TEKS : NOR AZURA ISMAIL
FOTO : CARIAN GOOGLE
Selalunya anak-anak yang sering menyebabkan orang dewasa yang
menjaganya merasa pening kepala dilabelkan
sebagai anak yang nakal? Betukah anak-anak ini nakal?
Apakah persepsi orang dewasa tehadap istilah nakal? Wajarkah
kita sebagai orang dewasa melabelkan anak-anak yang sedang melalui pelbagai
tahap perkembangan ini sebagai anak yang nakal?
Cuba lihat situasi di bawah ini.
Afiq adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dan
mendapat jagaan di sebuah TASKA. Afiq
seorang kanak-kanak yang memang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara
memeningkan dilakukan oleh Afiq. Apa
yang Afiq lakukan?
Afiq suka berlari, suka bergurau dengan kawan-kawan TASKA, suka
usik itu, usik ini, asyik main dan memang tak boleh duduk diam
sepanjang berada di TASKA. Ada sahaja
aktiviti yang ingin dilakukannya sendiri. Justeru itu, Afiq sering dimarahi oleh pengasuh di TASKA . Sebabnya bila pengasuh
suruh duduk diam, Afiq akan lari. Bila
pengasuh kata senyap, Afiq akan terus
buat bising. Pendek kata, Afiq akan buat apa sahaja perkara yang dia ingin tahu.
Tapi, pengasuh rasa apa yang Afiq buat memeningkan kepala. Kalau budak lain, pengasuh kata jangan lari,
mereka akan duduk diam atas tikar. Pengasuh sering membuat aduan tentang Afiq dan akhirnya malabelkan Afiq sebagai anak yang nakal.
Wajarkah melabel kanak-kanak di bawah 6 tahun sebagai nakal?
Benarkah Afiq nakal? Adakah
apa yang Afiq lakukan di TASKA dikategorikan sebagai kenakalan kanak-kanak yang perlu dirisaukan?
Jom lihat satu lagi situasi.
Kali ini kisah pengalaman anak-anak saya sendiri pula.
Ayah saya merupakan seorang usahawan yang tinggal di bandar,
maknanya ayah saya tak duduk kampong lah
di mana di rumah ayah saya, ruang untuk bermain adalah terhad.
Acapkali ke rumah
ayah, anak-anak saya selalunya akan mati kutu. Sebabnya, ayah saya tak benarkan
anak-anak berlari atau ke hulu ke hilir
dalam rumah. Nak usik barang-barang, apatah lagi, memang tak dibenarkan. Jadi,
anak-anak cuma boleh duduk diam-diam di depan televisyen atau duduk diam
bermain dengan gadget. Jika tiba-tiba
anak-anak berlari atau bergurau, ayah saya akan mula bersuara.
“ Cubalah duduk diam-diam , tengok TV tu”
“Cubalah tangan tu jangan suka usik barang atuk”
“Cubalah jangan bergurau atau bergaduh” akhirnya ayah akan sebut juga;
“Cubalah jangan nakal sangat”
Hah, kan dah terkeluar perkataan nakal dari mulut ayah saya.
Melihat situasi tersebut saya faham, mungkin sebab orang tua
seperti ayah saya rimas tengok kalau budak-budak berlari-lari dan tak boleh duduk
diam. Saya tak salahkan ayah saya, malah saya menghormati pendiriannya. Justeru
itu saya pesan pada anak-anak kalau pergi rumah atuk kena dengar cakap atuk.
Walhal kalau di rumah sendiri, hmmm ruang mana yang tak diterokai oleh
anak-anak saya yang masih kecil tu.
Dua situasi yang melabelkan anak-anak sebagai nakal. Sekali
lagi saya nak tanya, Wajarkah anak-anak
di bawah 6 tahun dilabel sebagai nakal?
Hakikatnya , kanak-kanak di bawah 6 tahun yang
sedang melalui proses dan tahap perkembangan demi perkembangan ini memang secara
semiulajadinya tidak boleh duduk diam. Kerana sifat semulajadi anak-anak ialah
ingin tahu, ingin cuba, ingin rasa, ingin meneroka, kuat berimiginasi , ingin
buat sesuatu yang baru dan ingin tahu sebab dan akibat dari sesuatu perkara.
Jadi, adalah perkara normal anak-anak di bawah 6 tahun
memang tidak boleh duduk diam. Dan
anak-anak yang tidak boleh duduk diam inilah , yang sering dilabelkan sebagai nakal inilah , sebenarnya
adalah anak-anak yang cerdik dan pintar.
Otak mereka sentiasa ligat berfikir dan ada saja idea untuk melakukan
sesuatu aktiviti. Sebaliknya anak-anak
yang hanya duduk diam adalah anak-anak
yang pasif.
Sebagai ibubapa, pengasuh, pendidik dan orang dewasa yang
lain, anda perlu berfikiran terbuka dan amat perlu belajar memahami tingkahlaku
sebenar seorang kanak-kanak. Barulah anda
boleh kendalikan mereka dengan tenang, sabar dan tidak stress.
Sya pernah terlihat satu situasi di TASKA dimana pengasuh
suruh anak-anak bersandar diam-diam di tepi dinding., tak boleh main apa-apa
pada waktu-waktu tertentu. Maka akan
terkebil-kebil lah mata si anak, terpaksa pula duduk diam kalau tidak pengasuh marah. Dalam konteks
ini, sebenarnya cikgu di TASKA tersebut telah mendera emosi anak-anak yang fitrah serta kehendaknya ialah
untuk bergerak dan bermain.
Tiada istilah nakal untuk anak-anak yang aktif dan tidak
boleh duduk diam ini. Cuma sebagai ibubapa, pengasuh atau pendidik, peranan
anda ialah untuk mengawal dan peka pada setiap tingkahlaku kanak-kanak serta anda
perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan kreatif untuk anak-anak
ini. Seperkara lagi anda perlu
menyediakan serta memastikan juga persekitaran anak-anak bermain adalah
kondusif iaitu sesuai, selesa dan selamat untuk anak-anak.
Tindakan memarahi anak-anak serta melarang anak-anak main
dan bergerak bebas adalah perkara salah yang telah kita lakukan.
Jadi, belajarlah untuk tukar persepsi anda terhadap tingkahlaku anak-anak. Sangat penting untuk anda belajar juga memahami
tingkahlaku dan jiwa anak-anak kecil ini. Jika kita tidak faham, kita akan
cepat merasa stress melihat tingkahlaku anak-anak walhal itulah tingkahlaku
semulajadi mereka.
Sekali lagi saya tekankan bahawa anak yang cerdik dari
pelbagai aspek , anak yang cerdas serta
mempunyai keyakinan diri yang positif
adalah anak yang aktif dan tidak boleh
duduk diam malah ada saja yang ingin dilakukannya.
Sebaliknya jika anak-anak tidak aktif, tidak pandai bermain
dengan kawan-kawan dan suka berkepit dengan ibubapa atau pengasuhnya adalah
perlu untuk dirangsang perkembangan
emosi dan sahsiahnya.
Justeru;
Biarkan anak-anak terus bermain.
Biarkan mereka terus berlari.
Biarkan mereka mencuba.
Biarkan mereka bebas meneroka.
Kerana itu sifat semulajadi seorang kanak-kanak.
Maka;
Jangan memarahi mereka.
Usah mencantas apa yang ingin kanak-kanak tahu.
Peranan anda cuma
Beri mereka galakan
Beri peluang.
Beri idea aktiviti yang kreatif.
Pastikan persekitaran yang
kondusif untuk anak-anak terus berimiginasi dan mengecapi keseronokan
dunia kanak-kanaknya.
Kena ingat bahawa zaman kanak-kanak hanyalah sekali seumur
hidup. Usah dinafikan hak kanak-kanak untuk merasa seronok bermain dan terus bermain.
Anak-anak anda, anak yang pintar, cergas dan bijak.
BERIKAN MEREKA PELUANG SECUKUPNYA.
NAK CARI IDEA PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK;
DAPATKAN EBOOK INI.
50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK
CUMA RM 25.
TEMPAH SEKARANG.
JADILAH IBUBAPA, PENGASUH DAN PENDIDIK YANG BIJAK DAN
KREATIF.
Klik BORANG TEMPAHAN
NAK MAHIR MENDIDIK ANAK, JOM DAPATKAN PULA EBOOK
PANDUAN MENDIDIK ANAK INI.
CUMA RM 30.
JADILAH IBUBAPA YANG MAHIR DAN CEKAP MENDIDIK ANAK-ANAK.
No comments:
Post a Comment