Nama &Teks :Nor Azura Ismail
Foto : Carian google & koleksi peribadi
Entri 37
Kanak-kanak terutamanya di bawah 4 tahun memang pantang
melihat barang permainan samada di pasaraya atau yang dimiliki oleh anak-anak
lain. Kalau boleh apa sahaja dilihat adalah dia punya dan pasti mahu
dimilikinya dengan segera. Anak-anak akan mula merengek meminta permainan yang diingininya dan seterusnya
akan memberontak @ mengamuk sekiranya
keinginannya itu tidak dipenuhi oleh ibubapa.Dengan kata lain mereka akan mula
menunjukkan ‘trantrum'.
Satu situasi di pasaraya
Rania sedang mengamuk sambil berguling di lantai kerana
nakkan sebuah anak patung besar yang berharga RM 100 di sebuah pasaraya. Puaslah ibunya memujuk
sambil menunjukkan anak patung lain yang lebih murah harganya tetapi Rania
masih memberontak sambil membaling anak patung yang diberi oleh ibunya.
Penatlah si ibu memujuk apatah lagi melihat orang sekeliling telah mula
memandang situasi tersebut.
Pernahkah situasi seperti ini berlaku pada anda yang
mempunyai anak di bawah 4 tahun terutamanya. Kadang- kadang anak-anak berusia 5 dan 6 tahun juga masih suka memberontak@mangamuk
inginkan sesuatu di pasaraya. Mengapa anak-anak berbuat demikian? Selain dari anak-anak tak
faham apa yang mereka buat adalah tak betul, anak-anak juga sebenarnya sedang cuba
sedaya upaya menarik dan mencuri perhatian dan simpati dari ibubapa. Hasilnya bila anak-anak
menmberontak@mengamuk dengan sepenuh hati, sedikit sebanyak akan tersentuh juga
hati ibu terutamnaya lalu ibubapa akan
menuruti kehendak mereka. Lalu anak-anak
telah berjaya mempengaruhi ibubapa dengan kerenah mereka yang memeningkan kepala. Jangat
terkejut, anak-anak yang cerdik ini akan melakukannya berulang kali hinggalah
sampai satu tahap mereka tak perlu
mengamuk lagi tetapi minta sahaja, ibubapa
tetap akan membelikannya. Hinggalah
kesannya mereka akan jadi anak yang
terlalu dimanjakan. Apa saja nak semuanya dapat.
Bagaimana nak ke pasaraya dan bawa anak-anak? Kalau mereka mengamuk nakkan permainan, bagaimana pula cara nak kendalikan anak-anak ini? Sebenarnya salah satu tingkahlaku semulajadi kanak-kanak
ialah mereka belum mampu membezakan
antara yang betul dan yang salah. Maksudnya pemikiran mereka belum mampu
menaakul sesuatu yang berasaskan logik dan juga masih belum memahami sesuatu
yang abstrak. Mareka tidak tahu yang permainan yang ada di pasaraya tersebut
adalah untuk dijual dan perlu dibayar jika mahu mendapatkannya. Mereka juga tidak
boleh fikir bahawa bukan semua barangan yang dijual perlu dibeli sesuka hati
tanpa memiikirkan keperluan maupun harganya. Mereka juga tak nampak adakah
barangan yang hendak dibeli itu baik@perlu atau tidak untuk mereka. Mereka
tidak boleh berfikir yang apa yang bukan di tangan mereka adalah bukan milik
mereka. Tentulah tugas mereka bukan berfikir tetapi meminta.
Kanak-kanak cuma ada sikap kepunyaan dimana apa yang mereka
nampak sebolehnya itulah yang akan menjadi kepunyaan mereka. Tak usahlah dikatakan
barang permainan di pasaraya, barang
permainan yang dimiliki oleh rakan sebaya pun kalau boleh mereka juga ingin
memiliki. Memanglah begitu perangai
anak-anak.
Jadi, sebagai ibubapa apa seharusnya yang anda lakukan?
Adakah anda perlu menuruti semua keinginan anak? Adakah anda yang harus
mengalah kepada anak? Atau anda juga
perlu mengamuk sama seperti anak? Bagaimana? Apakah tindakan yang akan anda
lakukan?
Tentu anda sendiri telah banyak membaca idea dan tip samada
yang peroleh dari buku atau blog lain. Tulisan saya hari ini bukan untuk memberi
idea tambahan kepada anda bagaimana untuk kendali anak mengamuk di pasaraya tetapi saya
ingin mengajak anda berfikir dan berkongsi dengan pengalaman yang telah saya
lalui bersama anak saya. Cara saya dan suami elak anak mengamuk di pasaraya.
Aqil ialah anak saya yang paling bongsu . Mungkin kerana
kelebihannya sebagai anak bongsu Aqil
banyak belajar perkara-perkara baru yang telah menjadikan Aqil sebagai anak
yang cepat faham sesuatu. Hmmm, terbalik bukan, selalunya kalau anak bongsu
tentulah manjanya bukan main, tentulah yang bongsu inilah yang paling banyak
kerenah dan ragam serta banyak pula permintaannya. Betul tak?
Inilah Aqil Al Aziz. Hari ini telah berusia 6 tahun, Seorang
anak yang tak banyak ragam dari kecil lagi dan sangat berdikari, selalu ingin
mencuba sendiri, kreatif, penuh dengan imiginasi , aktif dan mempunyai emosi
yang positif. Apa yang nak saya
ceritakan ialah bagaimana saya dan suami mengendalikan Aqil bila berhadapan
dengan situasi di pasaraya di bahagian peralatan permainan kanak-kanak.
Pada usia Aqil 1
tahun – 2 tahun, saya sebolehnya cuba mengelak untuk lalu di bahagian alat
permainan. Kalau terpaksa lalu juga, saya akan cuba untuk menarik perhatian
Aqil kepada perkara lain . Cara ini telah
saya amalkan sejak Aqil mula pandai berjalan lagi. Sebabnya, anak-anak di usia
ini belum begitu memahami arahan jadi memang sukar kalau kita nak bagi tahu
pada anak JANGAN @ TIDAK BOLEH, jadi sebenarnaya saya yang saya buat ialah saya
telah mengurangkan Aqil kepada risiko
mengamuk @ trantrum tadi.
Seboleh-bolehnya saya akan cuba elak situasi yang memberi peluang kepada
Aqil untuk mengamuk. Untuk berlaku adil
pada Aqil, saya belikan juga Aqil
permainan tetapi di belakang Aqil, maksudnya pada waktu lain. Kalau tidak,
macamana kalau Aqil nakkan barangan permainan yang berharga ratus ringgit dan
dia mengamuk di situ, haruskah saya membelikannya, Inilah yang saya elakkan
dari Aqil sedari umurnya 1 tahun , iaitu elakkan peluang untuk dia mengamuk.
Selain dari itu, disebabkan Aqil mempunyai beberapa abang
dan kakak di atasnya, memang sangat membantu Aqil dari berfikir bila ke
pasaraya mesti kena beli mainan. Abang dan kakaklah yang rajin melayan Aqil.
Hal ini berlarutan hingga bila Aqil berumur 2 – 3tahun saya
dan suami mula mendidik Aqil bahawa bukan semua yang dia nak perlu saya belikan.
Saya mengaku dalam hal ini, peranan dan ketegasan seorang ayah sangat memainkan peranan. Kenapa? Hmm kalau
saya, kaum ibu yang mana emosi kita lebih cepat tersentuh, kalau boleh apa saja
yang anak tunjuk tentu kita akan belikan . Betul tak? Alasan yang sangat mudah
untuk kaum ibu seperti saya, kesian pada anak.
Jadi, kali ini bila bawa Aqil ke pasaraya ( masa tu, Aqil dah pandai bercakap) Aqil
sendiri akan ajak abang dan kakak ke
bahagian permainan. Jadi, abang dan kakak yang dah faham akan pesan begini pada
Aqil. “ Boleh pergi tapi kita tengok je
tau, tak boleh beli sebab barang kat situ semua mahal”. Selalu cakap begitu sehingga Aqil faham
memang tak boleh beli tapi cuma boleh tengok saja. Seperti biasa, saya cover balik situasi ini dengan belikan
juga dia permainan yang lain pada waktu lain tetapi bukan di hadapan Aqil.
Kaedah ini saya terus amalkan iaitu sebelum ke pasaraya atau kedai saya akan pesan pada Aqil,
“ kalau Aqil nak ikut, Aqil tak boleh mintak macam-macam, kalau tak, Aqil
tinggal dengan abang@kakak di rumah” Pesan saya ini Aqil akan ingat dan memang
beri kesan yang positif pada Aqil.
Sememangnya harga permainan di pasaraya memang sangat mahal
berbanding kualiti. Terus terang saya katakan kalau asyik nak beli permainan
memang tak mampu rasanya. Jadi pilihan yang kedua, bila di rumah saya selalu
beri Aqil peluang untuk buat aktiviti dari imiginasi dan kereativitinya
sendiri. Banyaklah permainan yang Aqil cipta sendiri ikut imiginasinya di
rumah. Biasanya kalau permainan yang dibeli pun, sekejap saja tahannya lepas tu
hancur tak dapat dikesan lagi.
Sebagai ibubapa yang
peka kepada perkembangan anak-anak awal usia, bahan permainan (tak kiralah
dibeli atau buat sendiri) sangat perlu dan penting untuk membantu menggalakkan
perkembangan anak-anak dari pelbagai aspek perkembangan. Dunia anak-anak ialah
bermain, oleh itu mereka perlukan bahan @peralatan permainan sebagai alat bantu.
Samada beli@ buat sendiri, pilihan di tangan anda sebagai ibubapa.
Sambung lagi kisah Aqil, memasuki usia 3 – 4 tahun, Aqil
telah mula pandai berfikir. Jadi setiap kali ke pasaraya ., Aqil akan test@uji
saya dan ayahnya. Macamana? Bila ke bahagian permainan dia akan ambil apa yang
dia suka lalu tunjukkan kepada saya dan dia akan bertanya,” Yang ni, boleh beli
tak, ibu.” Biasanya suami saya yang akan
jawab, “Tak boleh beli , Aqil kena letak
balik.” Hmm... pembaca nak tahu, tanpa mengamuk atau merengek , Aqil akan letak
balik seraya berkata sendiri. “Ooo yang
ni mahal ye, tak boleh beli” Lepas tu
dia akan tunjukkan beberapa lagi permainan dan perkara yang sama berlaku. Akhirnya
Aqil sendiri yang membuat rumusan, nanti ibu@bapa beli mainan lain yer.
Begitulah. Tetapi, ada masanya juga kami
akan belikan permainan yang Aqil mahukan di situ juga. Maknanya kami cuba didik
Aqil bahawa ada permainan boleh dibeli dan ada juga tidak boleh dibeli kerana
tidak perlu@tidak sesuai.
Aqil sebenarnya telah meletakkan kuasa dan keputusan membeli itu di tangan ibu dan
ayahnya , bukan di tangannya sendiri. Dan kita sebagai ibubapa pula perlu beri
peluang kepada anak untuk turut menyatakan hasrat hatinya. Memang betullah kita
membeli bila kita rasa sesuatu itu diperlu kan. Seperti yang saya tulis tadi,
alat permainan anak-anak memang perlu dibeli untuk anak tapi membeli biarlah
ikut logik dan kemampuan serta keharusannya. Banyak cara lain boleh sediakan
bahan permainan anak jika anda seorang yang kreatif.
Kesimpulannya saya tak didik anak untuk mengamuk. Saya tak biarkan
anak fikir bahawa bila mengamuk mereka akan dapat sesuatu. Kalau mengamuk
memang tingkahaku semulajadi anak, kita perlu cuba untuk bentukkan dan bimbing tingkahlaku ini menjadi sesuatu
yang positif bukan hanya menurutinya sahaja malah seperti kita mengalakkan pula anak untuk mengamuk.
Anak-anak kita adalah diri kita sebenarnya. Kita yang
mencorakkannya. Kita yang memberi setiap peluang kepadanya. Jadi, berilah dia ruang dan peluang untuk berfikir
lebih kreatif. Kadang-kadang anak
mengamuk kerana mereka merasakan bila di rumah banyak sangat pantang larang ibubapa
iaitu banyak sangat yang tidak boleh dilakukan. Lari tak boleh, selerakkan
barang tak boleh, menconteng kena marah, baru nak langkah kaki keluar, ibu dah
menjerit, baru nak usik dah disergah. Kita banyak sangat mencantas keinginan anak. Jadi, antara cara nak
tarik perhatian anak dan nak tunjuk pada ibubapa bahawa dunia mereka adalah
bermain, maka anak-anak akan suka mengamuk bila di luar rumah disekeliling
orang-orang yang tidak dikenali.
Jadi, kita sebagai ibubapa, jom sama-sama
fikirkan. Apakah sumbangan kita kepada perkembangan aktif anak-anak awal usia
ini?
Jom, antaranya kita sama-sama sediakan bahan permainan buat
sendiri untuk anak-anak. Ajak anak-anak buat sekali bersama anda. Darpada anda
menghabiskan wang membeli permainan yang sekejap saja ketahananya, apa kata anda luangkan masa, keluarkan kreativiti anda,
jom sediakan bahan permainan unuk anak. Jimat dan yang penting anak seronok.
Anda tak de idea, dapatkan ebook saya ini. Anda boleh membantu perkembangan anak-anak anda sendiri. Tidak payah tercari idea, saya telah kumpulkan untuk anda dalam ebook ini.
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak.
klik di sini. BORANG TEMPAHAN
Antara bahan permainan dalam ebook ini :
wahh..kak habat sekarang..sngat berguna.untuk praktis dekat anak saya ...kenal saya lagi tak??..saya mashitoh..sama2 kerja kat KN thun 2010...
ReplyDelete