Tuesday, 21 January 2025

Memahami Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

 Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com


Memahami Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Dalam dunia pendidikan, setiap kanak-kanak adalah unik dan mempunyai keperluan tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, keperluan mereka sering kali memerlukan perhatian tambahan. Memahami kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah satu keperluan penting yang tidak hanya melibatkan guru, tetapi juga ibu bapa, ahli keluarga, dan masyarakat keseluruhannya.

Apakah Masalah Pembelajaran?

Masalah pembelajaran merujuk kepada gangguan neurologi yang memberi kesan kepada keupayaan kanak-kanak untuk membaca, menulis, bercakap, atau memahami maklumat. Antara contoh masalah pembelajaran adalah disleksia (kesukaran membaca), disgrafia (kesukaran menulis), dan diskalkulia (kesukaran dalam matematik). Kanak-kanak ini biasanya memiliki kecerdasan normal atau tinggi, namun mereka memerlukan pendekatan pembelajaran yang berbeza untuk berjaya.

Mengapa Penting Memahami Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran?

  1. Meningkatkan Keyakinan Diri Kanak-Kanak
    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sering kali berasa rendah diri dan terasing. Dengan memahami keperluan mereka, kita boleh membantu mereka mengatasi rasa kurang yakin dan menyokong mereka dalam membina keyakinan diri.

  2. Mengelakkan Label Negatif
    Tanpa pemahaman yang tepat, kanak-kanak ini sering kali dilabel sebagai "malas" atau "tidak pandai". Label ini boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan motivasi mereka. Memahami keadaan sebenar mereka membantu kita menggantikan prasangka dengan sokongan yang bermakna.

  3. Menyediakan Pendekatan Pembelajaran yang Tepat
    Setiap kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan cara yang berbeza. Memahami masalah pembelajaran membantu guru dan ibu bapa menyediakan pendekatan pembelajaran yang lebih berkesan, seperti penggunaan alat bantu teknologi, strategi multisensori, atau sesi pembelajaran individu.

  4. Meningkatkan Hubungan dengan Kanak-Kanak
    Apabila kita memahami cabaran yang dihadapi kanak-kanak, hubungan kita dengan mereka akan menjadi lebih mesra dan empati. Ini memberikan mereka ruang untuk berkongsi perasaan dan menunjukkan potensi sebenar mereka.

  5. Mewujudkan Persekitaran Inklusif
    Memahami kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah langkah ke arah membina persekitaran yang inklusif, di mana setiap kanak-kanak diterima dan diberi peluang yang sama untuk berjaya, tanpa mengira cabaran yang dihadapi.

Bagaimana Memahami Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran?

  1. Mendapatkan Pengetahuan
    Guru dan ibu bapa boleh menghadiri kursus, seminar, atau membaca bahan berkaitan untuk mendalami pengetahuan tentang masalah pembelajaran.

  2. Melibatkan Pakar
    Bekerjasama dengan pakar seperti ahli terapi pertuturan, psikologi pendidikan, atau kaunselor boleh membantu memberikan panduan dan strategi yang sesuai.

  3. Berkomunikasi dengan Kanak-Kanak
    Mendengar dan memahami perasaan mereka adalah langkah penting. Kanak-kanak ini sering memerlukan dorongan dan galakan untuk menyuarakan cabaran mereka.

  4. Mencipta Strategi Pembelajaran Alternatif
    Menggunakan pendekatan pembelajaran yang kreatif dan interaktif seperti permainan, muzik, atau visual boleh membantu kanak-kanak ini memahami konsep dengan lebih baik.

Kesimpulan

Memahami kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah satu tanggungjawab bersama. Dengan kesedaran dan usaha yang berterusan, kita boleh membantu mereka mengatasi cabaran dan mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Kanak-kanak ini bukan sahaja memerlukan sokongan, tetapi juga keyakinan kita bahawa mereka mampu berjaya seperti rakan sebaya mereka. Dalam dunia yang semakin inklusif, keperluan memahami dan menyokong kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah langkah penting untuk membentuk masyarakat yang lebih adil dan penyayang.

Tuesday, 24 December 2024

 Oleh : Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com



Mainan anak bertimbun, tapi mereka masih
BOSAN? Kenapa ya?
.
.
Pernah tak anak-anak jadi macam ni? Kenapa agaknya..
Ya, anak-anak memang suka mainan, tapi bila terlalu banyak mainan, anak boleh jadi overstimulated. Sekejap je teruja, lepas tu mula hilang fokus dan bosan.
Apa sebenarnya yang anak perlukan?
Anak sebenarnya perlukan PELUANG UNTUK FOKUS, bukan mainan bertimbun.
Bila mainan terlalu banyak, fokus mereka terpecah dengan banyaknya mainan di depan mata, dan kreativiti pun terbatas. Tapi bila mainan dikurangkan:
✅ Fokus mereka lebih tajam kerana kurang gangguan.
✅ Mereka belajar menghargai apa yang ada.
✅ Imaginasi berkembang kerana mereka terpaksa kreatif dengan sumber yang terhad.
---
Tips untuk ibu bapa:-
1. Rotate mainan: Simpan sebahagian mainan dan keluarkan sedikit demi sedikit. Anak akan rasa macam dapat “mainan baru” setiap kali mainan keluar dari simpanan. Contoh:
- Minggu ini, anak bermain blok kayu dan puzzle.
- Minggu depan, simpan dua mainan itu dan keluarkan playdough atau set main masak-masak pula.
2. Pilih mainan pelbagai fungsi: Utamakan mainan yang anak boleh main dengan pelbagai cara, seperti blok kayu atau alat seni.
- Playdough contohnya, anak boleh buat macam-macam reka bentuk kreatif tanpa batasan.
3. Galakkan permainan bebas: Beri ruang kepada anak untuk bermain tanpa mainan, seperti:
- Bermain dengan kotak kosong atau daun.
- Main ‘berlakon-berlakon’ jadi doktor atau cikgu, atau main 'mak-mak'.
- Main sorok-sorok atau imaginasi sendiri.
4. Kurangkan kuantiti, tingkatkan kualiti: Pilih permainan yang tahan lama dan dapat membantu perkembangan anak seperti puzzle, alat manipulatif, atau mainan Montessori.
Bila jumlah mainan dikurangkan, anak bukan saja lebih seronok, tetapi mereka juga:
✔️ Belajar fokus
✔️ Menghargai apa yang ada.
✔️ Mengembangkan kreativiti secara semula jadi.
Ingat, less is better! Jadi, cuba praktikkan tips ni dekat rumah dan lihat perubahan pada anak-anak nanti!
~Kurangkan mainan, lebihkan pengalaman

PERBEZAAN antara TASKA, TADIKA Dan PUSAT JAGAAN.

 Oleh : Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com


PERBEZAAN antara TASKA, TADIKA Dan PUSAT JAGAAN.🌹

Ramai ibu bapa atau mana-mana Individu berkaitan kelihatan masih kurang jelas atau mungkin tidak tahu apakah perbezaan antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan. Sebab kurang fahamlah, maka ramai ibu bapa yang asal boleh sahaja menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di premis berkenaan tanpa tahu apakah sepatutnya perkhidmatan yang boleh ditawarkan mengikut peraturan dan perakuan pendaftaran premis- premis tersebut.

Jom saya kongsikan perbezaannya supaya anda tidak tersalah pilih premis bagi perkhidmatan yang diperlukan.

1. TASKA
TASKA menyediakan perkhidmatan pengasuhan dan penjagaan harian untuk kanak-kanak yang berumur antara 2 bulan hingga 4 tahun sahaja. Selain pengasuhan dan penjagaan harian, pihak TASKA juga ada menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan awal yang dapat membantu meningkatkan perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak dari umur bayi sehingga 4 tahun.
Aktiviti -aktivti perkembangan dijalankan berpandukan Kurikulum PERMATA Negara yang diwajibkan oleh pihak JKM.


2. TADIKA
Premis TADIKA pula
menyediakan perkhidmatan pendidikan pembelajaran awal yang lebih formal kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun sahaja. Pembelajaran awal di TADIKA ini sama lebih kurang seperti di Prasekolah.

TADIKA menggunapakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan sebagai asas pelaksanaan pendidikan dan pembelajaran awal untuk kanak- kanak- berumur 4, 5 dan 6 tahun. Masa pembelajaran formal yang diperuntukkan di TADIKA, maksimumnya adalah selama 4 jam sahaja untuk sehari.

Premis TADIKA tidak boleh mengambil kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun.
Premis TADIKA juga sebenarnya tidak boleh menawarkan perkhidmatan penjagaan selepas waktu TADIKA atau menawarkan perkhidmatan transit/Jagaan harian kepada kanak-kanak selepas waktu persekolahan.


3. Pusat Jagaan
Pusat Jagaan pula menawarkan perkhidmatan penjagaan harian kepada kanak- kanak- berumur 4 sehingga 12 tahun. Umumnya Pusat Jagaan boleh menerima kanak-kanal yang transit selepas waktu persekolahan biasa atau yang memerlukan perkhidmatan jagaan selepas waktu sekolah.
Pusat Jagaan boleh menjaga kanak- kanak berumur 4 hingga 12 tahun (sekolah rendah) dari waktu pagi sehingga petang dengan menyediakan pelbagai program atau aktiviti yang bersesuaian.
Untuk anak- anak lepasan waktu sekolah juga ada aktiviti tertentu yang perlu dijalankan sepanjang anak- anak ini berada di Pusat Jagaan.
Umumnya, Pusat Jagaan lebih
bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan harian kepada kanak-kanak semasa ibu bapa mereka bekerja, dan ia boleh menawarkan penjagaan tanpa penekanan kepada pendidikan formal seperti di TADIKA.


Jadi...
Pastikan Ibu bapa tahu perkhidmatan yang berbeza di setiap premis tersebut mengikut keperluan umur dan perkembangan kanak-kanak.
Paling penting setiap premis tersebut mematuhi peraturan penawaran perkhidmatan dan pengambilan kanak- kanak- mengikut apa yang telah ditentukan oleh agensi yang meluluskan perakuan pendaftarannya.
Dan paling penting juga, kita tidak salah memilih perkhidmatan yang sepatutnya boleh ditawarkan oleh premis berkenaan.


Sekian😊

KEPERLUAN MENJALANKAN SARINGAN KESIHATAN UNTUK MURID ATAU KANAK-KANAK DI TADIKA

 Oleh : Nor Azura ismail

pnnorazuraismail@gmail.com


KEPERLUAN MENJALANKAN SARINGAN KESIHATAN UNTUK MURID ATAU KANAK-KANAK DI TADIKA/PRASEKOLAH

Saringan fizikal atau pemeriksaan kesihatan  perlu dijalankan di premis Prasekolah atau TADIKA  pada setiap kali kanak-kanak yang hadir. Ia bertujuan bagi mengenalpasti sebarang masalah kesihatan atau kecederaan fizikal yang telah sedia ada pada kanak-kanak sebelum kehadiran mereka ke Prasekolah atau TADIKA. Selain dari itu, ia bertujuan bagi memastikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggelakkan sebarang pemasalahan dari segi kesihatan kanak-kanak sepanjang berada di premis Prasekolah atau TADIKA.

 

PENGENALAN KEPADA PROSEDUR SARINGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 

Saringan fizikal di TADIKA atau Prasekolah adalah satu tugasan rutin yang perlu dijalankan oleh kakitangan di sesebuah TADIKA atau Prasekolah. Tugasan ini kebiasaannya dilakukan oleh guru atau pembantu guru yang bertugas. Saringan Kesihatan wajib dijalankan sebelum kanak-kaank atau murid-murid dibenarkan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di premis.


Berikut adalah penerangan lanjut mengenai saringan fizikal kanak-kanak

1.1)     Saringan Kesihatan di Prasekolah atau di TADIKA umumnya adalah merujuk kepada proses pemeriksaan awal yang dijalankan untuk menilai tahap kesihatan dan perkembangan fizikal kanak-kanak Prasekolah. Tujuan utama saringan ini adalah untuk mengenal pasti sebarang masalah kesihatan, pertumbuhan, atau perkembangan yang mungkin memerlukan perhatian atau intervensi awal.

 

1.2)   Manakala saringan fizikal yang dijadikan sebagai aktiviti rutin di Prasekolah atau TADIKA biasanya dijalankan dan dilaksanakan oleh para kaki tangan TADIKA ke atas kanak-kanak atau murid-murid pada setiap kali mereka hadir ke TADIKA. Aktiviti ini dilaksanakan pada waktu pagi ketika kedatangan kanak-kanak.

 

1.3)        Antara objektif utama melakukan aktiviti rutin saringan fizikal ini adalah;

a) Memantau sebarang ketidaknormalan atau sebarang elemen kecederaan pada anggota  fizikal kanak-kanak.

b)    Mengesan sebarang masalah kesihatan.

c)    Mengesan sebarang tanda-tanda jangkitan penyakit berjangkit.

 

1.4)        Pemeriksaan fizikal atau saringan fizikal dan kesihatan 

Merujuk kepada Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak di TASKA dan Prasekolah, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. (2007). dalam memastikan perkara-perkara berikut :

 

a)  Keadaan kesihatan kanak-kanak yang dihantar ke Prasekolah perlulah sentiasa dipantau. Hanya kanak-kanak yang sihat sahaja dan tidak menghidapi sebarang penyakit berjangkit dibenarkan hadir ke Prasekolah.

b) Kebersihan di dalam premis dan di persekitaran luar  Prasekolah perlulah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh jabatan kesihatan

c) Langkah kawalan penyakit perlu sentiasa dilaksanakan bagi memastikan persekitaran luar dan dalam Prasekolah bebas dari jangkitan penyakit.

d)    Semua kakitangan Prasekolah perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

 

 

 

 


RPA Bayi

RPA  Bayi

Oleh;

Nor Azura binti Ismail


 

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) UNTUK BAYI

Nama Pendidik

 

Minggu

Tarikh:

Hari:

Masa:

Umur

 6 – 12 bulan

Bil. Bayi : 2

Tema

-

Tajuk

Main bola kecil warna merah

Bidang Perkembangan

PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

Pengetahuan sedia ada

Bayi  sudah boleh main di dalam ‘playard’ sendirian

Objektif

  1. Bayi boleh cuba bermain bola kecil di dalam ‘playard’ bersama seorang lagi bayi lain.(PSSEKR)
  2. Bayi boleh cuba mengambil bola kecil (PF)
  3. Bayi boleh mengenalpasti warna merah pada bola (PAMPL)

Tempat/Ruang

Ruang Bilik Bayi – ‘Dalam playard

Bahan

20 biji bola kecil warna merah – letak dalam ‘playard’

Langkah Pelaksanaan

  1. Pendidik bawa bayi ke ruang aktiviti dan masukkan bayi ke dalam playard tanpa bola kecil. (2 orang bayi)
  2. Pendidik mulakan aktiviti dengan bermesra bersama bayi sambil memanggil-manggil nama bayi yang duduk di dalam playard tersebut.
  3. Pendidik masukkan 20 biji bola kecil warna merah ke dalam playard tersebut.
  4. Pendidik galakkan dan beri ransangan bayi untuk main bola kecil masing-masing bersama-sama dalam playard tersebut.
  5. Pendidik puji bayi dengan kata-kata yang mesra sambil memanggil-manggil nama bayi.
  1. Pendidik juga galakkan bayi mengambil bola kecil merah tersebut.
  2. Pendidik juga memastikan yang bayi dapat mengenalpasti bola-bola kecil warna merah tersebut.
  3. Pendidik bawa bayi keluar dari playard bila bayi telah puas bermain.
  4. Pendidik akhiri aktiviti dengan memberi pelukan mesra kepada bayi.

Pelan Kontigensi

Sekiranya bayi boleh cuba untuk bermain bola tersebut dalam keadaan ada bayi lain di dalam playyard tersebut, pendidik akan menunjukkan aksi bertepuk tangan sambil memuji bayi.

Sekiranya bayi tidak mahu bermain bola bersama-sama dengan bayi lain di dalam playyard tersebut, pendidik akan cuba untuk memujuknya. 

Perhatian

  1. Pastikan ruang aktiviti bayi bersih dan selamat.
  2. Pastikan bayi sihat  dan telah bersedia sebelum aktiviti
  3. Pastikan peralatan yang digunakan untuk aktiviti sesuai untuk bayi.
  4. Pastikan keperluan bayi telah dipenuhi sebelum aktiviti.

 

 

 




Mak ayah mesti tengah cari mainan untuk anak-anak, kan?

Saya suggest mainan yang sesuai untuk release emosi anak anak, seperti berikut;

1) Mainan berunsur sensori

Cth seperti main air (kolam mainan), main pasir ( kinetic sand), boleh juga diy pelbagai mainan sensori lain juga sesuai dengan umur anak anda.


2) Mainan release energy
Anak anak biasanya punya energy sangat banyak kan.

Apa kata,belikan;
- trampoline untuk melompat
- kon dan gelung untuk aktiviti baling gelung ke dalam kon


3) Bila dah lama tak menulis,anak anak mula cepat penat,

Apa mainan yang bantu anak improve kekuatan jari dan tangan anak?

- Theraputty (mempunyai pelbagai grading kekerasan mengikut keupayaan anak anda),tidak cepat keras,boleh diguna berulang kali,dengan panduan yang betul

- Playdough ( perlu standby banyak,akan cepat keras jika lupa menyimpan kembali ke dalam bekas

- Geoboard seperti gambar di bawah,untuk latihan jari anak.dengan memasukkan getah dari satu point ke point yang lain.


Sekian tips dari  Puan Yana Ramli
Occupational therapist

#Saya copy paste
JIKA ANAK DEMAM.

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain…