Saturday, 13 February 2021

Didik Anak dari awal usia....

Beberapa tip didik anak dari seawal usia.. 

1. Berkata benar, justeru jangan selalu kita ibu bapa atau pengasuh berkata tidak benar dan tidak tepati janji yang dibuat kepada kanak-kanak itu.
Jangan cakap dengan anak..

Nanti cikgu belikan..
Nanti ibu bawak pergi jalan-jalan..

Nanti itu..
Nanti ini..
Tapi tidak kita tunaikan.

Kita sedang mendidik anak menjadi pembohong.
AWAS! anak ingat....

2. Menghormati orang lain - Ajar anak bercakap dengan baik dan sopan dengan orang lain. Ajar mereka bersalam dan tunjuk rasa hormat kepada orang lebih tua. Didik mereka boleh dengar kata, boleh ditegur dan boleh cakap yang baik-baik. Sentiasa menyantuni orang sekelilignya.

AWAS..!! Kita sebagai role modelnya. 

3. Berdikari - Anak boleh buat sendiri urusan rutin diri tanpa minta orang lain uruskan apabila sampai tahap kebolehannya begitu. Misalnya anak boleh makan, minum, mandi dan pakai baju sendiri.

Biarkan dia buat sendiri dan belajar berdikari. Kalau ibu bapa atau cikgu yang buatkan semua, anak tidak akan pandai urus diri dan naik lemak.

Sampai dah masuk sekolah pun, ibu yang cuci kasut sekolah anak?

AWAS... Tanpa disedari kita sedang didik mereka melihat kita sebagai kulinya. 

4. Bersyukur dan berpada apa yang ada. Jangan biar anak memberontak jika tidak dapat sesuatu.  Wajib ajar anak berpada dengan apa yang ada dan tidak dimewah-mewahkan.
Zahirkan kesyukuran. 

Bukan semua yang anak nak perlu ditunaikan.

Kalau asyik bagi muka jer, bilalah dia nak belajar hidup bersederhana.
Dia tentu kelak akan memberontak bila keinginannya tidak dipenuhi. 

Bukan selamanya pun ibu bapa akan menanggung anak. 

5. Berkasih sayang dengan sesiapa disekelilingnya.
Sayang ibu..
Sayang ayah..
Sayang adik beradik..
Sayang semua orang.

Kerana nilai kasih sayang yang dipupuk itu terlalu berharga. 

InsyAllah.. 

Lets do all these....

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
HRDF Trainer
Jurulatih dan Personel Kemahiran

Tuesday, 2 February 2021

Anak suka melawan cakap?


Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak Yang Jarang Melawan Cakap Biasanya Sebab,

✅ Mak ayah selalu bagi mereka cakap sampai habis tanpa mencelah

✅ Dia tak rasa terpaksa dan jarang di desak buat sesuatu yang dia tak suka

✅ Autoriti mak ayah tinggi, jadi semua yang mak ayah cakap dia percaya sepenuhnya

✅ Dia tak pernah melihat mak ayahnya bertengkar atau bergaduh secara verbal

Tunjuk yang baik baik, anak pun jadi baik baik. InsyaAllah.

#PositiveParentingFhais



Saya terjumpa di fb saya , catatan pendek di atas yang telah dikongsikan oleh #PositiveParentingFhais, lalu saya pun bersetuju dengan semua tip  yang dikongsikan.


Saya juga mempunyai pandangan sendiri tentang anak yang jarang atau tidak melawan cakap. Sebenarnya didikan ini mesti bermula sedari awal usia anak lagi. Ketika anak diawal usia, betul kita boleh menjadi pendengar kepada permintaan atau cadangan anak. Biarkan mereka memberi pandangan atau berkata sesuatu yang mereka ingini. Tapi sangat penting juga untuk kita bertegas kena pada tempatnya.

Misalnya anak nak beli sesuatu atau anak beri pandangan idea tentang sesuatu, bukan semestinya kita kena ikut 100%. Tengok pada logik dan kesesuaian pembelian atau apa yang diminta itu. Jika memang tak perlu, tak sesuai dibeli, tak sesuai diikuti,  tidaklah perlu turuti kehendak anak. Katakan tidak dan beritahu sebabnya supaya anak faham. Kena didik juga anak ikut keputusan kita namun keputusan kita juga biarlah wajar. Ajar anak menghormati juga idea dan pandangan kita dengan sesekali ajak bincnag mengapa sesuatu keputusan itu diambil. Insyallah dengan cara ini, anak tidak akan melawan cakap kita.


Anak yang melawan cakap ibu bapa kita, hakikatnya ketika kecil perangai ini tidak nampak ketara. Jika ada pun, ibu bapa akan mengganggap sebagai gurauan dari anak sahaja. namun jika tiada langkah  bimbingan dan didikan awal yang perlu, jangan terkejut , kita tiba-tiba rasa dalam anak membesar ( di peringkat sekolah rendah tu) dia telah mula pandai melawan cakap ibu bapanya. Apatah lagi jika sudah di peringkat sekolah menengah.


Antara lain sebab anak melawan cakap ibu bapa ialah kerana sangat dimanjakan dari awal. Jarang kita nak kata 'No;, jarang ibu bapa menegur jika salah, justeru bila kian besar, sesekali ibu bapa kata ; No; , sesekali ibu bapa menegur, anak pun mula menjawab menenking lalu melawan cakap.


Betul, didik anak kena ikut zamannya. Anak zaman teknologi, maka perlu didik ikut teknologi dan viral zaman ini. Namun, tidak semua yang viral dan berteknologi itu sesuai dalam pembentukan sikap, akhlak dan peribadi anak. maka, timbang-timbangkan lah apa yang terbaik untuk anak.

Anak-anak kita bukan sekadar perlukan keperluan dalam hidup ini, bahkan hak mereka adalah untuk diberi bimbingan dan didikan yang terbaik dari kedua ibu bapanya agar kelak bila dewasa mereka menjadi anak yang sentiasa menghormati serta memandang tinggi kepada kedua ibu bapa. melawan cakap, tiada di kamus kamus otak mereka.


NOR AZURA
TRAINER & FASILITATOR ECCE

Sunday, 31 January 2021

Minat Kanak-Kanak Berkait Dengan Personaliti Mereka

NOR AZURA ISMAIL 
pnnorazuraismail@gmail.com 

Saya terjumpa di fb, satu perkongsian yang sangat menarik ini. Bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecil, fahami keperluan mengapa kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dengan sepuasnya dan bagaimana minat kanak-kanak terhadap sesuatu alat permainan dapat mempengaruhi aspek perkembangannya. 


Biarkan mereka bermain. Setiap permainan atau aktiviti berasaskan bermain yang dilakukan oleh kanak-kanak sangat memberi manfaat yang sangat besar dalam perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak. 

Jangan cakap, bila main  kanak-kanak tidak dapat belajar sesuatu pun. Jangan cakap kalau asyik main jer, bilalah anak akan pandai baca dan tulis.

Sila buka minda anda yang kelihatan cetek tentang perkembangan awal seseorang kanak-kanak. 


Sila juga buka mata anda besar-besar dan fahami dulu bahawa apa yang perlu diberi penekanan terhadap kanak-kanak di bawah 7 tahun ialah aspek perkembangan menyeluruh mereka. 

Aspek tersebut terdiri dari sosioemosi, kognitif, fizikal, kreativiti dan bahasa. 

Bukan sibuk nak pandaikan anak dengan tuisyen sana sini, sibuk dengan kelas baca yang gunakan pendekatan men stersskan kanak-kanak. 

Bukan yer... 

Biarkan meeeka bermain sepuasnya dulu dan fahami keperluan bermain, kerja hakiki setiap kanak-kanak. 


Norazura Ismail
Trainer dan Fasilitator Pendidikan Awal Kanak-Kanak 

#Copy paste artikel di bawah

Minat Kanak-Kanak Berkait Dengan Personaliti Mereka ๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป๐Ÿ‘ง๐Ÿป

1️⃣ Dinasor ๐Ÿฑ‍๐Ÿ‰
Anak yang suka mainan dinasore mempunyai daya berfikir yang kuat. Seorang yang cekap, pintar dan pantas ๐Ÿ˜ Boleh menghafal nama dinasor dengan betul ๐Ÿ˜ฏ

2️⃣ Bulldozer ๐Ÿš‚
Minat dengan mainan bulldozer mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Suka perkara lasak dan bijak berdikari. Seorang yang minat perkara teknikal dewasa kelak ๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍๐Ÿ”ง

3️⃣ Barbie Doll ๐Ÿ‘ฑ๐Ÿป‍♀️
Anak perempuan yang selalu bermain barbie doll mempunyai keperibadian yang lembut, manja dan suka melaram. Mereka juga turut minat seni dan menjadi seorang yang kreatif ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐ŸŽจ

4️⃣ Permainan Doktor ๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍⚕️
Anak yang suka permainan seperti doktor atau perubatan merupakan anak yang cepat matang. Mereka suka menolong orang dan disayangi masyarakat ๐Ÿ’•

5️⃣ Kapal Terbang ✈
Anak yang suka kapal terbang selalunya bijak dan sukakan teori. Jika diasah minat ini boleh dijadikan dunia perkapalan sebagai kerjaya ๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍✈️

6️⃣ Permainan Music ๐ŸŽถ
Anak yang meminati alat music adalah seorang yang kreatif dan minat teori. Boleh jadi akan membesar menjadi ahli musik atau pakar bidang profesional ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐ŸŽค

7️⃣ Kereta ๐Ÿš—
Anak yang minat permainan kereta mempunyai sifat ceria dan mudah mesra. Minat mereka lebih cenderung kepada bidang automotif dan mesin. Asah bakat mana tahu jadi jurutera nanti ๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍๐Ÿ”ง

8️⃣ Permainan Memasak ๐Ÿณ
Anak yang minat permainan ini mereka seorang yang penyayang, bertanggungjawab dan kreatif. Selalu berlakon menjadi mama atau chef terkenal ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ Layanlah anak bermain membuatkan mereka belajar bertanggungjawab ๐Ÿฅฐ

9️⃣ Permainan Superhero ๐Ÿฆธ๐Ÿป‍♀️
Anak yang berjiwa satria meminati mainan superhero. Mereka berjiwa besar serta minat kepada pertahanan negara dan kerja-kerja yang mencabar ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿป‍♂️

Tag papa dan kenali minat anak serta personaliti mereka ๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป❤

Credit : EddyRusdi81

Thursday, 24 December 2020

RPA aktiviti pemakanan

Bagaimanakah  anda melaksanakan aktiviti Pemakanan bersama kanak-kanak di TASKA supaya InsyAllah objektif pemakanan dapat tercapai dengan mudah? 

Agaknya kalau kita cakap, begini dengan kanak-kanak,.

"Awak tahu tak apa khasiat buah epal?" 

"buah epal ini mengandungi serat dan anti oksida.
Full stop.๐Ÿคญ๐Ÿค”

Budak-budak tu pun berkelip-kelip jer matanya pandang teacher๐Ÿ˜…๐Ÿคฃ

Agak-agaknya budak umur 3 tahun maupun 4 tahun tu, boleh faham tak, apa kebaikan makan buah epal ni jika gitu caranya kita cakap dengan kanak-kanak. 

Cam ner yer..

Apa agaknya  kesalahan yang selalu peserta buat dalam menulis  RPA pemakanan maupun dalam pelaksanaan amalinya.

Antaranya...

1. Langsung tak sebut tentang khasiat, kebaikan ataupun amalan pemakanan

2. Ada sebut pada awal permulaan aktiviti sahaja, pastu terus tak mention lagi tentang kebaikan pemakanan, sebaliknya terus lebih fokus kepada objektif yang lain.

3. Sebut dengan cara@ayat tinggi, tapi buat seolah-olah budak - budak tu faham.

He.. He..
Kita yang tua ni pun ada yang tak faham apa maksud serat dan anti oksida tu tau.. 

Awak..

Sebenarnya, untuk RPA pemakanan, objektif utamanya ialah untuk nak galakkan kanak - kanak faham dan tahu kenapa kena makan sesuatu makanan yang berkhasiat itu, untuk apa.

Jadi, bila cikgu nak terangkan kepada kanak-kanak, gunakanlah pendekatan atau cara atau bahasa yang mudah kanak-kanak faham.

Guna pendekatan yang sesuai.
Beri penekanan kepada aspek kebaikan dalam pemakanan.

***
Kenapa adik kena makan roti?
Supaya adik boleh jadi kuat dan boleh lari laju...
Macam ni...

Tunjukkan lah gambar orang yang kuat.

Tak yah lah sebut perkataan karbohidrat tu pun. ๐Ÿ˜…

Selepas beritahu tentang khasiat makanan, kenalah ada langkah pengukuhan yang lain berkaitan khasiat pemakanan tersebut...

Selepas itu.. 
Barulah cikgu boleh mula buat langkah aktiviti yang merujuk kepada gabungjalin objektif yang lain pula. 

Di akhirnya, pastikan  semula yang kanak-kanak telah faham.

Tanya semula..
Kenapa yer kita kena makan buah epal?

Kena ingat juga.. 
Paling penting adalah proses kepada aktiviti ini, bukannya hasil.

RPA berkaitan pemakanan wajib cerita tentang khasiat, kebaikan atau amalan dalam pemakanan.
Ingat tu!!

Ok..
Adakah anda faham
Wahai peserta KAP semua.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Then.... 
Inilah cabaran KAP online.

Sejauh mana peserta benar-benar faham??

Catatan,
#Norazura
Trainer and Facilitator KAP

Anak anda buta huruf?

Adakah anda merupakan 
seseorang yang terlibat dalam industri pendidikan awal kanak-kanak? 

Jika ya..., semestinya jika 
kita faham pendidikan awal kanak-kanak dari akar umbinya, kita tidak akan bersetuju jika ada individu  menyatakan bahawa.... 

Kanak-Kanak yang tidak boleh membaca pada umur 6 tahun sehingga ke  Tahun 1 itu dikatakan buta huruf.

Merepek ler...

Setiap anak tak sama kadar potensinya. Ada yang cepat dan ada yang lambat sikit kebolehan atau pencapaiannya.
Jika mereka anak yang normal, insyAllah mereka akan boleh membaca juga secara semulajadi.

Kekadang.. kita orang dewasa yang suka sangat  mengwujudkan suasana persekitaran stress  yang merendahkan nilai diri seorang kanak-kanak pada satu-satu tahap umurnya. 

Mungkin perlukan sedikit usaha dan rangsangan serta pendekatan  yang sesuai untuk kanak-kanak ini.
Sabar... 

Pleaselah...

Jangan sebut..

Kanak kanak yang tidak boleh membaca lagi itu sebagai buta huruf.

Keterlaluan ok.

Mereka kan tetap kanak-kanak.

Catatan,
#Norazura.
#TrainerandFacilitator

Esok besar nak jadi apa?

Ibu bapa versi lama.......

Selalunya, ibu bapa ini akan berkata kepada anak-anaknya..

'Belajar pandai-pandai....
'Sekolah elok-elok...,  esok.... bila besar nanti boleh jadi doktor, boleh jadi lawyer, boleh dapat gaji besar๐Ÿ˜

Namun.... 
Masa dan norma kehidupan telah merubah segalanya.

Sekarang mereka yang berpendapatan  besar bahkan ada yang dah kaya seperti yang diingini oleh para ibu bapa itu kebanyakannya yang berbisnes sendiri...
Bisnes offline/online gitu๐Ÿ˜

Bahkan.. 
Kekadang....yang power bisnesnya tu pun....., Tak pandai pun masa zaman sekolah dulu.

Nak berpendapatan besar kini..., bukan lagi semestinya punya akademik tip top semua A,..., yang penting sekali mesti rajin, mesti kreatif, yakin berani dan ada aura tersendiri untuk terus maju ke hadapan tanpa jemu.

InsyAllah... 

Moral of the story.... ๐Ÿ˜Š

Setiap anak, setiap orang ada potensinya sendiri, yang penting mahu berusaha... 

Betul tak?

Catatan,
#Norazura
#TrainerandFacilitator

Asyik bermain sahaja?

Seorang mummy bertanya kepada anaknya yang baru berusia 5 tahun.. 

"Tadi.. Kat school, adik belajar apa?" 

"Tak belajar, adik main jer.." 

"Ada belajar baca buku tak?" 

"Tak.., teacher bagi adik main jer.." 

"Aikk!
hari-hari main jer.., bila nak belajar?" ๐Ÿ™„

Mummy... 
Teacher said....
Play is one of the main ways in which children will learn a lot. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿค—

So... 
Its true dear parents and dear early childhood practitioner.. 

Bermain dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan yang baik.

Melalui bermain, kanak-kanak akan cuba menyelesaikan masalah, mereka berkawan, bersosial malah main juga dapat meningkatkan kebolehan motor halus dan motor kasar kanak-kanak.

Lagi....kanak-kanak tentu akan menggunakan bahasa bila bermain. Mereka juga akan  luahkan idea dan kreativiti serta imiginasi pelbagai hanya melalui bermain.

Children will decide..
What to play...
How to play... 

Dengan kata lain..
Dengan bermain sahaja, kanak-kanak dapat meneroka, menguji dan memperoleh  kemahiran serta pengalaman bermakna dalam keadaan yang menyeronokkan.

Tak perlulah  stress kan kanak-kanak untuk baca itu, hafal itu.. kira itu.... tulis banyak-banyak..

No worksheet please!!

Mohon jangan ada buku latihan yang asyik latih  tulis ABC, 123 dan perkataan tu jer..

Jangan asyik suruh warna gambar jer.. 

Boring weihh..

Kita pun stress nak ajar seorang kanak-kanak yang secara semulajadi memang sangat suka bermain.

Maka.. lebih baik, ajar anak sambil bermain.. 
Mainlah apa sahaja asalkan  dalam persekitaran yang selamat.

Ibu bapa jangan marah kalau anak-anak asyik nak main jer..
Biarkan dia bermain sepuasnya..
Mereka tengah belajar lah tu....

Sampai bila nak fokus main jer?

Selagi dia merupakan seorang kanak-kanak yang normal.. ๐Ÿ˜

Apakah pula peranan ibu bapa atau teacher dalam menyokong kanak-kanak untuk bermain?

Ya...

Sila sediakan dan pastikan persekitaran bermain yang kondusif.

Sediakan alat atau bahan permainan yang sesuai.

Beri kanak-kanak masa dan peluang untuk bermain.

Sediakan ruang-ruang bermain@sudut yang menarik.

Main bersama kanak-kanak.

Dan akhirnya.. berikan mereka galakan..

Bukan marah-marah bila mereka nak main.

Tapi.. Ingat tau!!
beri main handphone .. bukan dalam kategori main yang bermakna yer.. 
****

Children have a right to play!!

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dan Personel Kemahiran
TTT HRDF