Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Penyediaan dan pemberian makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah antara aspek penting dalam bab pengendalian makanan kanak-kanak di setiap TASKA yang beroperasi. Mengikut Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) di bawah peraturan TASKA 2012 ada menyatakan bahawa:
pnnorazuraismail@gmail.com
Penyediaan dan pemberian makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah antara aspek penting dalam bab pengendalian makanan kanak-kanak di setiap TASKA yang beroperasi. Mengikut Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) di bawah peraturan TASKA 2012 ada menyatakan bahawa:
Jadual makan;
43 1) Pengusaha, pengurus atau
penyelia,mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan jadual makan
bagi kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak.
2) Jadual makan hendaklah disediakan
mengikut:
a. Skala diet yang dinyatakan
dalam Jadual Keempat dan
b. Kaedah penyusuan yang
dinyatakan dalam Jadual kelima
Secara umumnya jadual menu makan kanak-kanak di TASKA dan cara pemberian
makanan perlulah merujuk juga kepada Piramid Pemakanan Malaysia (Kementerian
Kesihatan Malaysia KKM, 2012) di mana ia memberi panduan untuk mengimbangi
pengambilan makanan setiap hari. Piramid pemakanan ini juga turut menyatakan apakah jenis
makanan yang sesuai dan perlu diambil oleh kanak-kanak bagi memastikan tahap
perkembangan kanak-kanak senatiasa dalam baik dan positif. KKM menyediakan pelbagai
panduan pemakanan bagi membolehkan pihak TASKA mematuhi prosedur penyedian dan pemberian
makanan kepada kanak-kanak. Ini untuk memastikan hanya makanan yang diperlukan
untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak serta makanan yang berkhasiat
sahaja dibenarkan disediakan di TASKA.
Sebarang makanan yang tidak berkhasiat perlu dielakkan sama sekali di
TASKA.
Antara yang dimaksudkan dengan makanan yang tidak berkhasiat ialah semua
jenis makanan ringan, makanan segera dan makanan sejuk beku serta bahan-bahan
masakan yang mengandungi perasa, pewarna atau pengawet makanan.
Kumpulan makanan yang tidak berkhasiat seperti yang dinyatakan adalah
makanan yang tidak dibenarkan sama sekali di sediakan di TASKA. Pemberian makanan tidak berkhasiat ini dapat
mengganggu perkembangan kanak-kanak di samping ia turut menggalakkan minat dan
kecenderungan kanak-kanak terhadap makanan yang tidak berkhasiat dalam jangka
masa yang panjang. Justeru iu pihak TASA
perluah ada pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan dan pemberian makanan
kepada kanak-kanak di TASKA. Dengan kata
lain, individu yang berkhidmat di TASKA perlulah peka terhadap apa yang boleh
disediakan dan apa yang tidak boleh disediakan di TASKA. Pihak TASKA juga mesti boleh menerangkan
sebab-sebab mengapa sesuatu makanan itu tidak dibenarkan disediakan dan diberi
kepada kanak-kanak di TASKA.
Makanan ringan atau yang dipanggil junk food misalnya boleh memudaratkan
kerana ianya mengandungi karbohdrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan
kadar tinggi di samping rendah atau tiada langsung bahan serat , protin dan
zat-zat yang diperlukan dalam tumbesaran kanak-kanak. Kandungan bahan perasa
dan pewarna yang boleh merbahaya kepada kesihatan kanak-kanak dalam jangka masa
yang panjang turut ada di dalam makanan ringan.
Kesan yang nyata dari keburukan makanan segera seperti junk food itu juga tentunya turut beri
kesan terhadap tahap perkembangan pembelajaran kanak-kanak samada di TASKA atau
ketika berada di rumah sendiri.
JOM, PASTIKAN ANAK-ANAK KITA HANYA DIPERKENALKAN DENGAN MAKANAN YANG BERKHASIAT SAHAJA YA..
#Pakar Pengajar Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
LAIN-LAIN EBOOK:
RM 20
JOM, PASTIKAN ANAK-ANAK KITA HANYA DIPERKENALKAN DENGAN MAKANAN YANG BERKHASIAT SAHAJA YA..
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
HUBUNGI SAYA DI 0167235080
No comments:
Post a Comment