Wednesday, 13 June 2018

RPA Aktiviti kanak-kanak - Kenali Kucing dan Arnab


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : carian google


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


RPA  Aktiviti kanak-kanak - Kenali Kucing dan Arnab
Nama Pendidik

Minggu
Tarikh:
Hari:
Masa:
Umur
3 – 4 tahun
Bil. Kanak-Kanak : 5
Bidang Perkembangan
PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN.
Pengetahuan sedia ada
Kanak-Kanak sudah boleh mengenal haiwan peliharaan (kucing)
Objektif
1.       Kanak-kanak boleh mengenal haiwan peliharaan (kucing dan arnab) (P.DPDP)
2.       Kanak-kanak boleh melompat seperti kucing dan arnab. ( P. Fizikal)
3.       Kanak-kanak boleh membuat corak pelbagai mengikut kreativiti sendiri. (P. Kreativiti dan Estetika)
Tema
Haiwan Peliharaan
Tajuk
Kucing dan Arnab saya
Tempat/Ruang
Ruang Aktiviti TASKA
Bahan



Topeng muka arnab , Topeng muka kucing, model arnab dan  model kucing (diperbuat daripada kertas kotak), Gambar arnab dan kucing tanpa warna  dalam kertas bersaiz A4. Warna Air, Video kucing dan Arnab
  
Langkah Pelaksanaan







1.       Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2.       Pendidik  meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
3.       Pendidik bermesra bersama kanak-kanak dengan bertanyakan khabar kepada kanak-kanak.
4.       Pendidik memulakan aktiviti dengan memasang video berkaitan kucing terlebih dahulu dan bertanya samada kanak-kanak mengenali kucing atau tidak.
5.       Pendidik bertanya kepada kanak-kanak;
“Siapa tahu, haiwan apakah ini?”
“Siapa yang pernah lihat dan pegang kucing?”
6.       Pendidik kemudiannya memasang pula video mengenai arnab dan mula bercerita  mengenai arnab sebagai haiwan peliharaan manusia.
7.       Pendidik mengulang cerita agar kanak-kanak faham dan tahu.

8.       Pendidik memberikan topeng kucing dan juga topeng arnab kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak memebuat aksi melompat seperti  yang telah ditunjukkan dalam video tadi.
9.       Pendidik juga meminta kanak-kanak pula bercerita mengenai kucing dan arnab.
10.   Pendidik memberi galakan kepada kanak-kanak terus berbual mengenai arnab dan kucing.
11.   Pendidik memastikan yang kanak-kanak tahu bahawa kucing dan arnab adalah antara haiwan peliharaan manusia.
12.   Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak yang telah mengenal kucing dan arnab sebagai haiwan peliharaan di rumah.
13.   Pendidik terus beri galakan dan bimbingan jika sekiranya ada kanak-kanak yang belum dapat tahu.
14.   Pendidik seterusnya memberi setiap seorang kanak-kanak gambar arnab dan kucing di atas kertas bersaiz A4 dan meminta kanak-kanak untuk membuat corak menggunakan cop hujung jari mengikut kreativiti kanak-kanak.
15.   Pendidik sekali lagi menguji kefahaman kanak-kanak mengenai haiwan peliharaan kucing dan arnab.
16.   Selesai aktiviti, pendidik memninta kanak-kanak mencuci tangan dan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
PEmerhatian
1.       Pastikan kanak-kanak sihat untuk menjalankan aktiviti.
2.       Pastikan persekitaran tempat aktiviti adalah selamat.
3.       Pastikan bahan yang digunakan selamat.


Refleksi






 Dapatkan banyak lagi RPA melalui pembelian EBOOK PELAKSANAAN RPA DI TASKA


EBOOK RPA  BERTEMA DI TASKA- Terdapat 30 RPA dari 8 tema yang berbeza.
RPA Pelaksanaan Aktiviti TASKA ini mengandungi 70 RPA untuk aktiviti bayi hingga 4 tahun yang merangkumi semua aspek perkembangan kanak-kanak.


Untuk Tempahan EBOOK, SILA HUBUNGI


Norazura
Trainer & Fasilitator Kemahiran 
Pendidikan & Penjagaan Awal Kanak-Kanak

0167235080
pnnorazuraismail@gmail.com



Masalah pemakanan di kalangan kanak-kanak di TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Gambar : carian google


Masalah Pemakanan di kalangan kanak-kanak di TASKA.
Pemasalahan besar berkaitan pemakanan di kalangan kanak-kanak di TASKA ialah secara umumnya kanak-kanak sangat suka dan sangat menggemari makanan segera dan lebih teruk lagi apabila sesetengah ibu bapa tidak menghiraukan apa sahaja hidangan  pemakanan  anak mereka. Contoh makanan yang kanak-kanak gemari ialah makanan ringan, berlemak, manis dan minuman berkarbonat. Makanan tersebut ialah salah satu makanan yang tidak baik untuk diamalkan kerana boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.  

Memandangkan pengambilan makanan tidak berkhasiat yang tinggi di kalangan kank-kanak  di TASKA, menyebabkan kanak-kanak sering tidak mendapat keseimbangan nutrisi penting dalam pemakanan mereka.  Seringkali nutrisi tertentu yang diperlukan dalam tumbesaran dan perkembanagn kanak-kanak diambil dalam kuantiti yang tidak mencukupi.  Contohnya seperti pengambilan protin dari sumber makanan yang pelbagai.

Gaya hidup yang moden juga  merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kanak-kanak turut dihidangkan dengan makanan  yang lebih cepat dan mudah di sediakan . 
Samada di rumah maupun di TASKA, mereka yang menyediakan makanan kepada kanak-kanak sering mengambilmudah cara penyediaan pemakanan kepada kanak-kanak tanpa memikirkan sumber nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam membesar.  Dengan kata lain, kesimbangan nutrisi dalam setiap hidangan menu kanak-kanak sering tidak menepati dan mencukupi bagi keperluan tumbesaran kanak-kanak. Misalnya, kebanyakan kanak-kanak di TASKA  kurang gemar kepada sumber makanan yang mengandungi vitamin mineral seperti sayuran.  Begitu juga dalam pengambilan protin, kanak-kanak hanya suka kepada sumber protin tertentu tetapi tidak menyeluruh seperti suka makan ayam sahaja. 


Sumber protin seperti yang terdapat dalam ikan kurang digemari dan dipilih oleh kanak-kanak.  Ini mungkin disebabkan faktor kanak-kanak tidak diperkenalkan kepada sumber protin ikan sedari awal lagi.   Antara faktor lain kekurangan sumber protin dalam menu makan kanak-kanak ialah kerana harga ikan yang mahal.  Jika di TASKA tentunya pihak TASKA tidak mampu menyediakan pelbagai hidangan yang berasaskan ikan.  Apatah lagi, kanak-kanak yang hadir di TASKA memang kurang menggemari ikan.

Pihak TASKA sendiri lebih suka mengambil sumber protin dalam ayam dan menjadikan menu ayam sebagai protin utama di dalam jadual Menu di TASKA. Jika dirujuk kepada Jadual menu sediada di TASKA, kebanyakan jadual menu memasukkan sumber protin yang datangnya daripada ayam.  Jarang atau mungkin tiada terdapat langsung menu berasaskan ikan dalam jadual menu kanak-kanak di TASKA.  Selain dari itu,  turut mempengaruhi menu ini ialah berkaitan dengan tabiat kanak-kanak  yang memang tidak suka makan ikan.

Justeru, beberapa masalah pemakanan di kalangan kanak-kanak di TASKA ini perlulah diatasi oleh semua pihak yang terlibat dalam asuhan kanak-kanak. Kanak-kanak yang sihat dan cergas pastinya kanak-kanak yang sentiasa mendapat keseimbangan dalam menu pemakanannya.

Jom cuba menu mudah dalam menyediakan makanan kanak-kanak di TASKA.


BEBOLA MATA IKAN 
Bahan-bahan:
1 ekor isi ikan kembung yang direbus (buang tulang)
1 BIJI UBI KENTANG
Daun bawang yang dicincang

Cara penyediaan
1.       Gaulkan isi ikan dengan ubi kentang yang dilenyek.
2.       Campurkan dengan daun bawang yang telah dicincang.
3.       Gaulkan sehingga sebati.
4.       Bentukkan bahan-bahan yang digaul tadi dalam bentuk yang bulat.

5.       Bahan-bahan ini boleh digoreng atau direbus. Sedia dihidangkan.


           CORNFLAKES  MILO
Bahan-bahan:
100g marjerin
100g cornflakes
100g serbuk milo
4 sudu makan madu

Cara penyediaan:
1.       Cornflakes dihancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas.
2.       Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar.
3.       Apabila sudah cair masukkan madu (kacau hingga sebati)
4.       Masukkan milo (kacau hingga sebati)
5.       Bila sudah sebati tuangkan ke dalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
6.       Bulatkan semasa masih panas. Kemudian masukan ke dalam peti sejuk.

S     Sekian, selamat mencuba.








Capai Tangga Kejayaan

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kita, kalau nak capai tangga kejayaan; MESTI.......
Jangan suka  asyik beri alasan. Mengapa mesti ada sahaja alasannya, Itulah.. inilah....


Kita, kalau nak capai tangga kejayaan;
Tolong fokus pada apa yang dilakukan, tolong  jangan buat sesuatu cincai-cincai sahaja.


Kita, kalau nak capai tangga kejayaan;
Letakkan target atau matlamat yang ingin dicapai, lalu usaha sungguh-sungguh  untuk mencapainya.
Jauhkan diri atau buang perkara-perkara yang boleh menghalang anda dari mencapai kejayaan. Jangan duduk dengan orang yang negatif atau mereka yang suka memandang sepi kebolehan anda.


Siapa pun anda... Samada anda...
Seorang pendidik awal...
Seorang cikgu di sekolah..
Seorang usahawan..
Seorang jurulatih@pemudahcara..
Seorang pekerja di pejabat..
Seorang pengurus..
Atau siapa sahaja..
Jom... Hidupkan aura positif dalam diri sendiri..
Jadilah insan yang memudahkan insan lain...
Tolong jujur, ikhlas dan amanah..
Tentu nanti kejayaan menjadi lebih diberkati.


#Norazura
Trainer & Fasilitator Kemahiran
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak

Bersaing kerana anak?

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Bersaing kerana anak?
Budaya bersaing menunjuk kepintaran anak, yang telah menjadi sikap orang kita sekian lamanya,   terutamanya orang melayu,  perlulah dikikis dengan kadar segera.
Tatkala di lihat, sikap ini masih berlarutan lagi .... sesuatu perlu diubah segera.


Sejajar  dengan hasrat Menteri Pendidikan, untuk memurnikan lagi sistem pendidikan di negara kita, maka sudah sampai masanya,  para ibu bapa sekelian 'set up' minda yang lebih positif lagi murni  berkaitan perkembangan anak-anak.

Bersaing kerana anak?
Merujuk  banyak emel dan whatapp yang saya pernah  terima di kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa mereka rasa malu dan rasa tercabar jika anak-anak tidak cerdik di peringat sekolah maupun di peringkat lebih awal usia  iaitu di TASKA TADIKA.  Malu bila kawan- kawan, sedara mara dan jiran- jiran menunjuk-nunjuk kepandaian akademik anak, hatta yang masih di peringat awal pendidikan. Justeru itu, tidak hariranlah premis pendidikan awal yang mendapat tempat di hati ibu bapa adalah premis yang dapat  memastikan anak jadi pandai dan genius.
Justeru itu,  tidak harian juga, jika ada di pasaran,  produk-produk minda dijual dengan mengaitkan  testimoni anak pandai belajar,  maka laku deras sahaja produk sebut.
Itulah kenyataannya.
Lupa mungkin lupa juga untuk.menyedari,  setiap anak adalah insan yang berbeza dari segi tahap pencapaian  perkembangan fizikal, emosi, kognitif dan bahasa. Kerana itu, belajar kenalpasti dan faham tahap-tahap perkembangan ini.
Jom...ubah pemikiran kita kadar 100 peratus.
Sangatlah diharapkan akan menjadi kenyataan jua nanti, sistem pendidikan kita perlu lebih menjurus kepada memahami potensi seorang anak yang pastinya mempunyai pelbagai kecerdikan yang berbeza antara satu sama lain
Tak faham?
Maksudnya, sistem pendidikan kita perlu melihat kepada potensi setiap anak, lalu potensi yang terserlah itulah yang  perlu digilap sehabisnya.


Justeru itu juga, saya sangatlah setuju acapkala Menteri pendidikan baru, Dr Mazlee, menyarankan hasratnya untuk menghentikan melahirkan pelajar-pelajar  umpama robot , hanya serap segalanya tanpa faham dan  tahu mengapa.
Jadi, para pendidik dan ibu bapa khasnya perlulah sokong dan beri kerjasama yang sepatutnya dalam merealisasikan hasrat ini.

Bersaing kerana anak?
Tolonglah...usah lagi membandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Anak kita mungkin tentu tidak pandai dalam pembelajaran tapi dia seorang yang sangat kreatif dan rajin. Mungkin sahaja, kerana  kreatif dan rajin lebih bermakna daripada sekadar pandai di sekolah.
Tolonglah para pendidik pulaa....jangan  jadikan anak-anak terutamanya di awal usia seperti komputer yang diinstall dengan segala macam maklumat namun tatkala virus datang menyerang, tetiba sahaja kebanyakan  maklumat tersebut hilang lalu ia  jadikan  kita tanpa arah yg tak keruan.
Bukakan minda, hati dan fikiran ke arah menggarap potensi anak dalam mencapai sesuatu kecemerlangan yang unik dalam diri setiap anak..
Fahami mereka
Anda boleh mengubahnya.



Catatan saya,
#Norazura

Trainer & Fasilitator Kemahiran
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak

Rezeki yang berkati.

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Rezeki yang berkati.
Mendapat rezeki yang diberkati itu adalah lebih besar maknanya, walau dapatnya sedikit daripada dapat banyak tetapi ada hak-hak insan lain yang tidak ditunaikan.

Rezeki yang berkati.
Bagaimana kita boleh rasa aliran rezeki kita berkat dan dimudahkan?
Ya, bila insyAllah, duit kita tak banyak pun, akan tetapi sentiasa dirasakan cukup lagi mencukupi keperluan asas dalam kehidupan kita. Tak perlu pun kita bermewah sangat asalkan hati kita rasa senang dan tenang dalam membelanjakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah ini.


Cuba fikir...apakah mungkin ada  hak-hak insan lain yang tidak kita  ditunaikan dengan sempurna?
- nafkah kepada isteri dan anak...bereskah?
- berkira- kira berbelanja untuk anak isteri?
- hutang  ...dah dijelaskan ker?
- culas dengan amanah yang diberi?
- zakat...( Jika layak) telah dibayar ke?
- sedekah kita... Tenang memberi atau selalu rasa berat untuk menghulur..
- mudahkah kita menolong,  membantu dan memudahkan insan lain yang memerlukan?
- suami2.. sudahkah anda menggembirakan hati isteri- isteri anda.?
- mudahkah anda berkongsi ilmu yang baik kepada orang lain?
InsyAllah, jika beres yang di atas ini....mereka yang berkenaan  tentu akan selalu pula mendoakan kemurahan rezeki kita dari pelbagai sudut....


Rezeki yang  diberkati.
Hidup aman dalam.kasih sayang dan doa insan lain.
Pasti....insyAllah.


#Norazura
Trainer & Fasilitator Kemahiran
Pendidikan & Penjagaan Awal Kanak-Kanak

Dia suami saya.

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Hari ini .... 04 Jun 2018.
24 tahun sudah berlalu...
Saya menulis kerana menulis merupakan  suatu terapi minda tatkala saya suka, saya rasa duka maupun tika saya rasa  ingin kongsi perasaan saya. Sungguh ia suatu kepuasan suatu terapi yang penting, tulis yang baik-baik sahaja.


Jadi, yang membaca tulisan   saya kali ini kenalah fikir  positif yer ...
Sebabnya.... kali ini, saya nak tulis tentang saya dan dia.

Siapa dia? 
Dia suami saya.
Dia kawan baik saya dunia dan akhirat, siapa lagi lah kan..... jika bukan lelaki yang telah berikrar atas nama Allah untuk menjaga saya sebaiknya. Saya kan amanah dari Allah.
Janji Allah kan....yang memelihara amanah ini dengan baiknya, insyAllah tunggulah juga balasan baik  dari Allah.


Dia.....
Dia suami saya.
Saya selalu melihat  dia  dari satu sudut betapa besarnya peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul  oleh  dia  sebagai  seorang suami. Yelah...bukan mudah membentuk seorang manusia bergelar isteri apatah lagi membimbing zuriat-zuriat yang juga diamanahkan ini.
Bukankah juga  telah diingatkan oleh Allah kepada  para suami ;

'Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari azab api neraka'


Besarkan tanggungjawab itu.
Justeru itu, .redhakan diri ini  untuk berganding bahu,  saling ingat mengingati sesama kita  dalam melayari  bahtera ini. Susah dan senang tetap bersama.
Kita suami maupun isteri...saya maupun dia... Kita pun bukanlah insan  yang begitu sempurna buat pasangan kita. Ada kala kita silap jua.
Segala kekurangan kelebihan ..kita terima seadanya.
Hah...inilah tip untuk menanamkan rasa..seperti baru semalam saya dan dia  diijapkabulkan....he..he.


Dia suami saya.
24 tahun sudah...
Yang penting...dia ibarat nakhoda dalam bahtera pelayaran ini.
Dialah yang mengemudi bahtera ini...
Dialah juga yang telah menyusun strategi dan perancangan bagi memastikan pelayaran ini menyusur lalu dengan baik dan selamat .hingga tiba ke destinasinya.
Tak pernah ada masalah atau rintangan??
Ehhh...siapa kata tiada...!!
Macam- macamlah..
24 tahun lah kann...
Lama tu...
Datanglah ribut atau ombak yang mengganas...nescaya dia  tetap teguh setia serta cekal mengemudinya.

Dia suami saya.
24 tahun bersama dia...
Pelayaran ini masih panjang lagi...selagi diizinkan Allah.
Untuk dia..
Terima kasih atas segalanya.
Semoga Allah merahmati kita.


#Norazura
Trainer & Fasilitator Kemahiran.
Pendidikan & Penjagaan Awal Kanak-Kanak

Remaja dan belia kita

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Remaja dan belia kita.
Tepuk dada tanya diri...
Adakah ia sedang berlaku di  dalam keluarga kita?
Anak bercouple-couple di usia remaja dan belia.....ibu bapa tersenyum-senyum sporting habis...
Bergurau senda,  berbual mesra, bertepuk tampar lelaki perempuan di tempat kerja...
seakan menjadi amalan biasa....  tiada siapa pun yang menegur..
Perkara normalkah itu??
Bila kita melihat situasi itu, ...tidak.rasa apa-apakah?
Kita lupa agaknya kan....?
Banyak masalah sosial di kalangan remaja, bermula dengan berkawan, bermesra, berduaan hingga akhirnya membawa kepada perkara maksiat dan seumpamanya.
Ditempat kerja....
Kerana terlupa.....untuk menjaga maruah seorang perempuan mukmin, Islam telah  meletakkan hijab antara lelaki dan perempuan bukan muhrim ...
Makanya kerana lupa tadi.... lalu dilihat pergaulan lelaki perempuan tiada kejanggalannya....berkawan dan bermesra lah dengan siapa sahaja...
Ada pula yang beri galakan.
Yang biasa dilihat...
Yang selalu berlaku..


Siapa mereka?
Remaja dan belia kita.
Mereka adalah...remaja dan individu lelaki perempuan beragama islam kan?
Cuba renung seketika..tatkala remaja dan belia islam di bumi Palestin maupun Syria misalnya, tiada masa untuk  bercouple dan bermesra...kerana asyiknya mereka merelakan diri untuk syahid di bumi Allah..
Remaja dan belia kita?
Asyik leka dengan drama sangat, lagu dan hiburan yang lara...
Lalu...
Selalu terlihat...
Sang perempuan tiada lagi adap, rasa malu jauh sekali menjaga batas perhaulan dan  maruah diri sebagai wanita islam.
Sang lelaki...mencari peluang memenangi hati perempuan..mengusung anak dara ke hulu ke hilir tanpa cebisan rasa bersalah...
Sedihkan...
Perempuan maupun lelaki sama sahaja..

Remaja dan belia kita.
Mungkinkah mereka tidak tahu...mungkinkah tidak pernah dengar  peringatan dari Allah berkenaan pergaulan lelaki dan perempuan bukan muhrim.
Seandainya anak itu anak remaja kita...
Seandainya perempuan dan lelaki itu ..adik, abang atau kakak kita....
Mohon menjadi peka. Mohon melihat ia sebagai suatu situasi yang perlu diberi perhatian, diibimbing sebaiknya oleh kita yang tahu.


Bentuklah mereka menjadi remaja dan mukmin yang sopan serta tahu menjaga maruah diri.
Mereka kan cerminan generasi kepimpinan di masa akan datang.
Sakit mata sebenarnya melihat tatkala faham ketetapan dariNya.
Risau...
Bimbang...
Justeru ..telah banyak perkara tidak diingini berlaku kerana tangan-tangan manusia seperti itu.
Bukalah mata, hati dan perasaan..
Bersama bermuhasabah sebentar...



Catatan;
#Norazura
Trainer & Fasilitator Kemahiran
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak