Tuesday, 1 December 2015

Tip asuhan dan didikan anak


Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua;

Sedikit tip untuk dikongsikan bersama di sini, semoga dapat dimanfaatkan oleh semua ibu bapa, pengasuh dan pendidik anak-anak.

Tip 1:
TOLONG jangan suka membanding dan membezakan anak-anak kita. Kalau anak pandai sekolah, jangan telalu dibanggakan di hadapan anak lain yang kurang.
Kalau anak tak pandai sekolah., cari apa kemahiran yang mereka ada.
Ada ke anak yang bodoh? Mana ada kan, setiap anak itu dilahirkan dengan keistimewaan tertentu. Setiap anak mempunyai kepintaran yang berbeza.
Kekadang yang kurang pandai itulah yang akan menjaga kita esok.

Tip 2:
Untuk menjadi ibubapa, pengasuh dan pendidik yang terbaik, kita perlu belajar memahami dan mengenali tingkahlaku semulajadi anak-anak.
Bila kita tak faham,itu yang menyebabkan secara tidak sedar kita telah melakukan banyak kesilapan dalam mendidik anak-anak. Jadi, carilah ilmu, belajar lebih banyak mengenai pendidikan awal kanak-kanak.

Tip 3:
Jika nak suruh anak solat, anda perlu solat terlebih dulu
Jika nak suruh anak tutup aurat, tutuplah aurat anda terlebih dahulu
Jika nak anak mendengar kata, selalulah menadah tangan memohon doa.
Jika nak anak selalu baca Al-ouran amalkan baca Al-Quran selalu..
Jika nak anak yang soleh solehah, amalkan iman dan islam dalam rutin kehidupan anda


Tip 4:
Memahami tingkahlaku anak anda.
Adakah anak anda menunjukkan tindakbalas dan emosi yang berlawanan daripada kanak-kanak yang lain. Adakah anak anda mempunyai reaksi menentang, tidak selesa, marah atau menangis terhadap benda, orang atau situasi yang baharu. Tidak mahu mencuba sesuatu, cerewet, mudah terganggu emosi dan takut pada sesuatu situasi , sangat bergantung pada ibubapanya serta sering mempunyai banyak permintaan.
Jika ya, anak anda perlu dibantu dan dibimbing tingkahlakunya supaya menjadi lebih positif dan lebih yakin diri.
Jika ingin tahu bagaimana memahami dan membimbing tingkahlaku anak, anda juga perlu belajar memahirkan ilmu keibubapaan anda.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA 



Tip 5.
Wahai ibu bapa, belajarlah memahami bahawa pendidikan awal untuk anak-anak bukanlah untuk berlumba-lumba  menghantar mereka ke TADIKA supaya mereka boleh membaca di awal usia tapi berilah mereka pendidikan akhlak yang terbaik dan lihat serta galakkan potensi diri mereka dari pelbagai aspek perkembangan awal kanak-kanak.

DIDIKAN YANG TERBAIK DATANGNYA DARI TANGAN-TANGAN ANDA!!!


        Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com


No comments:

Post a Comment