Monday, 8 January 2018

Kerana merotan murid...

Sedihkan....

Bila mendengar ada kisah guru didakwa atas kesalahan memukul anak murid, seperti halnya kisah Cikgu Azizan baru-baru ini. Tetiba muncul pula kisah seorang guru lagi,  Cikgu Idzahril, atas kesalahan yang sama, kali ini telah pun siap didakwa dan sedang dibicarakan di mahkamah.
Tragis juga kisah ini kerana seorang pendidik yang selama ini menabur bakti mendidik anak bangsa,  tiba-tiba terpaksa merengkok seketika di dalam lokap bersama para penjenayah yang lain. Terpaksa pula bergelumang perasaan melalui coretan hitam dalam hidupnya hanya kerana  menjadi guru yang ingin mendidik.

Sedihkann...
Adakah??
Anak-anak kini sudah tidak boleh dirotan lagi. Usahkan anak murid, anak sendiri pun tidak boleh dirotan lagi, silap haribulan ada yang buat laporan polis.

Jadinya, bagaimana?
Mungkin definisi rotan itu,  perlu lebih diperjelaskan lagi, .tahap mana yang boleh dan tahap mana yang tidak boleh.
Atau, sememangnya tidak boleh dirotan sama sekali.

Apakah kesan kepada anak-anak ini nanti, apabila mereka tersalah...adakah kita hanya senyum memerhati sambil beri nasihat, atau biarkan sahaja.
Ah! Lantaklah mereka nak jadi apa.
Mungkinkah itu bicara kita kelak.

Teringat cerita yang dimaklumkan oleh seorang pelajar, katanya.....
Di kawasan asrama tempat dia tinggal, persekitarannya sangat menakutkan. Bukan sebab ada hantu, tetapi katanya ada di kalangan kawan-kawannya yang mengambil dadah dan ramai pula yang sosial melampaui batas pergaulan.  Perempuan lelaki bebas keluar malam,  tidur sebilik tanpa rasa malu dan bimbang. Lepak sana sini tanpa tujuan.

Di manakah maruah anak-anak muda kini? Takut memikirkan nya? Adakah ini kerana kesan  dari anak-anak yang tidak boleh dijentik apatah lagi dirotan.
Apakah peranan kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa?

Berapa ramai lagi anak-anak muda yang akan hanyut dalam dunia keremajaannya?

Sedihnya memikirkan mereka.
Semoga Allah memelihara dan melindungi anak-anak kita, biar di mana pun mereka berada.
Amin.

Kata ilmuan, pendidikan yang utama ialah  pendidikan akhlak.

#Norazurapakarpengajardpin

No comments:

Post a Comment