Sunday, 25 December 2016

Blog TASKA TADIKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com


Ebook RPA TASKA dah siap diedar kepada pembeli. Terima kasih sebab ada sahabat lama yang tolong komen ebook tersebut.  Kalau ada yang nak order, silakan, harganya ialah RM40.

Tahu tak apa seterusya yang saya hendak tawarkan?
Blog TASKA TADIKA.

TASKA TADIKA masa kini beroperasi bagaikan cendawan tumbuh. Ramai sekali individu yang berminat memulakan perniagaan TASKA. Tentu sekali terdapat persaingan sengit di kalangan para pengusaha ini apatah lagi jika perniagaan mereka beroperasi di kawasan yang sama.
Selain dari program yang ditawarkan dan mutu perkhidmatan setiap perniagaan TASKA TADIKA, ada satu lagi cara bagi membantu mempromosi  TASKA TADIKA secara berterusan. Mudah sahaja caranya iaitu melalui blog.

Kenapa TASKA TADIKA perlu ada blog sendiri? Apa istimewanya blog ini?
Berbanding dengan mempunyai FB group atau FB Profile maupun FB page@group,  TASKA yang ada blog sendiri lebih mudah post dan update cerita, gambar dan aktiviti semasa TASKA .
Dari segi mempromosi TASKA,  pelbagai promo dan perkara boleh dikongsikan dengan mudah melalui entri-entri yang di update dari masa ke semasa.

Ibu bapa ada masanya mencari dan survey TASKA TADIKA di google dan sekiranya blog TASKA TADIKA yang berkenaan merupakan blog yang aktif, maka mudah sekali ibu bapa jumpa blog tersebut di google.
Kongsikan apa sahaja kelebihan di blog anda. Pengusaha bebas tulis dan kongsi apa sahaja asalkan tulisan atau entri dalam blog mematuhi etika penulisan. Mewujudkan sesuatu Blogspot adalah percuma.

Jadi, adakah anda merupakan pengusaha TASKA TADIKA,  dan ingin mempunyai blog TASKA  TADIKA sendiri?
Saya bantu bangunkan blog anda dan tentunya anda bayar saya dengan harga yang berbaloi dan memuaskan. Bayar sekali tetapi hasilnya berterusan. Tak percaya?
Blogspot saya, baru berusia hampir 2 tahun, tetapi mempunyai pelawat hingga hari ini seramai 178k orang.
Dan paling best, blogspot saya menjadi pendapatan tetap saya setiap bulan.
Jika ada pengusaha  TASKA TADIKA yang berminat untuk mempunyai blog seperti blog saya ini,
anda boleh dapatkan perkhidmatan berikut dari saya.

Perkhidmatan: Menyediakan blogspot baru  ( BLOG TASKA TADIKA) dan bimbingan berterusan jika perlu.
Bayaran : RM 400. ( one off payment)
Hubungi saya, melalui emel atau whatapp 0167235080.
#Norazurachildcarepractitioner
http://pnnorazuraismail.blogspot.com


Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25







Harapan ibu bapa buat anak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google

Anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan kepada semua yang bergelar ibu bapa. Tanggungjawab kedua ibu bapa ialah untuk membesarkan anak-anak dengan memberikan asuhan dan didikan yang terbaik selain menafkahkan anak-anak bagi memastikan kesempurnaan hidup mereka.

Apakah harapan ibu bapa buat anak?
Saya yakin, semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Justeru sejak dari anak lahir, selain  mengasuh, memberikan belaian kasih sayang, setiap ibu bapa  akan bertungkus lumus mencari rezeki buat menyara kehidupan anak-anak.  Siang dan malam ibu bapa bekerja dan berusaha, semuanya untuk memastikan segala keperluan kehidupan anak mencukupi. Tak cukup si bapa sahaja bekerja, si ibu juga tidak menang tangan keringat  dan tenaga, sama -sama kini turut juga mencari rezeki. Sememangnya, terlalu besar harapan ibu bapa buat anak.


Memang kenyataannya, bila membeli sesuatu  untuk anak-anak , terasa suatu naluri  kebahagiaan  bila dapat memberi sesuatu kepada anak- anak hatta tidak di minta oleh si anak.  Sebolehnya akan diusahakan demi untuk anak-anak. Tingginya nilai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu dan bapa hingga tiadalah pernah dia mengeluh kerana perit jerih membesarkan anak anak. Maka, patut sekali , dalam Islam mewajibkan anak -anak berbuat baik kepada ibu bapanya.

Anak anak pula bagaimana?
Saya telah coretkan harapan saya untuk anak sulung saya. Antara harapan ibu bapa buat anak.

Untuk anakku Muhammad Nabil Al Hakim yang kini mempunyai kerjaya sebagai seorang pelukis dan 'digital designer'.
Wahai anak, tatkala umurmu menjangkau 21 tahun, Alhamdullillah kau telah dikurniakan rezeki dan pendapatan bertali arus yang baik dan stabil. Rezekimu senantiasa tidak putus samalah seperti doa seorang ibu, harapan seorang bapa yang umpama air deras yang sentiasa mengalir, dicincang pasti tidak akan putus.  Ketahuilah, di setiap rezeki kurniaan Allah kepadamu itu, sentiasa ada doa dari orang tuamu.
Wahai anak, perit jerih membelanjakan segala urusanmu sedari kecil tidaklah pernah minta dibalas dengan wang ringgit . Cukuplah ingatan dan perhatian darimu  yang sentiasa diharapkan selamanya. Cuma anak, diingatkan.kepadamu, untuk keberkatan rezekimu  usah sesekali kau lupa memberi. Dan sebaik2 pemberian darimu adalah kepada ibu bapamu. Berilah dari rezekimu itu setiap bulan kepada ibu bapa mu ini, walau hanya rm10.
InsyAllah, kau akan terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesejahteraan dalam kehidupan.
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaan buat kedua ibu bapamu jua.
#Norazurachildcarepractitioner



Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25




Tuesday, 20 December 2016

MENU KANAK-KANAK TASKA

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Rujukan : Buku Resepi Kanak-Kanak, Kementerian Kesihatan Malaysia.


SANDWISH PISANG BERKEJU


Bahan-bahan:
10 biji pisang emas (dihiris)
5 keping keju chedar (dihiris jejalur)
10 keping roti bijirin penuh, dibakar
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil mentega

Cara penyediaan :
1.       Potong roti kepada dua bahagian dan aturkan hirisan pisang di atas roti.
2.       Letakkan jejalur-jejaur keju cheddar di atas.
3.       Sapukan madu di atas dan hidangkan.





BANANA PANCAKE


Bahan-bahan:
2 biji pisang
½ cawan susu
½ cawan tepung gandum
1 sudu teh tepung penaik
½ sudu teh garam
2 sudu makan madu

Cara penyediaan:
1.       Lenyekkan pisang yang telah dibuang kulit.
2.       Campurkan susu ke dalam pisang yang telah dilenyek.
3.       Ayakkan tepung, serbuk penaik dan garam dan gaul hingga sebati.
4.       Goreng dengan kuali leper yang telah disapu minyak.
Hidangkan dengan madu.



BEBOLA MATA IKAN

Bahan-bahan:
1 ekor isi ikan kembung yang direbus (buang tulang)
1 BIJI UBI KENTANG
Daun bawang yang dicincang

Cara penyediaan
1.       Gaulkan isi ikan dengan ubi kentang yang dilenyek.
2.       Campurkan dengan daun bawang yang telah dicincang.
3.       Gaulkan sehingga sebati.
4.       Bentukkan bahan-bahan yang digaul tadi dalam bentuk yang bulat.
5.       Bahan-bahan ini boleh digoreng atau direbus. Sedia dihidangkan.


SMOOTHIE GRAPE

Bahan-bahan:
20-25 biji anggur hijau
½ cawan(100ml) yogurt (perisa asli)
1 cawan kiub ais

Cara penyediaan:
1.       Belah dan buang biji anggur
2.       Masukkan anggur, yogurt dan ais ke dalam mesin pengisar. Kacau hingga jadi bentuk puri.
Tuangkan dalam gelas dan tambah ais.



DORAYAKI

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk penaik
4 sudu besar susu segar
6 biji telur
Inti- coklat cair 1 bar sederhana

Cara penyediaan :

1.       Soda penaik dan susu segar dilarutkan dan ketepikan.
2.       Pukul telur dan gula hingga kembang.
3.       Masukkan campuran soda penaik dan juga tepung ke dalam adunan telur dan kacau hingga sebati.
4.       Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
5.       Tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali lebih kurang 1 sudu besar untuk membentukkan seperti lempeng yang kecil. Terbalikkan bila perlu.
6.       Angkat setelah masak, setelah sejuk, sapukan inti pilihan dan tangkupkan 2 lempeng tersebut.





SCRAMBLED TOFU SANDWISH

Bahan-bahan:
2 sudu makan minyak
½ cawan cili merah besar
½ cawan cendawan, dihiris
1 biji bawang merah besar
1 keping tofu putih
 1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji buah tomato potong dadu
2 keping roti penuh mil

Cara penyediaan:
1.       Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang.
2.       Hancurkan tofu dengan tangan dan masukkan ke dalam kuali
3.       Masukkan cili merah dan cendawan.
4.       Tambahkan serbuk kunyit dan goring selama 5 minit.
5.       Masukkan tomato yang dipotong dadu dan gaul hingga rata.
6.       Hidangkan bersama roti sebagai sandwish.



PUDING ROTI

Bahan-bahan:
5 keping roti
4 gelas susu penuh krim
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar esen vanilla
1 biji telur
4 sudu kismis
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1.       Roti dicarik-carikkan ke saiz yang kecil dan kemudiaannya direndamkan bersama susu, gula, marjerin, esen vanilla dan juga telur.
2.       Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam Loyang dan taburkan kismis ke atasnya.
3.       Kukus selama 45 minit.


SPINACH RICE CAKE


Bahan-bahan:
1 cawan nasi
½ cawan bayam
¼ cawan daun ketumbar
½ cawan tepung beras
½ cawan kacang tanah
(goreng tanpa minyak dan hancurkan)
¼ sudu teh serbuk cili
1 sudu teh jus limau
1 sudu teh garam
3 sudu teh minyak

Cara penyediaan :
1.       Campurkan semua bahan-bahan kecuali minyak dan uli dengan tangan.
2.       Ambil sedikit doh dan dibentuk menjadi leper
3.       Letakkan atas kuali leper dan sapukan dengan minyak
4.       Masak hingga bertukar menjadi kuning keemasan.




OMELET AYAM


Bahan-bahan:
1 sudu besar minyak masak
2 biji telur
5 sudu besar sayur campur
70g isi ayam
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1.       Panaskan kuali leper di atas api yang sederhana. Setelah panas, masukkan minyak masak. Biarkan sehingga minyak betul betul panas.
2.       Sementara itu, sediakan kepingan kecil ayam yang dihiris nipis. Panggang ayan di atas kuali hingga masak kekuningan. Kemudian sediakan sayur campur.
3.       Pecahkan telur di dalam bekas lain terlebih dahulu. Kemudian campurkan kepingan ayam yang sudah dipanggang terlebih dahulu. Masukkan sayur campur dan secubit ganbar.
4.       Tuangkan ke dalam kuali yang sudah panas dan biarkan sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan. Kecilkan sedikit api.
5.       Kemudian, terbalikkan telur tadi dan biarkan selama 1 minit.
6.       Bila telah masak, hidang dengan sos tomato atau mayonis.



Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25














Monday, 19 December 2016

Penyediaan RPA TASKA

oleh: Norazura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sebelum menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak  di TASKA , pendidik.perlu merancang aktiviti melalui Rancangan Pelaksanaan Aktiviti. (RPA)

Bila nak sediakan RPA  mulalah pendidik pening kepala, antaranya kurang idea dan tiada  masa nak sediakan RPA. Di kebanyakan TASKA, inilah masalah yang wujud. Tiada RPA.
Walaupun pendidik telah dihantar berkursus, masih lagi tidak mampu untuk sediakan RPA. Bukannya tidak tahu hendak buat RPA, tetapi pelbagailah alasan yang keluar. Antaranya; 

Tiada idea.
Tiada masa.
Tidak  boleh fikir.
Keliru
Leceh
Tidak kreatif
Malas.
dan pelbagai lagi lah alasan diberi.

Pengusaha TASKA sendiri susah untuk arahkan.pekerjanya sediakan RPA yang lengkap.

Jangan risau, saya boleh bantu memudahkan pendidik TASKA semua untuk siapkan RPA. Sekurang kurangnya ia dapat dijadikan panduan di TASKA.
"EBOOK RPA TASKA" inilah jawapan kepada pemasalahan penyediaan RPA di TASKA.

Mengapa penyediaan RPA sangat perlu di TASKA.
Jawapannya;
RPA dapat beri peluang pendidik rancang aktiviti yang sesuai untuk anak2 TASKA.
RPA sebagai.persediaan sebelum.pelaksanaan aktiviti dengan kanak kanak. Pendidik boleh ambil masa untuk sediakan.persekitaran kondusif dan sediakan bahan aktiviti yang lebih menarik.
Pelaksanaan aktiviti yang mempunyai RPA dapat dijalankan dengan lebih lancar dan teratur.
RPA dapat memastikan aktiviti yang dijalankan sesuai dengan tahap umur dan kebolehan.kanak kanak  serta  pendidik boleh mencuba mencapai objektif yang telah dirancang.

Kesimpulannya Pendidik yang melaksanakan Aktiviti bersama RPA adalah pendidik yang lebih  berketerampilan dan professional.
Terdapat lebih kurang 70 RPA aktiviti kanak kanak  di TASKA. dalam ebook ini, dengan mukasuratnya lebih kurang 250 helaian.
Pendidik TASKA usah lagi pening memikirkan tentang penyediaan RPA TASKA.
Begitu juga pengusaha TASKA, boleh juga hadiahkan RPA ini bagi mengurangkan beban.pendidik memikirkan tentang penyediaan RPA TASKA. Secara tidak langsung, tentulah juga dapat meningkatkan kualiti pelaksanaan aktiviti ksnak kanak di TASKA.
Mungkin juga RPA ini sesuai untuk digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk pelajar pendidikan awal kanak kanak.

Bagaimana tempah EBOOK RPA TASKA ini dan berapa harganya?
Harga  ebook RPA TASKA ini ialah RM 40.
Untuk tempahan terus, boleh whatapp ke 0167235080.
Buat bayaran ke acc
Nor Azura Ismail
Maybank 155126919215 atau
CIMB 7612806903.
Sertakan bukti slip bayaran.
Sertakan alamat emel anda
atau tempah melalui borang tempahan.

EBOOK RPA TASKA, insyALLAH memudahkan.pendidik di TASKA.
Pendidik tidak perlu lagi pening, aktiviti dapat dijalankan dengan.lancar dan anak anak TASKA menjadi seronok dengan pelbagai aktiviti yang menarik.


Norazura Childcare Practitioner.




RPA TASKA ini adalah dalam bentuk ebook.
Setiap tempahan, perlu dibuat bayaran terlebih dhulu melalui acc

Nor Azura Ismail
MAYBANK 155126919215
CIMB 7612806903

HARGA EBOOK : RM40.00


Nyatakan nama, alamat dan emel anda.

Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25




Friday, 16 December 2016

RPA TASKA melancarkan pengendalian aktiviti


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Rancangan pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA) wajib ada di TASKA bagi memastikan pelaksanaan aktiviti kanak-kanak dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta mencapai objektifnya





RPA TASKA ini adalah dalam bentuk ebook.
Setiap tempahan, perlu dibuat bayaran terlebih dhulu melalui acc

Nor Azura Ismail
MAYBANK 155126919215
CIMB 7612806903

HARGA EBOOK : RM40.00


Nyatakan nama, alamat dan emel anda.



Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25


Thursday, 15 December 2016

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI TASKA (RPA)

Oleh : Nor Azura Ismail

EBOOK RANCANGAN PELAKSANAAN TASKA (RPA)  ini telah lama saya rancang untuk dihasilkan dalam bentuk ebook softcopy ini. Alhamdullillah, dengan izin ALLAH, berkat ketekunan dan kesungguhan saya sendiri walaupun terpaksa merintangi hari demi hari yang sibuk dengan pelbagai cabaran, akhirnya ebook ini dapat disiapkan juga. Saya dedikasikan ebook Rancangan Pelaksanaan TASKA (RPA)  ini untuk semua pendidik di TASKA. Ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa yang berminat untuk mengetahui tahap-tahap perkembangan anak-anak dan aktiviti yang sesuai dijalankan untuk mereka.

Apakah itu Perkembangan Pembelajaran Kanak-kanak?

Tahukah anda bahawa potensi perkembangan pembelajaran seseorang kanak-kanak bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan lagi, malah ketika di dalam kandungan lagi. Proses pembelajaran seseorang kanak-kanak bukanlah juga hanya menjurus kepada sesuatu yang berbentuk akademik sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan aspek dalam perkembangan kanak-kanak. Dengan kata lain, sepanjang menyusuri hari-hari awal usianya, kanak-kanak belajar pelbagai perkara dan benda baru. Uniknya, kebanyakan yang dipelajari oleh kanak-kanak diperolehi hanya melalui bermain. Bermain merupakan kerja hakiki dan sebahagian dari kehidupan normal seseorang kanak-kanak.
Pada peringkat awal, kanak-kanak mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan inteleknya. Pada ketika ini. sangat penting kanak-kanak mendapat pendedahan pembelajaran mengenai kehidupan  secara holistik atau menyeluruh.
Personaliti dan sahsiah kanak-kanak terbentuk sejak dari dalam kandungan ibunya lagi. Personaliti dan sahsiah diri kanak-kanak dapat dikembangkan dan menjadi lebih positif lagi sekiranya kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang betul daripada orang dewasa dan juga persekitarannya.

Perkembangan awal kanak-kanak bukanlah bermaksud pendidikan awal yang berbentuk akademik semata iaitu memastikan anak-kanak cepat pandai membaca , menulis dan mengira di awal usia. Sebaliknya pendidikan awal kanak-kanak adalah satu bentuk pendidikan yang menekankan aktiviti yang antaranya bagi mencapai perkara-perkara berikut :

1.    Membina emosi dan sahsiah diri yang sihat dan stabil serta positif dalam diri kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti yang berkait dengan tahap Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian kanak-kanak.

2.   Menjadikan kanak-kanak pandai bersosial dan bergaul dengan baik serta positif bersama rakan-rakan sebayanya.

3. Membimbing kanak-kanak agar boleh menggunakan bahasa percakapan yang baik, mempunyai keyakinan diri ketika berbual dan berkomunikasi dengan rakan sebaya atau dengan  orang dewasa melalui Perkembangan Bahasa, Kominikasi dan Literasi Awal.

4.    Menanamkan pengetahuan dan memberi bimbingan terhadap cara pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti perkembangan yang dapat membimbing kanak-kanak memilih menu makan yang baik lagi berkhasiat.

5.    Membina hubungan positif dengan  sesiapa sahaja di persekitaran kanak-kanak.

6. Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka, mencuba dan merasai pelbagai pengalaman dengan dunia persekitarannya melalui pebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan bagi menggalakkan  Perkembanagan deria dan Pemahamana Dunia Persekitaran kanak-Kanak.

7.    Mendidik kanak-kanak supaya boleh  berdikari seawal usia 3 – 4 tahun lagi dengan memberi peluang kepada kanak-kanak menguruskan keperluan biasa  diri sendiri seperti mandi sendiri, pakai baju dan kasut sendiri serta mengemas barang permainan selepas bermain.

8. Menjadikan kanak-kanak seorang yang aktif, cergas dan sihat serta menguatkan perkembanagan moto kasar dan moto halus kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti berkaitan Perkembangan Fizikal kanak-kanak.

9. Membantu kanak-kanak berfikir mengenai sebab dan akibat kepada sesuatu dan meningkatkan  keupayaan kanak-kanak mnenumpukan perhatian bagi merangsang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik kanak-kanak.

   Memberi peluang kanak-kanak menghayati, menikmati dan menyusuri dunia awal kanak-kanak mereka melalui pelbagai aktiviti yang kreatif, ceria dan menarik.


Pada dasarnya. perkara-perkara  di atas menunjukkan bahawa pada peringkat awal kehidupan kanak-kanak apa yang penting ialah menggalakkan tahap-tahap perkembangan menyeluruh kanak-kanak dalam pelbagai aspek perkembangan pembelajaran yang dapat membantu mereka melalui kehidupan dengan mudah dan lebih bermakna di hari seterusnya mereka menempuh pengalaman kehidupan sebagai seorang kanak-kanak.

Perlu diingat bahawa sememangnya  kanak-kanak sentiasa ingin belajar mengenai sesuatu yang baru dalam kehidupannya. Dan hakikatnya kanak-kanak belajar melalui bermain. Kanak-Kanak main apa sahaja yang disukainya tanpa mengetahui sebab dan akibat. Maka peranan pendidik ialah untuk merancang dan mengendalikan  aktiviti yang menyeronojkkan (persis seperti bermain) untuk kanak-kanak. Seorang pendidik perlu memahami setiap tahap perkembangan dan tingkahlaku semulajadi kanak-kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di TASKA khasnya  secara tidak langsung dapat membantu merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan tidak hanya pada aspek-aspek tertentu sahaja.

JOM, dapatkan Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA) supaya anda sebagai pendidik di TASKA boleh menulis perancangan aktiviti yang baik untuk anak-anak di TASKA anda.


RPA TASKA ini adalah dalam bentuk ebook.
Setiap tempahan, perlu dibuat bayaran terlebih dhulu melalui acc

Nor Azura Ismail
MAYBANK 155126919215
CIMB 7612806903

HARGA EBOOK : RM40.00
Nyatakan nama, alamat dan emel anda.


Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25