Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Aliran kemahiran, satu pilihan.
Halatuju bidang pembelajaran pilihan anak-anak masakini
Halatuju bidang pembelajaran pilihan anak-anak masakini
Zaman dan masa telah berubah. Sealiran itu, cara ibu bapa berfikir juga harus berubah 100% dalam memastikan jenis pendidikan dan laluan kerjaya yang terbaik untuk anak-anak yang sedang meningkat dewasa ini.
Memang betul, ibu bapalah paling berhak memutuskan sesuatu yang dirasakannya sendiri baik untuk masa depan anak,-anak. Namun, zaman ini bukan zaman memaksa anak-anak mengikuti sesuatu yang dihajati oleh ibu bapa semata.
Zaman ini bukan segalanya perlu berkait dengan pencapaian akademik semata. Anak~anak generasi Y dan Z ini adalah anak~anak yang berhak diberi pilihan arah tuju masa depan pilihan mereka.
Peranan ibu bapa adalah sebagai pembimbing bukan pembuat keputusan mandatori. Samada anak~anak ingin dan sesuai meneruskan bidang pembelajaran akademik atau memilih mana-mana aliran kemahiran@ teknikal@ vokasional, lihat pada potensi diri dan minat anak~anak ini.
Galakkan mereka belajar setinggi mana yang boleh jika anak-anak memang mampu menguasai pendidikan akademik dalam sesuatu bidang.

Sebaliknya, bantulah anak melebarkan minat dan potensi diri mereka jika memang benar mereka nampak terserlah dalam sesuatu kemahiran itu. Tak rugi pun mengilap potensi yang ada dalam diri anak-anak kita. Yang nak belajar atau yang nak melakar masa depan bukan ibu bapa tetapi anak-anak.
Ibu bapa jangan rasa segan atau malu untuk sebut atau bercerita yang anaknya sedang mengikuti program tertentu di mana-mana kolej kemahiran . Ibu bapa kena belajar buang sikap hanya rasa bangga untuk sebut anak sedang belajar di Universiti. Samada belajar di U atau belajar kemahiran, berikan mereka galakan dan dorangan berterusan yang menepati potensi diri mereka.
Realitinya, belum tentu yang keluar U itu dapat meneruskan kerjaya bidang mereka dengan selesa dan mudah.
Tapi anak- anak yang berjaya menggarap sesuatu kemahiran itu, anak- anak yang tahu dan boleh buat kerja itu, insyAllah mereka yang lebih mudah mendapat pelbagai peluang kerjaya yang baik.
Apapun, sekadar pandangan peribadi saya, hidup untuk berjaya bukan sekadar perlu ada ilmu tetapi paling penting perlu memiliki sesuatu kemahiran dan boleh buat kerja dengan baik.
Sudah sampai masanya, perlu lah membina keterampilan ,( tahu dan boleh buat) dalam menguasai sesuatu bidang.
Semoga minda ibu bapa masa. kini lebih terbuka dan positif dalam menentukan arus pembelajaran yang perlu dikuti oleh anak- anak.
InsyAllah, DIA lah yang memudahkan segalanya.
InsyAllah, DIA lah yang memudahkan segalanya.
Aliran Kemahiran antara pilihan terbaik.
Sijil Kemahiran Malaysia dan
Diploma Kemahiran Malysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak.
Terbaik.
Sijil Kemahiran Malaysia dan
Diploma Kemahiran Malysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak.
Terbaik.
Tiada salah dan tiada perlu pandang rendah.
Aliran kemahiran , satu pilihan juga.
#Pakar Pengajar Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
LAIN-LAIN EBOOK:
RM 20
Aliran kemahiran , satu pilihan juga.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
RM 40 / RM 30
HUBUNGI SAYA DI 0167235080
#Norazuraskmpractitioner
No comments:
Post a Comment