Thursday 31 January 2019

Ciri-ciri TASKA berkualiti

Oleh:Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com 


Adakah anda sedang mencari TASKA untuk asuhan anak.
Apakah ciri-ciri TASKA yang berkualiti?
Bagaimana pilihan anda?


Oleh kerana banyaknya kedengaran cerita kurang enak tentang anak yang di hantar ke premis tertentu untuk dijaga.
Makanya..
Jika bercadang menghantar anak ke TASKA atau mana-mana institusi asuhan,  ibu bapa perlulah betul-betul buat survey lebih awal.
Tengok dan pastikan, adakah premis tersebut berdaftar, lihat siapa dan keterampilan pengusahanya, selidik siapa pendidik@pengasuhnya, adakah pengasuh2 ini telah mengikuti kursus wajib.
Tidak cukup telah ada kursus sahaja.. 


Adakah mereka pengasuh yang berkemahiran?
Adakah telah dijamin kesihatan fizikal dan mental para pengasuh ini.
Lihat pelaksanaan aktiviti yang dijalankan, apakah konsep yang diterapkan dalam modul aktiviti di TASKA.


Tentunya mesti...
Pastikan ada konsep bermain di TASKA. Lihat ruang-ruang aktiviti bermain dan peralatan serta bahan yang disediakan. Adakah semua yang disediakan dapat membantu menggalakkan perkembangan menyeluruh anak-anak.
Pastikan tahap keselamatan dan kebersihan di TASKA yang ingin di pilih.
dan.. banyak lah lagi aspek yang perlu ditelusi sebaiknya.


Makanya..
Jangan hanya cari TASKA yang murah atau yang dekat dengan rumah anda sahaja tanpa menepati aspek-aspek TASKA @premis asuhan berkualiti yang dinyatakan di atas.
Ingat ya, TASKA adalah rumah kedua anak-anak. Masa dan tempoh anak di TASKA  sangatlah panjang berbanding dengan anak dijaga  di rumah oleh ibu bapa.
Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan pihak TASKA, kerjasama keduanya, sangat membantu pihak TASKA dalam melaksananakan amanahnya memberi didikan dan asuhan yang terbaik kepada anak anak.


Mustahil untuk mencari TASKA yang sempurna segalanya, kerana didikan dan asuhan paling hebat dan tersempurna adalah di tangan ibu bapa sendiri.


#Norazura
Trainer pendidikan awal kanak2.


No comments:

Post a Comment