Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
APA ITU TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK?
MENGAPA PERLU MEMAHAMI TAHAP PERKEMBANGAN ANAK-ANAK?
SIAPAKAH PULA KANAK-KANAK? Kanak-kanak ialah insan
yang fitrahnya sentiasa ingin belajar .Kanak-kanak telah mula belajar sejak di
dalam kandungan ibunya lagi. Mereka belajar melalui setiap tindakan ibunya
termasuklah dari perasaan ibunya.
Kanak-kanak atau anak-anak
kita akan mula belajar lebih cepat dari satu tahap ke satu tahap sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia ini. Segala
apa yang di pelajari dan dilalui melalui pengalaman anak-anak akan mula
membentuk sahsiah dan karakter serta tingkahlaku seseorang kanak-kanak itu.
Dengan kata lain apa sahaja
yang dipelajari oleh kanak-kanak sudah tentu akan mempengaruhi perkembangan anak dan akan
menjadikannya siapa dan bagaimana karektor
kanak-kanak itu apabila dia dewasa kelak.
Justeru itu, sangatlah
penting mereka yang berada di persekitaran kanak-kanak iaitu ibu bapa.,
pengasuh, pendidik dan komuniti di persekitaran kanak-kanak memahami dan mengenali
hati nurani seseorang anak dan seterusnya mengetahui tahap demi tahap
perkembangan pembelajaran seseorang kanak-kanak itu.
Mereka yang berada di persekitaran kanak-kanak juga perlu memahami
setiap tingakahlaku dan kerenah kanak-kanak, antaranya;
Fahami mengapa kanak-kanak
suka banyak bertanya;
Fahami mengapa kanak-kanak
suka mengamuk dan memberontak;
Fahami mengapa kanak-kanak
terlalu aktif;
Fahami mengapa kanak-kanak
suka usik itu dan ini,
Fahami segalanya tentang betapa unik dan istimewanya insan yang bernama anak ini.
Bila kita tahu dan faham,
barulah kita boleh menerima setiap tingkahalaku yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak. Seterusnya kita akan tahu tahap-tahap perkembanagn normal
seseorang kanak-kanak.
Dengan itu, bolehlah kita
boleh membantu anak-anak, antaranya
dengan menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran yang kondusif serta
penuh kasih sayang.
Perlu sangat untuk diingat
bahawa kanak-kanak adalah seorang individu yang mempunyai keunikannya yang
tersendiri dan sejak dia mula membuka mata , pelbagai aspek perkembanagn
kanak-kanak boleh dikembangkan dan digalakkan antaranya dari segi fizikal, emosi, rohani, sosial dan
intelek.
Mari kita fikirkan, bagaimanakah
kita sebagai orang dewasa dapat membantu mengembangkan potensi diri anak-anak,
jawapannya kita perlu belajar dan tahu tahap-tahap perkembangan yang akan
dilalui oleh kanak-kanak.
Kita samada seorang ibu bapa, pengasuh atau pendidik kanak-kanak wajib memahami tahap perkembangan kanak-kanak secara umumnya.
Dengan kata lain, kita perlu
tahu kebolehan yang harus dicapai oleh anak-anak pada usia tertentu. Dengan itu
kita dapat membantu mereka untuk mencapai potensi
yang ada dalam diri anak-anak ini mengikut tahap perkembangan dan kebolehan sedia ada mereka .
Berikut adalah aspek perkembangan kanak-kanak yang wajib kita kenal pasti;
1. Perkembangan Fizikal
2. Perkembanagan Kognitif
3. Perkembangan Sosioemosi
4. Perkembangan Kreativiti
5. Perkembangan Bahasa
Mengikut kurikulum PERMATA pula, komponen perkembangan pembelajaran untuk kanak-kanak di TASKA adalah seperti berikut;
1. Perkembangan Fizikal
2. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
3. Perkembangan Deria & Dunia Persekitaran
4. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
5. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
6. Perkembangan Kretiviti dan Estetika
Kesimpulannya, setiap ibu bapa, pengasuh dan pendidik kanak-kanak perlu memahami tahap perkembangan kanak-kanak di atas dengan bersungguh-sungguh dan seterusnya merancang aktiviti atau program yang sesuai yang dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan serta mempertingkatkan potensi dirinya secara menyeluruh dari semua aspek perkembangan yang dinyatakan di atas.
Kalau anda ingin dapatkan butiran setiap tahap perkembangan di atas, boleh lah tinggalkan emel di blog ini. Tunggu, saya emelkan EBOOK PERCUMA untuk anda.
Selain itu sebagai pengasuh dan pendidik anak-anak, tingkatkan lagi kemahiran anda dalam bidang ini. Anda boleh hadiri pelbagai bengkel mengenai pendidikan awal kanak-kanak.
Antaranya, anda boleh sertai bengkel saya SEPERTI di bawah ini.
1. BENGKEL KREATIVITI KANAK-KANAK
2. BENGKEL PENGASUHAN BAYI
3. BENGKEL RPA
4. BENGKEL PENYEDIAAN MENU KANAK-KANAK
DAN PELBAGAI LAGI.
DAPATKAN JUGA EBOOK SAYA;
HUBUNGI SAYA, NOR AZURA 016 7235080 /019 2115642, untuk keterangan lanjut.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
pn.. ad lgi free ebook? ceeceey01@gmail.com
ReplyDeletesurianti95.akib@gmail.com
ReplyDeletehalimaton.bahari23@gmail.com
ReplyDeletevaishakgee0503@gmail.com
ReplyDeleteellbie01@yahoo.com
ReplyDelete