Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Entri : 31
Suami dan isteri sebagai satu pasukan. Saya terdengar perbincangan ringkas tajuk ini dalam radio IKIM sebentar tadi. lalu saya bercadang untuk membuat sedikit ulasan berkaitan tajuk ini.
Suami dan isteri dimana kita juga adalah seorang Ibu dan ayah iaitu tentunya terdiri dari saya dan juga anda semua, kita adalah tonggak utama kepada keluarga kita. Kita adalah nadi kebahagiaan anak-anak kita. Betul tak? Besarnya tugas, peranan dan tanggungjawab kita semua untuk memastikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kelangsungan kehidupan yang sempurna untuk setiap ahli dalam keluarga kita. semuanya ini tidak akan dapat dicapai jika tiada kerjasama daripada tonggak utama iaitu si ibu dan si ayah. Saya dan anda semua, kita sebagai suami dan isteri adalah satu pasukan yang perlu terus seiring dan bersatu hati dalam meneraju bahtera kekeluargaan yang sedang kita layari ini.
Zaman ini bukan lagi seperti dulu yang mana peranan seorang ibu dan ayah sangat berbeza, Kalau dulu seorang ibu hanya sibuk dengan urusan rumahtangga dan mengasuh anak manakala yang bergelar ayah pula sibuk dengan urusan mencari rezeki. Tetapi zaman sekarang ini, mereka yang menjadi ibu telah sama-sama keluar mencari rezeki buat keluarga. Si ibu bukan saja -saja suka nak keluar mencari rezeki tetapi tuntutan kehidupan kadang kala memaksa isteri keluar bagi membantu si suami menambahkan pendapatan keluarga.
Nak bercerita sedikit tentang seorang tugas harian seorang isteri bekerja walaupun semua orang dah sedia maklum. Dari pagi hingga petang, masa banyak dihabiskan di luar bagi membantu suami mencari rezeki. Apabila balik rumah, perlu pula menguruskan hal di rumah seperti memasak, kemas rumah, basuh baju dll termasuk juga mengurus keperluan anak-anak. Tu dia dari A ke Z, tak habis-habis tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Saya biasa terdengar ada ibu-ibu yang merunggut( saya juga, kekadang) , stress sebab penat. Tak hairanlah orang perempuan suka berleter bila menguruskan rumah dan anak-anak. Jadi sebagai satu pasukan sangatlah penting si ayah membantu si ibu tatkala di rumah. apa lah salahnya meringankan tulang membantu membuat kerja-kerja di rumah. Mungkin kalau si ibu sibuk memasak di dapur si ayah pula perlu tolong mengasuh dan mendidik anak-anak. tiada salahnya kan. Bantu mandikan anak yang kecil ke, tolong tengok kerja sekolah anak ke, atau boleh tolong lipat kain . Barulah dikatakan suami dan isteri satu pasukan dalam keluarga. bantu membantu, semua kerja senang disiapkan.
Kedua-dua pasangan suami isteri harus saling sama-sama memberi sumbangan kepada pasangan masing-masing. Perlu memahami peranan dan tugas masing-masing dalam memastikan kesejahteraan keluarga kita. Apabila ibu dan ayah boleh menguruskan keluarga dalam satu pasukan, kesan yang positif akan dapat sama-sama rasai bukan sahaja oleh suami isteri bahkan anak-anak juga. Bila kerja secara berpasukan ini, anak-anak akan dapat peluang mendapatkan ruang dan masa yang berkualiti bersama keluarga walaupun ayah dan ibu sibuk berkerja.
Mengulas antara kata-kata ustaz dalam rdio IKIM tersebut, katanya sebagai satu pasukan suami isteri perlu :
1. Elakkan perselisihan faham dalam mendidik anak-anak. Perlu banyak sabar, banyak berkorban dan fokus meluangkan masa untuk anak-anak.
2. Jangan terlalu berkira tentang siapa yang perlu buat sesuatu untuk kebaikan anak-anak. Misalnya kalau perlu datang ke sekolah untuk berjumpa dengan cikgu, boleh saja suami atau isteri sukarela untuk pergi. Jangankah asyik tolak menolak untuk hadir.
3. Jangan juga asyik berkira dalam menguruskan urusan rumah dan anak-anak.
3. Ingat ye, suami atau isteri perlu sentiasa menyokong pasangan kita. Untuk suami, rajin-rajinlah bantu isteri buat kerja-kerja di rumah. barulah isteri boleh senyum buat kerja rumah walaupun dalam keadaan kepenatan. Bukan susah pun nak ambil hati orang perempuan ni. Sesekali berilah penghargaan buat kami, bukan nak minta hadiah mahal-mahal, sekadar ucapan terimaksih pun sudah sangat memadai.
4. Paling penting juga, suami @isteri perlu sama-sama melihat kelebihan dan kekurangan anak-anak dan bersama juga memperbaikinya. Tugas mengasuh dan mendidik anak adalah tugas bersama, bukan hanya tugas ibu sahaja.
Anak-anak inilah asset kita yang utama. Kerana mereka dilahirkan bak kain putih, maka corakkan ia dengan corak yang indah-indah belaka. Kita semua sebagai ibubapa perlu sentiasa ikhlas dan fokus dalam mendidik anak-anak. Berdoalah selalu untuk anak-anak.
Untuk semua yang telah berstatus ibu dan ayah, teruskan berada dalam satu pasukan, bersama bekerjasama dan bertolak ansur dalam menerajui bahtera rumahtangga anda. Semoga saya dan juga anda sekeluarga beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat.
** Dapatkan ebook ini. PANDUAN MENDIDIK ANAK , penuh dengan pelbagai informasi berguna dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak penyejuk mata anda.
Klik PANDUAN MENDIDIK ANAK untuk tempahan
Dapatkan ebook percuma di bawah untuk setiap pembelian Ebook Panduan mendidik Anak.
No comments:
Post a Comment