Tuesday, 29 August 2017

Hukum anak bila dia bersalah


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Hanif adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun. Dia seorang anak yang agak agresif dan suka melawan bila dimarahi oleh ibunya.  Kekadang bila situasi itu berlaku di depan orang lain, kelihatan Hanif seperti seorang anak yahg kelihatan ‘kurang ajar’ kepada ibunya.  Umur yang masih muda, adakah hanif memahami keburukan tingkahlakunya itu?

Kenapa anak-anak kekadang agak agresif, sukar ditunjuk ajar dan kekadang seperti melawan?
Jawapannya, mungkin  ada ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga tidak mahu menghukum walaupun anak melakukan kesalahan.
Semasa anak awal usia sekitar 4 hingga 7 tahun, jika anak buat nakal , ibu bapa biarkan sahaja dan tak tegur pun.  Dalam erti kata lain, anak ini buat nakal tetapi ibu bapa buat tak kisah sahaja.  Misalnya lah ibu bapa bawa anak ke rumah orang, anak itu usik itu, usik ini tetapi ibu bapa tak tegur pun kenakalan anaknya.  Tentunya lah tuan rumah yang melihat, bagai nak gugur jantung memandang kenakalan anak tersebut.

Bila anak telah dewasa sikit sekitar 8 ke 10 tahun, bila anak buat salah, pun ibu bapa tidak  marah. Sebab rasa tak sampai hati nak beri hukuman. Manjakan anak sehinggalah apa yang anak buat boleh cover begitu sahaja.

Ada ibu bapa menyangka de­ngan membiarkan anak bebas melakukan apa saja, ia boleh membantu perkembangan anak tetapi ini tidak begitu tepat kerana anak juga perlu diajar sikap bertanggungjawab, berdisplin dan mematuhi peraturan apatah lagi jika anak telah faham arahan. Jika melakukan kesilapan mereka perlu diberi dihukum dengan sewajarnya mengikut umur mereka.

Jika tidak diberi hukuman, dan dibiarkan begitu sahaja, kesannya, anak-anak akan tidak  dengar cakap dan jadi agak agresif  apatah lagi bila di depan orang lain.  Ditegur pun tak ada respon positif. Nakal dan kekadang seperti raja.  Manjanya pun terlebih-lebih. Pantang dimarah, mesti melawan dan baling-baling barang.  Semasa kecil, bolehlah diterima lagi iika melawan cakap. Namun , bila sudah dewasa, bagaimanalah ya.?

Sepatutnya, dalam mendidik anak-anak dari kecil  ibu bapa perlu bertindak tegas tetapi adil. Tegas bermaksud ibu bapa tidak terlalu mengalah kepada anak dan membiarkan mereka bermaharajalela tanpa kawalan dan kesan akibat kelakuan mereka.  Anak-anak perlu didisplinkan dengan peraturan dan diajar apa yang boleh buat serta apa yang tidak boleh buat.  Ibu bapa perlu maklumkan bentuk hukuman yang anak-anak akan  terima jika tidak ikut aturan yang ditetapkan.

Jika anak melakukan kesalahan, ibu bapa juga perlu dengar penjelasan dari anak, beri peluang dia bela diri sebelum member hukuman setimpal.  Jadi anak akan tahu yang dia telah bersalah. Sebarang hukuman kepada anak dilakukan penuh berhemah, rasional dan mengambil kira bentuk kesalahan serta umur anak.


Anak-anak perlu belajar melalui kesilapan yang telah di buat dan berjanji tiadak ulangi lagi.  Jangan terlalu menangkan anak yang berbuat salah.  Akibatnya nanti, anak akan sentiasa rasa dia betul dalam apa sahaja yang dilakukan,serta sukar mendengar nasihat.   Dengan kata lain, manjakan anak berpada-pada.  Memanja jangan sampai membina imej negatif dalam diri anak.  Jadilah ibu bapa yang memberi contoh teladan terbaik kepada anak-anak.




Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          








RM 40     / RM 30





No comments:

Post a Comment