Thursday, 12 July 2018

Panduan SKM Childcare

Bincang bual.
Ada orang bertanya kepada saya, apakah itu SKM DKM melalui Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (PPT) bagi bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Lalu, saya terangkan.
Ia adalah satu bentuk persijilan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),  yang memberi  pengiktirafan kepada  mana-mana individu layak  dalam industri berkaitan, di mana individu tersebut perlu membuktikan pengalamannya  menepati standard keterampilan dalam persijilan ini.

Persijilan ini juga membolehkan seseorang yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian sebelum ini untuk  memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini.

Justeru itu,
Berapakah minima tahun pengalaman yang diperlukan yang menjadi pra syarat kelayakan  bagi memohon persijilan ini?

SKM - 3 tahun
SKM DKM - 5 tahun.

Memandangkan kini, begitu ramai sekali individu yang berlumba-lumba bagi mendapatkan persijilan ini,
Jadi, pastikan mana-mana individu yang layak, benar-benar menepati tahun pengalaman yang ditetapkan.
Jangan tipu-tipu ya.
Pastikan juga anda benar-benar memahami perjalanan  persijilan ini.

Ini bagi memastikan tahap kualiti persijilan SKM DKM  ini sentiasa terpelihara.

Bagi yang layak memohon, jangan risau, anda akan dibimbing oleh personel lantikan yang diiktiraf dalam  melalui sesi ini sehingga anda berjaya memperolehi SKM DKM.

Alhamdullillah, dengan adanya pengiktirafan seperti ini, mudahan industri ini akan lebih meriah dengan ramai pengiat industri yang memiliki keterampilan yang diiktiraf.

#Norazuraskmpractirioner
#Norazurapersonelkemahiran

No comments:

Post a Comment