Friday, 18 December 2015

Kerja dan upah


Catatan saya : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com



Kerja dan Upah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. apabila kita bekerja, samada bekerja dengan majikan atau bekerja sendiri, Kita memang inginkan upah dan ganjaran dari kerja yang telah kita lakukan.Bolehkah kita bekerja tanpa upah? Kalau tiada upah, bagaimana pula kita ingin meneruskan ekonomi keluarga kita? Jadi, bekerja memang untuk mendapatkan upah.

Bidang pekerjaan saya ialah pendidikan awal kanak-kanak . Dah lama saya berada dalam industri ini. Dah pelbagai pahit manis , suka , duka dan getir yang saya rasai dalam mengharungi industri ini. Walau penuh kesukaran namun saya seronok, bahagia dan masih terus bersemangat dalam mengharungi perjalanan industri ini. Seperkara lagi saya memang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang ini.

Selain dari merealisasikan minat saya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini, saya juga sentiasa berfikir bagaimana dengan minat ini, saya masih boleh menghasilkan pendapatan untuk saya dan keluarga. Dan saya memang telah buktikan, bidang ini telah banyak menyumbangkan rezeki kepada saya dan keluarga. Alhamdullillah .Semuanya atas izin dari ALLAH juga.

Kerja dan upah sepatutnya selari. Dah bekerja tentulah kita akan mendapat ganjaran dan upahnya. Namun, ada juga pengalaman paling terkesan saya dalam bidang ini, iaitu bila saya penat mencurahkan keringat dan ilmu tetapi tiada upah dan ganjaran yang saya perolehi. Memang benar saya mencurahkan usaha dan bakti kerana saya minat,  akan tetapi hakikat kehidupan masa kini, saya bekerja juga kerana inginkan upah. Seperti yang saya nyatakan tadi, kerana dengan upah itulah saya dapat memastikan kelangsungan ekonomi keluarga saya. Bila saya sibuk menggunakan kebanyakan masa saya untuk bekerja dalam bidang yang saya minati, saya perlu ingat dan perlu pastikan pelaburan masa saya untuk kerja perlulah berbaloi untuk keluarga saya.

Namun, saya pernah juga tidak diberi upah dan ganjaran atas usaha saya. Pernah dan masih lagi terhutang hingga kini. Majikan saya ketika itu, benar-benar mengambil kesempatan atas segala penat dan lelah saya. Jauh di sudut hati, benar-benar  rasa terkesan. Penat memberi sumbangan keringat, ilmu dan masa. Terzahir segala perit jerih letih bekerja namun akhirnya upah tidak diterima. Memang marah, memang rasa tak redha dengan bekas majikan.

Namun, saya ingin sekali memujuk hati. Mungkin ada hikmahnya. Bukahkah ALLAH memberi rezeki melalui hamba-hambaNYA.
Biarkanlah, itu antara bekas majikan dengan Tuhan. Saya yakin hanya Allah yang   akan memberi upah terhadap usaha saya selama ini. Saya belajar memujuk hati. Kerja adalah juga ibadah. Kerja kerana Allah jua kerana dengan kerja saya membantu suami menyara keluarga. Semoga Allah terus melapangkan rezeki saya dan rezeki keluarga besar saya . InsyALLAh.

Kepada yang pernah mengalami saat seperti saya, bekerja tetapi tidak mendapat upah, serahkan sahaja kepada Allah.
Saya masih bersama di sini untuk memartabatkan industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Kerja dan upah untuk saya , Allah jua yang MAHA Mengetahuinya.


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

No comments:

Post a Comment