Thursday, 22 June 2017
Remaja hari ini
Sunday, 18 June 2017
Aspek keselamatan di TASKA
- Menyediakan SOP pengendalian aspek keselamatan di TASKA
- Menyediakan persekitaran kondusif, peralatan dan kemudahan keselamatan keseluruhan TASKA.
- Memberi penerangan tentang peralatan dan perkakas yang berbahaya dan mudah terbakar
- Memastikan kanak – kanak sentiasa dalam pengawasan pengasuh
- Menampal pelekat bahaya kepada alatan yang berbahaya
- Tidak meletakkan peralatan dan perkakas yang berbahaya di tempat yang mudah digapai oleh kanak – kanak
- Melakukan sesi simulasi menyelamatkan diri dari kebakaran dari semasa ke semasa di bawah seliaan pihak berwajib.
- Menyediakan pelan tindakan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
- Menyediakan tempat berkumpul kepada semua kanak – kanak dan personel apabila berlaku kebakaran
- Menyediakan pemadam api mudah alih di dalam TASKA.
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA


Friday, 16 June 2017
Aktiviti Perkembangan Kognitif


DAPATKAN PELBAGAI IDEA MELALUI
ebook 50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK
Sunday, 4 June 2017
Kolaj Pasir Laut
Image : Koleksi peribadi.
Kali ini saya ingin berkongsi idea membuat aktiviti kreatif yang boleh dijadikan aktiviti bersama kanak- kanak iaitu kolaj pasir laut. Idea aktiviti ini boleh dijalankan di TASKA atau TADIKA.
Belum.buat lagi, tapi mereka sudah rasa teruja.
1. Pasir Laut
2. Gam.putih
3. Warna air
4. Sudu atau batang pengacau.
5. Mangkuk kecil
6. Kertas lukisan.
1. Bahagikan pasir dalam beberapa bekas@mangkuk kecil.
2. Letak sedikit warna berlainan dalam.setiap bekas berisi pasir tadi.
3. Kacaukan campuran pasir dan warna tadi hingga sebati.
4. Hasil pasir yang telah diwarnakan ini memamg cantik.
5. Ambil kertas lukisan, lukiskan satu objek.
6. Tenyehkan gam putih pada gambar dan mula.ratakan pasir berwarna pada objek tersebut.
7. Biarkan kering
untuk tempahan, 0167235080Monday, 29 May 2017
Pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia
pnnorazuraismail@gmail.com
Sebagai seorang Pegawai Penilai, adalah tidak cukup sempurna jika saya hanya mempunyai gelaran sebagai pendidik.
Tetapi, saya akan pastikan yang saya adalah pengajar kemahiran yang berkualiti dan terbaik.
dan kerana itu adalah aku,
maka........
sebahagian hatiku
telah terpahat di sini
bertaut menjadi cinta
untuk terus bergelar
pendidik.....
memberi ilmu selamanya
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.
SKM Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.
Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Apakah itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?
Pernahkah anda mendengar berkaitan persijilan SKM ini.
Bidang saya ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya mempunyai SKM Tahap 3, 4 dan 5 dalam bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-kanak.
Apakah kelebihan memiliki SKM dalam bidang saya ini? Ramai.orang industri di luar sana memiliki pendidikan akademik dalam bidang ini. Tetapi, saya sendiri memilih pendidikan berbentuk kemahiran.
Dianugerahkan Persijilan Kemahiran Malaysia;
Sijil Kemahiran Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
dalam bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-kanak menunjukkan bahawa saya adalah individu yang berketerampilan dan berkemahiran serta berpengalaman dalam bidang ini.
SKM telah mengiktiraf kemahiran saya secara rasminya.
Bagaimana saya memperolehi SKM, DKM dan DLKM ini? Perlukah saya mengikuti kelas.
Jawapannya tidak perlu. Saya memperolehi SKM, DKM dan DLKM hanya melalui pengiktirafan pengalaman.
Bagaimana?
Kemukakan sahaja bukti-bukti pengalaman lalu.
Adakah anda juga seperti saya, memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini?. Ya, pengalaman anda juga boleh diiktiraf.
Persijilan Kemahiran Malaysia adalah persijilan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Jadi, adakan anda ingin dapatkan pengiktirafan ini?
Senang sahaja. Hubungi saya untuk info lanjut.
016 7235080.
Rancang aktiviti kreatif kanak-kanak
oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Jom rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.
Kanak-kanak suka bermain. Lantaran itu, jadikan permainan suatu aktiviti bermakna yang dapat memperkembangkan daya kreativiti, imiginasi dan kemahiran berfikir kanak-kanak.
Bantu kanak-kanak mencari aktiviti kreatif pelbagai.
Seorang pendidik di TASKA perlulah juga seorang yang mempunyai kepelbagaian idea, yang boleh rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.
Saya selalu ingatkan kepada pelajar-pelajar SKM saya bahawa cikgu TASKA yang kreatif ialah cikgu yang boleh rancang aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak.
Saya tak suka setakat aktiviti mewarna dengan pensil warna, belajar abc atau 123 dan aktiviti menulis dot...dot..
di TASKA.
Saya saya janggal jika seorang yang bergelar cikgu TASKA asyik ulang-ulang aktiviti di atas bersama kanak-kanak.
Naluri kanak-kanak sukakan kepelbagaian aktiviti yang menarik.
Kanak-kanak sukakan aktiviti yang lebih menyeronokkan dan yang membuat mereka lebih teruja.
Antara aktiviti kreatif yang boleh dijalankan ialah mewarnakan pasir laut, mewarna dengan bancuhan tepung gandum dan main masukkan surat ke dalam.peti surat yang dihasilkan bersama kanak-kanak.
Jom cuba.
Rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.

