Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Ucapkan Alhamdullillah.
Berikan penghargaan kepada setiap anak.
Dunia dan sesi persekolahan anak-anak. Adakah anak-anak di bawah 12 tahun misalnya faham mengapa mereka perlu ke sekolah dan apakah matlamat yang perlu mereka capai? Adakah anak-anak ini telah matang memikirkan kerjaya di masa depan?
Setiap hari anak-anak ke sekolah mengendong beg yang berat, menyusuri sepanjang siang hari dengan pelbagai program pembelajaran.
Kemudiaanya, mereka perlu pula menduduki sesi peperiksaan samada di peringkat sekolah atau peperiksaan yang besar dalam negara.
Anak-anak berjuang...
Anak-anak berkorban...
Segala keriangan dan masa bermain sebagai kanak-kanak...
Lalu, apabila keputusan sesuatu peperiksaan diumumkan.....
Ringankan lidah, ucapkan tahniah, berikan penghargaan kepada setiap anak.
Lalu, apabila keputusan sesuatu peperiksaan diumumkan.....
Ringankan lidah, ucapkan tahniah, berikan penghargaan kepada setiap anak.
Semua anak telah berjaya. Hakikatnya, tiada yang gagal kerana biar apa pun yang tertera di atas sekeping kertas itu, mereka sebenarnya ingin membuktikan sesuatu. Cuma, kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tidak nampak apa yang tersirat di sebalik satu-satu keputusan peperiksaan. Anak-anak telah cuba memaklumkan kita sesuatu.
Belajarlah menjadi ibu bapa yang peka. Berikan penghargaan kepada setiap anak.
Ucapkan tahniah kepada setiap anak yang menerima kertas tersebut. Tak kira walau apa pun keputusan yang mereka perolehi walau tiada A sekali pun , hargailah setiap anak sama rata sama adil.
Ketahuilah, sekadar yang tertera di atas sekeping kertas hanyalah gambaran pencapaian akademik sahaja. Ia bukan sama sekali ukuran kejayaan menyeluruh anak-anak. Hakikatnya setiap anak adalah berbeza.
Berderet A sekali pun , tidak menjamin anak menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.
Tiada A sekali pun, bukan alasan anak untuk tidak menjadi insan yang berjaya kelak.
Semuanya adalah bergantunh kepada sikap dan apa yang sedia ada dlam jiwa anak-anak.
Setiap anak adalah individu unik yang berjaya dari pelbagai perspektif yang berbeza. Setiap anak adalah hebat dan kehebatan itu ada di dalam diri mereka sendiri.
Sekiranya memang disedari anak-anak tidak mampu cemerlang dalam akademik, cubalah intai-intai sesuatu yang unik yang hanya tunggu masa untuk digilap dengan sokongan dan galakan dari ibu bapa. Sedarilah. Oleh itu, sekali lagi, ucapkan tahniah dan hargai setiap anak.
Pengalaman lalu menunjukkan keputusan peperiksaan bukanlah bukti utama kecemerlangan anak di masa akan datang. Anak yang bakal berjaya ialah anak yang kreatif, tekun, berdikari dan rajin berusaha serta memiliki suatu potensi yang perlu digilap sedari kecil lagi.
Ubahlah minda dan persepsi kita sebagai ibu bapa , sebagai pendidik. InsyAllah, doa kan yang terbaik untuk mereka.
Ubahlah minda dan persepsi kita sebagai ibu bapa , sebagai pendidik. InsyAllah, doa kan yang terbaik untuk mereka.
Bagusnya bila tahun ini tiada lagi diadakan majlis pengumuman anugerah secara besar besaran bagi pelajar berderet A pada hari pengumuman keputusan peperiksaan. Saya melihat ini suatu langkah yang baik dalam dunia pendidikan.
Ucapkan tahniah kepada semua anak-anak yang menerima keputusan peperiksaan mereka.
SIAPA SAYA?
Nama : Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************
Produk EBOOK & perkhidmatan
yang saya tawarkan :
Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)
PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan
TASKA TADIKA
Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA
Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan
** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di TASKA **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA
RM 20
Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya
Terus hubungi saya 016 7235080 / 019 2115642
No comments:
Post a Comment