Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Carian google
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi anak anda sedang mengamuk atau ‘trantrum’? Bagaimanakah cara mendidik anak suka mengamuk? Apakah tindakan yang harus anda lakukan sekiranya situasi tersebut berlaku pada anda?
Sebagai ibubapa, apabila anak-anak mula mengamuk atau ‘trantrum’, inilah satu perkara yang sangat stress dan memeningkan kepala untuk dikendalikan oleh ibubapa. Bayangkan anda berada di pasaraya dan anak anda inginkan satu permainan yang disukainya tetapi anda tidak mahu membeli atau melayan permintaan anak. Justeru itu anak anda berguling guling di lantai sambil mengamuk dan menangis tanpa anda fahami . Oleh kerana semua mata melihat kepada gelagat anak dan anda maka anda pun mengambil langkah membelikan sahaja mainan tersebut untuk anak anda. Sebaik sahaja anak dapat apa yang diingininya amuknya pun hilang dengan mudahnya. Masalahnya perkara yang sama berulang setiap kali anda ke pasaraya, Akhirnya anda buat keputusan biarlah tak payah bawa anak ke pasaraya lagi.
Mengapakah kanak-kanak suka mengamuk @ menunjukkan ‘trantrum’? Di sini saya ingin kongsikan antara sebabnya.
1. Tidak mendapat apa yang mereka inginkan
2. Mahukan perhatian
3. Terlalu banyak diberi muka
4. Keperluan asas tidak dipenuhi – penat, lapar, haus dsb
5. Merasa bosan
6. Belum mampu membezakan antara yang betul dan yang salah. Mereka akan mengamuk sesuka hati mereka tanpa mengira masa dan temapat.
7. Mempunyai kemahuan tinggi
8. Mereka juga egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun).
9. Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Bagi mempraktikkan cara mendidik anak suka mengamuk, ibubapa perlulah mempunyai sedikit pengetahuan dan kemahiran mengenai tingkahlaku dan perkembangan anak-anak. Ada masanya ibubapa tidak faham dengan ragam anak dan menganggap kanak-kanak memang suka membuat perangai apatah lagi di depan orang lain dan di tempat awam. Kerana pening kepala melayan ragam anak ada juga ibubapa yang mula berang kerana semakin dipujuk semakin menjadi-jadi pula ragam si anak. Perlukah ibubapa memarahi anak? Perlukah ibubapa merasa tertekan ? Jawapannya tentu tidak perlu. Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh ibubapa untuk berhadapan dengn ragam anak?
Mengikut kata seorang pakar kanak-kanak, kanak-kanak menunjukkan’ trantrum’ bukan kerana mereka nakal tetapi antaranya kerana ingin menunjukkan tanda marah atau sedih kerana mereka tidak boleh menyatakan dengan perkataan mengenai apa yang tidak kena pada diri mereka. Apa yang paling penting diketahui oleh ibubapa ialah mengamuk sebenarnya adalah satu perkembangan yang normal untuk kanak-kanak. Walaupun begitu, sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu sejak di awal usia lagi.
Jom saya kongsikan juga sedikit cara mendidik anak suka mengamuk @ trantrum untuk panduan semua ibubapa yang mempunyai anak di awal usia.
1. Tenang menghadapi kerenah anak. Tarik nafas dalam-dalam.Cuba cari surah-surah yang sesuai untuk menenangkan hati anda dalam berhadapan dengan situasi dan ragam anak. Berdoalah juga untuk anak anda dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang. Cuba bacakan surah Al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran anda.
2. Pastikan keinginan asas dan keperluan emosi kanak-kanak telah dipenuhi. Mungkin anak mengamuk kerana kurang diberi perhatian oleh anda. Mungkin anak berasa sedih, sakit, mengantuk atau lampin pakai buang mereka yang penuh tidak ditukar oleh anda. Jadi, uruskanlah masalah anak-anak ini.
3. Pastikan dalam kereta anda ada bekalan snek yang berkhasiat yang boleh diberi kepada anak sekiranya tiba-tiba mereka merasa lapar ketika dalam perjalanan. Ini boleh jadi sebab untuk anak membuat kerenah dalam perjalanan. Tentu anda pening dan rasa terganggu ketika sedang memandu.
4. Anak anda paling suka jika kita mahu mendengar masalah mereka. Pegang dan peluk anak dan berikan mereka perhatian supaya mereka boleh menerangkan masalah mereka. Ini bukanlah bermakna apa sahaja yang anak inginkan, anda sebagai ibubapa perlu beri, cuma sebagai satu cara anda menunjukkan keperihatinan terhadap kehendak anak. Anak anda berhak menyatakan keinginan dan ketidakpuasan terhadap sesuatu.
5. Terangkan kepada anak secara berhikmah mengapa keinginan mereka tidak boleh diikuti. Kebanyakan ibubapa hanya berkata ‘tidak boleh’ tetapi tidak menyatakan sebab mengapa’ tidak boleh’. Anak akan merasa sedih.
Ibubapa perlu beritahu pada anda sebab yang logik yang boleh diterima oleh anak. Saya bagi satu contoh anak yang mengamuk di pasaraya kerana inginkan gula-gula, jadi anda boleh ingatkan anak-anak tentang keburukan makan gula-gula yang banyak.
6. Alihkan perhatian anak apabila nampak simptom seperti hendak mengamuk. Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak . Anak tidak boleh dirotan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik.
Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu cuba beri sesuatu yang lain atau permainan yang lebih mudah atau bantu anak.
7. Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap.Jadi, jika anak terus mengamuk....buat -buat jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat. dan berada di persekitaran yang selamat juga. Apabila anak berhenti mengamuk, bincang secara baik dengan anak akan kerenah mereka tadi. Terangkan juga bahawa kita akan tegas dengan pendirian kita.
8. Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk lagi untuk situasi yang sama.
9. Kawal amarah anda sebagai ibubapa. Anda merupakan ‘role model’ kepada anak anda. Jika anak mengamuk dan anda turut juga mengamuk sama, anak akan melihat dan merasa bahawa mengamuk adalah satu cara untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Jadi, bertenanglah.
10. Peluklah anak walaupun selepas selesai mereka mengamuk. Beritahu pada anak yang anda sayangkan mereka.
Mengamuk atau ‘trantrum’ adalah antara contoh dari banyak kerenah kanak-kanak yang anda sebagai ibubapa perlu tahu dan fahami. Mengapa kita kadang-kadang sebagai ibubapa tidak mahu faham?Semuanya kerana kita tidak peka cara mendidik anak suka mengamuk yang berkesan dan sesuai untuk dipraktikkan dalam mendidik anak.
Jadi, .jangan lupa untuk cuba mengaplikasikan perkongsian di atas, antara cara yang boleh anda lakukan sekiranya anak anda suka mengamuk @ ‘trantrum’. Insyallah dalam catatan yang lain, saya akan kongsikan banyak lagi. Tunggu ye.
No comments:
Post a Comment