Wednesday, 5 May 2021

KESAN KOLABORASI ANTARA TASKA BERSAMA IBU BAPA DAN KOMUNITI

 


KOLABORASI ANTARA TASKA BERSAMA IBU BAPA DAN KOMUNITI


Apakah maksud kolaborasi itu? 

Dengan ayat mudah ia adalah apa-apa sahaja bentuk kerjasama antara pihak TASKA bersama ibu bapa/komuniti atau sebarang bentuk penglibatan ibu bapa/komuniti  di dalam program maupun aktiviti di TASKA. 


KOLABORASI TASKA BERSAMA IBU BAPA DAN KOMUNITI, 

APAKAH REALITINYA?


Mengikut Akta TASKA 1984, TASKA  atau Taman Asuhan Kanak-Kanak di definisikan sebagai mana-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah 4 tahun melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut.  Mengikut Akta TASKA 1984, TASKA juga terdiri dari 4 kategori iaitu TASKA Institusi, TASKA di tempat kerja, TASKA Komuniti dan TASKA di rumah.    


Dalam suatu ayat yang mudah difahami,  TASKA adalah suatu premis perkembangan awal kanak-kanak di mana kanak-kanak akan diasuh dan dididik sepeninggalan sementara ibu bapanya keluar bekerja.  Kebiasaanya kanak-kanak berada di TASKA dari pagi hingga ke petang, di mana ia merupakan suatu tempoh yang panjang bagi anak-anak. Justeru itu, menjadi peranan dan tanggungjawab utama  para pendidik di TASKA bagi memastikan rutin harian dan aktiviti TASKA berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat memberi pengisian yang bermanfaat terhadap kanak-kanak berkenaan.  Justeru itu, bagi merealisasikan peranan pendidik ini, sangatlah diharapkan kerjasama dan penglibatan bersama dari pihak ibu bapa maupun komuniti setempat. 

 

Peranan ibu bapa dan komuniti setempat juga sangat penting dalam membantu aspek perkembangan kanak-kanak di sesebuah TASKA.  Dari kacamata para ibu bapa, tidak dinafikan bahawa pusat pendidikan awal kanak-kanak terutama TASKA  menjadi institusi yang penting dan bekeperluan di  dalam masyarakat.  Perubahan dari segi cara hidup dan perubahan struktur keluarga akibat perubahan ekonomi dan corak hidup kini yang menyebabkan ibu bapa perlu meninggalkan anak mereka di institusi yang selamat sementara mereka keluar bekerja. 


Hakikatnya institusi yang disebut TASKA bukan sahaja suatu institusi tempat anak-anak ditnggalkan sementara,  bahkan ia juga berperanan membantu meningkatkan lagi aspek perkembangan kanak-kanak dari pelbagai sudut.   Justeru itu,  hasrat tersebut sukar mencapai matlamatnya tanpa pihak TASKA  memerlukan kerjasama yang berterusan daripada ibu bapa.  Penglibatan ibu bapa di TASKA dilihat telah banyak memberi impak positif kepada perkembangan awal kanak-kanak.  Bukan sekadar mengharapkan penglibatan ibu bapa sahaja, bahkan komuniti setempat di sekitar TASKA turut mempunyai peranan yang besar di dalam aspek perkembangan kanak-kanak.  Komuniti setempat adalah seperti rukuntetangga, kawasan kejiranan, balai polis, balai bomba dan pusat kesihatan serta pelbagai institusi kemasyarakatan di persekitaran TASKA  perlu mempunyai sikap ambil tahu dan berminat untuk tahu dengan apa yang berlau di sesebuh institusi seperti TASKA.

 

Namun masih terdapat pelbagai pemasalahan yang timbul berkaitan keperluan kolaborasi atau penglibatan ibu bapa dan juga pihak komuniti bersama pihak TASKA yang sedang beroperasi.

Antaranya seperti berikut;


1.2.1      Ibu bapa mempunyai persepsi bahawa TASKA hanya merupakan sebagai tempat selamat untuk menjaga anak-anak mereka sementara mereka pergi kerja. Persepsi yang tidak tepat ini menyebabkan ibu bapa tidak merasakan mereka perlu melibatkan diri dan berkolaborasi dalam hal-hal anak mereka di TASKA. Di TASKA, segala keperluan anak-anak semasa ketiadaan ibu bapa telah pun dipenuhi oleh pihak TASKA. Ibu bapa merasakan sangat selesa dan berpuas hati. 


           Bagi pengusaha TASKA ibu bapa masing-masing tidak begitu ‘terbuka’ dalam berkomunikasi. Ada juga di kalangan pengusaha dan pendidik yang kurang mahir untuk melibatkan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di TASKA dan begitulah sebaliknya. Sifat kurang keterbukaan inilah menjadikan tidak wujudnya perasaan kepunyaan dan kebersaamaan pada ke dua-dua belah pihak. Ibu bapa tidak dapat mengetahui apakah sumbangan yang diperlukan oleh TASKA daripada mereka. Kekangan waktu dan bebanan kerja merupakan antara faktor yang menjadikan kegagalan ibu bapa melibatkan diri bersama anak-anak di TASKA. Kesibukan dengan jadual kerjaya menghalang ibu bapa untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak TASKA. Bagi ibu bapa yang bekerja dengan majikan pula, agak sukar mendapat kelulusan keluar kerana Malaysia tidak mempunyai peruntukan akta dalam hal ini. Ibu bapa tidak memahami kurikulum TASKA. Ketidakjelasan mahupun tidak peka tentang kurikulum TASKA menyebabkan ibu bapa tidak memahami tugas dan peranan mereka di TASKA. Mereka tidak tahu bahawa penglibatan mereka di TASKA dapat merangsang dan memberikan kebaikan dalam usaha untuk mengukuhkan perkembangan dan pembelajaran anak-anak mereka. Ada juga ibubapa yang merasakan mereka tiada kebolehaan untuk menyumbang di TASKA.

 

1.2.2      Ibu bapa di dapati seperti kurang berminat dengan aktiviti@program yng dijalankan di TASKA.  Selebihnya di dapati program yang saban tahun hampir sama dan tiada penambahbaikan menjadi penyebab mengapa aktiviti di TASKA didapati kurang menarik.  Justeru ibu bapa meletakkan persepsi bahawa program atau aktiviti di TASKA hanyalah untuk anak-anak dan pendidik sahaja tanpa perlu melibatkan ibu bapa.

 

1.2.3      Terdapat pelbagai komuniti setempat di persekitaran TASKA. Namun didapati ada antara yang dikategorikan sebagai pihak komuniti ini tidak sedar akan kepentingan penglibatan mereka di TASKA.  Mereka tidak mahu tahu apa yang berlaku di TASKA justeru melihat TASKA sebagai sebuah entiti perniagaan sendiri.  Kurang kesedaran terhadap kepentingan sikap ambil tahu tersebut menyebabkan  ada komuniti setempat tidak sedar akan kepentingan mereka terhadap perkembangan kanak-kanak di sesebuah TASKA.

Meli

MM      CADANGAN YANG BOLEH DIFIKIRKAN; 

 

Pihak TASKA terutamanya pengusaha hendaklah mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang luas tentang maksud penglibatan dan kolaborasi ibu bapa di TASKA. Pengusaha boleh mempelajarinya melalui kursus atau bengkel serta perbincangan bersama rakan pengusaha. Kefahaman kepada ibu bapa bolehlah disalurkan semasa mengadakan majlis-majlis seperti hari taklimat , hari terbuka , hari sukaneka dan lain-lain hari ibu bapa dijemput untuk bersama.  

Beberapa cadangan penambahbaikan penglibatan ibu bapa dan komuniti di TASKA dirumuskan di sini.

 

i.            Semasa hari taklimat TASKA pada awal tahun, pengusaha hendaklah mengedarkan agenda takwin tahunan yang telah dirancang untuk beberapa bulan terdekat misalnya aktiviti yang akan dijalankan pada bulan Januari, Februari dan Mac supaya ibu bapa boleh merancang dan meluangkan masa untuk melibatkan diri bersama. Pengusaha boleh juga mengadakan ‘ Buku Komunikasi ‘ @ ‘ whattapp group’ yang membincangkan dan maklumbalas ibu bapa tentang aktiviti di TASKA.

 

ii.             Ibu bapa tidaklah perlu dilibatkan dalam kesemua aktiviti di TASKA untuk berada di TASKA semasa aktiviti djalankan.Memandai pengusaha memilih aktiviti yang sesuai sahaja yang mana memudahkan ibu bapa untuk memberikan komitmen.Perbezaan bahasa, budaya dan bangsa berlaku pada TASKA yang mempunyai ibu bapa yang datang dari luar negara untuk belajar mahu pun bekerja di Malaysia.Pengusaha dan pendidik perlulah mempunyai pengetahuan tentang perbezaan tersebut dan memantapkan terutamanya komunikasi dengan ibu bapa golongan ini.

 

iii.    Sikap tidak ‘terbuka’ berlaku apabila tiada hubungan baik sesama TASKA dan ibu bapa.Hubungan baik ini wujud melalui kemesraan dan memahami matlamat yang mahu dicapai bersama untuk kebaikan anak-anak.

iv.            Pihak pengusaha perlulah sangat perihatin melatih pendidik dan mengambil langkah sebagai  tauladan kepada pendidik bagaimana untuk berurusan dengan ibu bapa. Sentiasa bersikap menerangkan, ramah dan ambil bert tentang kebajikan serta perkembangan anak-anak.

 

v.              Program@ aktiviti yang dijalankan mestilah memberi manfaat dan terdapat unsur perkongsiaan kepada semua pihak samada TASKA , ibu bapa dan juga komuniti.

 

vi.            Pihak TASKA perlu sentiasa menjaga imej TASKA dan merealisasikan hubungan yang baik lagi positif di kalangan komuniti setempat.  Ini secara tidak langsung memberi pandangan positif komuniti terhadap institusi TSAKA.

 

KESIMPULANNYA;

Pengetahuan dan kefahaman samada pengusaha mahupun pendidik juga ibu bapa mestilah mencapai tahap menghayati erti penglibatan ibu bapa benar-benar agar dapat mencapai tahap mencapai tahap penglibatan memberikan kebaikan kepada ibubapa dan TASKA.  Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru pembimbing di TASKA.


Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com

 


No comments:

Post a Comment