pnnorazuraismail@gmail.com
Andakah anda bercadang memulakan bisnes TASKA dan anda ingin tahu tip mula bisnes TASKA ini?
Mengapa perniagaan TASKA menjadi pilihan anda?
Mungkin, antara perniagaan yang paling mudah dan cepat untuk dijalankan ialah Perniagaan TASKA atau TADIKA berbanding dengan perniagaan-perniagaan lain.
Baru-baru ini, terdapat beberapa individu yang menghubungi saya sambil menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan TASKA. Kebanyakan mereka masih bekerja dan bercadang untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan TASKA sebagai kerjaya baru mereka. Lalu mereka menghubungi saya untuk mendapatkan tip mula bisnes TASKA ini.
Benarkah anda serius untuk mula bisnes ini dan ingin dapatkan tip mula bisnes TASKA ini?
Terus terang, saya sendiri dah lalui perit getir perniagaan TASKA ini dan sememangnya perniagaan TASKA merupakan perniagaan yang penuh cabaran sebab anda berurusan dengan manusaia dan anda menjaga nyawa seorang kanak-kanak.
Kebanyakan yang menghubungi saya dan berhasrat mula bisnes TASKA, tiada pengalaman dalam industri pendidikan awal kanak-kanak tetapi kerana melihat perniagaan TASKA tumbuh bak cendawan, maka mereka berkobar-kobar memulakan bisnes ini.
Tak salah menceburkaan diri dalam industri TASKA ini. Tapi, pastikan ilmu pengetahuan serta kemahiran anda mencukupi untuk anda bergelar sebagai usahawan TASKA yang berjaya lagi professional. Dapatkan dulu tip mula bisnes TASKA ini supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.
Penting, ketahui dulu secara mendalam mengenai pelbagai aspek berkaitan perkembangan kanak-kanak seawal 2 bulan.
Penting untuk anda fahami langkah-langkah dan peraturan yang perlu diikuti dalam proses pendaftaran dan perlesenan TASKA.
Kenyataannya ramai sekali yang ingin atau telah memulakan bisnes TASKA, tapi ilmu dan pengalaman mengenai pendidikan awal kanak-kanak tidaklah seberapa. Kenyataaannya juga ramai sekali yang memulakan perniagaa TASKA tanpa mengetahui selok belok pendaftaran dan perlesenan TASKA. Kesannya mereka jalankan juga operasi TASKA tanpa didafrtarkan .
Nasihat saya, dapatkan serba sedikit dulu tip mula bisnes TASKA ini. Bagaimana anda boleh dapatkan tip mula bisnes TASKA? Cari dan cari serta usaha.
Anda memang berhak memulakan perniagaan TASKA apatah lagi jika anda memang mempunyai modal yang mencukupi. Hendak memulakan bisnes TASKA memang mudah sahaja, sesiapa sahaja boleh menjalankannya.
TETAPI, ingatlah, produk kepada perniagaan TASKA bukanlah benda yang maujud tetapi ia lebih kepada sejauh dan seikhlas mana perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan yang telah anda beri dan terapkan dalam diri anak-anak, itulah hasil perniagaan TASKA anda.
Justeru itu, sangatlah penting ilmu dan kemahiran digabung bersama bagi memberikan perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan yang benar-benar berkualiti di TASKA yang ingin anda tubuhkan.
Jika anda serius memulakan perniagaan TASKA, sebagai muqadimmahnya anda boleh mula mendapatkan EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN TASKA ini dan dapatkan tip mula bisnes TASKA anda dalam EBOOK ini.
JUGA BOLEH DAPATKAN EBOOK di bawah, untuk menambahkan ilmu dan kemahiran pendidikan awal kanak-kanak
RM 20 - Langkah-langkah mengikut prosedur dalam mengendalikan aktiviti dan rutin harian operasi TASKA
HUBUNGI SAYA.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
No comments:
Post a Comment