Nama & Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Rujukan Teks : Buku Modul PERMATA
Foto : carian google
Entri 35
Bayi adalah individu yang berkembang dan membesar dengan begitu cepat dari bulan ke bulan. Jika
anda memang sentiasa bersama dengan bayi anda, anda akan dapat melihat kebolehan, perbezaan perkembangan bayi (apa
yang bayi sudah boleh lakukan) juga tumbesaran fizikal bayi dari bulan ke
bulan. Tentu anda seronok melihatnya, contoh dari sekadar baring, bayi sudah
boleh mengiring badannya ke kiri@ke kanan,
kemudian meniarap dan seterusnya bayi cuba pula untuk mengangkat kepalanya.
Perkembangan Fizikal Bayi 0 – 2 tahun merupakan satu aspek perkembangan yang menekankan asas
pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran moto-fizikal bayi . Berikut dikongsikan
tahap (milestones) perkembangan fizikal bayi berumur 0 – 2 tahun dimana ia menunjukkan apa yang bayi sudah sepatutnya boleh lakukan dari aspek fizikal
mereka.
Bayi 0 – 2 tahun sudah boleh;
Angkat kepala bila diletakkan di bahu
Angkat kepala dan dada bila meniarap
Pusing kepala ke kiri & ke kanan bila meniarap
Ikut objek bergerak@manusia dengan mata
Mengenggam tetapi tak kemas
Akan menggengam kelentong yang diberi
Wiggle & menendang – tangan & kaki
Duduk dengan bantuan
Duduk dengan tegak
Bangun dan berpaut pada perabut
Berdiri dengan sendiri
Berjalan sendiri
Berjalan turun tangga
Melompat@menendang bola
Membina bangunan dengan 2 kiub
Tegak kepala jika duduk-dengan bantuan
Mencapai objek
Main dengan kaki
Pegang botol sendiri semasa minum susu
Meneroka dengan memasukkan objek ke mulut
Mengetok-ngetok objek
Mengalihkan mainan dari satu tangan ke satu tangan yang lain
Mengoncang kelentong
Boleh didudukkan jika ada orang yang tarik tangannya
Boleh duduk sendiri dengan bantuan yang kurang
Boleh duduk atas bangku tinggi
Menggolekkan badan
Melompat(bounce) apabila dididrikan
Minum menggunakan cawan dengan bantuan
Suap sendiri dengan jari ketika makan makanan yang boleh
dipegang, contoh; kismis
Mengenggam objek kecil menggunakan ibujari dan jari
telunjuk/kelingking
Guna jari untuk tunjuk/cucuk sesuatu
Masukkan objek dalam bekas & keluarkan semula
Mengetuk dua blok serentak
Duduk sendiri tanpa sokongan
Merangkak menggunakan lutut dan kaki
Berdiri sambil meemgang kerusi/perabut
Berdiri sekejap tanpa sokongan
Berjalan dengan tangan dipegang (dgn bantuan)
Bekerjasama semasa memakai baju (suakan tangan/kaki)
Suka tarik/tolak dan longgokkan/buang objek
Buka topi, stoking sarung tangan sendiri
Buka helaian buku
Susun binaan blok ( 2 blok)
Dokong mainan (anak patung, teddy bear dll)
Menconteng menggunakan krayon
Berjalan tanpa sokongan
Berlari tetapi masih tak kompeten (masih tak begitu kuat –
mata ke tanah)
Minum menggunakan straw
Makan dengan menggunakan sudu
Cuci tangan dengan bantuan
Masukkan tangan ke lengan baju
Buat binaan 3 – 4blok
Baling@golekkkan bola yang besar.
Buka laci, almari dan kotak
Baling atau golekkan bola yang besar
Membongkak apabila nak kutip sesuatu tanpa jatuh
Naik tangga dengan bantuan
Melangkah ke belakang
Apakah peranan Ibubapa/pengasuh/pendidik dalam membantu
menggalakkan perkembangan fizikal bayi 0-2 tahun ini?
Apabila anda telah tahu dan faham apa yang bayi 0 – 2tahun
boleh buat, maka anda perlulah menyediakan aktiviti yang sesuai dengan
kebolehan anak-anak. Paling penting sediakan persekitaran yang sesuai dan
selamat untuk apa jua aktiviti yang dapat menggalakkan perkembangan fizikal bayi 0- 2 tahun.
Nak tahu apakah aktivit yang sesuai, anda boleh lihat
kebolehan bayi pada usia bulan tertentu dan rancang aktiviti yang sesuai.
Contohnya;
Bayi 3 bulan sudah
boleh ikut objek bergerak, jadi anda boleh gerakkan alat permainan di depan
bayi ke kiri dank e kanan. Bati akan mengikut pergerakan mainan tersebut.
Anda perlu sentiasa beri peluang kepada bayi meneroka ruang
yang luas serta menggunakan kesemua anggota pergerakannya.Oleh itu, perlu elakkan dari membiarkan bayi berbaring lama dalam buaian @ sekadar
main dalam kot bayi, membedung bayi walaupun bayi tidak tidur@ membedung bayi yang sudah berumur
4 bulan dan memasukkan bayi ke dalam
walker. Kurangkan pemakaian sarung tangan dan sarung kaki pada bayi di bawah 4
bulan kecuali pada situasi tertentu seperti sejuk. Jika anda terus lakukan
perkara diatas kepada bayi, anda hanya akan membantutkan perkembangan fizikal
bayi dimana perkara di atas tentu sekali membataskan pergerakan bayi anda.
Bayi anda insan baru yang unik. Berikan mereka hak untuk
meneroka, membina pengalaman dan mencuba sesuatu.
Dapatkan tip mendidik anak ini melalui ebook
Klik BORANG TEMPAHAN utuk tempahan anda
No comments:
Post a Comment