EBOOK RANCANGAN PELAKSANAAN TASKA (RPA) ini telah lama saya rancang
untuk dihasilkan dalam bentuk ebook softcopy ini. Alhamdullillah, dengan izin
ALLAH, berkat ketekunan dan kesungguhan saya sendiri walaupun terpaksa
merintangi hari demi hari yang sibuk dengan pelbagai cabaran, akhirnya ebook
ini dapat disiapkan juga. Saya dedikasikan ebook Rancangan Pelaksanaan TASKA (RPA) ini untuk semua
pendidik di TASKA. Ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa yang berminat untuk
mengetahui tahap-tahap perkembangan anak-anak dan aktiviti yang sesuai
dijalankan untuk mereka.
Apakah
itu Perkembangan Pembelajaran Kanak-kanak?
Tahukah
anda bahawa potensi perkembangan pembelajaran seseorang kanak-kanak bermula
sejak awal kanak-kanak dilahirkan lagi, malah ketika di dalam kandungan lagi.
Proses pembelajaran seseorang kanak-kanak bukanlah juga hanya menjurus kepada
sesuatu yang berbentuk akademik sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan aspek
dalam perkembangan kanak-kanak. Dengan kata lain, sepanjang menyusuri hari-hari
awal usianya, kanak-kanak belajar pelbagai perkara dan benda baru. Uniknya,
kebanyakan yang dipelajari oleh kanak-kanak diperolehi hanya melalui bermain.
Bermain merupakan kerja hakiki dan sebahagian dari kehidupan normal seseorang kanak-kanak.
Pada
peringkat awal, kanak-kanak mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan inteleknya.
Pada ketika ini. sangat penting kanak-kanak mendapat pendedahan pembelajaran
mengenai kehidupan secara holistik atau
menyeluruh.
Personaliti
dan sahsiah kanak-kanak terbentuk sejak dari dalam kandungan ibunya lagi. Personaliti
dan sahsiah diri kanak-kanak dapat dikembangkan dan menjadi lebih positif lagi
sekiranya kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang betul daripada
orang dewasa dan juga persekitarannya.
Perkembangan
awal kanak-kanak bukanlah bermaksud pendidikan awal yang berbentuk akademik
semata iaitu memastikan anak-kanak cepat pandai membaca , menulis dan mengira
di awal usia. Sebaliknya pendidikan awal kanak-kanak adalah satu bentuk
pendidikan yang menekankan aktiviti yang antaranya bagi mencapai
perkara-perkara berikut :
1. Membina
emosi dan sahsiah diri yang sihat dan stabil serta positif dalam diri
kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti yang berkait dengan tahap Perkembangan
Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian kanak-kanak.
2. Menjadikan
kanak-kanak pandai bersosial dan bergaul dengan baik serta positif bersama
rakan-rakan sebayanya.
3. Membimbing
kanak-kanak agar boleh menggunakan bahasa percakapan yang baik, mempunyai
keyakinan diri ketika berbual dan berkomunikasi dengan rakan sebaya atau dengan
orang dewasa melalui Perkembangan
Bahasa, Kominikasi dan Literasi Awal.
4. Menanamkan
pengetahuan dan memberi bimbingan terhadap cara pemakanan yang sihat di
kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti perkembangan yang dapat membimbing
kanak-kanak memilih menu makan yang baik lagi berkhasiat.
5. Membina
hubungan positif dengan sesiapa sahaja
di persekitaran kanak-kanak.
6. Memberi
peluang kepada kanak-kanak meneroka, mencuba dan merasai pelbagai pengalaman
dengan dunia persekitarannya melalui pebagai aktiviti yang menarik dan
menyeronokkan bagi menggalakkan
Perkembanagan deria dan Pemahamana Dunia Persekitaran kanak-Kanak.
7. Mendidik
kanak-kanak supaya boleh berdikari
seawal usia 3 – 4 tahun lagi dengan memberi peluang kepada kanak-kanak
menguruskan keperluan biasa diri sendiri
seperti mandi sendiri, pakai baju dan kasut sendiri serta mengemas barang
permainan selepas bermain.
8. Menjadikan
kanak-kanak seorang yang aktif, cergas dan sihat serta menguatkan perkembanagan
moto kasar dan moto halus kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti berkaitan Perkembangan
Fizikal kanak-kanak.
9. Membantu
kanak-kanak berfikir mengenai sebab dan akibat kepada sesuatu dan meningkatkan keupayaan kanak-kanak mnenumpukan perhatian
bagi merangsang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik kanak-kanak.
Memberi
peluang kanak-kanak menghayati, menikmati dan menyusuri dunia awal kanak-kanak
mereka melalui pelbagai aktiviti yang kreatif, ceria dan menarik.
Pada
dasarnya. perkara-perkara di atas
menunjukkan bahawa pada peringkat awal kehidupan kanak-kanak apa yang penting
ialah menggalakkan tahap-tahap perkembangan menyeluruh kanak-kanak dalam
pelbagai aspek perkembangan pembelajaran yang dapat membantu mereka melalui
kehidupan dengan mudah dan lebih bermakna di hari seterusnya mereka menempuh pengalaman
kehidupan sebagai seorang kanak-kanak.
Perlu
diingat bahawa sememangnya kanak-kanak
sentiasa ingin belajar mengenai sesuatu yang baru dalam kehidupannya. Dan
hakikatnya kanak-kanak belajar melalui bermain. Kanak-Kanak main apa sahaja
yang disukainya tanpa mengetahui sebab dan akibat. Maka peranan pendidik ialah
untuk merancang dan mengendalikan aktiviti yang menyeronojkkan (persis seperti
bermain) untuk kanak-kanak. Seorang pendidik perlu memahami setiap tahap
perkembangan dan tingkahlaku semulajadi kanak-kanak. Pelbagai aktiviti yang
dijalankan di TASKA khasnya secara tidak
langsung dapat membantu merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan
tidak hanya pada aspek-aspek tertentu sahaja.
JOM, dapatkan Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA) supaya anda sebagai pendidik di TASKA boleh menulis perancangan aktiviti yang baik untuk anak-anak di TASKA anda.
RPA TASKA ini adalah dalam bentuk ebook.
Setiap tempahan, perlu dibuat bayaran terlebih dhulu melalui acc
Nor Azura Ismail
MAYBANK 155126919215
CIMB 7612806903
HARGA EBOOK : RM40.00
Nyatakan nama, alamat dan emel anda.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
Tolong hubungi sy
ReplyDelete