Tuesday, 3 December 2019

RPA Pemakanan - Cucur pisang yang sedap

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


RPA PEMAKANAN - Cucur Pisang yang sedap

Umur Kanak-Kanak /   :   3 - 4  Tahun / 10  orang
Bil :


Bidang Perkembangan/   :  Perkembangan  Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (PSSEKR)
Pembelajaran :


Pengetahuan Sedia Ada :  

Kanak-Kanak sudah boleh mempamerkan rasa suka ketika dapat  kupas kulit dan makan buah pisang. – pisang emas (PSSEKR)


Objektif :


1.    Kanak-kanak boleh meluahkan rasa teruja ketika diberi beritahu khasiat buah pisang sambil berpeluang menyediakan cucur pisang (PSSEKR)
2.    Kanak-kanak boleh melenyekkan buah pisang di dalam mangkuk (PF)
3.  Kanak-kanak boleh membezakan warna kulit pisang ketika belum masak dan sudah masak. (PDPDP)

Tema  :  PEMAKANAN

Tajuk  :  Cucur pisang yang sedap

Tempat  :  Ruang Aktiviti

Bahan  :  
1.    Buah pisang belum masak ( warna hijau)
2.    Buah pisang telah masak ( warna kuning)
3.    Mangkuk besar
4.    Alat pelenyek pisang
5.    Tepung gandum
6.    Gula
7.   Air

Langkah-langkah Pelaksanaan :


1.    Kanak-kanak memakai apron dan bergerak ke ruang aktiviti.
2.  Sebelum aktiviti dijalankan, kanak-kanak diberitahu beberapa peraturan yang perlu diikuti sepanjang aktiviti. ( nyatakan peraturan yang sesuai)
3.  Semua kanak-kanak diberi buah pisang dan digalakkan kupas kulit pisang sendiri .Sambil kupas buah pisang untuk bancuhan cucur pisang, kanak-kanak digalakkan sebut kebaikan buah pisang, antaranya membantu proses penghadaman dengan lancar.
4. Pastikan kanak-kanak tahu kebaikan makan buah pisang, berikan pujian kepada kanak-kanak.
5.    Rangsang pengetahuan kanak-kanak secara berterusan.
6. Kanak-kanak dimaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu iaitu menyediakan cucur pisang dari jenis buah pisang yang sama dimakan oleh kanak-kanak ( sebaiknya buah pisang emas)
7. Minat dan kesungguhan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti ini dirangsang supaya kanak-kanak dapat hasilkan cucur pisang hasil bancuhan sendiri.
8.  Bahan dan peralatan disediakan – pisang, tepung, air, gula dan bekas untuk melenyek dan menggaul bancuhan cucur pisang. Biarkan kanak-kanak meneroka bahan seketika.
9.    Minta kanak-kanak ikut satu persatu arahan langkah membancuh bahan untuk cucur pisang yang ditunjukkan (demo) oleh pendidik. Beri bimbingan kepada kanak-kanak.
10.Minta kanak-kanak kupas kulit pisang, masuk dalam bekas, lenyekkan pisang, masukkan tepung dan air serta sedikit gula. Minta kanak-kanak gaul bancuhan hingga sebati.
11.  Beri peluang kanak-kanak berterusan buat aktiviti ini sambil dibimbing oleh pendidik.
12. Akhir sekali, pendidik akan masak bancuhan cucur pisang tersebut dan dihidang untuk minuman petang bersama kanak-kanak.
13.  Pendidik minta kanak-kana sama-sama bantu mengemas ruang aktiviti dan ucapkan terima kasih.


Pemerhatian :

           1. Keselamatan
-       Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya.
-       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahaya

 2.   Kebersihan
-       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti
-       Pastikan kanak-kanak memakai apron

  3.  Kesihatan
Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini


************************


Hi dan Salam Sejahtera semua. Dikongsikan contoh RPA  @ Rancangan Pelaksanaan Aktiviti di TASKA yang berkait dengan pemakanan.  Boleh rujuk  di sini dan bolehlah cuba jalankan dengan kanak-kanak.

Nak kan banyak lagi contoh RPA.
Boleh rujuk dalam ebook RPA ini.




Nak kan RPA bagi tema yang lain.

JOM dapatkan dari saya !







Jom, nak dapatkan koleksi aktiviti RPA dan SOP di TASKA, sila hubungi saya.


Perlukah RPA - Rancangan Pelaksanaan Aktiviti ini?
Ya, sangat perlu bagi anda jika anda merupakan seorang pendidik di TASKA. Dengan mempunyai RPA yang terancang, aktiviti bersama kanak-kanak tentunya dalam dilaksanakan dengan teratur lagi mudah, sebab semuanya telah dirancang dengan baik. kan..


Norazura
0167235080 / 0192115642












Monday, 2 December 2019

KURSUS ASUHAN PERMATA DI NILAI



KURSUS ASUHAN PERMATA SESI 2020


KURSUS WAJIB UNTUK SEMUA BAKAL PENGUSAHA DAN PENGASUH DI TASKA.

JOM BOOKING AWAL.

TEMPAT : BANDAR BARU NILAI
TEMPOH : 27 HARI ( KURSUS HUJUNG MINGGU)


BAYARAN : RM 900

HUBUNGI SAYA;
NORAZURA
0167235080/



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM60 dengan lebih dari 150 Koleksi RPA berdasarkan TEMA dan perkembangan kanak-kanak





PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA




EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

RPA Pemakanan



Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Rancangan pelaksanaan Aktiviti - PEMAKANAN


Umur Kanak-Kanak / Bil :  2/3 tahun
Bidang Perkembangan/ Pembelajaran :                


Perkembangan  Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (PBKLA))



Pengetahuan   Sedia Ada :


   Kanak-Kanak sudah boleh faham dan sebut bahawa sayur elok untuk dimakan. (PBKLA)



Objektif                              1.   Menggalakkan  kanak-kanak  bercerita  tentang  kebaikan  makan sayur bayam iaitu baik untuk dapatkan mata yang sihat. (PBKLA)
2.   Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama membuat aktiviti dalam kumpulan (PSSKR)
3.   Membolehkan   kanak-kanak meleraikan daun dan batang sayur
bayam (PF)


Tema :                             PEMAKANAN
Tajuk :                             Sedapnya  sayur bayam in! 
Tempat  / ruang aktiviti    Ruang aktiviti  TASKA

Bahan :                                 1.   Satu ikat sayur bayam – bayam hijau atau bayam merah
2.   Besen @ Tapis
3.   Lukisan  gambar  mata  besar  yang  cantik  (  lukis  atas  kertas lukisan @ A4 )
4.   Kertas A 4 kosong
5.   Pen Marker - hitam





Langkah-langkah
Pelaksanaan


1.   Minta   kanak-kanak   ke   ruang   aktiviti   dan   ucapkan   salam pengenalan kepada kanak-kanak
2.   Kanak-kanak  diminta  cuci  tangan  terlebih  dahulu  dan  dibahagi dalam 2 kumpulan kecil.
3.   Aktiviti dimulakan dengan kanak-kanak ditanyakan soalan,

“ Siapa suka makan sayur?”
“ Siapa tahu sayur memang elok untuk dimakan?”




 4.   Kanak-kanak  dirangsang  dan  dipastikan  boleh  sebut  bahawa sayur baik untuk dimakan.





5.   Seterusnya  kanak-kanak  mendengar  cerita  daripada  pendidik tentang sayur bayam dan antara khasiat sayur bayam iaitu untuk
6.   Minta kanak-kanak bulatkan matanya menandakan matanya sihat dan  kuat  sambal  kanak-kanak  memegang  gambar  sepasang
menjadikan mata kanak-kanak cantik dan bersinar.
mata yang besar dan bersinar.
7.   Pastikan  kanak-kanak  faham  dan  tahu  kebaikan  makan  sayur bayam dan minta kanak-kanak bercerita semula tentang kebaikan
makan sayur bayam tersebut.
8.   Galakkan kanak-kanak terus bercerita dan rangsang perbualan antara mereka.
9.   Ucapkan  tahniah  jika  kanak-kanak  menampakkan  kefahaman
tentang khasiat sayur bayam tersebut.
10. Sekiranya didapati ada kanak-kanak yang masih kurang jelas lagi, ceritakan dengan cara yang lebih mudah.
11. Seikat  sayur  bayam  diletakkan  di  hadapan  kanak-kanak  dan
galak kanak-kanak ikut demo pendidik leraikan daun sayur bayam satu persatu dan patahkan batangnya lebih kecil.
12. Galak  dan  rangsang  serta  bantu  kanak-kanak  buat  aktiviti  ini
sambil buat bersamanya.
13. Kanak-kanak diminta masukkan daun dan batang sayur bayam ke dalam besen@tapis.
14. Kanak-kanak diberitahu bahawa  sayur  bayam  ini  akan dibasuh dan dimasak serta boleh makan bersama nanti.
15. Galak lagi kanak-kanak lukis gambar mata sihat yang diingininya di atas kertas yang diberi.
16. Selesai  aktiviti,  pendidik  mengucapkan  terima  kasih  kepada kanak-kanak dan ajak kemas bersama-sama
17. Jangan lupa, cuci tangan.



















Nak kan RPA bagi tema yang lain.

JOM dapatkan dari saya !






Jom, nak dapatkan koleksi aktiviti RPA dan SOP di TASKA, sila hubungi saya.


Perlukah RPA - Rancangan Pelaksanaan Aktiviti ini?
Ya, sangat perlu bagi anda jika anda merupakan seorang pendidik di TASKA. Dengan mempunyai RPA yang terancang, aktiviti bersama kanak-kanak tentunya dalam dilaksanakan dengan teratur lagi mudah, sebab semuanya telah dirancang dengan baik. kan..


Norazura
0167235080 / 0192115642

MOTIVASI DIRI - Saya dan pendidikan awal kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

MOTIVASI DIRI - Saya dan Pendidikan Awal kanak-Kanak


It just me and myself...
How do i motivated myself?
Alhamdullillah, tuhan selalu ilhamkan kepada saya untuk sentiasa belajar dari sesuatu pengalaman yang lepas. Menyedari kelemahan diri, bahawa saya memang ada mempunyai sintom self esteem yang rendah walau bukan seteruk dulu. Justeru prinsip saya hanya satu....

Untuk menjadi diri saya sendiri dan untuk lebih menghargai setiap kelebihan yang Allah berikan pada diri saya.  Kerjaya pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah pilihan saya walaupun latarbelakang pendidikan awal akademik saya tidak berkait rapat dengan bidang kerjaya ini.

Saya dan Pendidikan Awal kanak-kanak, dari dulu...
Sebolehnya saya tidak akan duduk dalam kelompok mereka yang sentiasa memandang sinis pada kebolehan saya.

I will run from them and go far away..

Sebab saya tahu di luar sana masih ramai yang menghargai dan menyantuni saya sebaiknya.  Acapkali ada saya jemputan bicara dan training yang saya terima dari para penggiat industri ini. Saya belajar menghargai setiap peluang yang diberi.

Sebolehnya saya sangat tidak suka bersama dengan mereka yang berdiri gah mendabik dada tanpa suka memandang sedikit ke bawah.

It really will make me down.

Lalu saya elakkan berada dalam kelompok mereka.... mereka yang jarang melihat keistimewaan dalam diri orang lain. 
Tentunya juga saya akan elakkan pertemuan bersama orang yang tidak suka dengan saya, walau atas alasan apapun yang sebabkan tidak suka itu. 😁

Sebolehnya juga walau di fb ini sekalipun, saya akan unfriend atau blok mereka yang tidak positif atau yang suka keluarkan status-status yang negatif tak kiralah mereka itu kawan atau family sekalipun.
Saya tidak suka biarkan emosi saya terganggu dek kerana mereka, jadi.. saya tinggalkan mereka dalam dunia negatif tersebut.

Hakikatnya.. Kita adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain yang benar-benar sangat kenal dengan kita;
bagaimana kita dulu, apa kebolehan kita, melainkan kita sendiri dan Allah jualah yang Maha Mengetahui tentang diri kita. Lalu.. belajarlah hargai kebolehan dan setiap anugerah potensi yang Allah berikan kepada kita.

Sepertimana kata orang bijak pandai juga...
Jika ingin jadi orang berjaya, duduk dan bergaullah dalam kalangan mereka yang positif dan yang suka bercakap perkara yang baik-baik.
Jika ingin jadi insan yang menyerlah..., duduklah bersama mereka yang nampak ikhlas menghargai kita.


This is me, and InsyAllah i does all these..

Abaikan yang negatif - negatif tu..!
sambil menyedari bahawa apa sahaja kelebihan kita itu, semuanya milik ALLAH dan dariNYA jua.


Catatan,
#Norazura

Jom buka TASKA

What a great bisnes!!
TASKA TADIKA.




Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Apakah itu TASKA?

Menurut definisi di dalam Akta TASKA  1984 , JKM;  menyatakan bahawa TASKA adalah mana-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah umur 4 tahun melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut.

Jadi..., dah tahu maksudnya"\1, 
Mudah kah untuk buka TASKA ini?

Mungkinkah....
Jarang orang nak berfikir panjang tatkala terdetik di hati untuk memulakan bisnes TASKA TADIKA.
Kerana apa? Ya, kerana ia nampak umpama suatu bisnes yang mudah untuk dimulakan tanpa memerlukan kepakaran, pengetahuan atau kemahiran yang kritikal.


Yelah, bab menjaga dan mengasuh anak ni, ramai jer orang yang faham dan boleh buat. Paling tidak, telah ada pun pengalaman menjaga anak sendiri, jaga anak buah atau jaga adik sendiri. Lalu, saban tahun TASKA TADIKA tumbuh mekar ibarat cendawan selepas hujan. Begitu kan..

Maka jadilah ia suatu bisnes yang cepat sekali berputik menjadi pilihan utama untuk dimulakan sebagai bisnes anda. Asal ada modal yang cukup dan tahu langkah-langkah awal untuk memulakakannya seperti sudah cukup untuk meneruskan pelayaran dalam bisnes ini. Sedangkan lautan cabaran dihadapannya, telah kah bersedia untuk diharungi.?


Antaranya..
Cabaran memahami perkembangan dan tingkahlaku kanak-kanak, Pun juga cabaran mengendalikan kerenah parents, cabaran menanggani masalah pekerja, cabaran demi cabaran merentasi alam maya yang semuanya di hujung jari ini. Telahkah siap bekalan senjata anda untuk menghadapinya?


Atau..
Adakah anda rasa sedikit sahaja kepayahan dan risiko yang perlu dihadapi?
Allahu...
Mereka yang telah menceburi industri ini dan telah melalui setiap kepayahan itu sahaja yang faham.
Sedang yang di luar sana, selalu melihat bisnes ini mudah sekali, laluan pantas juga buat meraih pendapatan demi pendapatan. Oh yer.. memang betul ramai jer kawan-kawan saya yang beroleh pendapatan umpph dari bisnes TASKA TADIKA ini. Memang boleh berduit walau tidak hingga menjadi kaya dan jutawan.

Its true!

Namun, adakah anda telah menjenguk rintangan dan cabaran yang acapkali mereka hadap dan tempoh hingga bisnes mereka kekal hingga kini. Mohon ambil tahu! Hari demi hari bila saya duduk bersama para pengusaha yang hebat-hebat ini, ada jer pemasalahan yang sama, tali menali sejak dari dulu lagi.
Selagi minda orang kita tidak mahu berubah....!!


Justeru, bila ada orang tanya pada saya,
'Puan, kenapa puan tidak buka TASKA TADIKA semula?'
Tidak pernah sebenarnya saya menjadi insan yang mengalah.., namun
cukuplah pengalaman yang dulu itu...,
Allah Maha Tahu detik hati ini!
Izinkan keinginan saya untuk terus bertebaran lebih jauh dalam industri ini tanpa terikat dengan operasi TASKA TADIKA lagi.

Stop! 😊

Mungkin, saya telah tua otak dan keringat untuk bisnes tersebut😁
Ehh.. tapi saya sangat mengalukan orang-orang muda untuk menceburi bisnes TASKA TADIKA ini.
Cari ilmu dan tambah kemahiran dulu. Seperti yang saya nyatakan tadi, tidak cukup hanya ada keinginan, modal dan kemampuan untuk mengurus. Paling-paling penting anda mesti minat sepenuhnya dan memahami pendidikan awal kanak-kanak dari akar umbinya.
Faham sepenuhnya!!, apa itu pendidikan awal kepada kanak-kanak?


Adakah..,
Mengasuh dan menemani sahaja?
Adakah, perlu pastikan anak-anak pandai dan bijak baca, tulis dan kira.?
Adakah... itu.. ini.., memadai?
Jangan nanti, anda pula yang sama-sama hanyut dalam pemintaan dan jangkauan tinggi ibu bapa masa kini. Jangan nanti anda jaga dan asuh anak orang, namun anda pula yang menjadi penyumbang penderaan emosi kepada anak-anak tanpa anda sedari. Jangan jua anda yang merosakkan perkembangan semulajadi seorang anak.


Kesimpulannya, carilah ilmu yang sebanyak dan secukupnya sebelum anda bergelar usahawan TASKA TADIKA.

For a start, do join me here..
Bengkel Mula Bisnes TASKA.
15 Dis 2019 at Bangi.

Sila hubungi saya untuk bengkel di atas atau sebarang jemputan bengkel berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

0167235080/0192115642

Catatan,

Norazura
Jurulatih dan Fasilitator
Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak