RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 2
'PEMAKANAN"
Nama Pendidik |
|
Minggu : |
|
Hari / Tarikh : |
|
Masa : |
|
Umur
Kanak-Kanak / Bil : |
2/3 Tahun / 5 orang |
Bidang Perkembangan/ Pembelajaran : |
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
(PBKLA)) |
Pengetahuan Sedia Ada : |
Kanak-Kanak sudah boleh faham dan sebut bahawa sayur elok untuk
dimakan. (PBKLA) |
Objektif |
1.
Kanak-kanak boleh bercerita
tentang kebaikan makan sayur bayam iaitu baik untuk dapatkan mata yang sihat.
(PBKLA) 2.
Kanak-kanak boleh bekerjasama membuat aktiviti dalam kumpulan
(PSSKR) 3.
Kanak-kanak meleraikan daun dan
batang sayur bayam (PF) |
Tema : |
PEMAKANAN |
Tajuk : |
Sedapnya sayur bayam in! |
Tempat / ruang aktiviti |
Ruang aktiviti TASKA
|
Bahan :
|
1.
Satu ikat sayur bayam – bayam
hijau atau bayam merah 2.
Besen @ Tapis 3.
Lukisan gambar mata besar yang
cantik ( lukis atas kertas lukisan @ A4 ) 4.
Kertas A 4 kosong 5.
Pen Marker - hitam
|
Langkah-langkah Pelaksanaan |
1.
Minta kanak-kanak ke ruang
aktiviti dan ucapkan salam pengenalan kepada kanak-kanak 2.
Kanak-kanak diminta cuci tangan
terlebih dahulu dan dibahagi dalam 2 kumpulan kecil. 3.
Aktiviti dimulakan dengan
kanak-kanak ditanyakan soalan,
“ Siapa suka makan sayur?” “ Siapa tahu sayur memang elok untuk dimakan?” 4.
Kanak-kanak dirangsang dan
dipastikan boleh sebut bahawa sayur baik untuk dimakan. 5.
Seterusnya kanak-kanak mendengar
cerita daripada pendidik tentang sayur bayam dan antara khasiat sayur bayam
iaitu untuk menjadikan mata kanak-kanak cantik dan bersinar. 6.
Minta kanak-kanak bulatkan matanya
menandakan matanya sihat dan kuat sambal kanak-kanak memegang gambar sepasang
mata yang besar dan bersinar. 7.
Pastikan kanak-kanak faham dan
tahu kebaikan makan sayur bayam dan minta kanak-kanak bercerita semula
tentang kebaikan makan sayur bayam tersebut. 8.
Galakkan kanak-kanak terus
bercerita dan rangsang perbualan antara mereka. 9.
Ucapkan tahniah jika kanak-kanak
menampakkan kefahaman tentang khasiat sayur bayam tersebut. 10.
Sekiranya didapati ada kanak-kanak
yang masih kurang jelas lagi, ceritakan dengan cara yang lebih mudah. 11.
Seikat sayur bayam diletakkan di
hadapan kanak-kanak dan galak kanak-kanak ikut demo pendidik leraikan daun
sayur bayam satu persatu dan patahkan batangnya lebih kecil. 12.
Galak dan rangsang serta bantu
kanak-kanak buat aktiviti ini sambil buat bersamanya. 13.
Kanak-kanak diminta masukkan daun
dan batang sayur bayam ke dalam besen@tapis. 14.
Kanak-kanak diberitahu bahawa
sayur bayam ini akan dibasuh dan dimasak serta boleh makan bersama nanti. 15.
Galak lagi kanak-kanak lukis
gambar mata sihat yang diingininya di atas kertas yang diberi. 16.
Selesai aktiviti, pendidik
mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak dan ajak kemas bersama-sama 17.
Jangan lupa, cuci tangan. Pemerhatian:
1. Keselamatan -
Pastikan ruang aktiviti selamat
dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya. -
Pastikan bahan-bahan yang
digunakan tidak merbahaya -
Pastikan kanak-kanak diajar
memakai apron
2. Kebersihan -
Pastikan kanak-kanak mencuci
tangan sebelum dan selepas aktiviti. -
Pastikan tempat aktiviti
dikemaskan selepas selesai aktiviti.
3. Kesihatan -
Pastikan kanak-kanak sihat semasa
menjalankan aktiviti ini.
|
Refleksi
|
1.
Kanak-kanak
2.
Pengasuh
|
Cadangan |
1.
Kanak-kanak
2.
Pengasuh
|
No comments:
Post a Comment