Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Carian Google
Emel: pnnorazuraismail@gmail.com
Entri 21
Doh ataupun selalu disebut tanah liat adalah sejenis bahan permainan yang
biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk membuat bentuk dan sebagainya. Saya rasa sewaktu saya kecil dulu pun, saya
suka main tanah liat ni sebab boleh buat macam-macam bentuk , kalau kreatif boleh bentukkan
jadi ular, burung, bola dan sebagainya.
Sekarang ini dipasaran selain
daripada tanah liat, sudah banyak jenama lain yang seumpama dijual di pasaran.
Dari harga cuma rm 1 sekotak sehinggalah ada yang berharga berpuluh-puluh
ringgit untuk sekotak.
Anda sendiri sebagai ibubapa
ataupun pengusaha TASKA Tadika, pernah tak anda belikan anak permainan tanah liat atau seperti contoh playdough.
Selalunya tanah liat yang dijual dalam kotak itu, harganya sangat murah manakala yang berjenama sikit seperti playdough
pula agak mahal harganya. Dari segi kualiti, jenama seperti playdough
adalah jauh lebih baik daripada tanah liat yang biasa kita main tu.
Persamaannnya pula ialah kedua-duanya mengandungi bahan yang boleh merbahayakan
kanak-kanak jika termakan. Kalau tak percya, beli yang murah itu, cuba bau.
Jadi, apakata hari ini saya kongsikan
bagaimana anda boleh buat doh sendiri di rumah yang lebih selamat digunakan dan boleh jadikan ia sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Boleh juga dijadikan aktiviti di
TASKA atau Tadika anda.
Biasanya di rumah mungkin anak-anak suka tengok
anda bancuh dan uli tepung untuk buat kuih, apakata kali ini anda beri
peluang pula anak anak pula yang buat doh sendiri. Tugas anda cuma sediakan bahan, bantu dan bimbing anak-anak.
Baiklah, bahan-bahan yang anda
perlukan:
1 cawan garam
Semua bahan yang digunakan adalah bahan
yang terdiri dari sumber makanan dan selamat sekiranya kanak-kanak termakan.
Kenapa perlu dibuat dari bahan yang selamat, kerana anak-anak ini terutama yang
berusia 1-2 tahun masih mempunyai hobi memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.
Jom sekarang kita bimbing anak buat doh:
1. Pakaikan anak dengan apron. Anda juga
perlu pakai apron ye. (Saya nak bagi anak rasa teruja dengan aktiviti ini)
2. Beri tahu pada anak apakah aktiviti yang
akan anda jalankan. Aktivitnya ialah , buat doh bersama-sama.
3. Mula-mula sudah tentu anda perlu sediakan
dulu semua bahan di atas untuk
memudahkan anak. Letakkan semua bahan dalam bekas yang mana anak-anak boleh nampak bahan tersebut. Sebelum
mula, kenalkan dulu bahan kepada anak-anak. Anda boleh juga bercerita pada
anak-anak tentang kegunaan setiap bahan tersebut.
4. Minta anak rasa dulu tekstur tepung
gandum dan tepung jagung dengan jari jemarinya.. Kalau anak anda berumur 3-4
tahun anda suka boleh bertanya pada anak tentang perbezaan tekstur kedua jenis
tepung tersebut.
5. Minta anak rasa sedikit garam untuk dia
belajar rasa masin pada garam. Anda boleh tunjuk dan terangkan pada anak tentang warna-warna
berlainan untuk bahan pewarna yang digunakan.
6. Sekarang beri anak satu mangkuk@bekas plastik , minta anak campurkan air, garam,
minyak masak, dan sedikit pewarna.
7. Kemudian minta anak masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung. Jom, kacau dan
uli bahan bersama-sama dengan anak anda. Anda perlu beri peluang dan biarkan
anak ambil masa untuk uli bahan tersebut sehingga menjadi doh.
8. Anda boleh bantu jika anak anda berumur
1-2 tahun dan beri bimbingan jika anak berumur 3-4 tahun. Yang paling penting
anda tetap beri mereka peluang mencuba buat doh sendiri. Saya yakin anak anda
akan merasa seronok dan dihargai.
9. Kalau anak suka, minta anak buat
campuran bahan sekali lagi dan gunakan warna yang berlainan pula.
10. Sekarang dah siap doh, biarkan anak
buat kreativiti dan cipta imiginasi
mereka sendiri. Anda mungkin boleh buat satu contoh dan kemudian biarkan anak
bermain dengan imiginasi mereka sendiri.
Contoh kreativiti anak
11. Akhir sekali, jangan lupa minta anak cuci tangan.
*Tip untuk simpan doh ini untuk tahan lama, boleh masukkan ke dalam peti sejuk dan keluarkan bila anak nak main.
Kesimpulannya aktiviti di atas sesuai untuk merangsang rasa
ingin tahu kanak-kanak, menggalakkan moto halus kanak-kanak dan seterusnya boleh menggalakkan kreativiti kanak-kanak melalui imiginasi mereka. Mereka juga akan cuba membina kefahaman melalui pengalaman
yang mereka perolehi sendiri.
** Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran
**Perkembangan Fizikal-moto halus
**Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
ReplyDeletememanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)
Sangat menarik,mengalakkan pkembangan semua deria
ReplyDelete