Sunday, 7 February 2016

Hargai minat dan kemahiran anak-anak

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
image : koleksi peribadi

Anak lelaki ke 7 saya, asyik berimiginasi dengan permainan helikopternya. Inilah hobinya. Adakah hobi ini akan bertukar menjadi minat dan seterusnya menjadi kerjayanya bila dewasa kelak? 


Walaupun pepatah melayu ada mengatakan “ Bapa Borek Anak Rintik”, tidak bermakna apa sahaja minat@kecenderungan anda sebagai ibu bapa,  bakal diwarisi oleh anak-anak. Dengan kata lain,  jika seorang bapa sangat meminati bidang sukan, tidak semesti anaknya mengikut jejak langkahnya. Perlu difahami, walaupun anak kita sendiri, mereka adalah individu yang berbeza dari kita. Mungkin minat dan kecenderungannya dalam sesuatu bidang adalah dari dalam dirinya tanpa dipengaruhi atau diwarisi dari diri kita sebagai ibu bapanya.
Oleh itu,  belajar hargai minat dan kemahiran anak-anak.

Hargai minat dan kemahiran anak-anak selagi mana minat tersebut bukan sesuatu yang sia-sia  atau tidak berfaedah. Inilah yang sebaiknya cara bagaimana ibu bapa dapat memberi galakan dan bimbingan kepada anak-anak. Mana tahu, kerana minat yang mendalam dalam sesuatu bidang kemahiran, anak-anak kelak, bakal menjana kerjaya yang cemerlang hasil dari minat tersebut.

Kata Ibn Sinu,
‘Bukan semua kemahiran yang diajar pada anak itu diterima olehnya, tetapi dia hanya akan mengambil apa yang sesuai dengan dirinya dan diminatinya’

Realiti ibu bapa sekarang ini, kalau boleh mereka mahu anak-anak pandai serba serbi. Sedari awal usia lagi iaitu bermula dari 4, 5 dan 6 tahun lagi, ibu bapa telah mula mengatur kelas-kelas tertentu yang perlu diikuti oleh anak. Belum lagi diambilkira faktor kecemerlangan dalam akademik, sambil dibebani dengan homework dan pembelajaran akademik, anak-anak kena pula ke kelas muzik, berenang, taekwando,  kreativiti dan sebagainya seperti yang telah diatur oleh ibu bapa. Dan hal ini terus berlarutan sepanjang tempoh persekolahan anak-anak, kekadang sehingga anak-anak meningkat remaja, semuanya disusun oleh ibu bapa.

Anak-anak bagaimana? Betulkah mereka berminat dengan apa yang telah diatur oleh ibu bapanya.
Pernahkah ibu bapa terfikir hak anak-anak di awal usia cuma ingin bermain dan merasa kebebasan berseronok. Pernahkah ibu bapa terfikir untuk melihat apakah potensi yang ada dalam diri anak-anak. Ya, waiaupun anak-anak ini masih kecil, mereka mungkin telah mula menunjukkan potensi dan minat dalam sesuatu bidang@kemahiran atau aktiviti.
Pernahkah ibu bapa sekadar bertanya pada anak –anak sekolah atau yang telah remaja, apa yang diminatinya.Lalu ibu bapa bersama memberi bimbingan dan galakan serta juga turut menunjukkan minat.

Jangan memaksa anak-anak terhadap sesuatu yang tidak diminatinya. Jangan meletakkan sesuatu yang tinggi di luar kebolehan anak-anak. Anak-anak anda sepatutnya anda yang lebih mengenali dan memahaminya.Hargai minat dan kemahiran anak-anak, nescaya insyAllah anda akan nampak perkara yang positif  bakal lahir dari minat mereka.

Sekadar berkongsi pengalaman saya dan suami dalam menyelami dan berkongsi sama dengan minat anak-anak. Secara peribadi, saya memang tak pernah memaksa anak melakukan sesuatu yang tidak diminatinya bahkan saya berusaha mengilap setiap potensi sesuatu kebolehan@kemahiran  yang mula ditunjukkan oleh anak saya tanpa mengira usia mereka.



Anak remaja pertama saya, kini berusia 21 tahun  sejak dari awal usia lagi telah menunjukkan minat yang sangat mendalam dalam bidang seni lukisan. Di peringkat sekolah, dari segi pencapaian akademk, dia merupakan seorang yang sederhana. Akan tetapi potensinya dalam bidang lukisan sangat menyerlah hingga asal ada sahaja lukisan moral di dinding sekolah, pasti dialah orang yang akan disuruh cikgu untuk melukisnya.
Kalau dilihat pada lukisannya, memang sukar difahami maksud dan imiginasi yang ingin ditunjukkannya. Setiap lukisan atau animasi yang dihasilkanya ada keunikannya yang dia sendiri tahu dan faham.  Katanya ingin mencuba untuk menjual hasil lukisannya kepada mereka yang berminat.
Sebagai ibu, saya sentiasa bersikap positif terhadap minatnya ini dan menunjukkan sokongan terhadap minat kecenderungan serta kemahirannya ini. Anak saya sekarang sedang menjalani latihan praktikal sebagai animator di sebuah syarikat animasi di Kuala Lumpur.





Bercerita mengenai  anak perempuan kedua saya, dia ‘ulat buku’ dan sangat fokus dan sentiasa cemerlang dalam akdemik hingga tidak nampak minat dan kecendungan dalam kemahiran tertentu sebelum ini. Sepanjang bergelar pelajar sekolah, saya ada juga bawa anak saya menjenguk- jenguk kemahiran dalam pendidikan awal kanak-kanak, tetapi namapak seperti tidak berminat. Jadi, saya biarkan dan tidaklah sekali memaksa dia membantu kerja-kerja saya.

Sekarang dia sedang menunggu keputusan STPM, tak pernah pula terfikir bahawa dia akan mengikuti kelas belajar menjahit dalam tempoh bercuti ini. Begitu konsisiten sekali mengikuti kelas menjahit sehingga sudah boleh menjahit skrit dan baju blouse. Saya sendiri pun tidak meminati apatah lagi untuk menjahit.



Tetapi, oleh kerana ingin sama-sama berkongsi dan menunjukkan sokongan terhadap  minat anak, sehingga  saya dan suami berkongsi duit membelikan dia  sebuah mesin jahit. Katanya nak menjahit seberapa banyak pakaian  sebelum diterima masuk universiti tahun ini.
Maka sekali lagi, secara tak langsung saya dan suami belajar sama –sama mendalami minat anak. Kami teman dia pergi membeli kain ela dan sentisa memberi galakan untuk dia teruskan kelas menjahitnya.  Hah, sekarang ini , dia sedang siapkan 2 helai tudung shawl untuk saya. Aduhai, tak payah beli tudung lepas ni, beli kain sahaja.
Anak lelaki saya yang ke 4, masa cuti sekolah baru-baru ini, turut belajar menjahit bersama kakaknya


Anak-anak yang lain pula, saya sedang belajar melihat potensi dan minat mereka. Dan seperti anak pertama dan kedua, saya sentiasa akan menyokong segala minat dan kecenderungan mereka.
Baru pula terperasan, anak lelaki ke 5 saya pula sangat meminati hiasan rumah dan masakan. Kenalah saya memberi dorongan.

Kesimpulannya, ketika anak kecil, lihat apa potensi dalam diri mereka. Jangan sesekali memandang bahawa kejayaan anak-anak terserlah dari sudut akademik semata. Jangan memaksa anak-anak mengikuti pelbagai kelas tanpa mengetahui sejauhmana minat mereka.
Sebagai ibu bapa yang bijak, selain minat anak, anda harus  juga mengambil kira kemampuan anak dalam setiap perkara yang diceburinya.

Sedari kecil, anak-anak adalah unik dan mempunyai pelbagai potensi dalam diri yang berbeza. Kenalilah potensi tersebut kerana dengan bimbingan dan dorongan  yang betul dari ibu bapa, anak-anak bakal mengilap potensi yang ada sehinggalah mereka dewasa kelak. Dan tidak mustahil, potensi yang digilap sedari kecil itulah kerjaya yang bakal diceburi oleh anak-anak nanti. 
Hargailah minat dan kemahiran anak-anak.


Bantu anak-anak anda mencipta peluang....


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

Wednesday, 27 January 2016

TASKA TADIKA , apakah perbezaannya?

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com



TASKA TADIKA, apakah perbezaanya?
Ramai betul yang bertanya kepada saya perbezaan antara TASKA dan TADIKA. Yang bertanya itu kebanyakannya adalah ibu bapa yang ingin menghantar anak mungkin ke TASKA dan TADIKA tetapi kurang jelas dengan perbezaan antara keduanya.

Jadi hari ini saya nak bantu memberi penjelasan supaya tidak lagi timbul kekeliruan di kalangan ibu bapa maupun orang perseorangan yang lain.

TASKA TADIKA, apakah perbezaanya?
TASKA ialah satu premis di mana ia menyediakan khidmat  asuhan, jagaan dan didikan untuk anak-anak berusia antara 2 bulan hingga 4 tahun. TASKA juga menerima kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun  yang transit dari TADIKA sebelah pagi ataupun sebelah petang.
Kebiasaannya di TASKA, selain memberi khidmat jagaan dan asuhan , TASKA yang berdaftar tentunya akan menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh membantu menggalakkan perkembangan anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.

Kalau ada yang bertanya pada saya tentang kesesuaian menghantar anak ke TASKA berbanding di rumah pengasuh, saya sangat galakan asalkan ibu bapa pastikan dulu kualiti TASKA tersebut.

Bagaimanakah  memastikan sesuatu TASKA itu berkualiti?
Selain perlu berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat, pengasuh maupun pendidik TASKA perlulah yang terlatih dan te;ah mendapat latihan yang sepatutnya. Perlu diingat, TASKA bukan tempat untuk anak-anak menjadi pandai,  tetapi selain memberi jagaan terbaik , TASKA berperanan melahirkan anak2 yang bersahsiah mulia dan anak2 yang dapat digilap potensinya dalam pelbagai aspek perkembangan awal kanak-kanak.

Secara umumnya TASKA adalah tempat anak-anak mendapat keseronakan untuk bermain dan mencari kawan sepeninggalan ibu bapa nya bekerja. Justeru itu, pastikan anda periksa dulu TASKA yang anda cadangkan untuk anak-anak anda. Elakkan TASKA yang sekadar memberi jagaan tetapi tiada sebarang aktiviti perkembangan dijalankan untuk anak-anak. Pastikan pengasuh@pendidik TASKA adalah terdiri dari mereka yang telah mendapat latihan melalui latihan yang diiktiraf.


Apa pula yang dimaksudkan dengan TADIKA?

TADIKA sepatutnya menerima kemasukan anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun  dimana anak-anak ini dapat  mempelajari dan melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang sepatutnya menyeronokkan dan tidak berbentuk akademik yang berlebihan.
TADIKA adalah tempat anak-anak belajar bersosial , mempunyai keyakinan diri di samping mengembangkan lagi pelbagai potensi dan keupayaan diri mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.

Elakkan menghantar anak ke TADIKA yang sekadar mementingkan pendidikan akademik tanpa memikirkan hak dan naluri anak-anak. Jangan hantar anak ke TADIKA yang berlatih tubi minta anak-anak belajar itu ini dan membebankan  anak-anak seawal 4, 5 dan 6 tahun itu dengan pelbagai 'homework'.

Perbetulkan kefahaman anda mengenai konep  pendidikan awal kanak-kanak. TADIKA bukanlah sepatutunya dijadikan saluran  untuk memaksa anak-anak sehingga boleh membaca suratkhabar dan boleh membuat kiraan matematik campur dan tolak. Tidak mengapa kalau anak-anak memang mempunyai potensi akademik yang baik dan menyerlah di awal usia lagi. tetapi bagaimana jika anak-anak ini be;um bersedia untuk mempelajari pendidikan akademik dan sangat belum bersedia untuk di nilai pencapaian akademiknya. Bahkan jika mereka telah bersedia sekali pun, berikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, melalui konsep bermain misalnya.

Jadi , untuk ibu bapa sekalian, para guru di TADIKA , sila betulkan persepsi anda mengenai pendidikan awal anak-anak. Cari apa potensi anak, belajar mengilap  potensi semulajadi yang ada dalam diri anak-anak selain hanya sibuk nak bagi anak pandai membaca.
Maka ibu bapa semua, jangan dera anak-anak dengan pelbagai bahan pembelajaran yang berat sehingga menafikan   keinginan dan kehendak semulajadi anak-anak.

Umumnya, fitrah anak-anak adalah bermain. Samada mereka di hantar ke TASKA atau pun TADIKA, tentunya mereka ingin banyak bermain. Jadikan TASKA dan TADIKA tempat yang menyeronokkan untuk anak-anak.

Kesimpulanya, TASKA tempat untuk anak-anak mendapat asuhan, jagaan dan didikan awal melalui pelbagai aktiviti perkembangan yang menyeronokkan.
Manakala TADIKA adalah tempat untuk anak-anak diberi pendedahan awal pembelajaran melalui konsep yang menarik dan menyeronokkan.

KETEPIKAN KEPUASAN DIRI, FAHAMI DAN HARGAI EMOSI DAN HAK ANAK-ANAK.

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com


Sunday, 24 January 2016

Hubungan dan Interaksi dengan kanak-kanak



Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Foto : carian google



Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak terutamanya anak-anak di bawah usia 6 tahun. Setiap masa ibu bapa perlu berada di samping kana-kanak dan berhubung secara terus dengan mereka. Namun disebabkan ibu bapa perlu keluar bekerja meninggalkan anak-anak buat sementara , maka antara tempat asuhan dan didikan yang di pilih untuk anak-anak tinggal sementara , tentulah TASKA dan TADIKA.

Justeru itu, pengasuh atau pendidik awal  di TASKA dan TADIKA  pula  merupakan individu yang paling penting dalam memastikan kanak-kanak yang di hantar ke TASKA TADIKA mendapat didikan dan asuhan yang terbaik.

Samada anda merupakan ibu bapa, pengasuh, guru maupun pendidik awal kepada insan yang bernama kanak-kanak, sangat perlu diberi perhatian iaitu, antara perkara penting yang dapat menyumbang kepada  perkembangan anak-anak yang positif ialah keperluan  menjalinkan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak?

Maksud hubungan dan interaksi  dijelaskan seperti berikut;

Kanak-kanak mempunyai keperluan untuk berhubung, dimana;

  • kanak-kanak berhubung untuk mendapat perhatian bagi keperluan sendiri misalnya kanak-kanak memberitahu keperluan untuk minum susu atau keperluan untuk ke tandas.
  • kanak-kanak berhubung untuk meluahkan perasaannya seperti perasaan sedih atau gembira.
  • kanak-kanak berhubung untuk memberikan idea atau buah fikiran
  • kanak-kanak berhubung untuk mendapatkan sokongan emosi.

Oleh kerana keperluan berhubung bagi kanak-kanak adalah penting maka peranan ibu bapa, pengasuh atau pendidik ialah  menjalinkan hubungan dan interaksi yang baik dengan kanak-kanak. 

Sesibuk mana sekalipun ibu bapa perlu meluangkan masa untuk mendengar keperluan kanak-kanak.

Pengasuh @pendidik pula perlu menjalinkan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak bagai isi dengan kuku. Dengan siapa lagi kanak-kanak meluahkan sesuatu sepeninggalan ibu bapa mereka bekerja. maka pengasuh@pendidik lah yang menjadi pengganti sementara kepada ibu bapa kanak -kanak.

Hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak yang positif selain membantu perkembangan anak-anak, juga akan membina rasa selamat, yakin diri, rasa diterima dan di hargai.
Jika di rumah, dengan hubungan dan interaksi yang baik , kanak-kanak tidak akan berasa disisih atau diabaikan oleh ibu bapa.

Sementara di TASKA TADIKA, melalui hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak yang positif, kanak-kanak akan berani menrka, bersoaljawab, menyatakan pandangan, idea secara kreatif dan kritis.

Bila di TASKA TADIKA , kanak-kanak perlu  diraikan dan dilayan bagaikan anak sendiri .Mulianya tugas seorang pendidik awal@pengasuh ini, segala didikan dan asuhan dikira pahalanya bagai air yang mengalir selagi kanak-kanak ingat dan ikut segala segala asuhan dan didikan yang baik tersebut.

Lalu, bantulah anak-anak untuk mencapai tahap perkembangan yang baik dalam setiap aspek perkembangannya dengan menjalinkan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak secara positif. Bukannya susah, layan sahaja  anak-anak dengan baik.

Berikut adalah tip untuk menjalinkan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak;


  • Jika kanak-kanak sedang bercakap, beri masa yang cukup untuk mereka mnerangkan apa yang ingin disampaikan. jangan memotong atau menepis percakapan anak-anak.
  • Beri perhatian pada setiap anak
  • Belajar memahami gerak geri kanak-kanak
  • sentiasa menggunakan perkataan yang betul dan baik ketika berhubung dan interaksi dengan kanak-kanak.
  • elakkan penggunaankperkataan pelat.
  • sentiasa mendengar dan menjawab setiap pertanyaan kanak-kanak
  • rajin-rajin melayan perbualan anak-anak

Siapa pun anda samada anda ibu bapa , pengasuh atau pendidik, fahamilah anak-anak dan keperluan untuk mereka berhubung dengan insan yang dekat dengannya. 
Anak-anak juga mempunyai emosi dan perasaan.




Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com


Monday, 4 January 2016

Mencari TASKA TADIKA pilihan

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
image : carian google



Tahun 2016 melangkah datang dan meninggalkan tahun 2015 setapak ke belakang kita. Bila masuk tahun baru sibuklah semua orang memasang azam baru  walhal rasanya macam banyak juga azam 2015 tak tercapai-capai lagi. Tak perlu memandang ke belakang lagi. Lihat terus pada matlamat yang ingin anda capai, maju dan terus mara ke hadapan.
Selamat datang 2016. Terasa bertambah tua usia ini menginjak ke depan.

Bagaimana pula dengan para ibu bapa yang mempunyai anak di bawah 6 tahun?
Awal awal tahun ini, ramai yang sibuk menghantar anak ke TADIKA dan TASKA. Lalu, berlumbalah  para ibu bapa mencari institusi TASKA maupun TADIKA yang terbaik untuk anak-anak.  Masing-masing teruja mencari TASKA TADIKA pilihan,  sehingga kadang kala terlupa matlamat sebenar menghantar anak ke TASKA dan TADIKA.

Jom lihat pada keperluan menghantar anak ke TASKA. Rata- rata menghantar anak ke TASKA kerana ibu bapa bekerja dan ingin memastikan pengasuhan dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak sepanjang tempoh mereka keluar bekerja. Maka pastikan TASKA yang dipilih adalah berdaftar dengan JKM dan sekaligus mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh agensi penguatkuasa. Pastikan para pengasuh@pendidik di TASKA benar-benar terlatih dan berkualiti serta kreatif bagi memastikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Pendidikan yang saya maksudkan bukanlah pendidikan akademik tetapi ia adalah pendidikan melalui pelbagai aktiviti yang sesuai dan menarik yang dapat menggalakkan setiap  aspek perkembangan kanak-kanak. Pastikan juga kadar yuran yang dikenakan setimpal dengan kualiti pengasuhan dan pendidikan yang diterima.

Bagaimana pula dengan ibu bapa yang berlumba-lumba menghantar anak ke TADIKA atau Pusat Perkembangan Kanak-Kanak? Apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh ibu bapa?

Saya pasti, rata-rata ibu bapa menghantar anak ke TADIKA sebab nak anak cepat pandai membaca, menulis dan mengira. Rata rata ibubapa sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk membayar kadar yuran TADIKA. Dan ramai juga ibu bapa yang berkemampuan menghantar anak ke TADIKA seawal usia 3 atau 4 tahun. Salah kah?

Pada dasarnya, tidak salah. tetapi tolong buat pemerhatian terhadap anak anda sebelum anda memaksa anak-anak untuk mendapatkan pendidikan akademik seawal usia. Berikan anak-anak hak untuk memilih.
Cuba ingat  dulu, pada umur berapakah ibu bapa anda mula menghantar anda ke TADIKA?  Tidaklah terlalu awal tetapi anda tetap jadi orang yang berjaya, kan? Lagipun, cuba ingat dulu, macamana TADIKA tempat anda di hantar? Buat aktiviti, makan dan main sahaja, melebihi dari belajar, betul tak?

Cuba jawab persoalan ini, benarkah anak-anak perlu diberi pendidikan akademik seawal usia 3, 4 dan 5 tahun?

Mengikut salah satu prinsip dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kanak-kanak secara semulajadi suka meneroka, mencuba, mengeksperimen dan mencipta, maka cara terbaik mengasuh dan mendidik anak-anak ialah melalui bermain dalam suasana dan persekitaran yang ceria, selesa dan menggembirakan, mengupayakan , selamat dan  penuh kasih sayang.
TAK ADA SATU PUN  prinsip dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah untuk anak cepat pandai membaca dan menulis seawal usia.

Maka, bila anda mencari TASKA TADIKA pilihan, fikirkan hak anak anda.

Kalau nak masukkan anak ke  TADIKA, carilah TADIKA yang mempunyai prinsip di atas.
Bukan TADIKA yang memaksa anak-anak belajar umpama di sekolah rendah, bagi homework banyak-banyak, asyik marah anak-anak yang suka bermain sekaligus menafikan hak anak untuk bermain sebaliknya memaksa anak membaca hingga pandai.
TADIKA begini sekadar mengaut keuntungan dengan memancing hati ibu bapa supaya memastikan anak-anak pandai di awal usia.

Pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya perlu menekankan pelbagai aspek perkembangan anak-anak bukan semata pendidikan akademik , Usah biarkan  anak-anak  menjadi mangsa keterujaan anda untuk melihat anak pandai membaca misalnya seawal 4 atau 5 tahun. Kena ingat, satu lagi prinsip pendidikan awal kanak-kanak ialah

" Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang sangat unik yang perlu dihormati, dikembangkan dan disanjung". Dan potensi tersebut bukanlah semestinya dari sudut penilaian akademiknya.


Tepuk dada tanyalah diri masing-masing. Yang di atas adalah pandangan peribadi saya. Saya sendiri merealisasikan  pada anak-anak saya. Saya biarkan mereka bermain sepuasnya tapi dalam pada itu tetap memberikan mereka dorongan dan bimbingan mengikut kesesuaian umur dan minat serta potensi unik diri  mereka masing-masing.

Adakah anda ingin anak  menunjukkan kepandaian seawal usia tapi anak anak selalu dimarahi guru, dibebani dengan 'homework' , terlalu banyak 'worksheet' dan  sentiasa tertekan belajar ataupun anda ingin anak-anak yang sentiasa merasa gembira dengan dunia kanak-kanak mereka dan sentiasa mengisi masa mereka dengan keseronokan  bermain. BERMAIN ITU KERJA HAKIKI ANAK-ANAK.

Kena ingat, dunia kanak-kanak hanya sekali, separuh daripada kehidupan kanak-kanak bermula dari sekolah rendah ialah belajar dan menelaah. Tak kan lah umur 3 ke 6 tahun pun perlu dipaksa untuk belajar akademik sampai pandai. Apa pun, terserah pada ibu bapa untuk membuat  pilihan terbaik untuk anak-anak sendiri.
Mencari TASKA dan TADIKA pilihan, semuanya di tangan anda sebagai ibu bapa.


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com


Sunday, 3 January 2016

Aktiviti kreatif untuk kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



JOM BERBENGKEL BERSAMA SAYA!!!!


Kanak-kanak banyak belajar mengenal dunia persekitarannya melalui proses penerokaan, membina pengertian dan berhubung dengan pengalaman yang dilaluinya. Maksudnya kanak-kanak seawal 3- 4 tahun dapat belajar pelbagai perkara jika anda beri peluang kepada mereka untuk meneroka dan merasai pengalaman sendiri.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah 'Nature Walk' iaitu membawa kanak-kanak berjalan di taman sekitar rumah atau taman di TASKA atau taman permainan berdekatan. 

Apa yang kanak-kanak akan belajar dan perolehi dari aktiviti berjalan di taman ini?

Kanak-kanak dapat menggunakan semua derianya untuk melihat persekitaran seperti melihat burung terbang, mendengar bunyi tiupan angin atau bunyi kenderaan, merasa tekstur daun dan sebagainya. Bimbing kanak-kanak untuk belajar melalui persekitaran di sekelilingnya.

Anda boleh juga minta kanak-kanak untuk membawa pulang beberapa bahan yang dijumpainya semasa berjalan di taman tadi. Contoh seperti daun, ranting, batu atau kertas. Untuk keselamatan pastikan apa yang dikutip oleh kanak-kanak bukanlah bahan yang merbahaya. pastikan juga jika memetik bunga atau daun, tidak ada yang melarang untuk berbuat demikian. takut pulak  terpetik bunga dan daun di rumah orang.

Daripada bahan yang dibawa balik tadi, anda boleh bimbing kanak-kanak untuk melakukan aktiviti kreativiti seperti gambar2 di bawah. 



Kolaj Kura -Kura diperbuat daripada daun.



Capan Ikan dengan menggunakan ranting , kayu dan daun kecil.


Itik di kolam - Tampalan@ capan daun, lalang dan bunga kecil.


pemandangan tepi sungai - cenkerang @ batu kecil, daun


Selamat meneroka dan berkreativiti bersama anak-anak.


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com





Tuesday, 29 December 2015

EBOOK 50 IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com



Adakah anda merupakan seorang pengusaha TASKA atau TADIKA? Pernahkah anda merasa pening memikirkan apakah bahan permainan dan aktiviti yang akan dijalankan di TASKA TADIKA  anda setiap hari? Nak harapkan pengasuh @ guru yang fikirkan aktiviti, ikut pengalaman saya kebanyakan mereka kurang kreatif dengan idea. Kalau bukan anda sebagai pengusaha yang membimbing pengasuh anda, alamatnya tak ada aktivitilah yang akan dijalankan di TASKA TADIKA. ataupun pengasuh akan berulang buat aktiviti yang sama. Tak kreatif langsung.

Jadi, anda sebagai pengusaha perlu bukakan minda mereka untuk memikirkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak di TASKA dan TADIKA. Bagaimana caranya? Mungkin ada perlu menghantar pekerja anda ke bengkel-bengkel menyediakan peralatan permainan kanak-kanak atau bengkel aktiviti  kanak-kanak.

Atau  salah satu cara lain yang menjimatkan ialah anda dapatkan saja EBOOK di atas ini. Tempah, buat bayaran dan EBOOKini akan samapi ke emel anda dengan segera. Mudah dan senang didownload, dibuka dan dibaca pada bila-bila masa asalkan saja anda menpunyai telefon pintar atau laptop. Bila-bila masa boleh print dan kongsikan bersama pengasuh @ pendidik anda.

Yang penting anda kena tolong pengasuh atau pendidik cuba aktiviti-aktiviti dalam ebook ini bersama kanak-kanak.

APA YANG ADA DALAM EBOOK INI?


  • IDEA BAHAN PERMAINAN BAYI
  • IDEA BAHAN PERMAINAN KANAK2 - 1 - 4 TAHUN 

***** Bahan permainan juga  boleh disesuaikan untuk kanak-kanak 5 dan 6 tahun*****

  • Cara pelaksanaan aktiviti


TAMBAHAN
Aktiviti kreativiti kanak-kanak
Aktiviti awal sains untuk kanak-kanak

TERBARU, dikongsikan juga;

  • IDEA  BUAT BUKU UNTUK KANAK_KANAK


**********************************

Berikut adalah antara IDEA BAHAN PERMAINAN DALAM EBOOK INI

Gitar dari kotak


Kelentong untuk bayi dari botol mineral


Dapur masak dari kotak

 






 AKTIVITI KREATIVITI KANAK-KANAK DALAM EBOOK INI


Mewarnakan pasir


Corak berwarna dari garam


Kreativiti tapak kaki

dan ada banyak lagi koleksi idea untuk anda dalam EBOOK ini bagi menggalakkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak di TASKA TADIKA anda.

DAPAT KAN SEKARANG EBOOK INI !!!!!



Cuma RM 25 sahaja.
whatapp 016 7235080


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA






Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com