu lah kekadang mereka lebih beradap dan lebih pandai berdikari jauh beza daripada kita di sini.
Allahu.....
Anak wajib dipastikan boleh baca seawal usia!
Ini antara persepsi yang saya sukar terima.
Kajian mana yang sebut begitu?
Maka... dek kerana orang-orang dalam industri pendidikan awal juga yang berkata@promo begitu, huru haralah jiwa dan emosi parents..
Kelam kelibut tak bertempat.
Mana nak pastikan anak boleh baca?
Mana nak pastikan anak lebih hebat, power membacanya berbanding anak orang lain.
Macamana nanti nak jawab,
Anak awak dah boleh baca ker?
Malu....
Tenggelam dalam persaingan emosi sendiri diganggu-gugat oleh persepsi  persekitaran yang negatif.
Pastu...,salurkan stress bersama ke anak-anak pula.
Yang tidak boleh baca tu anak, kenapa parents pulak yang stress terlebih dahulu.
Salah siapa hingga berleluasa pernyataan begini?
Sebetulnya bolehlah juga kata begini...
Disebabkan cabaran dalam pembelajaran masa kini, sebaiknya anak boleh membaca ketika masuk Tahun 1.
Kalau tak boleh juga, anggaplah umur kematangan anak itu belum bersedia.
Sebaliknya, mungkin parents atau mana-mana institusi pendidikan awal boleh bantu anak baca dengan sediakan kepelbagaian kaedah yang menarik serta kreatif ke arah itu.
Yang sesuai dengan jiwa seorang kanak-kanak.!
Bukan dengan paksaan, bukan dengan latih tubi, bukan dengan marah-marah.
No need to struggle for this!
Lets it be naturally.....
Sambil kita beri sokongan secara santai dan betul kaedahnya setara dengan jiwa anak kecil itu.
Beritahu dan yakinkan parents sekiranya anak tuan puan masih juga tidak boleh baca seawal 7 atau 8 tahun itu, janganlah risau.
Cuba tengok anak yang belum mampu tonjolkan  penguasaan awal dalam membaca tu..
Adakah dia seorang anak yang yakin, berani, pandai bercerita dan mempunyai self esteem yang tinggi? Kalau begitu dia budak bijak!
Adakah anak yang belum boleh baca itu, seorang anak yang pandai berdikari dan boleh urus diri sendiri dengan rutin harian yang mudah, dengan kata lain tak mengada-ngada?
Tentu dia anak yang cerdas akalnya!
Adakah anak yang belum boleh baca itu, seorang yang aktif bermain, pandai pula  bergaul dengan kawan-kawannya?
Dia anak yang cergas fizikalnya!
Adakah anak yang belum boleh baca itu, anak yang tekun dalam sesuatu aktiviti atau permainan, suka sangat memanupulatif barangan, suka lori-lori mainan besar, suka berkhayal dengan dinasour...
Ya Allah anak ini sungguh kuat fikirannya dan pintar akalnya!
Jika begitulah anak ini,  hakikatnya dia anak yang hebat dari pelbagai aspek perkembangan semulajadi seorang anak.
Cumanya... dia lambat jer nak keluarkan potensi boleh membaca itu, saya rasa tidak usah risau.
Normal jer bagi perkembangan seorang anak bahkan sebenarnya anak itu sedang  memgumpul tahun- tahun perkembangan asasnya  yang lebih lama supaya dia boleh puas  meneroka dunia keseronokan awal usia sehingga dia lambat pula menyerlah dalam aspek  membaca.
Aduhaii...
Jika begitu
Ok jer anak ini...
Tolonglah beri dia masa secara semulajadi.
Again...
Jangan stress, usah risau..!
Jangan bagi anak pula yang turut  stress dengan expectation parents yang tinggi kekadang melampau.
Insan-insan dalam. Pendidikan awal kanak-kanak pun.., mohon lah jangan buat promo yang menakutkan parents.
Its not just about your bussiness!!
Tapi lebih kepada nilai nurani jiwa seorang kanak-kanak, potensi apakah yang mereka patut serlahkan lebih awal.
Apa kata kita beri penekanan lebih kepada setiap aspek perkembangan dan potensi anak terlebih dulu.
Yang ini yang kita patut  explain dan takutkan pada parents.
Pastikan perkembangan menyeluruh anak dari aspek fizikal, bahasa, sosioemosi dan kognitif  telah dikuasai oleh anak dengan baik,
then.....
Barulah kita mulakan dengan program membaca dan menulis secara total.
Dan... Dan...
Nak ajar juga anak membaca awal?
Tolong pastikan guna pendekatan main sebab ini jer yang kanak-kanak  tahu dan kuasai.
Dan.. jangan....
Jangan sekali memaksa dan marahi anak yang tetap jua belum boleh baca.
Ehh.. Kalau lambat boleh baca, tak semestinya anak itu tak pandailah.....
Jangan melabel anak..
Hakikatnya juga..
Pandai itu pun luaslah perspektifnya, tidaklah hanya semestinya pandai dari aspek akademik sahaja.
Cer teropong - teropong antara insan berjaya masakini, siapakah orangnya?
Pilihan di tangan kita.
Pilih yang betul dari hatimu..
InsyAllah, setiap sesuatu itu tetap dari Allah.



Catatan,
#Norazura
Trainer dan fasilitator
ECCE