Nama :
Nor Azura Ismail
Teks :
Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Entri 20
Anda
berminat untuk mengusahakan sebuah TASKA sendiri?
Adakah anda  tahu, bagaimanakah
memulakan perniagaan TASKA? 
Apakah
langkah awal yang perlu dilakukan oleh seorang bakal pengusaha TASKA? 
Apakah
langkah demi langkah yang perlu diikuti dalam proses mendaftarkan TASKA? 
Apakah
peraturan yang perlu diikuti? 
Mungkin, ini adalah sebahagian persoalan yang
timbul untuk anda yang  berhasrat untuk
memulakan perniagaan TASKA. 
Untuk
makluman , TASKA bermaksud mana-mana premis yang menempatkan empat orang atau
lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun lebih daripada satu isi rumah diterima
masuk untuk dijaga dengan upah.
Di Malaysia,
terdapat 4 kategori TASKA iaitu
TASKA di
Rumah :  diusahakan di  rumah pengusaha sendiri, bilangan kanak-kanak   tidak
melebihi 10 orang.
TASKA di
tempat kerja :  ditubuhkan
oleh majikan khas untuk kemudahan kakitangannya sendiri.
TASKA
Komuniti : Ditubuhkan
dalam komuniti dan menerima
bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
TASKA
Institusi :  Ditubuhkan
oleh individu dengan modalnya sendiri, juga disebut TASKA Swasta
Antara
keempat-empat kategori TASKA di atas, TASKA Institusi adalah TASKA yang paling
banyak dan cepat wujud serta tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Ramai orang
ingin mengusahakan  perniagaan TASKA kerana
menganggap perniagaan ini mudah ditubuhkan dan tidak perlu begitu banyak modal.
Dengan mengambil mudah perkara ini, kerana itulah di Malaysia sendiri terdapat
banyak  TASKA yang diusahakan secara
HARAM dimana ianya tidak didaftarkan dan beroperasi tanpa lessen.
Mengikut
seksyen 6 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) , semua TASKA wajib
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakt. Kegagalan mendaftar merupakan
satu kesalahan.
Untuk
anda yang ingin menubuhkan TASKA, ebook Panduan Perniagaan TASKA boleh membantu
anda. Selain TASKA Institusi Ebook ini juga turut kongsikan maklumat mengenai TASKA Rumah.
Melihat kepada potensi industri
pengasuhan di Malaysia sekarang ini, permintaan terhadap TASKA memang sangat
menggalakkan.  Berlumba-lumba individu
tertentu ingin menjalankan operasi TASKA samada TASKA institusi maupun TASKA
Rumah.  Tapi, pernahkah anda bertanya
soalan adakah anda benar-benar layak menjalankan operasi TASKA dalam keadaan
ilmu anda mengenai industri masih sedikit. Bolehkah kita sendiri jamin TASKA
yang bakal kita tubuhkan boleh berdaya saing serta mempunyai kelangsungan untuk
terus beroperasi dengan jayanya.  Cukupkan
persediaan anda?
Untuk menjadi usahawan TASKA yang
berjaya, paling penting anda perlulah mempunyai ilmu berkaitan yang mencukupi
untuk anda memulakan perniagaan anda. Anda perlu tahu setiap langkah memulakan
perniagaan ini, bagaimana menguruskan operasi TASKA dan semua yang berkaitan
dengan pengurusan TASKA serta perlu mengikut garis panduan semua agensi
penguatkuasaan berkaitan.
Jadi, sekiranya
anda  benar-benar serius untuk menubuhkan
sebuah TASKA, tubuhkanlah TASKA yang benar-benat berkualiti serta menepati
peraturan yang telah ditetapkan . Ebook Panduan Perniagaan TASKAini  membimbing
anda langkah demi langkah penubahan TASKA idaman anda dan bakal menjadikan
perniagaan TASKA yang boleh memberikan hasil yang lumayan kepada anda. Paling penting, perniagaan TASKA bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan semata, akan tetapi ianya sebuah perniagaan yang mesti boleh menyelesaikan masalah ibubapa bekerja yang ingin mendapatkan perkhidmatan penjagaan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Sebagai
panduan untuk anda, saya kongsikan carta alir proses pendaftaran TASKA oleh JKM
PRA- PENDAFTARAN
- Pengusaha mengenalpasti premis ( sewa atau beli ) dan mendaftarkan nama TASKA di SSM
 
( Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
- Konsultansi dengan PDBK TASKA Daerah tentang keperluan dan tatacara pendaftaran TASKA
 
- Pengusaha diberi surat rujukan kepada agensi teknikal, borang permohonan pendaftaran TASKA dan senarai semak pendaftaran
 
- Pengusaha melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran TASKA
 
 ***********************************
PROSES PENDAFTARAN
- Pengusaha mengemukakan borang permohonan pendaftaran TASKA dan dokumen berkaitan kepada PKMD/J/B. Dokumen permohonan yang lengkap akan diberikan slip penerimaan
 
- Pemeriksaan ke premis oleh PDBK Taska Daerah
 
- Pemohonan yang memenuhi syarat standard minimum JKM dikemukan kepada PKMN untuk kelulusan
 
- Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA dikeluarkan kepada Pemohon
 
- Pengusaha perlu menyemak Sijil Perakuan pendaftaran dan sekiranya ada pembetulan hendaklah mengembalikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh sijil dikeluarkan.
 
**
SSM –
Suruhanjaya syrikat Malaysia
PDBK –
Pegawai diberi Kuasa
PKMD/J/B
– Pejabat Kebajikan masyarakat Daerah/Jajahan/bahagian
PKMN –
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN
TASKA
1 
 | 
  
Melengkapkan borang
  permohonan Pendaftaran TASKA 
 | 
  |
2 
 | 
  
Melampirkan Sijil
  Pendaftaran Perniagaan ( SSM)  
 | 
  |
3 
 | 
  
Menyediakan pelan
  ruang lantai dan pengiraan keluasan ruang dengan kanak-kanak ( dalam meter
  persegi) 
1 kanak-kanak –
  3.4 meter persegi 
 | 
  |
4 
 | 
  
Melampirkan
  Jadual Aktiviti  harian kanak-kanak
  mengikut peringkat umur 
 | 
  |
Lahir hingga 1
  tahun 
 | 
  ||
1 tahun ke atas
  hinggan 3 tahun 
 | 
  ||
3 tahun ke atas
  hingga 4 tahun 
 | 
  ||
5 
 | 
  
Melampirkan
  jadual menu harian kanak-kanak mengikut peringkat umur 
 | 
  |
6 
 | 
  
Melampirkan
  Jadual Aktiviti Penglibatan Ibubapa 
 | 
  |
7 
 | 
  
Menyenaraikan
  senarai nama kanak-kanak 
 | 
  |
8 
 | 
  
Menyediakan pelan
  lokasi TASKA 
 | 
  |
9 
 | 
  
Menyediakan
  dokumen sokongan lain seperti 
 | 
  |
Sijil KAAK/Kusus
  asuhan PERMATA 
 | 
  ||
Resit bayaran
  penuh untuk menghadiri Kursusu Asuhan PERMATA 
 | 
  ||
Salinan Suntikan
  Tyhphim 
 | 
  ||
10 
 | 
  
Menyediakan Fi
  Pendaftaran RM250.00 ( Taska di Rumah – RM 50.00) 
 | 
  |
11 
 | 
  
Mengemukakan
  surat kelulusan daripada agensi teknikal ( Jika ada) 
 | 
  |
Pihak Berkuasa
  tempatan 
 | 
  ||
Jabatan Bomba dan
  Penyelamat 
 | 
  ||
Jabatan Kesihatan
  Daerah/ bahagian kesihatan 
 | 
  ||
Jabatan Tanah dan
  Surveu bagi Negeri Sarawk 
 | 
  
LANGKAH
DEMI LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN TASKA, semuanya ada saya nyatakan dalam ebook
Panduan Perniagaan TASKA termasuklah contoh bagaimana menyediakan dokumen pendaftran TASKA di atas.
Bagi anda yang memang berminat untuk mengusahakan TASKA anda sendiri, anda boleh dapatkan ebook ini. Tempahan ebook boleh dibuat dengan mengisi borang tempahan di bawah.
Klik pada BORANG TEMPAHAN
Bagi anda yang memang berminat untuk mengusahakan TASKA anda sendiri, anda boleh dapatkan ebook ini. Tempahan ebook boleh dibuat dengan mengisi borang tempahan di bawah.
Klik pada BORANG TEMPAHAN
Anda boleh dapatkan ebook ini dengan harga RM30
sahaja. 
Ebook Panduan Perniagaan TASKA, khas untuk bakal usahawan TASKA.Tempah segera!
**acc pembayaran:
Nor Azura Ismail
Maybank :155126919215
CIMB : 7612806903
Ebook Panduan Perniagaan TASKA, khas untuk bakal usahawan TASKA.Tempah segera!
**acc pembayaran:
Nor Azura Ismail
Maybank :155126919215
CIMB : 7612806903

Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
ReplyDeletememanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)
Buku masih available? Tatacara TASKA SAMA TAK DGN PUSAT JAGAAN ?
ReplyDelete