Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Tak lama lagi anak-anak akan memulakan sesi persekolahan mereka. Bagaimana dengan persediaan keperluan ke sekolah?
Belilah ikut kesesuaian dan keperluan.
Dalam beberapa hari lagi, anak-anak kita akan kembali ke sekolah. Dorang ni pun.., seakan lama benar rasanya dok bersimpuh di rumah, pasti sudah tidak sabar-sabar lagi nak menjenguk semula ke sekolah tempat curahan ilmu dan kemahiran hidup tu. Di benak anak-anak sudahlah tentu terbayang akan segala keperluan dan peralatan sekolah yang serba baru.
Uniform sekolah, kasut, beg, tudung, songkok, alat tulis dan segalanya lah, kawan - kawan semua pakai yang baru, anak-anak kita pun nak semua serba baru. Dah trend begitu hari ini. Cerita tentang perbelanjaan persediaan ke sekolah, jangan cakaplah, memang banyak apatah lagi jika ada beberapa orang anak yang bersekolah. Tidak terkecuali lah saya yang saban tahun masih rakus setia melayan jiwa anak-anak yang memulakan sesi sekolah mereka ini. Tahun ni jer masih ada 3 orang yang bersekolah (tidak termasuk yang sedang belajar di U)
They are still waiting...,
kasut sekolah belum beli lagi tu...
Apapun, kami tidak ajar anak bermewah-mewahan menggayakan jenama ke sekolah. Beli sekadar apa yang sesuai, yang penting, baru@masih elok dipakai dulu. Sediakan ikut kemampuan kita, sekadar untuk membeli jiwa keceriaan anak untuk kembali ke sekolah. Bukan untuk ajar anak menunjuk-nunjuk atau membanding-banding jenama apa yang mereka pakai. Al maklumlah sekarang ni, baju dan kasut sekolah pun dah ada jenama yang mahal-mahal.
Beruntung anak-anak sekarang, nak dapat apa pun mudah sebab ibu bapa akan usaha juga untuk keriangan anak-anak ke sekolah. Maka berpusu-pusu lah ibu bapa menuju ke pasaraya@kedai bagi memastikan semua keperluan sekolah anak lengkap.
Besarnya jasa kedua ibu bapa yang harus dikenang oleh anak selamanya. Bukan hanya sebab belikan barangan keperluan baru tu namun sebab jasanya untuk memastikan anak merasa bahagia dan senang selalu. Sebolehnya ibu bapa akan usaha juga. Bukan sekadar keperluan jer, bahkan yuran dan macam-macam lagi lah.
Mungkin zaman sekolah kita dulu tak sama seperti zaman sekolah anak-anak kita sekarang. Kita dulu....boleh jer pakai baju atau kasut sekolah lama yang masih elok lagi. Kasut... kalau baru pun, hanya ada sepasang sahaja. Beg sekolah selagi elok, maka boleh lagi dipakai bertahun-tahun. Kita pun tidak pandai meminta apatah lagi memberontak nak itu nak ini.
Alhamdullillah, semua itu telah menjadikan kita insan dewasa yang lebih kental tika berhadapan dengan apa jua cabaran kehidupan. Maka, berpada-pada lah kini dalam memenuhi segala keperluan sekolah anak.
Persediaan keperluan ke Sekolah
Beli ikut kesesuaian dan kemampuan bukan ikut perasaan
Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dab Personel Kemahiran
TTT HRDF
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dab Personel Kemahiran
TTT HRDF
Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)
Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30
PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan
TASKA TADIKA
Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA
EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA
RM 20
Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya
Terus hubungi saya 016 7235080 / 019 2115642
Good shaare
ReplyDelete