Saturday, 18 April 2015

Panduan Didik Anak- Kesan terlalu memanjakan anak

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Carian Google

Entri : 19


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan pembaca semua.

Hari ini saya terfikir nak menulis tentang sikap keterlaluan memanjakan anak. Kenapa, salahkan memanjakan anak-anak ? Bagaimanakah dikatakan sikap memanjakan anak yang keterlaluan itu?

Tulisan ini saya kali ini ingin saya fokuskan kepada anak-anak di  antara umur 4 tahun hingga 8 tahun. Kenapa umur ini yang saya pilih? Jawapannya  ialah kerana anak-anak awal  usia  seperti ini ,  telah  faham arahan, telah boleh membezakan apa yang salah dan yang betul  dan mudah menyerap didikan samada didikan yang positif atau sebaliknya. Jadi, bila tersilap ibubapa terlalu memanjakan mereka,dikhuatiri kesan negatifnya akan dibawa membesar bersama-samanya.

 Apakah yang dimaksudkan dengan memanjakan anak? Memanjakan adalah perlu apabila ibubapa memanjakannya dengan cara memberkan belaian  kasih sayang kepada anak  dalam masa yang sama memberi didikan sahsiah dan akhlak yang betul  kepada anak tersebut.
Akan  tetapi memanjakan anak menjadi suatu kesilapan apabila  ibubapa memberi sepenuhnya  kasih sayang  tetapi  tidak dihiasi dengan aspek didikan serta tunjukajar yang betul.

Jom saya nak kongsikan  pandangan saya mengenai kesalahan  memanjakan anak secara keterlaluan ini.

IBUBAPA MENURUTI APA SAHAJA KEMAHUAN ANAK

Anak minta duit yang banyak , ibubapa beri sahaja tanpa bertanya untuk apa.

Asal sajaja nampak permainan, lalu anak minta dibelikan permainan walaupun mahal, ibubapa belikan juga sebab rasa tak sampai hati.

Anak asyik minta dibelikan baju baru   tanpa sebarang keperluan, ibubapa belikan juga.

Anak minta iPAd, boleh saja. Minta aplikasi permainan (games) pun ok juga.

Anak baru berumur 8 tahun, minta telefon bimbit, ibubapa sanggup keluarkan duit untuk beli.

Anak tidak mahu ke sekolah, ibubapa sokong.

Anak terlalu dimewahkan dengan pelbagai perkara sebab ibubapa tidak mahu anak merasa susah walaupun sedikit.

Boleh dikatakan apa sahaja kemahuan anak,  ibubapa akan turuti tanpa memikirkan boleh sepatutnya kemahuan itu dipenuhi atau tidak. Ibubapa tidak sampai hati jika tidak dituruti kemahuan anak. Ibubapa merasa bila kemahuan anak dituruti , itu menandakan bahawa mereka sayangkan anak-anak. Hakikatnya ibubapa merosakkan anak-anak sendiri.

KESANNYA, anak akan merasa bangga dan hidup dalam keadaan mewah.  Sesekali anak jadi  seperti tuan, kerana mereka tahu apa sahaja yang mereka mahu pasti akan dituruti.Anak-anak tidak akan tahu erti kesusahan kerana apa yang mereka tahu, segala keinginan mereka akan dipenuhi oleh ibubapanya. Bila dewasa kelak, jika anak diuji dengan kesusahan atau kegagalan, anak itu akan cepat merasa putus asa.

ANAK TIDAK DILATIH KEMAHIRAN URUS DIRI

Anak dimanjakan dengan tidak dididik  menguruskan diri mereka sendiri seperti contoh mandi sendiri, pakai baju sendiri, kemas barang permainan sendiri, basuh kasut sekolah sendiri.  Tak salah sebenarnya mendidik anak mengurus diri sendiri mengikut  keupayaan umur anak tersebut. Kalau semuanya anda yang buat atau bibik di rumah yang buat, anak akan membesar sebagai individu yang tidak tahu berdikari dan tiada keyakinan diri untuk berbuat sesuatu Terlalu dimanjakan sehingga satu kerja pun tidak boleh disuruh ketika di rumah. Hatta memakaikan baju pun ibubapa@bibik yang kena pakaikan.

Tak salah sesekali kita tolong anak tapi kalau kita tak pernah beri peluang pada anak buat sendiri atas alasan tidak mahu sususahkan anak, itu yang menjadi kesilapan.

Kalau di Taska biasanya kemahiran urus diri menjadi satu aktiviti yang dilatih untuk kanak-kanak berumur 3-4 tahun. Tujuannya, bukan untuk menyusahkan anak-anak tapi untuk memberi bimbingan kepada  anak menjadi seorang yang boleh berdikari sejak dari kecil lagi.


ANAK TIDAK DIMARAHI BILA MEMBUAT KESALAHAN

Cuba baca kisah di bawah.
Ada seorang jiran datang bertandang ke rumah saya membawa anaknya yang berumur 6 tahun. Sewaktu saya sedang berbual-bual dengan  jiran saya ini, anaknya yang berumur 6 tahun itu asyik bermain dengan televisyen di rumah saya. Sekejap on, sekejap off, sekejap ditukarnya saluran tv tersebut sesuka hatinya  sampai saya berasa tidak selesa dibuatnya. Nak ditegur, takut jiran saya kecil  hati. Sebaliknya jiran saya buat tak  tahu sahaja dan dibiarkan  anaknya terus menerus  begitu. Betulkah tindakan jiran saya itu?

Tiba-tiba anak jiran saya itu berbuat nakal dengan menganggu anak saya yang sedang membuat kerja sekolahnya. Sedikit pun  jiran saya tidak menegur anaknya itu.  Dari pandangan saya anak itu terlalu dimanjakan sehingga apa sahaja yang dibuatnya  tidak ditegur walaupun ternyata tidak betul.
Sepatutnya anak itu dinasihatkan dan boleh didenda jika dia salah. Dengan memarahi anak @ mendendanya  lebih berkesan untuk melatih anak menjadi baik dan berakhlak. Sebaliknya  jika dibiarkan sahaja, tentu anak tidak tahu perkara yang dilakukannya itu tidak betul.

Apa kesannya pada anak itu? Tentulah anak itu akan membesar menjadi insan yang kurang elok akhlak dan budi  perketinya kerana dari kecil ibubapanya  tidak menegurnya jika dia salah. Anak itu sendiri akan membuat persepsi  bahawa semua yang  dilakukannya adalah betul belaka dan itulah yang akan dibawanya sehingga dewasa.

ANAK TIDAK DILATIH DENGAN DIDIKAN AGAMA.

Biasa dengar percakapan seperti ini?

“Biarlah dia, kecil lagi tu, tak payahlah kita hantar belajar agama . kesian, sebelah pagi dah penat bersekolah”

“Kesian,  kecil lagi dah disuruh solat, kan  baru  umur 7 tahun, biarlah , tak perlu suruh solat lagi.
“Kecil lagi anak tu, tak payah paksa dia pergi mengaji”

Pepatah orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya. Mendidik dengan pendidikan  agama perlu diterapkan sedari kecil, bukan hanya bila anak telah berumur 10@12 tahun. Kesannya bila dah agak besar, susah nak di suruh samada solat atau menutup aurat.


ANAK TIDAK DIBAERI PELUANG MENCUBA DAN MENEROKA

Yang ini, banyak saya jumpa ibubapa begini.  Saya ambil contoh pesanan ibubapa yang menghantar anak ke pusat asuhan TASKA .

“Cikgu,  jangan bagi anak saya  lari, nanti jatuh pula”
“Cikgu jangan biar anak saya main di padang,  nanti kena panas”
“Cikgu, jangan bagi anak saya aktiviti main air, nanti demam”
“Cikgu, jangan bagi banyak sangat aktiviti pada anak saya , nanti dia penat”

Semua aktiviti menjadi kesalahan.  Kesannya perkembangan positif anak itu tidak dapat digalakkan. Fitrah anak yang ingin mencuba pelbagai perkara telah dinafikan. Anak akan membesar sebagai individu yang kurang kreatif dan kurang perdedahan kepada persekitaran tempat dia membesar.


IBUBAPA MARAH JIKA ORANG LAIN MENEGUR KESALAHAN ANAKNYA

Anak aku, anak aku, anak engkau jaga sendiri. Ibubapa yang mempunyai prinsip begini sangat tidak boleh menerima jika anak dimarahi atau ditegur oleh orang lain.

Contoh di sekolah, pantang dengar anak mengadu cikgu memarahinya contoh akibat tidak siapkan kerja sekolah, tunggulah sekejap lagi ibubapa itu akan datang berjumpa dengan cikgu tersebut.
Kesannya, apa sahaja kesalahan anak itu sukar untuk diperbetulkan oleh orang lain yang nampak keslahan itu. Anak akan suka berbohong dan berpura-pura di hadapan ibubapanya.


SUKA MENANGKAN ANAK

Ibu marah anak , ayah menangkan anak. Jika ayah pula yang marah anak,  ibu pula beri sokongan.  Kalau nak sokong anak pun, biarlah di belakang anak. Jangan sesekali bila ayah marah dan ibu pula  sokong anak di depan anak.
Anak akan   jadi mengada-gada kerana dia tahu bila salah seorang marah, yamg seorang lagi tentu akan menyokongnya. Jadi kesannya anak keliru cakap siapa betul dan perlu diikuti.

Ok lah itu sahaja sedikit pandangan saya mengenai keterlaluan memanjakan anak.  Mungkin ada banyak lagi.  Jika ada yang baik dari tulisan ini, jom sama-sama kita ambil sebagai panduan. 

Kata orang tua lagi, sayangkan anak tangan-tangankan. Bila terlalu dimanjakan, takut kelak menjadi seperti dalam cerita Anakku Sazali. Tepuk dada tanya pada diri sendiri.
Sekian, Wassalam.


**Ingin memahirkan ilmu keibubapaan anda, dapatkan Panduan Mendidik Anak 



1 comment:

  1. Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
    memanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
    seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
    dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)

    ReplyDelete