Tuesday, 26 March 2019

KESELAMATAN KANAK-KANAK TASKA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Anak-anak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah  harapan dan cita-cita negara di masa akan depan. Bakal kepada corak kepimpinan dan lakaran kejayaan negara di masa depan boleh dilihat melalui generasi kanak-kanak masakini.  Malangnya telah sering didengari dan dilaporkan kini, kanak-kanak kerap terdedah kepada pelbagai bahaya kerana kecuaian penjaga, menjadi mangsa penganiayaan dan turut diabaikan oleh ibu bapa sendiri. Hal ini juga turut dilihat berlaku di premis TASKA dimana kanak-kanak sepatutnya diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang dalam aspek persekitaran yang kondusif. Akta berkaitan kanak-kanak iaitu  Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 adalah suatu akta yang menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan berkenaan dengannya.  Dengan kata lain, akta ini diwujudkan bagi memberi perlindungan dan menjaga keselamatan kanak-kanak. Berdasarkan akta  tersebut juga menunjukkan mereka yang mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak perlu memastikan kanak-kanak selamat dari pelbagai aspek seperti kecuaian, penderaan dan juga pengabaian. keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama semua yang berada di persekitaran kanak-kanak diasuh atau dijaga. 


Kecuaian boleh berlaku samada di TASKA maupun di rumah apabila persekitaran yang disediakan untuk kanak-kanak tidak kondusif dari pelbagai aspek.  Maksudnya tempat di mana kanak-kanak bermain dan diasuh tidak selesa, tidak sesuai dan tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk kanak-kanak. Akibat kecuaian tersebut, kemalangan yang  mengakibatkan kecederaan boleh  berlaku terhadap kanak-kanak.   Selain dari itu, penderaan juga   boleh berlaku samada disedari atau tanpa disedari.  Penderaan yang berlaku dari rumah mungkin disebabkan pelbagai masalah yang wujud dalam keluarga kanak-kanak tersebut. 


Manakala penderaan turut berlaku secara fizikal maupun emosi di TASKA akibat kekurangan kesedaran di kalangan personel dalam TASKA. Hakikatnya,  penderaan berbentuk emosilah yang didapati banyak berlaku di TASKA tanpa disedari. Dari aspek pengabaian pula, jika dikaitkan di TASKA, berlaku apabila pihak TASKA tidak menyediakan keperluan yang mencukupi serta sesuai kepada semua kanak-kanak yang  mendapat perkhidmatan di TASKA.  Pemeriksaan fizikal yang dijalankan setiap hari di TASKA boleh mengesan sebarang kecederaan, kesan penderaan atau unsur pengabaian pada diri kanak-kanak yang mungkin dibawa dari rumah ibu bapa @ penjaga. 


Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawan bersama, kita semua yang diamanahkan menjaga kanak-kanak.  Isu keselamatan kanak-kanak bukan hanya dirujuk kepada aspek persekitaran bahkan juga kepada aspek penderaan dan pengabaian yang berlaku secara tidak disedari pada diri kanak-kanak. Jika di TASKA, didapati, dari aspek keselamatan persekitaran, masih terdapat kurang kesedaran dan kepekaan dikalangan pengasuh TASKA dalam memastikan langkah keselamatan diaplikasi sepenuhnya setiap masa.  Pengasuh yang leka dan cuai menyebabkan berlakunya kemalangan kecil yang boleh dielakkan jika pengasuh lebih berhati-hati.  

Umum mengetahui isu semasa di mana didapati pelbagai kemalangan berlaku di TASKA akibat kecuaian pengendali di TASKA.Wujudnya kemalangan kerana kecuaian pengasuh dalam memastikan semua langkah keselamatan di TASKA dipatuhi dan diikuti sewajarnya.


 Antara faktor  lain yang boleh menyebabkan berlakunya kecuaian adalah kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian aspek keselamatan di TASKA.  Didapati pengasuh  TASKA tidak mengaplikasi secara bersungguh peraturan yang ditetapkan dalam usaha mengelakkan kemalangan di TASKA.  Sesetengah pengasuh mempunyai pengetahuan berkaitan langkah kecemasan seperti rawatan kecemasan tetapi masih terlalu rendah kemahiran mengendalikannya.  Begitu juga dari aspek keselamatan lain seperti latihan kebakaran, keselamatan ruang tertentu dan keselamatan penggunaan bahan dalam sesuatu aktiviti.  Ada pengasuh sering bersikap acuh tidak acuh terhadap keperluan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak setiap kali kanak-kanak datang ke TASKA.  Ini bagi memastikan atau mengesan langkah awal jika terdapat kecederaan atau sebarang unsur pengabaian dan juga penderaan terhadap diri kanak-kanak.   

Di TASKA sendiri ada masanya wujud pengabaian dari segi memastikan keperluan asas kanak-kanak dipenuhi samada dipenuhi oleh ibu bapa maupun pihak TASKA.  Keperluan asas kanak-kanak seperti makanan yang berkhasiat dan keperluan diri kanak-kanak perlu dipastikan mencukupi dan memenuhi keperluan kanak-kanak. Penderaan secara tidak langsung juga boleh dikatakan berlaku jika tidak wujud sikap dan nilai yang positif dalam diri pengasuh ketika mengendalikan kanak-kanak.


 Keselamatan kanak-kanak sememangnya tanggungjawab bersama. Kanak-kanak akan sentiasa berada di dalam persekitaran yang selamat sekiranya wujud kerjasama diantara pengasuh TASKA dan juga ibu bapa.  Namun di dapati kerana kesibukan mengejar masa, ada kalanya ibu bapa cuai dengan keperluan kanak-kanak. Pihak TASKA sukar mencari ruang bagi berbincang dengan ibu bapa dalam bersama memastikan semua aspek keselamatan kanak-kanak dipenuhi.



 Kesimpulannya, Keselamatan kanak-kanak samada dari aspek penyediaan persekitaran kondusif, jaminan keselamatan dari unsur penderaan dan pengabaian adalah tanggungjawab semua pihak dari ibu bapa, TASKA, komuniti dan juga negara. Anak-anak perlu dipastikan sihat dan selamat dalam persekitaran yang sihat serta kondusif.  Justeru itu setiap pihak dinyatakan perlu mempunyai kesedaran berkaitan dan perlu melaksanakan peranan masing-masing dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.


HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA



** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 


Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

RPA DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN


Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANGPERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
Nama Pendidik :

No. K/P :

Minggu :

Hari / Tarikh :

Masa :

Umur Kanak-Kanak /
Bil :

  2 - 3 Tahun / ( 5 – 10 orang)
Tema
ANGGOTA BADAN
Tajuk
Wanginya bau bunga
Bidang Perkembangan/
Pembelajaran :`

PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
Pengetahuan Sedia Ada :


Kanak-kanak sudah boleh meneroka persekitaran di halaman TASKA 
atau taman.
Objektif

1.    Kanak-kanak boleh mencium bau pelbagai tumbuhan berbeza di 
     halaman TASKA atau taman dengan menggunakan 
     hidungnya (PDPDP)
2.  Kanak-kanak boleh menyebut warna pada tumbuuhan  yang telah
     diambil. (PAMPL)
3.  Kanak-kanak boleh memetik pelbagai tumbuhan  di halaman 
     TASKA atau taman. (PF)

Tempat  / ruang aktiviti


Halaman TASKA

Bahan :


1.    Pelbagai tumbuhan di persekitaran
2.    Plastik kecil  
3.    Buku besar tajuk – ‘ Hidung  saya boleh bau’ 
4.    Tikar (ikut saiz keperluan)                                                                                  
Langkah-langkah Pelaksanaan

1.    Pendidik membawa kanak-kanak ke  ruang halaman TASKA atau
      taman berhampiran TASKA.
2.    Pendidik minta kanak-kanak buat bulatan besar.
3.    Pendidik bermesra terlebih dahulu dengan kanak-kanak sambil 
     meminta kanak-kanak membuat senaman ringan.
5.    Pendidik beritahu kanak-kanak di halaman TASKA atau taman 
      terdapat pelbagai tumbuhan seperti pokok, rumput, bunga, daun 
      dan sebagainya.
6.    Pendidik berikan kanak-kanak setiap seorang satu plastik kecil 
     dan minta kanak-kanak petik tumbuhan dan masukkan dalam 
     plastik. Pendidik juga beritahu pada kanak-kanak tumbuhan yang 
     dilarang petik seperti bunga  ros yang ditanam di dalam pasu 
      bunga.
7.    Pendidik bentangkan tikar kecil di halaman dan minta kanak-kanak
      duduk atas tikar.
8.    Pendidik keluarkan buku besar berkaitan tajuk hidung dan pendidik
      mula bercerita kepada kanak-kanak mengenai hidung manusia 
      dan fungsinya. (cerita berdasarkan gambar-gambar hidung dan 
      fungsinya yang ada dalam buku besar)

9.    Pendidik minta kanak-kanak pegang hidung masing-masing dan 
     beritahu fungsi utama hidung manusia.
10. Pendidik minta kanak-kanak keluarkan pelbagai tumbuhan yang 
      dipetik tadi, dari plastik dan taburkan di atas tikar.
11. Pendidik minta kanak-kanak cuba bau tumbuhan tersebut dan 
      beritahu samada baunya wangi, busuk atau tiada bau.
12. Pendidik beri kanak-kanak galakan untuk buat aktiviti ini.
13. Pendidik berikan pujian apabila kanak-kanak boleh cuba bau tumbuhan-tumbuhan tersebut.
 14. Sekiranya ada kanak-kanak yang tidak dapat beritahu bau apa, pendidik terus beri 
       ransangan lagi agar kana-kanak faham tentang bau. 
14. Pendidik berbual  dengan  kanak-kanak mengenai bau yang dihidu.
15. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak warna yang terdapat pada tumbuhan yang telah dikumpul itu dan minta kanak-kanak sebut satu persatu.
2.    Pendidik ulang lagi aktiviti hingga kanak-kanak merasa puas.
3.    Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

Pemerhatian:



1.    Keselamatan
-       Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya.
-       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahaya
-       Pastikan kanak-kanak dikawal dengan baik ketika di halaman TASKA.

2.    Kebersihan
-       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepasa aktivti.

3.    Kesihatan
-       Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti.                                                                                                                                    

Refeksi

Kanak-kanak:


                                                                                                                                                  


Pengasuh:



                                                                                                                                   


Nak dapatkan koleksi RPA dari saya; nah!! ia ada dalam bentuk EBOOK PDF SOFTCOPY
 EBOOK RPA TASKA ini mengandungi 70 RPA pelbagai perkembangan dari umur bayi hingga kanak-kanak berumur  4 tahun di TASKA.


 EBOOK RBA BERTEMA ini pula adalah koleksi dari 10 buah tema biasa dalam persekitaran kanak-kanak. 

Jadinya jumlah koleksi RPA bagi EBOOK di atas adalah sebanyak 120 RPA. 
Nak TEMPAH?

Sila hubungi 0167235080.




Sunday, 24 February 2019

Fahami jiwa anak remaja

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Tatkala.. saya mendengar satu perkongsian dari seorang pakar keibubapaan.
Hati saya mula berfikir-fikir. Katanya, sangat penting kita memahami jiwa anak-anak yang kian meningkat remaja ini. Kita perlu cuba kenalpasti kehendak anak dan ambil tahu kenapa anak bertindak sesuatu yang kita sebagai ibu bapa tidak gemar melihatnya. Kekadang kita sebagai ibu bapa sangat wajar pula meletakkan diri kita ke dalam jiwa anak-anak, kemudian baru kita faham apa yang tersurat dan tersirat dalam jiwa muda mereka itu.


Hah.. Kita pun pernah muda dulu kan...
Jiwa muda kan suka meronta..
Adakah kita lupa? 😊😊🤫
Makanya...
Dengar dulu kehendak dan kemahuan mereka, selepas itu baru kita inject dia perlahan-lahan.


Namun betul juga. ..
Anak-anak kita ni, sejak belum mencapai umur baligh lagi, kita kena ajar dia dengar dan ikut cakap kita dan bentuk dia dengan akhlak yang mulia. Yang salahnya ialah bila ibu bapa yang selalu ikut cakap dia, manjakan sangat dan beri apa sahaja yang dia mahu.
Nak itu, kita bagi.
Nak ini, kita belikan..
Apa cerita tu, segalanya kita bagi konon tak nak anak rasa susah seperti kita dulu.


Apa ceritanya ni?
Kalau ginilah.. memang lagi susahlah dia nak dengar kata ibu bapanya tatkala di usia remajanya nanti.
Jika di setiap tahap umur, anak-anak selalu ada di zon selesa dan mewah sahaja,
bila pula nak bagi anak rasa sedikit kesusahan dan dari itu dia boleh belajar berusaha dan berdikari sendiri.Bila dah remaja pun.. mereka nak segalanya dipermudahkan oleh ibu bapanya.
Parah ni..
Mohon fikir-fikir kan yer..


Anak dah remaja memang banyak kerenah dan peelnya. Antara sebabnya kerana persekitaran di luarnya telah mula melebar. Susah nak elak, macam-macam virus ada di persekitaran mereka. Faktor kawan dan dunia tanpa sempadan sangat mudah mempengaruhi jiwa dan mindanya.

Justeru mungkin, sedari
awal awal usia anak, bolehlah kita sediakan dulu benteng pertahanan dalam diri anak-anak ini.
Lentur anak-anak ini semasa masih diperingkat rebung, bila dah jadi buluh, tiadalah berguna untuk disesalkan lagi.

Realitinya ...
Anak-anak zaman ini banyak benda baru dan advance ingin sangat dicubanya walaupun ia mengundang sesuatu yang buruk kelak.
Sekurang-kurangnya bila anak-anak ada benteng asas yang kukuh, biar dia yang fikir sendiri baik buruknya sesuatu perkara itu.

Kekadang dia buat sesuatu sebab ikut kawan, dia nak cuba dan nak tahu.
Lalu, apa peranan kita? Mungkin kita boleh juga berperanan seperti kawannya. Andai yang kita nampak apa yang ikutinya salah, kita kena tegur dia tapi ikutlah cara dan rentak seperti kawan-kawan juga.
Hmmm....cakap macam mudah, hakikatnya mampukah kita berhadapan situasi anak remaja yang diundang pelbagai gelora dalam jiwa remajanya.


Masya-Allah, nampaknya. .. kita kena belajar mendengar, belajar memahami, kenapa dia bertindak sesuatu sebelum kita terus menghukumnya tanpa cuba meneroka apa yang ada di dalam hatinya terlebih dahulu.


Namun..
Ibu bapa pula, cakap anak remaja terutamanya, janganlah terima bulat-bulat. Semak dan selidik dulu kebenarannya. Rosaklah anak jika dia selalu dimenangkan walaupun dia salah. Kendalikan anak-anak kita ini secara berhemah lagi bijaksana.

Hmmm.. Saya pun ada ramai anak-anak remaja. Dan saya menyedari setiap dari mereka mempunyai kerenah dan kehendak yang berbeza.
Alhamdullillah, buat masa ini,
best friend anak-anak saya adalah bapanya.
Sedang saya, masih juga seorang ibu yang garang.. Hi.. Hi..😜😜🙄
Rupanya.. Kami berdua pun berbeza juga..
Lalu kami adun kedua elemen ini agar dapat memahami setiap peel dan kerenah anak-anak remaja ini, seterusnya menerima mereka seadanya.
Yang pasti...setiap anak-anak ada keistimewaannya yang tersendiri..
Dan..
Jangan lupa.
Kuasa doa dari ibu bapa itu yang paling utama.

Kepentingan pemeriksaan Fizikal kanak-kanak di TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Imej : Koleksi Peribadi


Kepentingan pemeriksaan Fizikal kanak-kanak di TASKA

Baru-baru ini, semasa sesi sharing saya dengan bakal-bakal pengusaha TASKA, saya dah sebut betapa pentingnya pemeriksaan fizikal kanak-kanak  dijalankan acapkali menerima kedatangan kanak-kanak ke TASKA.


Tugasan menjalankan pemeriksaan fizikal kanak-kanak turut menjadi antara unit kompetensi yang utama di dalam modul persijilan kemahiran Malaysia di pusat bertauliah penuh. Inilah yang selalu saya tekankan kepada para pelajar saya.

Jangan lupa, periksa fizikal dan kesihatan  kanak-kanak mengikut SOP yang dinyatakan. Hal ini sangat penting namun aspek inilah yang selalu diabaikan oleh para pengasuh di TASKA.
Mengapa?
Sebab, ketika di TASKA ibu bapa nak cepat. Pengasuh pun nak cepat hingga lupa nak buat tugasan yang sangat penting di TASKA ini - Menjalankan pemeriksaan fizikal kanak-kanak di TASKA


Tengok....!
Bila berlaku kematian di TASKA, tak pasal-pasal , bulat-bulat kesalahan diletakkan di bahu pengasuh semata. Memang semasa anak dihantar ke TASKA, dia sihat wa'afiat sahaja. Namun..., siapa tahu, kesan kecederaan dalaman yang mungkin dialami oleh seseorang kanak-kanak, kekadang akan kelihatan kesannya setelah beberapa waktu.


Jadi..
Tolonglah...
Saya tahu, ramai pengasuh mempunyai niat yang baik membantu memudahkan tugas ibu bapa yang perlu keluar meninggalkan anak untuk bekerja. Dah macam-macam kursus diikuti demi memastikan kualiti pengasuhan yang terbaik. Takkan niat pengasuh semata untuk membunuh jiwa seorang insan kecil begitu sahaja.


Maka..
Kenalah adil juga kepada para pengasuh ini.


Para pengasuh pula, tolonglah ingat... tatkala anak datang ke TASKA, ..lakukan perkara ini:

Periksa suhu badan kanak-kanak. Jangan terima anak ke TASKA, jika dia demam apatah lagi jika dia dijangkiti penyakit berjangkit atau kronik. TASKA atau rumah pengasuh bukannya klinik. Pengasuh pun bukannya seorang jururawat.

Periksa keseluruhan badan anak. Lihat betul-betul jika terdapat sebarang tanda diragui atau lebam atau sesuatu yang pelik pada anggota fizikal anak. Jika ada, tanya pada ibu bapa dan catatkan apa yang dimaklumkan oleh ibu bapa. Ambil gambar sebagai bukti.

Tanya pada ibu bapa, bila kali terakhir anak diberi susu. Sudahkah disendawakan.? Catakan kenyataan ibu bapa.

Tanya juga.. adakah anak tidur dalam buaian ketika di rumah. Pukul berapa dikeluarkan dari buaian?, Catatkan kenyataan ibu bapa jika ya.

Tanya dan tolong pastikan, adakah anak ada terjatuh ketika di rumah. Minta ibu bapa berkata benar demi untuk keselamatan anaknya juga, tak kira lah jatuh bagaimanapun, catatkan jika ada.

Tanya adakah anak demam sebelum di hantar ke TASKA. Kekadang ada anak demam sebelah malam dan sihat bila wakti siang. Pastikan.

Adakah anak berkelakuan pelik sebelum di hantar ke TASKA.
Mohon pastikan juga.

Kesimpulannya..
Tanya dan pastikan keadaan fizikal dan kesihatan anak sebaiknya. Catatkan semua kenyataan di dalam rekod yang disediakan di TASKA.


Sesungguhnya..
Kita hanya merancang tapi ALLAH lah yang menentukan segalanya. Doakan selalu yang baik-baik untuk semua anak-anak yang dijaga di TASKA. Apa jua yang berlaku, ALLAH jua yang Maha mengetahuinya. Sekurang-kurangnya lihatlah.. bahawa pengasuh telah cuba memberi yang terbaik. Kecualilah jika ada pengasuh yang memang berniat tidak baik, Allah lah jua sebaik-baik pembalasnya.



Untuk para ibu bapa pula, oleh kerana banyaknya kedengaran cerita kurang enak tentang anak yang di hantar ke premis tertentu untuk dijaga. Makanya, jika bercadang menghantar anak ke TASKA atau mana-mana institusi asuhan, ibu bapa perlulah betul-betul buat survey lebih awal. Tengok dan pastikan, adakah premis tersebut berdaftar, lihat siapa dan keterampilan pengusahanya, selidik siapa pendidik@pengasuhnya, adakah pengasuh2 ini telah mengikuti kursus wajib.
Tidak cukup telah ada kursus sahaja..
Adakah mereka pengasuh yang berkemahiran?
Adakah telah dijamin kesihatan fizikal dan mental para pengasuh ini.
Lihat pelaksanaan aktiviti yang dijalankan, apakah konsep yang diterapkan dalam modul aktiviti di TASKA.
Tentunya mesti...
Pastikan ada konsep bermain di TASKA. Lihat ruang-ruang aktiviti bermain dan peralatan serta bahan yang disediakan. Adakah semua yang disediakan dapat membantu menggalakkan perkembangan menyeluruh anak-anak.
Pastikan tahap keselamatan dan kebersihan di TASKA yang ingin di pilih.
dan.. banyak lah lagi aspek yang perlu ditelusi sebaiknya.
Makanya..
Jangan hanya cari TASKA yang murah atau yang dekat dengan rumah anda sahaja tanpa menepati aspek-aspek TASKA @premis asuhan berkualiti yang dinyatakan di atas.
Ingat ya, TASKA adalah rumah kedua anak-anak. Masa dan tempoh anak di TASKA sangatlah panjang berbanding dengan anak dijaga di rumah oleh ibu bapa.


Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan pihak TASKA, kerjasama keduanya, sangat membantu pihak TASKA dalam melaksananakan amanahnya memberi didikan dan asuhan yang terbaik kepada anak anak. Bila TASKA nak jalankan pemeriksaaan fizikal ke atas, mohonlah beri kerjasama yang sebaiknya.


Mustahil untuk mencari TASKA yang sempurna segalanya, kerana didikan dan asuhan paling hebat dan tersempurna adalah di tangan ibu bapa sendiri.

Sekian. 


Peranan Pengurus di TASKA @ di tempat kerja.


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Gambar : Koleksi Peribadi / Gambar di TASKA Dual PERMATAKU



If u are a boss or a leader..
Its really true..!!!
You never can change your staff, but you can change how they are thinking.
****

Katakan kita seorang pengurus di TASKA.

Pasti ada pengasuh@pendidik yang bekerja di bawah pantauan kita, masih di takat itu sahaja.
Mereka  hanya fikir bekerja semata untuk terima gaji setiap hujung bulan. Mungkin mereka tiada pilihan kerja yang lain. Mereka tibai jer minta kerja asalkan mereka dibayar gaji.
Tentunya mereka  akan pastikan masuk kerja pagi, balik kerja petang. Hari-hari jaga dan asuh anak di TASKA bersama seribu kepenatan berselang seli dengan runggutan.


Masa terus berputar..
Cuba lihat...
Peningkatan kerjanya...
Ada tak sebarang perubahan sikap ke arah yang lebih positif.
Kualiti kerja, bagaimana?
Atau masih lemau begitu sahaja.


Khabarnya, pengasuh@pendidik seperti ini, tidak  suka dengan cabaran.
Mereka tidak juga suka berkorban untuk meraih pelbagai pengalaman bermakna. Kalau disuruh mengikuti kursus, mereka nilah yang akan mengelat. kalau dah dihantar berkursus pun, entah...sukar dilihat ilmu apa yang boleh mereka praktikkan.  Mereka nak buat tugas yang mudah sahaja. 
Pedulilah nak jadi apa pun,  yang penting.. hujung bulan dapat gaji. Susah susah, kalau sudah tidak  suka dengan kerja di sesuatu tempat@TASKA, angkat kaki jer lah. Mereka akan  cari kerja di tempat lain.
Kekadang mereka agak demand sebab mereka tahu keperluan pengasuh masa kini di TASKA-TASKA sediada.

Kut nanti, mereka dapat bekerja  tempat kerja baru,
hmmm... begitu begitu lah. Mereka tetap lemau memanjang. Tiada perubahan sebab dalam diri mereka sendiri tidak pernah ada sikap yang positif untuk berubah.

Kenapa ?
Mungkin sebab pekerja itu tidak pernah mahu sedar apatah lagi untuk berusaha belajar meningkatkan kualiti diri seiring dengan pengalaman diperolehi.
Akhirnya.. kita  yang jadi leader@boss ni lah yang pening kepala dibuatnya.


Jadinya, bagaimana agaknya kita boleh bantu pekerja kita yang begini, sekaligus dapat memudahkan pula urusan kerja kita seterusnya. Memang sukar untuk ubah sikap individu, mungkin kita cuba rangsang cara dia berfikir.

Kalau kita pengurus@ boss atau leader, anggaplah banyak perkara yang orang bawah kita sebenarnya tak tahu nak buat. Jadi tugas kita sebagai boss, berikan tunjukajar, bimbingan atau hantar mereka dapatkan latihan. Kena banyak bersabar ni. Mereka mesti selalu ditunjukajar dengan terperinci. Aduhh..penatlah gitu.

Sesudah itu, sebagai pengurus@ boss kita harus berikan pula peluang dan kepercayaan untuk mereka mencuba sesuatu. Jika salah, beri teguran yang membina. Kena sedarkan pekerja, kita marah sebab kita nak pekerja usaha memberi yang terbaik. Setiap tugasan kepada pekerja perlu diterangkan dengan jelas dan terperinci. Kalau asal boleh jer maka asal boleh jugalah hasil yang diberi kepada kita. Beritahu pekerja apa yang kita nak dan yang kita harapkan dari mereka.

Perlukah ganjaran? Ya, kita janjikan ganjaran seperti kenaikan gaji tetapi sebagai pekerja, minta mereka buktikan dulu prestasi kerja mereka. 



Ini pula kisah saya yang suatu masa dulu pernah  mengusahakan TADIKA sendiri dan semasa saya menguruskan TASKA milik tempat kerja, saya akui, saya kena dan terpaksa buat semua tugasan.
Dari sekecil-kecil tugasan mencuci tandas hinggalah kerja-kerja pengurusan, saya letakkan tanggungjawab dan fokus sepenuhnya. Jika saya lepaskan segalanya kepada pekerja.., nescaya banyaklah perkara yang pending atau tidak memuaskan hati.


Mungkin bukan rezeki dapat pekerja yang boleh diletakkan tanggungjawab sepenuhnya.
Jadi, sayalah yang turun padang walau perlu cuci tandas sekali pun. Kekadang geram pun ada. Kita dah buat jadual bertugas, tapi pekerja buat tugasan sambil lewa sahaja. Sangat mencabar kesabaran saya.


Kekadang, saya yang siapkan mana-mana tugasan yang tak sempurna tu. Tekad saya, buat kerja biar sampai siap.Buat kerja biar sehabis baik yang mungkin. Tak per lah...., orang lain tak nampak tapi Allah tahu kesungguhan kita.


Kini.., apabila saya diberi tanggungjawab menguruskan pula sebuah pusat bertauliah kemahiran, aduhai... pun sama rentetan cerita yang saya lalui. Manakan tidak.., dari sekecil kecil dokumen pembelajaran yang sepatutnya disediakan oleh para pengajar hinggalah kerja kerja pengurusan, sungguh saya kena letakkan tanggungjawab, fokus dan kesungguhan untuk siapkan on time.
Kalau saya lepas tangan sahaja, tu dia.... carca merbalah yang terhasil.
Pedih mata menyemak dokumen..
Pening kepala.. 😪😪



Sama jer..
Kenapa kita sebagai majikan atau ketua ada rasa nak kendalikan segalanya dengan baik?
Kenapa ada pula pekerja buat kerja sambil lewa..,. tak ada kesungguhan pun.
Kekadang dilihat bagai melepaskan batuk di tangga sahaja.
Asal siap jer..
Asal boleh jer..
Ikhlas tak ikhlas.. entahlah Allah yang tahu kan. Kurang meletakkan rasa kepunyaan dan tanggungjawab terhadap amanah kerja yang diberi. Buat kerja sambil lewa jer. Mungkin, mereka lupa kut... setiap gaji yang diterima, setiap waktu yang kita gunakan di tempat kerja.., pastinya akan ditanya dan diinilai oleh Allah kelak.

Buat mereka yang baru-baru menjadi pengasuh@pendidik di TASKA, jangan cepat mengalah dan merunggut. Kerja elok-elok dulu. Timba dan bina pengalaman sebanyaknya. 
Jangan pulla..  belum  cukup bersungguh berusaha pun lagi,  tapi dah mengalah.... 😪😪
Sampai bila nak pegang penyapu jer😪😪
Hah...!!



***
Samada anda pilih untuk jadi orang produktif atau anda pilih jadi orang yang malas..
Pilih jadi insan menguntungkan atau merugikan.., berguna atau tidak berguna..
Penyumbang atau pemusnah..?
BERJAYA atau KECUNDANG !!
Andalah yang menentukannya!
Saya mengambil sedutan kata-kata sang Penulis buku "*Dulu PENCUCI, kini PENGURUS" - sangat terinspirasi !!!
*******
Sendiri mau ingatlah.. 😁😁






Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Qasas, ayat 26, maksudnya;

Bismillah...
'TRULY THE BEST MEN TO BE HIRED IS THE MAN WHO IS STRONG AND TRUSTED'

Benarlah juga, bekerja adalah satu ibadah, asal sahaja kita ikut ketetapan yang digariskan oleh majikan selagimana ia tidak melanggar syariat.
Ya... Bekerjalah kerana Allah.
Ikut masa.
Ikut peraturan kerja.
Jalankan tanggungjawab dengan bersungguh.
Siapkan kerja dalam diskripsi tugas.
Jujur dan amanah..
Tingkatkan kualiti kerja..
Bina pengalaman dan kemahiran berterusan.


Jangan tinggalkan perintah Allah, jangan tuang kerja@ curi tulang di tempat kerja. Nampak seperti bekerja, tapi panjang angan-angan, asyik ber youtube, ber fb dan main game di tempat kerja.  Kalau sebagai pengasuh, boleh ker begitu? 


Ada juga.. Kerja asal siap asal boleh jer dan tak terfikir langsung untuk upgrade diri..., untuk tambahkan ilmu yang sediada. Sayangnya... bertahun-tahun bekerja dalam sesuatu bidang, tapi masih begitu jer kualiti dirinya.
Seorang pekerja yang hambar...
Memang tak ke manalah ler kan..
Sedangkan... islam suruh kita berusaha memperbaiki diri dan menjadi pekerja yang kuat, amanah lagi hebat berketerampilan. Tidak kiralah kita bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.
Sesiapa sahaja berhak mengukir kejayaan dalam kehidupan asalkan niat bekerja kerana Allah dilaksanakan sepenuhnya.
Ahhh....
Tanpa kelulusan akademik pun boleh berjaya kannn..
Tak mustahil pun...
Bukan kelulusan yang penting...
Semuanya dari Allah.


Sebagai  pengurus, boss@leader.maupun sebagai pekerja..
Kita semua punya pilihan. Pilih nak jadi yang terbaik atau pilih untuk terus lemau maka duduklah takat iru sahaja.


Jom bekerja ikhlas kerana Allah..
Ini bukan zaman bermenung yer..
Hmmmm...dunia hari ini..
Semua orang berkejaran mencapai matlamat. Sana sini pula semakin maju dengan pelbagai peningkatan teknologi. Adakah kita nak ketinggalan?
Tolonglah upgrade juga diri kita.


Norazura
Trainer & fasilitator
Personel kemahiran

Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.


HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA



** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642