Wednesday, 23 September 2015

TIP lelaki sayangkan anak isteri


Teks oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Assalamualaikum dan salam hormat, nak tahu tip lelaki sayangkan anak isteri?

Seseorang lelaki yang telah bergelar suami dan bapa tentu sekali sangat sayangkan  isteri dan anak-anaknya. Tanda sayang lalu diberikannya segala kebahagiaan dan kesenangan hidup bagi memastikan kesejahteraan keluarganya. 
Hakikatnya,  tanggungjawab suami dan bapa sebagai ketua keluarga sangatlah besar dan bukan perkara yang boleh dipandang remeh@mudah oleh kaum lelaki.

Teringat saya antara  firman ALLAH dalam Surah al-Tahrim ayat 6, yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu
dan keluargamu daripada azab api neraka...”

Apakah tip lelaki sayangkan anak isteri?  Memadaikah dengan hanya  memberikan keluarga mereka nafkah yang secukupnya? Ya memang perlu, memberi nafkah tanggungjawab si suami dan si bapa. Semua lelaki tahu perkara ini. Lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarganya pasti akan menjalankan tanggungjawab memberi nafkah ini sebaiknya.

Tapi, cukupkah dengan itu sahaja?

Bolehkah jika saya katakan bahawa lelaki yang   memastikan  isteri dan  anak-anaknya dididik mengikut acuan islam dan melalui jalan jalan yang benar, maka inilah tanda utama atau tip  lelaki benar-benar sayangkan  keluarganya.Sayangkan isteri dan anak-anak kerana ALLAH.  Kasih dan sayang sepenuh jiwa  pada keluarganya hingga tak ingin mereka terjerumus dalam jurang api neraka. Inilah kasih dan sayang yang hakiki , tulus serta ikhlas dalam memikul amanah dari ALLAH ini.

Jadi, untuk para lelaki yang bergelar suami dan juga bapa, benarkah anda sayangkan keluarga anda?
Bagaimanakah anda sebagai seorang suami, adakah anda sayangkan isteri anda? Ya, memang anda sayangkan isteri anda. Anda beri nafkah zahir batin secukupnya, kasih, sayang dan cinta serta kesetiaan. Anda sentiasa ringan tulang membantu kerja-kerja isteri di rumah. Prihatin dan berlemah lembut dengan isteri. Setiap keperluan dan keinginan isteri anda penuhi hingga meleret senyuman sang isteri.

Tapi, sayangnya anda tak pastikan isteri menunaikan solat @ sempurna solatnya. Anda berkongsi aurat isteri anda sendiri dengan lelaki-lelaki yang lain. Kalau isteri  tutup aurat pun jauh dari aurat yang sempurna, anda abaikan sahaja. Sangat sedikit anda mengajak isteri benar-benar mengenali ALLAH. Tanyalah pada diri, adakah ini tanda anda sayangkan isteri anda?

Bagaimakah pula anda sebagai seorang bapa@ayah kepada anak-anak yang masih kecil mahupun anak-anak yang kian remaja?  Ya,  anda seorang ayah yang prihatin dan bertanggungjawab. Anda berikan nafkah dan keperluan secukupnya. Anda memastikan pendidikan yang terbaik buat mereka. Anda bawa mereka pergi melancong. Anda berikan kasih dan belaian.

Sayangnya anda tak didik anak mengenal ALLAH. Anak-anak alpa dengan kewajipan solat . Anda biarkan mereka leka dengan hiburan dan teknologi tak menentu. Anda  tak kisah akan aurat yang mereka pamerkan. Anda biarkan mereka hidup dengan cara mereka. Maka bertebaran anak-anak tanpa mengira taraf pendidikannya bersosial tanpa mengenal batas kehidupan.

Lalu, adakah ini yang dinamakan sayang. Aduh lelaki, lelaki yang bergelar suami dan bapa. Ingatlah akan kami isteri dan anak-kanakmu. Kamilah amanah yang perlu kamu tunaikan dengan sebaiknya. Sayangilah kami dengan memimpin kami ke jalan ALLAH. Jadilah pemimpin keluarga yang hebat yang dikasihi ALLAH. Jadilah pemimpin keluarga yang penuh iman dan taqwa dalam dirinya. Bawalah kami menuju ke jalan yang ALLAH redhai  . Kaulah pemimpin hati-hati kami dengan izin dari ALLAH.

Untuk lelaki, jangan lupa tip lelaki  sayangkan keluarga  ini.

Untuk sang ibu dan bapa, didiklah anak-anak mengikut acuan islam. Kalau kelak mereka berjaya menjadi orang cerdik pandai, biarlah cerdik pandai yang bertakwa. Andai kelak mereka kurang cemerlang kerjayanya  dunia tapi mereka menjadi hamba tip top di akhirat kelak.  Mudahan saya dan anda dalam RahmatNYA jua.

Ampun maaf jika salah bicara. Wassalam dan terima kasih kerana membaca.


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia
#Jurulatih/Fasilitator ECCE
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com



Monday, 21 September 2015

CATATAN PERJALANAN KE MRSM PENGKALAN HULU.

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Assalam dan salam sejahtera pembaca blog saya yang budiman dan yang senantiasa ceria selalu, terima kasih kerana bersama dengan saya dalam entri blog saya kali ini.

Cuti sekolah bulan Sept 2015 baru saja bermula. Beberapa  hari lepas saya, suami dan beberapa orang anak yang bersekolah rendah berkereta menyusuri Lebuhraya Utara Selatan, meyusur keluar ke Kuala Kangsar dan terus menuju ke Gerik Perak. Tujuan utama kami ialah untuk  ke MRSM Pengkalan Hulu menjemput anak remaja kami yang berada dalam Tingkatan 5 untuk pulang bercuti.
Selalunya dia akan balik sendiri menaiki bas yang disediakan oleh pihak MRSM. Hmm kali ini saya beria-ria pula ingin menjemputnya.
Memang sedari Cuti Hari Raya Puasa tempohari anak saya belum balik lagi bercuti . Jarang benar dia balik cuti apatah lagi dia bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun ini.

Ok, jom bersama saya mengikuti sedikit catatan perjalanan saya dan keluarga saya ke MRSM Pengkalan Hulu, Perak.  Kali ini saya ingin membawa anda menyusuri perjalanan  indah dan menarik ke sana.
Ade sesiapa  yang pernah ke Pengkalan Hulu? Tahukah anda dimanakah terletaknya Pengkalan Hulu? Saya pun pada mula-mula anak dapat tawaran ke MRSM tertanya tanya juga di mana letaknya Pengkalan Hulu ini.

Pengkalah Hulu merupakan satu daerah kecil di Hulu Perak. Menurut sejarah cerita yang saya baca, Pengkalan Hulu suatu ketika dulu juga dikenali sebagai Kroh. Terletak di bahagian Hulu Perak  bersempadan dengan Baling Kedah dan juga bersempatan dengan daerah Betong Thailand.
Bagi saya ia merupakan satu daerah di Hulu Perak yang mempunyai pemandangan yang mendamaikan dan menenangkan jiwa.



Menyusuri Lebuhraya Utara Selatan dari Tol Pedas Linggi hinggalah sampai ke susur keluar tol Kuala Kangsar, satu perjalanan yang telah biasa saya lalui sebelum ini. Tiada apa yang terlalu menarik melainkan ketika menyusuri daerah Gopeng  ke Simpang Pulai dan sebelum tiba ke Ipoh. Banyaklah kelihatan gua- gua tempurung sepanjang kiri kanan lebuhraya. Terasa Indah sungguh dan Maha Besar ciptaan Tuhan.




Dari susur keluar ke Kuala Kangsar ( saya tidak pula singgah ke pekan Kuala Kangsar) , kami terus menyusuri Lenggong. Perjalanan menyusuri Lenggong memang menenangkan dan mendamaikan mata yang melihat pemandangan di kiri kanan jalan. Sesekali kelihatan  pokok - pokok tirus yang saya rasa pokok pain yang biasanya hidup di tempat tinggi dan sejuk. Sesejuk itu jugalah pemandangan yang dilihat oleh kami. Redup dengan kehijauhan pepohon dan pokok pokok yang segar. jauh dari keriuhan dan kesibukan kota. Meskipun pada waktu itu musim jerebu,  bahagian ke utara tidaklah teruk jerebunya berbanding ke arah selatan tanahair.



Apa yang menarik lagi di Lenggong ialah ia terkenal dengan kesan peninggalan sejarah lama  dan bandar arkeologi. Antara yang boleh dilawati ialah Muzium Arkeologi dan Tapak Arkeologi Lenggong yang telah pun diiktiraf sebagai warisan sejarah dunia.
Menurut sejarah juga di Lenggong inilah dijumpai Perak Man, dimana sekumpulan penyelidik sebuah universiti tempatan telah menjumpai skeleton manusia tertua di negara kita.

Penat melihat kesan sejarah, bolehlah singgah ke Lata Kekabu. Terletak di kawasan Hutan Lipur Lata Kekabu. Mempunyai air terjun yang cantik dan sungai yang bersih serta dingin airnya. Kami sempat singgah sebentar merehatkan diri dan mandi manda di situ. Memang teruja anak-anak dapat menyegarkan badan seketika.

Dah penat berjalan dan mandi manda, jangan  singgah solat di salah sebuah masjid yang cantik dan unik di Lenggong. Lupa pula saya nak tengok nama masjid ini.




Dari Lenggong untuk ke Pengkalan Hulu akan melalui bebrapa pekan antaranya pekan Larwin dan terus menuju ke Gerik . Dek kerana penat dan memang pun kami merancang untuk  bermalam saja di Gerik di Hotel yang yang biasa kami singgah sebelum ini.

Bandar  Gerik lebih kurang sama sahaja seperti bandar-bandar kecil di Malaysia. Cuma saya perasan di Gerik ini banyak barangan dan makanan dijual dengan harga yang agak murah  berbanding di tempat saya di Rembau apatah lagi jika di Kuala Lumpur. Misalnya, harga secucuk satay masih boleh dibeli dengan  50 sen secucuk berbanding 80 sen di tempat saya.
Suami saya agak teruja bila terjumpa ikan haruan dijual dengan harga RM 12 sekilo. Murah tu.
Begitu juga pakaian-pakaian  yang dijual, bolehlah dikatakan murah.Sealunya saya shopping baju sekolah dan barangan sekolah anak di Gerik sahaja.
Setelah bermalam di Gerik, keesokan harinya kami menuju ke destinasi yang ingin ditujui iaitu Pengkalan Hulu.

Dari Gerik ke Pengkalan Hulu cuma lebih kurang 40 km lebih, tak sampai satu jam perjalanan, dah boleh sampai ke pengkalan Hulu. Jalanraya  menuju ke Pengkalan Hulu pun cantik dan tak ada sebarang masalah. Oleh kerana kami bersarapan dan berjalan-jalan sebentar di bandar Gerik maka kami tiba di MRSM Pengkalan Hulu pukul 12.15 tengahari. Waktu tiba yang sangat sesuai sebab anak pun baru habis kelas.

Tak tahu mengapa, sejak pertama kali tiba di Pengkalan waktu kali pertama menghantar anak ke MRSM dulu, hati saya telah mula terpaut dan jatuh cinta pada keheningan dan kedamaian daerah Pengkalan Hulu ini. nasib baik Pengklan Hulu ni jauh dari Rembau, kalau tidak memang selalulah saya ke sini menjemput anak.
Seperti yang saya tulis di awal tadi, Pengkalan Hulu ini dikenali suatu ketika dulu sebagai Kroh. Banyak jugalah tempat menarik untuk di lawati di sini antaranya beberapa gua lama yang menjadi tumpuan mereka yang menggemari suasana adventure.

Paling menarik juga,  daerah Betong Thailang hanya lebih kurang beberapa km sahaja jauhnya dari Pengkalan Hulu. Kalau teringin nak shopping barang murah bolehlah ambil pas masuk ke Betong ini. dengar cerita banyak juga tempat menarik untuk dilawati di Betong.

Telah dinyatakan tadi, kami tiba  di MRSM telah pun waktu tanghari. Pelajar baru keluar dari kelas dan sedang bersiap sedia untuk pergi menunaikan solat Jumaat. Memandang wajah anak-anak yang sedang berjalan berbaris menuju ke asrama mereka  ini (mereka sama seperti anak saya), terlintas doa spontan  di hati ini, mudahan apabila anak-anak ini cemerlang dalam akademiknya , diharap dan didoakan agar mereka juga dapat menjadi insan dan mukmin yang cemerlang yang sarat dengan kecintaan terhadap agama dan penuh dengan keimanan. InsyAllah.

Menunggu beberapa ketika barulah dapat bejumpa dengan anak kesayangan kami Muhammad Tsaqif, dia kelihatan teruja dan gembira kerana kali ini kepulangannya  untuk bercuti dijemput oleh kami.
Harapan dan keinginan kami sebagai ibu bapa, biarlah anak ini cemerlang dari segala aspek kehidupan  dan paling utama menjadi anak soleh yang menyejukkan pandangan mata. Bukan sekadar Muhammad Tsaqif bahkan begitu juga harapan  untuk anak-anak kami  yang lain.
Jadilah permata yang senatiasa menyinarikehidupan diri sendiri dan juga kehidupan orang lain.

Selepas suami dan anak menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek pengkalan Hulu kami sekeluarga pun meneruskan perjalanan balik ke Rembau. Sambil balik, sempat juga singgah di beberapa tempat lain yang menarik. Hajat hati nak ke Betong, apakan daya tak de passport. lain kali je lah nampaknya.

Sekian saja catatan perjalanan ke MRSM Pengkalan Hulu dari saya sekeluarga. Terima kasih kerana sudi membaca hingga habis.

FAMILY FIRST



MASJID JAMEK PENGKALAN HULU
Di sini lah anak-anak MRSM Pengkalan Hulu mengerjakan Solat Jumaat



Bangunan Pentadbiran MRSM Pengkalan Hulu

Asrama Putera





Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia
#Jurulatih/Fasilitator ECCE
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA

Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

Saturday, 19 September 2015

REKOD-REKOD DI TASKA

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Pengurusan Perniagaan TASKA perlu dijalankan secara sistematik supaya TASKA beroperasi dengan lancar, tersusun dan professional. Antara perkara penting yang perlu ditekankan ialah bagaimana menyedia dan mengurus rekod-rekod di TASKA.

Jadi, kepada anda  yang baru ingin berjinak dengan perniagaan TASKA, supaya  pengurusan TASKA anda lancar, anda dikehendaki untuk memastikan bahawa semua Rekod di bawah ini perlu  disediakan di TASKA anda.


Berikut adalah Rekod yang perlu disediakan;

REKOD KANAK-KANAK

Rekod Maklumat peribadi kanak-kanak
Rekod Kedatngan Kanak-Kanak
Rekod Pemeriksaan Fizikal
Rekod Kesihatan
Rekod Semak Perkembangan Kanak-Kanak
Rekod Pemerhatian Kanak-Kanak
Buku Log Harian kanak-Kanak


REKOD KAKITANGAN TASKA

Rekod Maklumat Peribadi Pekerja
Rekod Kedatangan Pekerja
Rekod Kesihatan
Rekod PerlantikanPekerja
Rekod Cuti
Rekod Kursus dan latihan
Rekod Pembayaran Gaji


REKOD PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN TASKA

Rekod Inventori dan Peralatan TASKA
Rekod kewangan
Rekod Aktiviti TASKA
Rekod Menu makan
Rekod Aktiviti Penglibatan Ibubapa
Rekod Latihan Kebakaran
Rekod Pelawat
Rekod Pegawai diberi kuasa melawat
Rekod Peranncangan Aktiviti TASKA
Rekod Laporan TASKA
Rekod TAKWIM TASKA


Mengikut Peraturan TASKA 2012, setiap TASKA perlu menyediakan dan menyimpan rekod kanak-kanak, kakitangan dan pengurusan TASKA secara sistematik.

Pegawai JKM yang diberi kuasa berhak untuk memeriksa rekod-rekod ini semasa sesi pemantauan ke TASKA. Jadi, sediakanlah rekod di TASKA dan jadilah TASKA yang beroperasi secara professional.

Untuk yang ingin mendapatkan idea memulakan  perniagaan TASKA, boleh dapatkan EBOOK saya ini.

PANDUAN PERNIAGAAN TASKA

RM 30


ATAU

WHATAPPS 016 7235080


Tuesday, 15 September 2015

JEREBU ALAM VS JEREBU KEHIDUPAN



Oleh : Nor Azura Ismail
Foto : Google
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com


Assalam dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog saya yang budiman,

Hari ini saya tergerak hati ingin menulis mengenai jerebu. Jerebu iaitu satu fenomena yang kian gawat yang   kini sedang melanda negara kita dan beberapa negara jiran di sekitar.
Apakah puncanya?
Semuanya tidak lain berpunca daripada kerakusan manusia sendiri terhadap alam semulajadi ciptaan Tuhan  ini. Pembakaran hutan untuk tujuan pertanian  yang berleluasa di negara jiran  ditambah pula dengan musim tiupan angin monsun barat daya yang bergerak secara perlahan, turut menyumbang kepada faktor bertambah teruknya keadaan jerebu akhir-akhir ini.



Akan tetapi, teruk sangatkah  dan bahayakah jerebu ini?
Ya, jerebu yang disebabkan oleh asap boleh menyerap masuk  ke paru-paru seseorang  dan boleh mengakibatkan keadaan kesihatan seseorang terganggu seperti mendapat batuk, pedih penglihatan dan rasa sesak apatah lagi jika seseorang itu berada dalam kumpulan berisiko seperti bayi, kanak-kanak dan juga orang tua.


Beberapa hari lalu kerika saya mamandu di sepanjang lebuhraya PLUS dari tol Pedas Linggi menuju ke Nilai, hampir terganggu penglihatan saya dek kerana jerebu yang kian kelihatan menebal.Jarak penglihatan menjadi pendek hingga kurang jelas kelihatan apa yang berada di pandangan hadapan.

Semalam pula, ketika anak-anak telah bersiap untuk ke sekolah, tiba-tiba jiran sebelah menegur dan memaklumkan bahawa hari itu semua sekolah di negeri Selangor, Putrajaya, NS dan Melaka di arahkan tutup kerana bacaan IPU sudah mencecah 200. Aduhai tak baca pula berita yang diumumkan pada malam sebelumnya. Maka kecohlah ibu dan bapa, pening seketika, pening memikirkan ke mana anak harus diletakkan sementara mereka terpaksa juga keluar bekerja.

Ada rakan-rakan pengusaha TASKA yang saya kenali, terpaksa berbalah pendapat dengan ibu bapa apabila mereka juga bercadang menutup TASKA tetapi tidak dipersetujui oleh ibu bapa.
Bila sekolah  diarah tutup maka TASKA pula dibanjiri oleh anak-anak  dihantar  transit.

Jom merenung seketika disebalik  fenomena jerebu ini. Jom buka mata hati kita . Mari kita cuba melihat jerebu yang secara tiba-tiba menjadi acara tahunan ini, kita lihat kehadirannya dari satu sudut pandangan lain iaitu pandangan hati yang dalam. Tentu tersirat pelbagai hikmah dan pengajaran yang tidak kita sedari di dalamnya . Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan setiap kejadian alam yang diizinkanNYA untuk berlaku.
Masih ingat lagi tak, yang kita belajar dahulu mungkin di sekolah, antara tanda-tanda sebelum berlakunya  kiamat ialah apabila bumi mula diselubungi oleh asap-asap yang tebal.
Walahhualam.

Apapun jerebu mengingatkan kita untuk belajar mencintai alam semulajadai. Jerebu mengingatkan kita kepada DIA yang Maha Berkuasa atas segalanya. Jerebu turut mengajar insan untuk saling berpesan pada setiap orang supaya bijak menjaga kesihatan di musim jerebu ini. Jerebu melahirkan kasih sayang dan keperihatinan sesama insan.

Dalam diam, jerebu juga turut menlonjakkan penjualan topeng muka, maka berlipatgandalah  keuntungan perniagaan  topeng muka di saat jerebu yang melanda ini.

Itulah fenomena  jerebu alam. Bagaimana pula jerebu yang sedang melanda di hati-hati kita?
Jerebu Alam Vs Jerebu Kehidupan.
Jerebu memang sering bertandang di hati kerana setiap manusia tak pernah lari dari pelbagai masalah kehidupan di dunia. Tiada kehidupan tanpa masalah. malah apabila hilang  roh dari jasad juga, itu merupakan suatu masalah juga untuk kita yang bergelar hambaNya.

Kalau jerebu alam, kita mengatasi antaranya  dengan memakai topeng muka, kita mengambil pelbagai langkah keselamatan. Lalu, bagaimana pula jerebu yang melanda kehidupan kita hari ini?

Jerebu kehidupan apabila ;

- Yang miskin terus miskin
- Yang baik di kata buruk
- Yang buruk di puja-puja
- Yang kaya hanya terus kaya sendiri
- Yang teraniaya terus dianyai
- Yang ada tidak dihargai
- Yang tiada terus ditagih.
- Yang sombong terus membangga diri
- Yang hina terhina lah selamanya..
- Yang berkeluarga mementingkan diri
- Yang lemah terus dibuli

dan macam-macam lagi...

Bagaimana pula jerebu yang sedang melanda kehidupan anak-anak kita ?

Jerebu Alam Vs Jerebu kehidupan Anak-Anak!

- yang berjalan tiada sopannya
- yang bergaul tiada akhlaknya
- yang berkawan tiada batasnya
- Yang berpakaian umpama bertelanjang
- Yang lahir tiada diingini
- Yang lahir terus dibuang
- Yang lahir terhina dipandang nista
- Yang ada tidak disayangi
- Yang di sisi tidak dihargai
- Yang kecil didera emosi dan fizikal
- Yang hidupnya dipenuhi kemewahan
- yang manjanya terlalu berlebihan
- Yang imannya tak pernah dipupuk
- Yang pendidikan akhlaknya tipis sekali
- Yang harinya leka dengan gadget
- Yang cilik dipaksa pandai segera
- Yang comel dimarah selalu
- Yang menagih kasih di tinggal-tingalkan..


Lalu, bagaimana? bagaimanakah kita sebagai ibubapa, pengasuh, pendidik dan masyarakat setempat mengatasi semua ini apatah lagi jerebu dalam kehidupan anak-kanak kita? bagaimana kita melihat jerebu alam dan memuhasah jerebu dalam kehidupan kita?
Jerebu Alam Vs Jerebu Kehidupan.

Hakikatnya  jerebu alam datang ada waktunya namun jerebu dalam kehidupan kita siling berganti tiada hentinya. Tunggulah satu saat , bila semuanya telah berakhir.


TUHAN, berikan kami petunjuk.
TUHAN  kami mengharap Rahmat dan Simpati dari Mu
Kasihanilah kami hamba-hambuMU  yang lemah ini.
Siapalah kami tanpa secebis Rahmat dan Redha  dariMu


Monday, 7 September 2015

Idea aktiviti kreatif kanak-kanak

Perkongsian bersama : Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi peribadi


Sifat semulajadi kanak-kanak ialah mereka suka melahirkan imiginasi mereka dan antara satu caranya ialah melalui aktiviti kreatif.
Supaya anak-anak dapat melahirkan pelbagai idea dan imiginasi, berikan mereka peluang untuk mencuba sendiri sesuatu aktiviti itu.

Peranan anda samada anda merupakan seorang pendidik@pengasuh awal kanak-kanak maupun jika anda adalah ibubapa, anda semua perlu menjadi pembimbing dan senatiasa memberi galakan kepada anak-anak dapat melakukan aktiviti berkaitan perkembangan mereka. anak-anak pasti berasa dihargai dan teruja dengan setiap peluang dan ruang untuk melakukana pelbagai aktiviti yang anda sediakan untuk anak-anak.

Jom, saya kongsikan beberapa idea aktiviti kreatif kanak-kanak  yang sesuai untuk perkembangan awal kanak-kanak di setiap perigkat umur. Apa yang perlu anda perhatikan  ialah cara pelaksanaan aktiviti tersebut perlulah sesuai dijalankan mengikut tahap umur dan tahap kebolehan kanak-kanak tersebut.


LUKISAN BERLILIN

Tulis@lukis apa sahaja di atas kertas putih dengan menggunakan lilin. Kemudian warnakan keseluruhan tulisan@lukisan dengan warna air. Tulisan@lukisan dari lilin akan kelihatan timbul pada kertas yang telah diwarnakan tadi.





JOM BUAT TIKAR DARI KERTAS


Potong pelbagaikertasa warna ataukertas dari majalah terpakai. potong memanjang dan masukkan berselang seli dalam satu kertas lain seperti ditunjukkan dalam gambar. Tentu anda pernah melakukan kreativiti ini ketika di sekolah dulu.


MEWARNAKAN PASIR DENGAN WARNA AIR


Gunakan pasir laut yang asli dan yang masih agak basah lagi. Campurkan dengan pelbagai warna poster yang berlainan.Anak-anak pasti teruja dengan pasir berwarna yang telah dihasilkan. 


BUAT CORAK DAN MEWARNAKAN GARAM





Gunakan kertas berwarna hitam. Dengan menggunakan gam putih, buat apa sahaja lukisan atas kertas hitam tersebut. Taburkan garam di atas gam tadi. Buangkan garam yang tidak terlekat. Titikkan warna di atas garam tersebut. Warna akan merebak dengan cepat di atas garam.


LUKISAN TAPAK KAKI






Warnakan tapak kaki dengan warna air. Ikut kreativiti anda, hias hingga menjadi bentuk tertentu.



MENGHASILKAN GAS DARI CAMPURAN SODA BIKARBONAT DAN  CUKA MAKAN.


Masukkan 3 sudu makan cuka dalam botol plastik.
Masukkan 3 sudu teh soda bikarbonat dalam belon.
Letakkan belon atas munjung botol.
Tegakkan belon dan biar bahan tadi bercampur.
Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak 2 – 4 tahun.


MEWARNAKAN  TEPUNG JAGUNG, TEPUNG BERAS DAN TEPUNG GANDUM

Masukkan 3 jenis tepung ini dalam bekas polistrin yang berlainan. Bancuh cair sedikit dengan air. Kemudian masukkan pewarna makanan yang disukai. Ajar anak membezakan ketiga-tiga bancuhan tersebut. Jangan lupa, biar anak yang membancuh tepung tersebut.


PERMAINAN KOGNITIF


Bahan permainan di atas boleh dibuat sendiri. Anak-anak boleh main memadankan petak mengikut  warna yang sama. Selain itu anak-anak boleh diajar mengenal warna.


MENGENALI MIMIK MUKA


Gunakan cawan kertas di atas dan bimbing anak untuk melukis pelbagai mimik muka. 


KOLAJ GARAM


Lukiskan satu gambar pada kertas kosong. Minta anak sapukan gam.
Warna garam dengan pelbagai warna berlainan dan letakkan pada gambar yang dibubuh gam tadi.



BERMAIN DENGAN STOKIN KAKI DAN SARUNG TANGAN


Boleh main memadankan stokin@sarung tangan
boleh main aktiviti memakai stokin
mengasingkan stokin dan sarung tangan



OK, Nak dapat banyak lagi idea aktiviti kreatif kanak-kanak, jom dapatkan dari EBOOK saya ini;


50 KOLEKSI  IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK

HARGA CUMA RM 25.

Whatapp saya 0167235080 untuk tempahan EBOOK ini.

Tuesday, 1 September 2015

Pendidikan awal ialah pendidikan akhlak

Teks : Nor Azura Ismail.


Pendidikan awal ialah pendidikan akhlak? Betul ke? Bukan ke pendidikan awal ialah pendidikan untuk inginkkan  anak-anak cepat pandai membaca, menulis dan mengira? Biasanya inilah harapan ibubapa yang menghantar anak seawal usia ke pusat-pusat perkembangan anak-anak.

Menurut pendapat ahli pendidikan, pada peringkat umur  anak 3 – 7 tahun, pendidikan utama yang perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak ialah pendidikan yang membina sahsiah, jiwa dan akhlak anak dan seharusnya menjadi tanggungjawab ibubapa itu sendiri.

Para ilmuwan juga berpendapat bahawa  bimbingan dan tunjukajar  mengenai akhlak serta adap sangat pentig diberi kepada  anak-anak semenjak dari kecil lagi kerana di peringkat ini tingkahlaku mereka mudah dibentuk  maka bentuklah tingkahlaku dengan acuan yang baik sejak kecil lagi.

Keluarga adalah institusi yang paling dekat dan berkesan serta penting dalam mendidik dan mencorakkan sahsiah yang baik pada diri anak-anak. Ibubapa pula  adalah insan yang paling mampu memberi  didikan terbaik untuk anak-anak kerana adanya fitrah kasih sayang dalam diri ibubapa terhadap anak-anaknya.

Berdasarkan beberapa fakta di atas, pada pandangan saya memang benarlah pendidikan utama untuk anak-anak di  awal usia sekitar  3 – 7 tahun ini adalah seharusnya pendidikan yang membina akhlak, sahsiah , jati diri, keperibadian serta moral diri anak-anak apatah lagi di zaman serba berteknologi dan semuanya  hanya di hujung jari.

Jadi, sejauh manakah kita sebagai ibubapa mengambil berat dan sedar akan perkara serta situasi ini.? Adakah kita telah mengambil tanggungjawab  dan berlumba lumba untuk menggunakan tangan dan kudrat kita sendiri dalam memberi pendidikan  sahsiah dan kerohanian yang terbaik untuk anak-anak?  Adakah kita menjadikan keutamaan pendidikan berbentuk ini kepada anak-anak?

Hakikatnya apa? Hakikatnya , tanpa kita sedari kita telah  berlumba-lumba untuk memberikan pendidikan akademik kepada anak-anak biarpun anak kita sekadar berusia 3 tahun. Memasuki sahaja umur anak 3 tahun maka kita akan sibuk memilih TADIKA yang terbaik untuk anak-anak dengan harapan anak akan cepat pandai membaca, menulis , mengira dan menguasai ilmu  tertentu seawal usia. Objektif utama ibubapa menghantar anak ke TADIKA ialah untuk anak pandai dan bukan untuk yang lain-lain.  Maka akan banggalah kita dengan pencapaian anak-anak. 

Anak-anak tahu apa? Mereka sebenarnya hanya tahu seronok dan tahu nak main. Anak-anak diusia 3 tahun suka kalau dapat baca doa beramai-ramai, suka ikut ikut ibubapa kerjakan solat, suka sangat kalau kita ajar mereka tentang adap. Senang sahaja mereka nak ikut perkara-perkara baik yang kita ajar. Tapi, anak-anak seperti terpaksa bila ibubapa sibuk hantar anak-anak ke kelas-kelas tertentu, sibuk latih tubi anak-anak membaca buku, sibuk minta anak siapkan pelbagai buku-buku tugasan walaupun anak-anak sekadar berusia 3, 4, 5 tahun ? Dan bila nampak hasilnya pada anak-anak, maka akan berbanggalah kita. Itulah realitinya.

Pada saya, bersederhana sahajalah dalam memberi pendidikan akademik pada anak ketika anak dalam usia 3 ke 7 tahun, jangan di paksa-paksa, Jangan marah anak kalau tak dapat A ketika baru di tahun satu. Masih banyak peluang  menunggu mereka. Biarkan mereka puas dengan dunia anak-anak mereka. Isikan ruang usia muda mereka  dengan didikan membina akhlak dan sahsiah diri.

Saya pernah membaca satu fakta di Jepun yang mangatakan bahawa di sekolah mereka tidak menekankan akademik atau memberi  homework  kepada anak-anak sehingga usia anak  10 tahun. Apa yang ditekankan ialah pendidikan akhlak anak-anak. Mereka bina dulu teras dan benteng dalam kehidupan anak-anak. Bina keperibadian anak  grade A, maka anak-anak akan membesar sebagai insan yang berperibadi A juga. Itu di Jepun, di negara kita pula , macamana?

Kalau mengikut pengalaman saya sendiri, saya juga  kurang menekankan pendidikan akademik ketika anak di awal usia @ di bawah 10 tahun. Saya tak marah kalau anak-anak kurang menunjukkan prestasi  baik di sekolah dalam akademiknya . Apa yang saya buat   cuma bagi galakan sahaja.  Suami saya  pula tak lah melenting bila anak tak dapat A dalam pelajarannya sebaliknya akan  marah jika anak-anak leka untuk solat sedari umur mereka 7 tahun lagi.  Yang paling ketara,  kebanyakan anak-anak saya yang telah remaja kini, hanya mula menunjukkan prestasi dalam pelajaran akademiknya setelah bersekolah menengah. Ketika itu mereka dah mula matang untuk berfikir dan berlumba dalam pembelajarannya. Ada juga akanak-anak saya yang lebih cenderung kepada kemahiran berbanding akademiknya.




Kesimpulannya, pada pandangan saya, anak-anak yang masih kecil, usahlah dipaksa dan dibebankan dengan pendidikan akademik di awal usia. Biarkan anak puas main. Jangan stress kan anak-anak awal usia dengan bebanan belajar.  Biarkan mereka dengan kerja hakiki mereka iaitu bermain. Mereka sebenarnya belajar banyak perkara sambil bermain. Mereka mendapat ilmu melalui pengalaman bermain. Sambil main sambil berikan didikan akhlak kepada anak-anak . Itu yang paling baik. Insyallah anak-anak akan membesar bersama teras jiwa yang kental, sahsiah dan jati diri yang positif  walaupun mungkin anak-anak kurang berjaya dalam pendidikan akademiknya.  Yang utama, pendidikan awal ialah pendidikan akhlak.

Perlu diingat juga bahawa kejayaan anak-anak tidak seharusnya diukur dari pencapaian akademik semata, mungkin anak-anak boleh juga berjaya dalam kemahiran tertentu  maupun dalam kehidupan peribadinya kelak. Banyakkan berdoa  untuk kejayaan anak-anak. Dan kejayaan yang utama ialah bila anak-anak dapat  meneruskan kehidupannya bersama akhlak, keperibadian dan sahsiah diri yang terserlah.  Itulah benteng utama yang menyelamatkan kehidupannya  dan bakal membahagiakan kita sebagai ibubapanya kelak.

Semoga anak-anak adalah rezeki yang terbaik buat kita.

Jom, dapatkan Ebook Panduan Mendidik Anak ini, baik untuk menambahkan ilmu keibubapaan anda.



RM 30. Klik DI SINI

Monday, 31 August 2015

Log Harian Kanak-Kanak TASKA

Log harian kanak-kanak adalah satu buku log  yang mengandungi catatan yang berkaitan dengan aktiviti rutin dan juga aktiviti pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di TASKA.

Sebuah perniagaan TASKA yang professional mesti mewajibkan penulisan buku log ini setiap hari. Buku Log Harian Kanak-Kanak mengandungi bahagian yang perlu diisi oleh ibubapa dan sebahagian lain yang perlu dicatatkan oleh pengasuh@pendidik di TASKA.  Selain daripada mencatatkan aktiviti harian di TASKA, buku log juga bertujuan untuk melibatkan ibubapa dalam konteks mengambiltahu perkara yang berlaku kepada anak-anak mereka sepanjang hari di TASKA. Ibubapa perlu mencatatkan mengenaikan kedatangan anak-anak, barang keperluan dan keadaan fizikal anak-anak sewaktu di hantar ke TASKA. Selain itu ibubapa boleh memberi  komen terhadap catatan tertentu yang ditulis oleh pengasuh mengenai anak-anak. Secara tak langsung berlakulah komunikasi bertulis  antara ibubapa dan juga pengasuh anak-anak.

Pihak pengurusan TASKA pula perlulah memastikan yang buku log ditulis dengan betul dan jujur. Pastikan semua pangasuh@pendidik tahu cara mencatatkan butiran dalam buu log secara professional dan beretika. Catatan dalm Buku Log harian Kanak-kanak  banyak membantu pihak TASKA sekiranya berlaku sesuatu salah faham atau kekeliruan di kalangan ibubapa mengenai perkara yang berlaku di TASKA. Catatan dalam buu log boleh dijadikan bukti yang kukuh. Oleh sebab itu , penting pengasuh mencatatkan sesuatu dengan betul bukan sekadar sambil lewa sahaja.

Berikut adalah contoh catatan dalam Buku Log Harian Kanak-Kanak di TASKA.

TASKA RIA
CATATAN LOG HARIAN KANAK-KANAK

Nama kanak-kanak : Siti
Umur : 2 Tahun

CATATAN LOG HARIAN KANAK-KANAK


TARIKH :                              HARI : ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS/JUMAAT
DIISI OLEH IBUBAPA/PENJAGA


*      Tiba jam 08.30 am  yang menghantar Ibu
*      Anak tidur nyenyak semalam? YA / TIDAK
Jika tidak kenapa____________________________________
*      Anak sudah dimandikan/dibersihkan. YA/TIDAK
*      Alatan/bahan yang dibawa

Perkara
Kuantiti
Perkara
Kuantiti
Perkara
Kuantiti
Botol susu
2
Botol air
-
Pakaian
4 pasang
Lampin pakai buang
4
Tuala
1
Plastik (Baju kotor)
1
Lain-lain
-















CATATAN PEMERIKSAAN FIZIKAL KANAK-KANAK


Kesihatan Anak :
Anak anda sihat? YA /TIDAK
Jika tidak, kenapa? _____________________________________________________
Suhu_______________________________Ubat____________________________

Pemeriksaan fizikal kanak-kanak (Tanda dan catat di bahagian berkaitan)
 









Hadapan                                                                                              Belakang

OK                                                                                                OK





CATATAN RUTIN HARIAN DAN AKTIVITI KANAK-KANAK
PERKARA
MASA
KUANTITI
CATATAN PENGASUH
CATATAN
IBUBAPA
Minum Susu
08.30 pg

04.30ptg
200 ml


200 ml
Diminum habis


Habis



Sarapan







Snek/Buah





Makan T/Hari











Minum petang

09.00
am





10.30 am



12.00pm










3.30
pm

Roti Sandwish telor




Sepotong buah betik


Nasi putih & sup ayam bersama sayur.






Cucur Ikan bilis


Siti suka makan roti sandwish telur.
Makan habis.



Siti tidak berapa gemar makan buah betik.


Siti makan habis. Dia belajar makan sendiriwalaubagaimanapun Siti masih kurang suka makan sayur. Dia sibuk mengasingkan sayur yang ada dalam pinggannya.



Makan dengan berselera



Tukar lampin/Tandas
8.00
am

11.00am


Siti masih memakai lampin pakai buang. Pengasuh tukar sewaktu mandi dan bila perlu.


Gosok gigi

8.40am

12.30pm

/

/

Siti suka bila diberi peluang belajar menggosok gigi

Mandi

10.00am
03.00pm

/
/



Tidur

01.00pm – 03.00pm


Siti tidur dengan lenanya

PERKARA
MASA
CATATAN PENGASUH
IBUBAPA

Circle Time

09.00 – 09.30am

Sewaktu ‘circle time’ siti  beria-ria membaca doa mula belajar dalam bahasanya sendiri yang kekadang masih kurang jelas. Siti sangat suka hati.

Nature Walk
Air/Pasir

Lawatan Luar

09.30 –







10.30am




Sewaktu aktiviti ‘nature walk’ hari ini, Siti banyak sangat bertanya benda persekitaran yang dilihatnya hingga penat pengasuh nak jawab.





Tiada aktiviti main air hari ini

Tiada aktiviti main pasir hari ini.


Aktiviti 1











Aktiviti 2

Aktiviti 3



Aktiviti Bebas






10.45
Am







11.30
Am








04.45
Pm


Aktiviti Kreativiti : mengecop tapak kaki pada kertas





Main susun pelbagai saiz kotak


Pada mulanya Siti merasa geli untuk diwarnakan tapak kakinya tetapi akhirnya dia kelihatan beria-ria nak buat aktiviti ini bila telah dicuba sekali.


Siti sangat seronok dan leka menyusun kotak bersama kawan sebaya.




Utk aktiviti bebas, Siti memilih utuk main dengan soft toys bersama rakan sebaya nya.








TINGKAH
LAKU


Hari ini Siti sangat sporting dan ceria.


KESIHATAN


Baik dan sihat.


SAKIT/UBAT




KEMALANGAN/
KECEDERAAN


-


PULANG/
PESANAN

Tiada



TARIKH :                                                                               TARIKH :

AINA
(TT PA )                                                                                               (TT IBUBAPA)
NAMA :                Cikgu Aina                                                                          NAMA:



Pengasuh @ pendidik perlu tulis mengenai maklumbalas kanak-kanak terhadap aktiviti yang dijalankan bukan menulis apa aktiviti yang dijalankan oleh pengasuh.