Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com
Foto : Carian google
TASKA merupakan suatu tempat di mana
kanak-kanak ditinggalkan sementara untuk
di jaga dan diasuh sepanjang ibubapa atau penjaganya keluar bekerja.
Begitu besar dan pentingnya khidmat dan yang disediakan oleh pihak TASKA.
Tinggi pula amanah yang perlu dipikul oleh pihak TASKA dalam mengasuh dan
mendidik anak-anak ini.
Antara perkara penting yang dapat menjamin
kesejahteraan pengasuhan dan penjagaan anak-anak di TASKA ialah amalan asuhan positif di TASKA di mana pengasuh
mengamalkan nilai asuhan yang baik atau sebaliknya.
Ibu bapa yang ingin mencari TASKA yang sesuai ,
pastinya inginkan TASKA yang berkualiti dari pelbagai aspek termasuklah dari
aspek amalan asuhan yang diaplikasi oleh pengasuh dalam tugasannya. Ibubapa
pastinya tidak tahu sejauhmana nilai yang diamalkan di TASKA di belakang
mereka. Anak2 pula tidak pandai bercerita sangat kepada ibubapa tentang
bagaimana pengasuh mengasuh mereka di TASKA. Kekadang pengusaha juga tidak tahu
sejauhmana nilai sebenar yang diaplikasikan oleh para pengasuh ketika
menguruskan anak-anak di TASKA. Adakah para pengasuh@pendidik di TASKA mengaplikasikan amalan asuhan positif di TASKA?
Pengasuh sendiri wajib mempunyai sikap yang amanah dan tahu tanggungjawab
serta peranan mereka sebagai pengasuh atau pendidik awal kanak-kanak. Walaupun
ibu bapa tidak tahu dan tidak melihat, yang
pasti, Allah melihat segalanya yang tersirat di luar dan yang tersembunyi di dalam hati.
Setiap pengasuh
perlu faham bahawa bagaimana amalan asuhan yang diterapkan di TASKA,
semuanya boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu,
sangat penting semua pendidik@pangasuh di TASKA mengamalkan nilai asuhan yang
positif terhadap anak-anak di TASKA.
Berikut adalah amalan asuhan positif di TASKA yang perlu
diamalkan oleh setiap pengasuh di TASKA. Sekiranya anda sebagai pengasuh tiada
nilai seperti ini, anda sememangnya tidak sesuai unuk menjadi pengasuh@pendidik
kepada anak2.
1 Adil
kepada semua kanak-kanak tanpa mengira rupa, latarbelakang atau kebolehan
kanak-kanak. Contohnya bila memberi pujian kepada kanak-kanak, pengasuh perlu
beri pujian kepada semua kanak-kanak. Begitu juga bila beri perhatian , jangan
hanya memilih anak-anak yang comel sahaja dan meminggirkan anak-anak yang kelihatan
kurang dari beberapa sudut. Belajar berlaku adil kepada semua anak-anak di
TASKA. Elakkan sama sekali sikap pilih kasih.
2. Memberi
sentuhan dan belaian – Tunjukkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak yang sememangnya
fitrah mereka inginkan belaian dan sentuhan daripada orang yang mengasuhnya.
Kanak-kanak di TASKA akan mudah rapat dan mesra denga pengasuh bila penngasuh selalu
beri perhatian, menyentuh , membelai dan memeluknya.
Melalui sentuhan dan belaian,
anak-anak juga akan merasa diri mereka disayangi dan dihargai.
Tinggalkan sikap suka menjerit ,
menengking dan memarahi anak-anak di TASKA.
3. Menghormati
hak dan pilihan kanak-kanak
Berikan anak-anak pilihan untuk
memilih sesuatu yang disukainya. Jangan memaksa anak-anak melakukan sesuatu
yang dia tidak mahu buat. Beri galakan dan dorongan bukan memaksa.
Contohnya mungkin pada hari itu
emosi anak terganggu dan tidak mahu membuat aktiviti yang disuruh pengasuh.
Gunakan kemahiran anda untuk menarik perhatian anak. Jangan marah dan jangan
memaksa. Biarkan mereka buat pilihan. Sama juga dengan hak dan pilihan anak-anak
untuk bermain dan terus bermain.
Usah mencantas keinginaan anak-anak
untuk bermain.
4. Menghormati
kepercayaan dan cara hidup kanak-kanak
Kanak-kanak di TASKA tentu terdiri dari
perlbagai kaum, agama, kepercyaan dan latarbelakang kehidupan. Pengasuh perklu
belajar menghormati cara hidup kanak-kanak berdasarkan latarbelakang keluarga
mereka. Contoh jika anak cina makan menggunakan sudu, biarkan ketika di TASKA
mereka turut makan sepertimana kebiasaan amalan mereka di rumah. Beri mereka
pilihan.
5. Ikhlas
dan bertimbang rasa
Mengasuh anak-anak megikut cara dan
SOP yang betul menunjukkan bahawa pengasuh ikhlas dalam kerjanya mengasuh dan
mendidik anak-anak di TASKA. Sentiasa bertimbangrasa dalam menggendalikan
pelbagai kerenah dan ragam kanak-kanak yang pelbagai di TASKA.
6. Menerima
semua kanak-kanak seadanya.
Semua kanak-kanak mempunyai potensi
yang berlainan juga tahap perkembangan yang berbeza. Ada anak-anak yang cepat
belajar sesuatu dan ada juga yang sebaliknya.
Oleh itu, pengasuh perlu melayan
anak-anak secara umum dan jangan memaksa anak-anak melakukan sesuatu di luar
kebolehannya.
Ada anak-anak yang cepat
mempelajari sesuatu dan ada juga sebaliknya. Amalan bersikap terbuka dan
memahami perkembangan kanak-kanak perlu ada dalam diri setiap pengasuh.
7.
Menunjukkan
empati kepada kanak-kanak
Menunjukkan empati atau prihatin
dan minat dengan apa yang kanak2 buat atau ingin katakan. Kanak-kanak akan
merasa diri mereka diberi perhatian dan dihargai oleh pengasuh.
8. Tidak
melabel dan menghukum kanak-kanak
Jangan melabel kanak-kanak dengan
perkataan 2 tertentu untuk mengambarkan sikap atau imej kanak-kanak. Ini
mungkin akan menyebabkan pengasuh sendiri yang mewujudkan emosi
negatif dalam diri anak-anak. Anak2 akan merasa rendah diri dan
mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Baiklah, dah tahu amalan asuhan positif di TASKA, oleh itu jika anda seorang pengusaha, pengasuh@pendidik
di TASKA, jom amalkan.
Jadikan TASKA anda TASKA yang
professional yang bakal melahirkan anak2 yang sihat, cergas, ceria, aktif serta
kreatif. Aplikasikan amalan asuhan positif di TASKA demi untuk perkembangan anak-anak TASKA yang positif.
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
Nak jemput saya memberi ceramah/bengkel keibubapaan @sebarang Training/bengkel untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;
TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com
No comments:
Post a Comment