Nama: Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi Peribadi & Carian Google
Sumber Teks : Kandungan Kurikulukm Pendidikan Prasekolah
Kebangsaan
#42
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pendidikan awal
kanak-kanak? Pendidikan awal kanak-kanak ialah merupakan asuhan dan didikan yang diberi
kepada anak-anak bermula sejak lahir sehingga berumur 8 tahun. Tempoh-tempoh
ini adalah masa yang kritikal bagi proses pembesaran dan perkembangan
kanak-kanak terutamanya anak dibawah 4
tahun.
Tahukah anda, apakah bentuk kaedah@cara@ pendekatan pendidikan
awal yang terbaik untuk anak-anak di usia-usia awal ini.
Tahukah anda juga bahawa konsep pendidikan awal di Negara kita
Malaysia terdiri dari 2 peringkat iaitu :
1.
Taman Asuhan Kanak-Kanak @ TASKA – berfungsi sebagai
tempat pengasuhan, penjagaan dan tempat untuk mengembangkan potensi diri anak
dalam pelbagai aspek perkembangan sementra ibubapa keluar bekerja.
2.
Tadika @ Prasekolah – berfungsi sebagai tempat
yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak
sebelum mendapat pendidikan formal di sekolah rendah.
Saya mengambil inisiatif di sini untuk kongsikan kepada anda
beberapa idea@falsafah dan pandangan
dari tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak dalam mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pandangan mereka
ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan dalam kita memberi pendidikan awal
kepada anak-anak. Juga sangat sesuai untuk para pengusaha TASKA TADIKA bagi
meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan.
Idea@ Falsafah dari Friedrich Froebel
1.
Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan
keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Ceria dan menarik.
2.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk
kanak-kanak serta tidak terlalu sempit.
3.
Kelas perlu dipenuhi dengan pemandangan,
bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai benuk yang
mudah, saiz dan warna.
4.
Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat
mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan
bahaya alam semulajadi.
5.
Di taman kanak kanak perlu dipupuk dengan
perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.
6.
Taman kanak-kanak meerupakan satu pendekatan
terhadap latihan kanak-kanak
7.
Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi
kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan
kanak-kanak.
8.
Kanak-kanak mempelajari sesuati melalui
perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.
9.
Bermain adalah penting untuk kanak-kanak.
Menekankan displin diri dan motivasi dalaman
kepada kanak-kanak.
Pembelajaran bukanlah suatu yang terpisah dan ia
saling kait mengait antara satu sama lain.
Idea@ Falsafah dari Maria Montessori
1.
Ibubapa patut diberi latihan dalam perkembangan
kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2.
Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa
paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu dan tempoh
ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak itu.
3.
Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri dengan
bimbingan yang minimum dari orang
dewasa.
4.
Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses
pembelajaran akan terus berdirkari
apabila dewasa kelak.
5.
Maklumat yang diterima melalui deria adalah
maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.
6.
Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan
pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak
7.
Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap
bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
8.
Peranan guru hanya membantu bukan memaksa atau
menentu arah pembelajaran kanak-kanak.
Pandangan Imam Al-Ghazali
1.
Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.
Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang
kuat agama dan mulia tingkahlaknya.
2.
Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adap
sopan, adap makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
3.
Didik kanak-kanak supaya memperoleh tingkahlaku yang mulia, merendah
diri, tidak berbohong, besederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang
jahat dan tidak berbangga.
4.
Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan
biasakan mereka bersenang lenang, jangan berseronok atau bemanja-manjaan
apabila bergaul.
5.
Tidak boleh keterlaluan bila mendenda
kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.
6.
Memperelok fitrah dan naluri mereka.
7.
Suruh kanak-kanak bermain kerana main dapat
menyeronokkan anak dan membantu pelbagai aspek perkembangan anak.
Pandangan Ibnu Khaldun
1.
Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara
yang susah.
2.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah
secara berperingkat. Mengadakan latih tubi, guna benda maujud dan adakan bahan
bantu mengajar.
3.
Kanak-kanak jangan dibebankan dengan
perkara-perkara di luar kemampuan mereka.
4.
Kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu diberi
contoh-contoh konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
5.
Menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu yang sesuai dengan pemikiran kanak-kanak barulah
diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
6.
Jadual pembelajaran harus disusun dnegan baik
supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang hendak disampaikan.
7.
Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang,
lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan.
8.
Masa belajar jangan terlalu panjang.
9.
Bahasa adalah asas kepasa semua kanak-kanak
semasa pembelajran. Mulai dengan menulis, membaca kemudian kaitkan dengan
makna.
Baiklah, saya telah meletakkan di sini beberapa idea,
falsafah @pandangan tokoh pendidikan awal kanak-kanak. Jadi, sekiranya ada
mana-mana idea yang sesuai dengan zaman dan perkembanagn anak-anak hari ini,
bolehlah kita ambil dan jadikan panduan dalam memberikan pendidikan awal yang
terbaik kepada anak-anak.
Kepada mereka yang berhasrat untuk menubuhkan TASKA sendiri
, boleh dapatkan ebook saya
PANDUAN PERNIAGAAN TASKA.
Dan pada sesiapa yang ingin menambahkan pengetahuan dan memperbanyakkan idea untuk permainan kanak-kanak boleh dapatkan ebook saya
50 Koleksi Idea Kreatif Permiainan Kanak-Kanak
CEPAT, DAPATKAN SEKARANG ! Klik pada BORANG TEMPAHAN ini.
Eyu yalo wo
ReplyDelete